KLSCM 2019

42KM

Kasut: Brooks Glicerin 14

Larian: KLSCM 2019

Sebelum tu nak ucap terima kasih amat2 kepada my wife Shera Aj atas supporting me for the run. Juga rakan2 Kuatagh (semuanya di dalam group whatsapp) serta rakan2 di fb ni yg banyak doakan dan bagi semangat!!! Mmg betul2 mental FM ni. Bukan macam 5km/10km nyer larian.

Alhamdulillah dapat menyempurnakan FM FOR THE FIRST TIME!!!

Bab masa memang takleh kata apa aku pasrah aje dapat COT.

FM ini mmg ujian mental dan TANPA TRAINING yg betul bersiap sedia samada buat FM atas 6-7 jam atau DNF. Mileage kena cukup dan mental kena kuat.

Aku telan saltsticks ke gel ke semua tak jalan. Tapi at least bagi aku tenaga cuma kaki takleh nak go dah.

Ok aku cerita by km

Km 1 hingga km 5

– Ramai beb orang aku pun nak kena tengok org if nak potong ke ape. Kesudahannya mmg aku pace 6-7 ajela dan aku cuba simpan tenaga untuk km2 berikutnya. Penuh jalan beb siap hujan renyai lagi. Time ni aku mcm yakin je tamat dalam 5 jam

Km 6 hingga km 10

– Part ni rasa makin ok dan makin melajukan diri. Semangat masih ada kononnya boleh sub 5 hours la konon. Ada makan energy gel. Badan aku mmg cepat hilang tenaga.

Km 11 hingga km 20

– ok part ni awal2 ok solat di km ke 14. Pas solat lari lagi tapi malangnya mental mula mempersoalkan apsal la aku amik FM. Mmg aku target nak naik bas aje malas dah nak teruskan. Aku makin serabut pemikiran sampai km ke 20. Dan aku menyaksikan ada orang kena angkut pakai strecher sebab kena langgar. Ambulan amik. Difahamkan ada kereta hit and run. Dasat arrr.

Km 21 – km 30

– hahahahah ini part dinamakan walk lebe dari run. Separuh aje run kot atau kurang dari separuh run. Memang aku pikir nak tamat aje dalam 6 jam. Aku dah telan saltsticks dan gel. Tapi mental koyak takleh buat apa gak.

Km 31 – km 40

– ini part wakkakakakaka. Jalan itu adalah tujuan utama. Total lari dalam 100meter aje kot per km. Start km ke 35 aku hentam jalan aje. Ya mmg jalan.

Km 41 hingga tamat.

– ini kelakar. Aku jalan jugak dan akhir2 baru ada semamgat nak lari sikit. Gembira beb dapat tamatkan. Giler la FM ni, mmg mental habis.

Kesimpulan: FM ini mengajar aku bahawa benda yg tough dalam hidup akan jadi mudah jika mental kental. Apa juga halangan dan cabaran hadap aje. Jgn lari dari masalah. Selesaikan dan tamatkan apa yang kita mulakan sedaya upaya.

Ok sehingga kita berjumpa lagi Next FM (MUNGKIN la) di KLSCM 2020 ke. Aku nak tumpu 5/10 km aku balik atau 12km. HM pun ada juga nanti.

Minggu ni rehat week. Bagi recover otot2 kaki aku dah jalan macam ape ni.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: