Salam,
Maaf agak lambat jugak aku nak update untuk larian ini sebab dah seminggu baru nak rasa update.
Untuk HSN21km kali ini boleh dikatakan agak baik juga dan walaupun kaki dah seratus peratus keadaannya tetapi Alhamdulillah agak ok.
Cuma selepas selesai sahaja larian ni, keesokan harinya terus kaki kanan belah paha belakang sakit lagi teruk berbanding sebelum ini selepas KLSCM.
So, terpaksalah berehat sehingga Deepavali nanti sebab memang agak sakit juga kaki ni. Tetapi buat juga workout yang mampu dirumah bagi cepat recover.
Setakat hari ini 19 Oktober 2019, workout amat baik dan recovery process berjalan dengan baik.
InsyaAllah by next week selepas Deepavali akan sambung training balik 5km/10km/15km seminggu.
HSN21km ini boleh dikatakan agak baik juga laluannya cuma kena mendaki fly over lah dan macam biasa time mendaki memang aku jalan. Tak sanggup aku berlari menghadap flyover.
Mental aku memang lemah la time menghadap bukit. So dapatlah timing seperti dalam gambar2 yang aku akan attach nanti.
Sekitar awal 5km memang ok. Lepas tu bila bukit menjelma maka aku jalan aje. Pendek kata total aku berjalan dalam 5 minit lebih mewakili dalam 500meter gitu kot. So lagi 9.5km aje berlari.
Organiser kali ini agak kureng skit. Aku mujur tamatkan awal tapi orang lain yang tamat lambat kesian beratur amik medal. Adeh.