Salam,
Alhamdulillah sempat saya sempat saya dan isteri menghantar anak ke KPJ semalam untuk melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap anak saya yg berusia 7 tahun kerana demam suhu tinggi.
Al kisahnya berlaku adalah pada khamis 31 Jan, saya terlupa memasukkan air ke dalam beg anak saya untuk sesi persekolahannya. Jadi dia berehat tanpa air dan saya pun tak terfikir kenapa tak hantar aje air bila teringat masa jam 10 lebih tu.
Maka pada tengahharinya semasa nak amik anak dah siap2 bawak air dalam kereta. Sampai sahaja di sekolah menunggu mengambil anak maka saya pun beritahu yang bekas airnya tertinggal. Anak saya pun beritahu yang dia dah minum segelas air laici dah semasa rehat. Namun dahaga lagi bila dah tengahari.
Sampai aje dikereta terus saya bagi dia minum. Dan kemudiannya makan tengahhari di Old Town White Coffee dekat Cheng TESCO.
Setrlah pulang dari situ, kami mula perasan badannya macam demam. Maka bermulalah episod demam pada petang dan malamnya. Cadang nak ke klinik atau hospital pada waktu malam, namun tangguh ke esok.
Isteri saya mengesyaki tonsilnya penyebab demam. Makan ubat demam selang 4 jam nak bagi supress demam panas and tinggi tu. Bahaya jika budak dibiarkam suhu tinggi lama2 kerana boleh jadi sawan nanti.
Pada jumaatnya kami tak hantar ke sekolah sebab demam, maka kami makan pagi dulu kat Restoran Ida Murni sebelum pergi ke Klinik An Nur dekat Batu Berendam Airport.
Doktor memberi ubat antibiotik dan demam ibuprofen. Saya mengesyaki Influenza tapi disebabkan ada vaccine jadi macam tak mungkin.
Seterusnya kami pulang ke rumah dan bersiap nak ke KL sebelum nak berlepas ke luar negara pada sabtunya.
Sampai di KL, demam mcm agak teruk jugak maka teruskan ke KPJ.
Sample darah diambil dan sample dalam hidung. Tunggu dari jam 5.30 ptg ke 7 malam baru settle.
Sangat bersyukur kerana bebas denggi and influenza. Tonsilnya sahaja yang menyebabkan begitu. Cuma antibiotik ditukar kepada yang lebih kuat dan sekali makan sehari sahaja.
Begitulah penangan tonsil sehingga menyebabkan demam panas. Dikalangan budak sebenarnya sering terjadi. Dan berkurangan bila dah dewasa. Tp ikut keturunan juga kerana saya pun sering demam masa kecik dan besar makin kurang. Semuanya mungkin disebabkan tonsil saya selalu bengkak dan merah2.