Pendaftaran Anak di JPN

Cara mendaftar bayi di JPN

1) Sijil Nikah dan salinan (walaupun anak kedua dan seterusnya).

2) Borang JPN.LM01 yang dapat dari Hospital. Perlu ke JPN jika habis

3) Buku Kesihatan Isteri / REKOD KESIHATAN IBU (ni yang buku merah tu) dan salinan muka depan beserta muka surat 28 – BAHAGIAN D: KEMASUKAN KE HOSPITAL & muka surat 29 – BAHAGIAN E: PERIHAL KELAHIRAN BAYI

4) Kad pengenalan suami dan juga isteri dan salinan

5) Surat Pengesahan Hospital (Borang Pengesahan Kelahiran Kementerian Kesihatan Malaysia).

Pastikan semua 6 dokumen.

1) Salinan sijil nikah

2) Buku kesihatan Isteri muka depan

3) muka surat 28 – BAHAGIAN D: KEMASUKAN KE HOSPITAL

4) muka surat 29 – BAHAGIAN E: PERIHAL KELAHIRAN BAYI

5) kad pengenalan suami dan kad pengenalan isteri

dan 6 barang original yang perlu di bawa.

1) Sijil nikah

2) borang JPN.LM01

3) buku kesihatan isteri

4) kad pengenalan suami

5) kad pengenalan isteri

6) Surat Pengesahan Hospital (Borang Pengesahan Kelahiran Kementerian Kesihatan Malaysia).

Apabila sampai ke sana, ini adalah jangka masa yang kami dapati apabila berada di dalam JPN Johor Bahru, Wisma Persekutuan.

9.15 am Kami sampai dan ambil nombor tiket menunggu.
9.30 am Nombor kami telah dipanggil utk menyerahkan benda-benda yang kami cadangkan bawa seperti yang di atas tu ada (6 original dan 6 salinan).
9.40 am Petugas Kaunter suruh kami duduk semula untuk menunggu sijil kelahiran yang telah siap.
10.00 am Sijil kelahiran anak kami telah siap :) Horey..! inilah jangka masanya. (Anda akan dapat Sijil Kelahiran dan kepingan kertas tarikh untuk diambil mykid anak

anda).

Sumber :- Click Here

89 thoughts on “Pendaftaran Anak di JPN

  1. Hi,,Saya Dan isteri orang Sarawak ..kalau isteri Saya lahir baby dekat Johor..boleh Saya Balik Sarawak buat sijil kelahiran ?

    1. Saya tidak mempunyai jawapan untuk itu, rasanya boleh bertanya direct kepada orang JPN melalui info email mereka di

      Johor

      National Registration Department
      State of Johor
      Level G, 1, 2 & 3, Block 2 Kompleks Kementerian Dalam Negeri,
      Taman Setia Tropika,
      81200 Kempas, Johor Bharu.

      Tel : 07-2341690, 07-2341691 07-2341634
      Fax : 07-2341696
      E-mail: admin_johorbahru @jpn.gov.my

    2. Saya dah berkahwin. Sekarang tengah sarat mengandung. Boleh kah saya mendaftar anak saya di JPN jika tiada sijil nikah? Sebab kahwin ikut adat. Tapi sekarang sudah bercerai. Saya orang sarawak tapi tinggal di Johor.

  2. If sijil perkahwinan belum diiktiraf dimalaysia…( sy nikah luar negara) bagaimana nak daftarkan kelahiran anak?

    1. Salam,

      Itu saya tidak pasti, mungkin perlu menghubungi pihak yang berwajib di negara ini. Mulakan dengan pergi ke pejabat agama berdekatan.

  3. Sy warga negara indonesia..suami saya org sabah..macmmana sy mau bt sijil lahir bt ank sy..sdgkan sjl kwin sy blm d daftarkn d mlysia..kami kawin di indonesia..

    1. Salam,

      Mudah sahaja. Bawa dokumen yang dari Indonesia (sekiranya ada). Dan bawa ke pejabat AGAMA berdekatan dan minta untuk mendaftarkan perkahwinan. Mereka akan membantu di situ dan jika masih belum mendapat usaha yang sewajarnya, maka saya cadangkan jumpa sahaja wakil rakyat ataupun orang berkepentingan untuk mempercepatkan proses.

  4. Salam,sya bsalin dan ptang dikg.. nk dftar ank ke 2 guna slinan ic suami bleh ke?sbb suami skang berada dioversea..lg 1,klau guna kad nikah x guna sijil bleh ke?

    1. Hm, ini saya tidak pasti juga. Mungkin boleh sebab suami dioverseas. Asalkan ada benda yang original dibawa untuk dilihat.

  5. tumpang mencelah, pendaftaran anak di JPN tak boleh guna kad nikah, mesti guna sijil nikah. Jika anak pertama, sijil asal perlu dibawa. Jika anak seterusnya salinan sudah memadai (bergantung kepada budi bicara JPN) untuk selamat bawa sahaja kkedua-dua sijil nikah (lelaki dan perempuan) yang asal bersama.

    Harap membantu. terima kasih

  6. Maaf ya , mencelah. Untuk pendaftaran anak di JPN, kad nikah tidak diterima.Anda mesti membawa sijil nikah (kedua-dua lelaki dan perempuan) untuk anak yang pertama. Untuk anak yang seterusnya boleh gunakan sijil salinan sahaja (tetapi tertakluk kepada budi bicara JPN). untuk memudahkan kerja bawa sahaja sijil asal bersama-sama.
    Harap membantu. Terima kasih

  7. Saya berumur 24 tahun dan saya belum mempunyai kad pengenalan diri..saya hanya mempunyai sijil kelahiran yang sudah didaftar oleh mahkamah mejistrik..Disamping itu,apa yang patut saya lakukan??

  8. Saya berumur 24 tahun dan saya belum mempunyai kad pengenalan diri.. Dan saya hanya mempunyai sijil kelahiran yang sudah didaftar oleh mahkamah majistrik.. Oleh itu,apa yang patut saya lakukan???

  9. Assalammualaikum..
    Bolehkah suami pergi daftar kelahiran anak tanpa membawa isteri dan anak nya? Mohon pencerahan.. terima kasih.

  10. Saya nak tanya .sebenatnya sya lambat daftar surat beranak. Dah 40 hari lebih hari saya ade pegi jpn ambik borang . Sekarang i nak daftar ade ape ape masalah tak cik

  11. maaf. tnya blh ke ank sa dpt sijil lhr. sdngkn sa x brklinik d sbb kan. klinik kerajaan skrg cerewet.
    bnyk duit yg d mnta. sa ni bnyknya org yg sanang. jdi trpaksa sa brsalin d rmah. sa msih menggunakn sijil lahir

  12. maaf..bole tnya..saya dah lewat daftar kelahiran dah lebih 4tahun..dan saya tidak pernah berklinik..saya bersalin di hospital..macam mana masi bole daftar lg ka???

    1. Saya tidak pasti bab ini. Mungkin boleh terus ke JPN. Lagipun JPN tidak kisah lewat atau tidak asalkan daftar.

  13. Assalam..Klau sy takde buku merah tapi bersalin di hospital kerajaan ..Boleh ke dftar di jpn

  14. Nak kepastian. Sekiranya hanya berklinik swasta semasa mengandung dan tidak berklinik kerajaan. Bersalin di rumah dan di bidankan oleh suami . Apa document yg perlu di bawa untuk daftar kelahiran?

    1. Salam,

      1. Bawa ke hospital kerajaan atau telefon hospital kerajaan untuk dapatkan dokumen dan pemeriksaan.
      2. Kemudian ikuti step by step oleh hospital kerajaan tersebut.

  15. saya nak kepastian buku merah isteri tu part dalam kena photostat jugak? kalau doc xisi mcmana ye? perihal kelahiran & kemasukan me hospital

  16. Salam,
    Bolehkah saya mendaftar tetapi buku pink sahaja saya tidak bawa ke kaunter? Lain-lain dokumen asal saya telah sediakan cuma buku pink sahaja saya tidak bawa.
    Terima kasih.

