Day 01 – Hari Berangkat ke Sapporo!!!!

Salam, saya akan bercerita serba sedikit perjalanan ke Sapporo yang dipenuhi cabaran dan rintangan.

Saya dan keluarga mula berangkat sekitar jam 5 petang daru rumah Kepong. Tiba di lapangan terbang klia2 sekitar jam 6 petang.

Agak sukar mencari parking disebabkan semuanya nak bercuti namun dapat juga di aras 5 parking.

Kami pun angkut barang ke troli dan bermulalah episod pengembaraan saya berusia 34 tahun, isteri 33 tahun, kanak-kanak perempuan darjah 1, dan bayi 1 tahun 6 bulan.

Mencabar disebabkan membawa anak2 yang perlu diperhatikan terutamanya yang bongsu tu sebab sangat aktif.

Kami mula dgn bertanyakan Samurai Wifi untuk ambil portable wifi yang terletak di aras Arrival Domestic. Namun takleh nak amik lagi sebab aku tulis dalam permintaan jam 8 malam baru amik. Memang ikut peraturan betul depa ni.

Maka aku dan keluarga pun naik dulu ke aras berlepas International.

Sekitar jam 7 lebih ketika itu kami pun print check in boarding pass dan juga tag untuk beg.

Namun kami mendapati lepas tu takleh lagi nak drop beg sebab awal sgt. maka kami pun singgah di KFC berdekatan dan makan 5 ketul ayam. Sementara wife aku solat aku dan anak2 makan dulu. Susah if dua dua solat serentak.

So aku solat lepas makan dan kenudian baru drop beg. Aku dan famili terus ke tempat surau dan sangat selesa betullah klia2 punya surau. Besar dan luas.

Sekitar jam 9 masuk check in kastam. Susah bro bila keluarga check in kastam. Kelam kabut kami dgn bawa anak dan sebagainya. Kami dah ready mental fizikal dah dan INI BARU PERMULAAN YE.

Ada dua kastam check. Satu check beg biase aje dan satu lg check keseluruhan.

Kemudian lepas aje kastam kami terus ke P6. Dan apa lagi yang sikecil tu kira nak berjalan aje. Jenuh gak mengawal dan pasang harness pun mcm tak jalan. Ditarik jauh2 dan nampak macam apa dah. Adoi.

Dan yang peliknya kedai makanan dalam International Boarding ni tak jual air lebih 100ml kot. Just cup kecik. Minuman berperisa langsung takde. Air mineral aje yang style cucuk straw. Dah ler RM2. So tadah air free dah ler.

Sekitar jam 10.30 masuk tempat menunggu. Sekali lagi sikecil kira nak berjalan aje. Kesian wife aku kene dukung ke hulu hilir. Aku jaga beg sementara tu.

Bila naik flight part ni pun amat mencabar. Seat adalah di area nombor 41 dan ditengah2. Itu aje yang ade masa booking seminggu sebelum. Kami duduk dan mcm biase sikecil nak menyusu. Adoi susah juga kene tunggu tp kami prepare mental dan fizikal untuk handle. Denga menggunakan nursing cover. Teruskan juga penyusuan bayi kepada sikecil. Aku bawak anak aku nak kencing pula masa tu.

tapi yang bagusnya staff air asia amat amat baguslah handle mcm2 dalam pesawat tu.

Kemudian kami semua take off untuk perjalanan 7 jam lamanya dengan membawa little monster dan big sister.

Sepanjanh flight susah beb nak tido. Kerusi bukan flat bed pun so tegak ajela. Boleh la sedikit baring ke belakangkan kerusi.

Kemudian kami makan makanan yang dibeli dan ditempah awal semasa booking dalam flight.

Ok cabaran seterusnya adalah anak aku kembung dan sakit telinga masa 1 jam lebih nak mendarat. Ya telinga bengang. Yang darjah 1 ok aje tp yg sikecil mengamuk dan menangis. Kami sekali lagi bersedia mental dan fizikal handle situasi tersebut. Sampai nak mendarat baru ok.

Oh ya, aku solat dalam pesawat untuk subuh. Mudah sahaja. Amik air wudhu dan solat. Masa takbir pertama hadap arah kiblat yang benar2 yakin. Aku ada jam garmin aku yang tunjuk arah kompas. So mudah bagi aku kat mana lokasi mekah.

First time tengok salji dari dlm pesawat amat mengagumkan. Dpt rasa bumi Allah ni mcm2 ada. Itulah antara sebab kami datang ke sini. Bila jejak aje kaki kat kawasan airport ni, dekat air bridge dia yang menyambungkan kapal terbang dan airport tu terasa sejuk amat.

