Alhamdulillah. Bersyukur dapat menamatkan dengan jayanya 21km kali ni. Ceritanya di bawah.
14 September 2019
Kasut: Brooks Glycerin 14
Event:Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud Terengganu.
Kedudukan: 472 dari 1990 pelari kesemuanya. If dikalangan lelaki aku no 425 dari 1400++.
Cerita:
1) Khamis sudah datang bermalam di rumah mertua di KL. Berehat semalaman dan bertolak ke Airport Subang sekitar jam 4:45 ptg. Tiba di Airport Subang sekitar 5:30.
Setiba di sana baru mengetahui terlupa bawak poncot belt running (untuk letak phone kat pinggang semasa berlari), earphone dan juga JAM GARMIN aku sendiri.
Namun Alhamdulillah jam garmin wife aku di bawa. Tapi terpaksa setting skit.
Naik flight sepatutnya jam 7:45 tapi delayed dan bertolak jam 8:10 malam. Tiba di KT sekitar jam 9:05 mlm. Naik teksi dan sampai di hotel sekitar jam 9:45 malam dan check in.
Sempat makan2 dan tidur2 ayam tp tak lena sgt. Rasa mcm letih itu ada tapi hadap juga.
2) bergerak ke tempat event yg terletak dlm 700 meter dari hotel. Dalam 10 minit aje berjalan. Tp best tepi pantai. Dalam hati tak pasti boleh tak dpt sub 2 hours tp try jugaklah. So sempat berjumpa member ex mrsm kuantan Zulhairie Moideen. Power dia ni sebab masa zaman2 sekolah mmg aktif sukan. Alhamdulillah sejak tahun lepas dah join lari2 ni dan semakin power.
Seterusnya jam 1 bermulalah larian. Aku seperti biasa dapat aje maintain pace bagus sekitar 5:35 ke 5:40 untuk 10km pertama.
Dan untuk km 11-14 juga agak bagus. Namun bermula km ke 15 kaki cramp semakin sikit2 datang. Mcm mana dia datang adalah urat dia tarik. Bila tarik ko langkah aje sakit. Masa km ke 15,16 sikit2 dia attack dan aku cuba jalan skit2 dan lari kembali. Namun ianya sia2 dan pada km ke 16 – 17 dapatkan bantuan spray medic. Namun tetap ianya makin teruk. Terpaksa aku hadap banyak jalan dari lari maka terjadilah pace 8-9 sampai penghujung HM ni. Tapi ada cuba push skit last 500m.
3) Elevation jambatan drawbridge ni mmg mak datuk la. Aku jalan aje. Jangan harap lari. Mmg aku mcm mendaki gunung kot. Sebab tu aku tak suka hiking. Penat. Train kat area bukit pun sebenarnya aku tak suka sgt tp kecuali area Taman Botanikal Ayer Keroh tu sebab tu aje port bagus. So berbalik ke jambatan drawbridge tu, mmg tinggi dan aku jalan. Turun jambatan aku lari. Sampai bawah sambung jalan. Aku dapat rasa, bermula km ke 16, aku jalan 600meter dan lari 400m aje kot. Takpun 700 meter jalan dan 300 meter lari. Mmg kaki sakit tak boleh buat apa dah.
Tapi aku puas hati dapat tamatkan dgn 2 jam 21 mini tatkala aku travel last minit dan keletihan. Tidur jgn ckp la. Tidur tgh hari pun tak. So mmg puas hati.
Kesimpulan: Best larian dan seronok pemandangannya. Yang tak best kaki dua dua aku mcm baru lepas kene simen kaki dan baru berjalan balik. Hahahhahaha. Ok itu sahaja ceritanya.
#hm
#lajsm2019
#21km
#3kaliseminggutraining
#utemstaff
#ftmkstaff