Day 3 – 5 feb 2019 di Sapporo

Salam semua,

Nak menulis entri sebegini memerlukan komitmen tinggi sebab nak kena ceritakan hampir semua yang mampu diingati. Dah la aku tulis ni guna ipad. Jari dah la besar susah skit nak taip. Tapi gagahkan jugaklah.

Ok hari ketiga ni iaitu selasa 5 feb bermula dengan melawat Odori Park. Semalam memang dah gi tapi tidak bersiap mental dan fizikal yang baik. So kami bertolak keluar hotel sekitar jam 9 pagi rasanya.

So keluar dari hotel dan bergerak dahulu ke arah Sapporo TV Tower. Di situ bermulanya Chome 1 untuk Sapporo Snow Festival. Chome ni bermaksud macam bahagian taman la. Satu area adalah satu chome. Paham?

So berjalan la dgn anak aku di carrier dan wife aku bawak dan pegang tangan anak aku yg darjah 1. Mencabar beb bawak budak travel overseas ni. Ingat senang ke. Hahahhaha. Tambah2 baru setahun enam bulan. Tp menduga fizikal dan mental bagi kuat dan tabah.

So kami bergerak dari melalui subway selepas itu melalui Aurora Town. Warm la skit environment bawah tanah. Aurora Town ni pasaraya bawah tanah. Tak la pasaraya tapi mcm kawasan beli belah bawah tanah. Bawah tanah Jepun Sapporo ni memang terbaik.

Dah la bersih. Takde bab rokok. Ada bilik nurseri terbaik lak tu. sekali dgn aku lepak dalam. Memang terbaik beb bab depa jaga kebersihan. Gaji tu aku rasa memang berkat kot. Kat Malaysia? Hancur kot bab kebersihan ni.

Sampah di Jepun 40 kali ganda tiada berbanding Malaysia. Puntung rokok? Tak nampak langsung. Bau hapak bawak tanah pun takde. Giler babengnyer Jepun.

Ok aku dan famili pun bergerak menerusi laluan bawah tanah. Nak cerita nak naik dan turun kat mana tu payah sebab banyak bangunan boleh tembus naik atas dan tembus turun bawah ke subway. Korang kene la banyak berjalan. Dah nama travel so ada sebahagian kena explore sendiri. Tp point penting adalah time musim sejuk biasakan lalu subway. Kat atas bila korang rasa perlu aje.

So kami bergerak melalui subway terus ke Chome 10. Naik subway dari Odori Park subway ke Nishi Juitchome. So aku sefamili pun naik la ke atas dan start bergambau. Banyak gak gambau tp nanti la aku tempek.

Bila anak aku meragam yang kecik terutamanya terus masuk ke subway balik kat Chome 5 rasanya. Terus pulang ke hotel melalui subway jugak. Tapi sempat Lawson beli beberapa makanan halal berbentuk snek. Singgah bilik nurseri setengah jam gak.

Dan berlakulah kehilangan anak aku punya sarung kaki. Dia set dengan baju bungkus dia tu. adeh. Nak buat mcm mana. Lagipun nanti dia dah tak muat dah bila dah besar nanti. Andai kata next year gi ke, dia dah jalan mcm budak biasa dan bukan pakai carrier dah. Cuma baju sejuk luaran jaket tu dah takde set untuk kaki ler if nak jual. Simpan ajela buat perkasam.

Macam aku ceritakan, bilik menyusu dia memang world class. Bersih dan tak berbau. Bapak bersih giler dan lengkap siap karpet.

Kami balik dan sampai hotel sekitar jam 2 ptg. Berehat dan menunggu jam 4:30 ptg untuk bergerak ke Mount Moiwa nak kabel car.

Ok pergerakkan kami ke Mount Moiwa bermula dengan jalan kaki dari hotel ke subway pintu Sapporo. Korang cari Sapporo subway entrance tu dekat dgn Unizo Inn. Nama aje Izuno Inn tapi besar gile bangunan dia. So turun kat situ dan terus bergerak bawah tanah menuju ke Odori Station.

Tekan mesin tiket, pilin English, tekan Adult setkan 2 org dan bayar dulu 200 yen. Kemudian buat untuk budak pulak tekan Child. If korang tersangkut korang tanya ajelah kat kaunter tu. minta aje tlong. Jangan berlagak tahu kang lama korang tersangkut malu bertanya. Takut amender.

So aku naik la train subway ke Susukino. Korang jalan pun boleh dari Odori Station tu ke Susukino. Kalau tak penat la.

Sampai Susukino kena gi luar ke stesen Streetcar. Macam tram la. Dah le tengah ada snow separa lebat. Redah ajela. Dalam streetcar masuk aje sebab dia loop. Dekat 12 stops jugak nak sampai ke station Ropeway apa ntah. Duduk la dalam tram car tu smp lebam. Naik street car sediakan 200 yen untuk dewasa dan kanak2 100 yen. Kanak2 ni maksudnya yang bersekolah rendah kot. If menengah dah kira dewasa. Ntahlah aku hentam aje. Korang tanya la tengok drebar bus tu.

Sampai aje Ropeway station tu terus kena jalan kaki ke bus shuttle free ke Mt Moiwa tu. nak jalan boleh 500 meter aje tp sebab tengah salji turun maka malaslah jalan. Sampai aje masuk dalam bangunan tu beli tiket nak naik atas. Ada dua kali kena naik cable car. Dia takde direct. Tiket harga dalam 5000 yen jugak. Bermaksud dalam RM200 jugak total ye. Hahahaha memang mahal pun di Jepun ni. Sebab currency dioramg lagi strong dari kita.

Dalam suasana gelap malam dan suhu -7, maka amat payahlah nak bertahan. Tangkap gambar sikit2 dan turun cepat2. Just nak sentuh and touch down tempat tu aje.

Dahla mahal pulak tu kabus snow tebal maka sukar nak nampak melalui kamera. Mata manusia dah terbaik untuk lihat alam ciptaan Allah ni berbanding kamera. So biarlah mata kita ni lihat kebesaran dunia ciptaan Allah S.W.T. ni.

Kemudian kami turun dan mcm biasa anak aku dan meragam siap masa perjalanan balik. Kami singgah dulu kat Susukino Ice World 2019 dan ingatkan nak makan halal ramen tp penuh lak. Ye la ni waktu puncak ko gi iaitu time Sapporo Snow Festival and Susukino Ice World. Semuanya mahal dan dah fully booked termasuk restoran.

Dan dalam perjalanan balik dari Susukino Ice World ni singgah borong makanan2 snek halal di Lawson. Balik menerusi subway Susukino menuju ke stesen Odori. Tak larat nak jalan dah. Pulak tu anak aku tersembam kat jalan dalam subway tu sebab nak jalan dalam keadaan stokin tebal. Yang kecik tu tersembam.

Perjalanan diteruskan sampai ke hotel dan berehat.

Ok penat taip gune ipad ni. Giler ape gune ipad taip gini punya banyak. Nak tidur dan rehat. Esok mungkin ke tempat ski atau Tsudome Park tengoklah mcm mane.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: