Pembelian Rumah Pinjaman Kerajaan

Assalammualaikum

Saya akan berkongsi dengan anda proses pembelian rumah secara pinjaman kerajaan

30 June 2013:-

  1. Alhamdulillah, perjanjian telah ditandatangani pada penghujung June 2013 yang lalu
  2. Pejabat W.K. Chan and Co terletak di Bandar Melaka Raya.
  3. Sekarang menunggu dalam tempoh selepas raya atau dua bulan untuk menandatangani surat dapat geran dari developer.

12 June 2013:-

  1. Alhamdulillah, permohonan dalam online telah tertera diluluskan dan jumlahnya menjadi RM153,000.00 kerana ditambah insurans takaful ikhlas. Saya menanti borang hardcopy yang akan dihantar untuk perkara selanjutnya.
  2. Adalah dimaklumkan dalam masa satu ke dua minggu lagi saya perlu ke pejabat peguam untuk menandatangani borang-borang berkaitan rumah tersebut di Melaka Raya
  3. Setakat ini saya tidak nampak lagi jadual bayaran balik selama 30 tahun yang saya mohon
  4. Sebab saya memilih rumah sebegini sebab dalam masa hadapan, saya boleh sewakan jika saya mahu. ATAU
  5. Saya boleh upgrade ke DUA atau TIGA tingkat di atas tanah yang sama. Di KL sudah banyak rumah satu tingkat menjadi DUA tingkat, dan ada yang menjadi TIGA TINGKAT.

Sekitar Penghujung Mei 2013:-

  1. Dalam masa 2-3 hari, semua borang telah siap disahkan Ketua Jabatan tempat saya bekerja iaitu Penolong Pendaftar di tempat saya sebab saya bekerja di kawasan universiti.
  2. Proses seterusnya menghantarkan borang ini kembali ke pihak pemaju.

28 Mei 2013:-

  1. Saya perlu mengisi portal online https://sppb.treasury.gov.my/v2/
  2. Untuk mengisinya, pastikan anda dapat terlebih dahulu maklumat dari Developer. Antara yang anda kena isi adalah:-
    • Page 1: Nama, IC, Tarikh Lahir, Jantina, Bangsa, Gred Jawatan Hakiki, Kumpulan, E-Mel, Telefon Bimbit, Telefon Pejabat, Gaji Hakiki, Elaun Memangku, Tarikh Lantikan Skim, Tarikh Lantikan Skim Perkhidmatan Sekaran, Tarikh Pengesahan Skim.
    • Maklumat Perkhidmata, Nama Jabatan, Alamat Jabatan, Maklumat Pusat Pembayar Gaji.
    • Maklumat Suami/Isteri jika berkahwin, Maklumat Keluarga yang Boleh Dihubungi
    • Maklumat Skim Pinjaman (Secara Biasa atau Islam), Kategori Pinjaman, Jenis Pinjaman, Jenis Rumah, Tempoh Bayaran Balik
    • Pemilihan Takaful
    • Maklumat harta yang ingin dibeli
    • Dan pelbagai lagi maklumat yang perlu dimasukkan
  3. Setelah itu, anda perlu Hantar Permohonan dan buat bayaran wang proses melalui internet banking. Saya guna CIMBCLICKS dan pilih PAY BILLS, dan kemudian bilik Bahagian Pinjaman Perumahan-Wang Proses. Bayar RM100.
  4. Kemudian, printkan slip online pembayaran RM100 tersebut dan sertakan sekali dengan Slip Gaji Terkini, Surat Pengesahan Jawatan, IC, dan lain2 yang diminta Developer.
  5. Anda perlukan surat iringan Ketua Jabatan dan perlu bagi dokumen ini kepada Ketua Jabatan anda. Jika bagi saya, saya kena ke Bahagian Sumber Manusia untuk membuat surat iringan dan juga mengesahkan borang2 yang diberi.

18 Mei 2013:-

  1. Saya ke tempat developer tersebut dan bersetuju membeli rumah berharga RM148,000.00. Dengan itu saya kena bayar booking fee RM2000 beserta salinan pay slip gaji satu bulan, surat pengesahan jawatan saya (salinan), dan salinan kad pengenalan saya.
  2. Developer kata kena wait satu ke dua minggu untuk mendapatkan borang-borang untuk diisikan dan juga dicop ketua jabatan

19 April 2014:-

  1. Rumah sudah boleh diduduki dan pihak kerajaan Malaysia juga telah membuat bayaran penuh kepada pihak pemaju.

 

One thought on “Pembelian Rumah Pinjaman Kerajaan

  1. Perhatian!

    Adakah anda memerlukan pinjaman?
    Adakah anda mempunyai kredit yang buruk?
    Anda perlu wang untuk membayar bil?
    Anda perlukan untuk memulakan perniagaan baru?
    Adakah anda mempunyai projek yang belum selesai di tangan kerana pembiayaan miskin?
    hubungi kami melalui mel
    standardloan1990@outlook.com ..
    standardloancompany1990@gmail.com

    laman web: https://standardloancompany.simplesite.com

    dengan maklumat berikut
    PERTAMA maklumat yang diperlukan

    Nama penuh ……….

    Umur …….

    Nombor telefon peribadi …….

    Negara ……

    E-mel …………

    Alamat ……..

    Negeri …..

    Umur ………

    Pernahkah anda memohon sebelum ini? …..

    Status perkahwinan …………

    Jumlah pinjaman yang diperlukan sebagai pinjaman …………

    Pinjaman berjangka …….

    Pekerjaan ……..

    Pendapatan bulanan ……..

    Anda tahu dalam bahasa Inggeris? ……….

    Dalam menyokong mail ini, kita boleh bermula dengan pemprosesan pinjaman anda. Terdapat banyak tempat untuk mendapat dengan mendapat pinjaman daripada syarikat ini.

    ikhlas,

Leave a comment