Jom aku bercerita
Hari Perlepasan (13 Sept 2019)
- Sekitar jam 4:45, aku dan famili berlepas dari rumah mentua aku di Kepong. Alhamdulillah parent mentua aku menolong kami sekeluarga menghantar kami ke Subang Airport.
- Jarak perjalanan adalah 15km sahaja tapi biasalah Kepong ke Subang dan dengan hari Jumaat lg maka biasalah tu. So dalam 45 minit untuk tiba di terminal Subang.
- Setiba sahaja aku terus print tiket kapal terbang dan scan beg di depan. Kemudian tak beratur pun sebab flight Firefly mcm tak ramai yang nak drop baggage. So masa nak drop baggage aku terperasan satu benda.
- Ya Allah aku terlupa bawak jam Fenix 5s aku adoi. Maka aku tenang dahulu dan mula mencari jam garmin Forerunner 235 wife aku. Sebab memang aku bawak dari Melaka tapi tak pasti beg mana.
- Setelah drop beg maka kami terus ke Secret Recipe untuk makan seketika untuk mengalas perut. Disitulah aku cari jam wife aku dan Alhamdulillah jumpa. Dan yang tak bestnya charger jam tu aku tak bawak. Tapi charger jam Fenix 5s tu bawak hahahahhaha. Adoi. Mujur juga jam Forerunner 235 tu dalam 90+ percent charged.
- Setelah makan, tapau burger colonel burger dua biji untuk anak aku makan dan mungkin juga aku makan sebelum berlari.
- Kemudian kami terus bergerak ke tempat perlepasan. Sempat jugak aku solat Mahgrib dan Isyak jamak sebab flight delay dari 7:45 ke 8:10 malam.
- Setiba aje di Airport Sultan Mahmud sekitar jam 9:05 dan amik beg pun sikit aje orang. Sebab banyak travel light. Bawak beg naik atas.
- Ambil teksi dalam RM30 ke Primula (maybe sebab malam) tapi taklah malam jam 12. Biarlah tapi teksi tu teksi kereta hebat. Tak ingat kereta apa tapi Hyundai Sonata kot atau Hyundai sedan apa ntah.
- Semasa perjalanan ke Primula dan Primula mula tengok jalan dah letak kon larian. Seronok jugak bayangkan lari kat sekitar tu.
- Seterusnya sampai di Primula maka bermula lah tugas memandikan budak2 dan rehat sebentar. Sempat makan burger aku tu sikit dalam half kot.
- So untuk larian LAJSM korang refer la pos aku berkaitan larian ye. Aku stop sini aje hari perlepasan dan terus lompat ke esok pagi sarapan.
Tengah dalam kapal terbang tiba ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Time nih dah area 9 lebe dah ni. Check In Primula Hotel. Mujur katil ni boleh digerak-gerakkan. Inilah pemandangan dalam bilik hotel. Hotel lama chenggini la. Yang terbaiknya ianya dekat dengan Pantai Batu Burok dan parking kereta dia berlambak. Bab Bilik aje dia failed terutama aircond takleh nak laras Time ni pasrah aje nak lari sebab tidur dah la tak cukup sangat dan baru 3 jam dari lepas flight.
Hari Pertama di Kuala Terengganu
- Hari ini bermula sekitar jam 9 setelah amik kereta sewa yang dihantar pada jam 8 pagi. RM280 juga untuk kereta Saga ni. Tapi bagus layanan mereka dan menepati janji.
- Pergi ke Nasi Dagang Atas Tol cawangan 3 punya tapi dah habis la pulak maka lajak makan di Aidils Roti. Harga macam mahal skit ler tapi persembahan roti kat pinggan dia bagus mcm hotel.
- Kami seterusnya bergerak ke Jambatan Drawbridge tu sebelah yg boleh parking kereta tu. Tangkap gambar berlatar belakangkan gerbang jambatan tapi nampak satu aje gerbang dari arah situ.
- Selepas bergambar di situ, kami pulak ke Hotel Grand Continental nak hantar laptop member aku Mohd Faizal Ali beli dan pass kat member aku sorang lg yg juga runner yang desup Zulhairie Mohidden. Kami semua ni ex mrsm Kuantan batch SPM 2002.