Kami tukar terus baju dan gi toilet hampir sejam gak kot kat situ. Sampai ada sAirport staff datang2 tengok kami dan kami blah lepas tu. Yela kat situ dekat sejam sebab tukarkan anak2 punya baju bagi tahan sejuk. Tu yang lama.

Seterusnya kami ke tempat cop passport dan amik bagasi. Dan senang aje tak payah tunggu bagasi sebab dah kami paling lambat sekali ke situ dan memang ada bagasi kami aje. Hahahahaha. Dah siap2 diletakkan tepi.

Wife aku tukar baju selepas amik bagasi ni. Sebab kan aku ada cakap kat atas ada airport staff dah ushar2 rapat tak bagi kot kami kat situ lama2 masa aku tukarkan baju anak2 dan aku time tu.

Lepas tu bermulalah cabaran nak naik bas. Dengan sejuk dan beranginnya tempat menunggu bas dan anak2 salah pakai baju macam2. Maka cabaran amat2 dirasai.

Kami tanya information centre berkali kali dan masalah adalah driver bas tak tahu cakap english. Mujur ada staff bus station tahu sedikit bahasa english dan tolomg communicate dgn driver bas jepun.

Tiket 1030 yen seorang dan aku terbeli lebih sebab bayi bawah 2 tahun free aje. Terbeli 4 tiket lak. 1030 yen tu untuk dewasa. Kanak2 tak pasti sebab beli pakej 3100 yen untuk dua dewasa dan dua kanak2. Patutnya satu aje kanak2. Adoi silap disitu.

Ok tempat tunggu bas adalah bas station no 65. Kene seberang jalan dan naik bas untuk ke Hotel Monterey. Dari situ kena jalan satu blok ke belakang aje. Station Hotel Monterey ni No 22. Dalam sejam gak perjalanan.

Cabaran seterusnya adalah anak meragam dalam bas lama. Nak susu tapi mana boleh sebab ada orang. So terpaksa layankan anak. Kesian wife aku dan kami pun duduk seat tambahan aje. Kerusi tu boleh bukak ditengah2. Canggih jugak.

Sampai aje station Hotel Monterey tu kami sentuhlah salji tepi jalan. Memang mcm ais batu campur aje. Suhu dalam 1 darjah kot time tu. Terasa gak sampai ke kulit. Tp Alhamdulillah mampu lagi aku tahan.

Seterunya kami jalan ke Hotel kami dan sepanjang perjalanan sempatlah snap few gambar. Kami pun simpan beg aje di hotel. Lepas tu berjalan2 sekejap dan masuk balik rehat di hotel sebab penat sangat. Tunggu aje kat ruangan menunggu.

Sekitar jam 2.30 dapatlah kunci hotel dan berehat lah sepuas-puasnya. Bilik hotel Jepun ni kecil2 ye so jangan rasa tak best ke apa. Memang gini hotel dia. Majoriti aku masa booking hotel pun bilik tak besar mana tp harga mak datuk.

Takle yang penting aku dan famili dpt rehat dan solat. Makan makanan BRAHIM dan lain2 lagi dalam bilik. Banyak beb makanan Malaysia kitorang bawak. Berlambak2. Penuh meja tu berat tu, hahahhahahaa.

Dalam jam 8.30 malam keluar berjalan ke Hokaido Old Government Building. Nak tutup dah time tu so kene snap sebelum jam 9. So on the way balik kami singgah Family Mart and Lawson beli some stuff. Mineral water 500ml dia RM3 beb. Iaitu 100 yen.

Bagi depa, 100 yen tu mcm seringgit aje. Murah. Tp currency kita lemah, so kita ni mcm dari negara low income ke negara high income.

Oh ya semasa berjalan malam tu kene pastikan jaga2 takut tergelincir dgn ais. Yela kat jalan tu ais.tp majoritinya takde air. Sebahagian tempat aje ade.tp still kene lalu jugak.

Sampai hotel balik dalam jam 9 lebe. Anak2 kesian kaki tangan sejuk. Terpaksa basuh dengan air suam shower mandi.

Itulah serba sedikit hari berangkat dan tiba disini.

Gambar kemudian ok. Mungkin bila dah balik Malaysia baru aku letak gambar. Sukar nak letak gambar sebab ni Ipad tak sync dengan mana2.

Ok tunggu hari kedua pula iaitu ke Otaru Aquarium ye.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: