Day 2 – 4 feb 2019 di Sapporo

Salam,

Baiklah saya bersedia menulis untuk hari kedua disini.

Seperti biasa, kami bangun sekitar jam 5-6 untuk solat subuh dan bersarapan ringkas sahaja di bilik.

Pastikan anda membawa makanan jenis Brahims atau yang jenis masak gune air panas sahaja berlambak kerana percayalah anda memerlukannya. Beli juga colat untuk tenaga nak berjalan. Byk snickers bar aku beli untuk dimakan semasa berjalan sebab aku carry baby.

Hot pad beli dari Daiso berlambak Kerana ANDA AMAT2 memerlukannya. Trust me.

Kami berangkat jalan kaki secara amnya sekitar jam 9 lebih pagi dari hotel kami menuju ke Sapporo Station yang besar. Sapporo Station ni mcm Kl Central ler. Main hub hubungan segala- galanya.

Apa yang menariknya, kami ingag nak lalu subway aje sebab nak elak sejuk tapi buat keputusan nak jalan aje la kat atas ni.

Dan Alhamdulillah dapat merasa salji!!!!. Dari hujan renyai ke salji. Banyak video jugak tangkap gambar. Hahahahah. Berbaloi baloi.

Sampai distation Sapporo kami terus ke aras kaunter tiket manual. Bagus beli manual ni. Ko boleh cakap terus tanpa silap beli tiket. Takpayah guna mesin pun takpe. Ko pelancong buat la mcm pelancong. Jadi beli manual kat kaunter.

Tiket menaiki train untuk 2 dewasa dan seorang kanak2 adalah 1600 yen sahaja. Baby percuma. So kami naik train di platform 1 dan akan berlepas sekitar jam 9.40 pagi.

Korang janganlah ingat dia tepat sgt melampau mcm 9.40 tu tiba. Tiba pun sekitar 9.41 atau 9.42 jugak. Tapi dikira hampir tepat ler. Berbanding Malaysia. Alhamdulillah walaupun bukan reserverd seat ticket tapi kami dapat aje seat.

Perjalanan adalah sekitar 30 minit rasanya, dapat tengok pelbagai jenis rumah dan semua permandangan bersalji. Sangat menarik beb. Alhamdulillah diberi kurnia dan rahmat melihat pemandangan negara orang ni.

Di sekitar Otaru pula salji tebal berlambak dan ada kereta separuh kena timbus pun ada. Aku bersyukur sebenarnya di Malaysia dapat keluar 365 hari tanpa bimbang sejuk extreme atau panas extreme. Jogging and running hampir setiap hari.

Sebelum tiba di Otaru boleh tengok laut disebelah. Tapi masa pergi kami tak dapat seat sebelah laut. So balik nanti nak duduk sebelah laut.

Sampai sahaja Otaru Station, kene naik bas pula ke Otaru Aquarium. Ini cabaran, nak naik bas kene melintas sedikit dan salji tengah turun. Angin lak tu. Tapi sebab seronok salji so rasa best sgt sambil melintas jalan. Beli tiket bas 550 yen untuk 2 dewasa dan seorang kanak2 sekolah. Baby percuma.

Naik bas ke Otaru Aquarium adalah sekitar 25 minit juga. Lalu rumah2 situ yang tebal2 salji ya dan jalan pun penuh salji. Tak dapat bayang mcm mana hidup keadaa. Salji setinggi dada depan rumah…..

Sampai Otaru Aquarium kene naik tangka menuju ke atas dan masyaAllah amat berangin. Tak pernah seumur hidup aku angin sekuat ini kena kat diri aku. Tp gagahkan juga naik atas sampai bertahan.

Tiket masuk adalah 2200 yen total dua dewasa dan seorang kanak2 sekolah. Dapat diskaun sebenarnya sebab amik kupon diskaun dekat stesen bas Otaru Station. Pastikan amik ye. Dewasa dari 1000 yen jadi 900 yen.

Masuk aje Otaru Aquarium dapatlah kami tengok persembaban Dolphin. Walaupun hampir tamat tp dapatlah tengok.

Dugaan nak tengok Dolphine ni adalah sewaktu nak bergerak ke tempat Dolphin kena lalu jambatan yang lalu berangin kuat. Topi anak aku tercicir dan tak dapat diselamatkan kerana ditiup sehingga jatuh ke satu tempat agak jauh tapi agak sukar nak amik takut tenggelam dengan salji. Maka dibiarkan sahaja dan guna topi lain yang ada.

Penguin punya persembahan pula aku bagi isteri dan anak perempuan aku je tengok. Sukar nak tengok sambil bawa bayi. So aku bawak Zayn anak aku ke tempat asal iaitu sebelum ke tempat Dolphin. Sebab Dolphin dan bangunan main adalah separate building. Dan antara jambatan kedua dua bangunan tengah tengah ada Penguin punya show. Tp malangnya salji sangat kuat dan ramai terpaksa menyerah kalah dan kembali ke main building. Aku dan famili pun jenjalan ler dalam bangunan asal tu balik tengok ikan2 lain.

Yang bestnya Otaru Aquarium ni bilik menyusu dia amat bagus dan warm. Seronoknya bawa bayi ni dapatlah priority skit. So duduk lah dalam tu lama2. Stroller pun dapat pinjam dengan free aje. Tandas canggih dan bersih. Betullah Jepun ni pembersih.

Ok bila nak balik dari Otaru Aquarium, pastikan tanya bila bas akan sampai. Pastu turun 5 minit sebelum. Sebab sejuk sangat beb. Nak turun lagi satu hal dengan angin dan licinnya.

Kami naik bas ngam2 dalam jam 12:40 gitu waktu Jepun. Sampai di station sekitar jam 1:10. Bas sampai aje Otaru Station drop ler dah la jauh sedikit. Kena la jalanhadap salji dalam 300 meter kot untuk sampai ke station train. Korang naik aje beli tiket kat kaunter. Tak perlulah gune mesin. Buat apa. Beli aje kat kaunter. Cakap terus nak ke mana dan tanya bile nak kena naik. So kami naik sekitar jam 1:30. Sepatutnya 1:20 tp macam biasalah takdelah tepat sangat. Tp ngam2 la kot.

Alhamdulillah dapat naik train sebelah menghadap laut. Banyak sungguh permandangan dapat dirakam oleh kamera sony aku.

Sampai di Sapporo Station sekitar jam 2:00 gitu. Cari Kinotoya cheese cake yang diperkatakan halal. Belilah dengan harga 1080 yen untuk 6 set. Sedap tak ingat bila makan. Kami beli di East Line. Ke arah East kedai dia.

Kami balik ikut laluan subway. Takle panas sangat sejuk ler jugak. Keluar balik dekat area no 3. Terus balik hotel dan rehat.

Malamnya keluar sekitar 8:30 malam ke Odori Park. Bergambar dengan clock tower dan television tower kat situ.

Ok Sapporo Winter Festival atau Sapporo Snow Festival ni berlangsung dari hari ini 4 feb hingga 11 feb. So kami sempat cover half way aje sebab anak2 kesejukan dan wife aku pun dah sejuk jugak. Tapi mostly care sebab anak perempuan aku dah tak larat sgt dah. Tpi banyak gak gambar ditangkap dan divideokan. Nantilah aku upload dalam youtube video.

Kena gi waktu siang tu yang bagus kot. Nanti kami gi waktu siang bagi senang skit.

Itulah setakat day 2. Esok akan ke Mount Moiwa pula.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: