Pemeriksaan di Klinik Pakar Wanita Liu & Vincent Melaka

Assalammualaikum,

Untuk Makluman, kini Poliklinik Wahidah dan juga Pusat Rawatan An-Nur ada scan 3D/4d juga. (Updated 31 Mei 2013)

Ini page khas diwujudkan sempena pemeriksaan 3D/4D isteri saya di Klinik Pakar Wanita Liu & Vincent Melaka pada March 05, 2012. GPSnya adalah :2.236727,102.287639

Datang pada awal pagi iaitu pukul 8.20 pagi, kami menunggu dan ada 3 orang dihadapan kami (No.4). Doktor Liu tiba dalam pukul 9.15 – 9.30 macam tu.

Antara maklumat yang diperoleh:-

a) Berat bayi purata adalah 2.17 KG.
b) Air Kentuban normal
c) Jantung sihat dan normal
d) Anggota Badan Normal
e) Dr. Liu comfirmed 100% adalah perempuan
f) 34 Minggu 1 Hari
g) Pundi Kencing, perut, usus, tulang belakang, tulang leher normal
h) Bahagian muka normal (bibir, mata, hidung dll)

Yang penting, semuanya normal. Alhamdulillah. Kami membayar RM90

Kami juga meminta printed photo. Dr. Liu ada bertanya samada membawa pendrive atau tidak. Jadi anda diminta membawa pendrive untuk save. Pastikan anda tanya dan minta. Jangan berdiam diri sahaja.

Kemudian, kami merakam dua video tetapi akan diupload dalam masa terdekat

Berikut merupakan gambar-gambar yang diedit dari video. Enjoy

Gambar ini untuk ketika mengukur lilitan abdomen (waist)Bacaan yang diperoleh setelah mengukur

Denyutan Jantung yang optimum iaitu 157

Kawasan gelap itu menandakan air kentuban mengcukupi.

Tulang leher baby

Tulang belakang baby

Anak panah menunjukkan Four Chamber jantung baby

Gambar Four Chamber jantung yang lebih jelas

Usus dan perut baby(yang berwarna gelap tersebut)

Pundi Kencing yang dah berfungsi menurut kata Dr., jadi buah pinggang juga sudah berfungsi dengan baiknya

Jantina baby iaitu perempuan (kelihatan jelas disitu)

Pandangan sisi muka baby nampak hidung, diatasnya adalah uri (placenta)

Kaedah pengukuran untuk 3D (Proses untuk buat scan 3D)

Muka baby dalam bentuk 3D. Kelihatan hidung, mata dan bibir atas. Yang lain tertutup oleh uri dan bayang-bayang uri

Pengukuran untuk mendapatkan pandangan hadapan (2nd Attempt sebab yang first macam kurang jelas). Kurang jelas yang dimaksudkan adalah disebabkan bayang-bayang uri dan juga uri.

Gambar 3D scan yang jelas sedikit. Kelihatan tangannya menutup mata

.

.

Video akan kami upload dalam masa terdekat insyaAllah. Ataupun anda boleh tunggu sahaja baby akan keluar dalam beberapa minggu lagi. Doakan kami ya.

Isnin, March 05, 2012, Jam 6.17 pm

Video Part One [Updated March 06, 2012, Jam 8.15 malam, Selasa]


HA
Hamzah Asyrani Sulaiman
// lecturer · researcher
Computer Graphics Animation Simulation Teaching Research
Teaching · 3D Game Dev, Graphics & Vis
Research · CG, Animation, Simulation
Publishing · Research papers & consultation