Menjadi Instafamous, Youtuber, dan sewaktu dengannya merupakan sesuatu yg ada tempoh up and downnya.
Setelah seseorang itu menghasilkan content selamat bertahun2 lamanya, akan tiba masa dia akan burnout.
Mencari content baru untuk dibuat sentiasa memeritkan otak dan perlukan tenaga mental yg tinggi.
Sebab itu jadikan platform sebagai Youtuber/Influencer/Tiktoker dan sebagainya hanya sebagai pengumpul modal untuk melakukan “real job”.
Contoh apa yg Khairulaming lakukan. Dia post video masak2 dan bila dah dapat attention org ramai, dia kumpul modal dan mulakan jual sambalnyet.
Jadi tidak salah pun menjadi Youtuber/Instafamous dan sebagainya tetapi perlukan perancangan masa hadapan yg tersusun. Ilmu tetap kena ada dan kene belajar. Buka perniagaan hasil dari menjadi influencer/etc untuk menjamin sumber pendapatan yg lebih kukuh.
Bergantung semata-mata Youtuber/Instafamous etc adalah meninggikan risiko kehilangan pendapatan secara drastik. Bahkan lagi teruk jika media sosial tersebut tidak lagi digemari generasi masa hadapan. Facebook contohnya dan Youtube tidak lagi mendapat sambutan generasi Alpha.
Bahkan apa masa hadapan syarikat Google, Meta dan sebagainya kita tidak tahu. Pastikan jadikan ianya sebagai batu loncatan sahaja.