- Tapi dia tengah keluar makan dgn wife dan anak2 dia kejap maka aku pun dgn famili ke Pasar Payang kejap tengok2. Tapi tak berenti pun. Berenti kat blok batu tulis I Love Pesisir Payang punya. Lepas tu tangkap gambar berlatar belakangkan jambatan drawbridge tu lagi. Kali ni dapat tangkap latar belakang kedua dua gerbang drawbridge tu.
- Seterusnya kami bergerak ke Fauzi Nasi Kerabu hantar laptop kat member aku ni Zulhairie tadi. Dia nak balik Paka dah pasni Ahad keje
- Selepas itu kami membuat pergerakan mencari lunch dengan bergerak ke Pantai Batu Burok medan selera tapi malangnya kedai celup tepung macam takde kat situ.
- Kebetulan tanya ada brother jual mainan pantai untuk anak aku ni kat mana banyak celup tepung maka dia bgtau area Teluk Ketapang. Area airport tu.
- Kami pun apa lagi berlepas la ke situ dan mengharungi jem yang agak sesak serta ambil masa 45 minit dari asalnya 15-20 minit aje.
- Tiba aje kami antara orang terawal merasa Celup Tepung ICT TELUK KETAPANG. Banyak gak kami makan dan harganya semua dalam RM39. Air ABC dan dua gelas coconut. Nama Kedai D’Coconut tetapi ntah kenapa orang cakap ICT Teluk Ketapang…
- Selepas makan kami bergerak pulang ke hotel untuk berehat. Sekitar jam 2 petang gak sampai hotel dan masing2 mandi bagi segarkan badan dan berehat.
- Dalam jam 6 petang keluar bermain pasir di Primula Hotel punya pantai. Dari situ bergerak jalan kaki aje jalan2 cari makan sekitar Pantai Batu Burok.
- Hujan turun dgn lebatnya dalam 1 jam kot dan kami ambil keputusan makan aje kat area depan pantai tu. Banyak aje kedai celup tepung yang biasa2 depan tu pepetang. Tapi kami makan tomyam dan bungkus nasi goreng kampung dan pattaya.
- Selepas itu berjalan pulang (jarak 700meter woo nak ke kedai makan tu sehala) dan berehat di hotel.
Maka itulah catatan hari Sabtu. Okehlah tu.
nasi goreng kampung yang dibungkus pada malam harinya makanan tatkala hujan lebat. restoran yang disinggahi semasa hujan lebat. Pantai Batu Burok Pandangan Primula Hotel dari pandai ikan kembung celup tepung di D’Coconut Teluk Ketapang Ini dia sajian kami Datang awal so banyak lagi tempat kosong dan tak berebut. Datang sekitar jam 12 – 1 petang. Pesisir Payang. Time ni tak singgah lagi. Just nak bergambar aje Melalui Jambatan Drawbridge Sarapan pagi kat sini. Bawah fly over. Dekat aje dengan Nasi Dagang Atas Tol Cawangan 3. Menu Kedai Nasi Goreng Pataya yang dibungkus pada malamnya
Hari Kedua di Kuala Terengganu
- Waktu pagi dimulakan dgn kami semua bergerak ke Pasar Payang baru dalam jam 8 pagi. Setiba di sana, kami sarapan dulu makanan2 di sana dan membeli beberapa makanan kering dan keropok untuk di bawak balik nanti ke KL
- Seterusnya kami menuju ke Jambatan Drawbridge itu sekali lagi dan kali ni berjalan di tepinya menuju ke kaunter beratur untuk naik ke tingkat atas drawbridge tu.
- Kami agak terkejut juga rupanya itu hari pertama pembukaan naik atas ke drawbridge tu. Amat bagus viewnya tengok dari atas.
- Tiket RM5 untuk kanak2 dan dewasa. Budak yang tak sampai 3 tahun free. Yang usia 56 dan ke atas RM3 aje.
- Selepas itu pulang dan checkout hotel sebab nak pindah hotel ke Tabung Haji hotel. Dekat sikit dgn airport. Sempat mendobi pakaian dulu.
- Selesai mendobi maka kami pula nak makan celup tepung di Teluk Ketapang tetapi kali ni di Firdausy ICT. Kami makan celup tepung di tempat lain pula kali ini. Orang tak ramai lagi dan menjamu selera lah kami dgn tenangnya.
- Kemudian kami bergerak ke Hotel TH dan Alhamdulillah dapat check in awal. Berehat sebentar dan dalam jam 4 bergerak pula nak makan sekali lagi celup tepung. Kali ni makan di Celup Tepung King berdekatan Kuala Nerus. Main terjah aje ni sebab kedua dua tempat yang kami pergi hari first day dan tengahhari tadi dah penuh dan sesak sangat.
- Kami sempat juga bergerak ke pantai berdekatan Kuala Nerus ni namanya Uptown Kontena dan main pasir.
- Selepas itu terus bergerak pulang ke hotel dan menunggu malam harinya nak keluar pula.
- Alhamdulillah semasa di Hotel TH ada ajen takaful Ikhlas saya sempat berjumpa dan memberi souvenir kepada kami.
- Kami meneruskan perjalanan menyaksikan jambatan pada waktu malam dan bergambar. seterusnya meneruskan perjalanan ke Pantai Batu Burok.
- Di Pantai Batu Burok seperti biasa kami parking berdekatan Primula Hotel dan berjalan sejauh 2km pergi dan balik. Ada pesta atau festival di situ dan sempat anak2 makan pasta carbonara kat situ.
- Semasa perjalanan nak balik hujan sedikit dan terpaksa meredah hujan. Sempat juga makan tomyam di sebuah restoran depan Pantai Batu Burok tu.
- Kami pulang ke Hotel kira2 jam 10.30 malam dan berehat.
Hari Pulang
Maka selesailah perjalanan aku dan famili ke Kuala Terengganu. Banyak kenangan larian dan mcm2 bab makanan ada disini. InsyaAllah akan datang lagi ke sini pada lain masa.
Flight Firefly ke Subang jam 8.40 pagi dan tiba dengan selamat di Subang jam 9.35 begitu.
Itu saja guys!!
Ini makanan kami pada malamnya. Hanya RM17 sahaja. Murah. Spagetti Carbonara beli kat food truck masa festival kat Pantai Batu Burok ni Sekitar Pantai Batu Burok semasa festival Sekitar Pantai Batu Burok semasa festival Sekitar Pantai Batu Burok semasa festival Sekitar Pantai Batu Burok semasa festival Uptown Kontena di Kuala Nerus. Saja singgah Uptown Kontena di Kuala Nerus. Saja singgah Pantai dekat Uptown Kontena di Kuala Nerus. Saja singgah Celup Tepung King aka Port ICT Menu dia Celup Tepung King. kedai ni baru bukak 2-3 bulan aje Cendawan Celup Tepung Makan nasi kat sini. Nasi Goreng Kampung pun ada Menu yang ada keadaan kedai Port ICT Layout Hotel TH (dekat dgn airport) pemandangan dalam bilik hotel TH pemandangan dalam bilik hotel TH Makan Celup Tepung di Firdausy sekitar jam 1 lebih. Masih tak ramai orang. Makan Celup Tepung di Firdausy sekitar jam 1 lebih. Masih tak ramai orang. Pemandangan dari atas. Hari Pertama buka untuk orang awam Pemandangan dari atas. Hari Pertama buka untuk orang awam Tiket Jambatan naik atas Drawbridge Di ruang atas Jambatan Drawbridge Di ruang atas Jambatan Drawbridge Di ruang atas Jambatan Drawbridge Menuju ke Jambatan Menuju ke Jambatan Parking nak ke Pasar Payang. Pasar Payang Pasar Payang Pasar Payang Pasar Payang Pasar Payang Makan di Pasar Payang Makan di Pasar Payang Alhamdulillah ada orang bagi. Alhamdulillah ada orang bagi.