  17. Salam. Suami sy berada di luar negara jadi ic dia tak ada . Yg ada pada sy photocopy ic dan surat kahwin kami ja. Jadi macam mana ya?

  18. Hi sy nk minta pendapat boleh guna Surat pengesahan perkawinan sabah diguna kan untuk buat Surat beranak

  19. selamat ptg ye..saya nk tanye sblm ni saya dh de suami pertama n 2 org anak..dh 5 tahun saya dh berpisah dgn suami saya..sekarang ini saya sudah kahwin dengan suami kedua mengikut adat dan mengandung..bolehke saya mengambil surat beranak untuk anak tanpa sebarang masalah??

  20. hi..saya nk tanya.tiada sijil nikah…lewat daftarkelahiran setelah 4 tahun..berapa lama tempoh surat beranak siap?

    1. Saya tiada maklumat berkaitan demikian tetapi tetap boleh daftar walaupun tiada sebarang dokumen cuma perlukan pengakuan sahaja tetapi nama bapak sebenar tidak dicatatkan.

      Rujuk
      http://www.jpn.gov.my/soalan-lazim/kelahiran/

      Kelahiran kanak-kanak berlaku di luar perkahwinan/nikah (anak tak sah taraf/anak luar nikah) (untuk orang yang bukan beragama Islam)
      Maklumat bapa bagi kanak-kanak yang lahir di luar perkahwinan tidak akan dicatatkan dalam daftar kelahiran, kecuali dengan permohonan bersama oleh ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa kanak-kanak tersebut. Seseorang yang mengaku sebagai bapa kepada kanak-kanak tersebut perlu menandatangani daftar kelahiran bersama-sama dengan ibu kanak-kanak.

  21. Salam..sy nak tanya.. Dua tahun lambat daftar kelahiran.. Buku klinik juga sudah tiada.. Apa yg perlu sy bw ke JPN untuk membuat pendaftaran.. Harap dpt membantu…. Terima kasih…..

  22. salam nak tnya, kalau sye nk daftar anak tapi tkda buku pink bole ke? dan lewat 8 bulan lepas anak sye dilahirkan, boleh ke?

    1. JPN membenarkan tak kisah lewat atau tiada buku pun. Cuma ada beberapa dokumen peribadi kena bawa seperti IC Dan mungkin rekod pemeriksaan anak. Maklumat lanjut rasanya baik ke JPN bertanya dahulu tetapi memang boleh

  23. HI I would like to check .my wife is going to deliver soon..in this coming week .we did apply for registration of marriage. But my mother in law didn’t let her daughter to married me . And she was taken away to kedah .now she back ..I’m very worried about the father name .how can I ask help for the government to help me with that .And my mother in law want to give the child away after delivery. I really seek a help from the government. Please do advice me .

    1. I am sorry as I have no information on this or experience. But I think you can consult JPN itself via email to pro@jpn.gov.my

      Or

      Via their facebook by messaging them

      Facebook JPN – Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia

  24. Hai.. nk tnya 9 thn lepas Sy prnh brkhwn kampung tiada apa2 dokumen pengesahan n dpt 2org ank. Slps mgndungkn ank kedua Sy becerai dlm telefon je.sampai la sekarang dh 7tahun brpisah. N swktu 4bulan slps pisah.Sy ade la dftar ank2 d jpn n buat surat akuan bersumpah Sy ibu tunggal surat tu ada submit smsa mmhon sjil lahir ank2 n sebulan kemudian dpt la sijil lahir tu tapi berbin kan abdullah. Soalan Sy ada kah jpn mengiktirap anak Sy ank liar nikah?dan kalau Sy nak berkahwin lagi . D jabatan agama islam boleh ka saya guna status anak dara.?Sebap Sy x pernah register d mana2 jabatan agama.terima kasih

  25. Saya nak tanya…sy ade anak dh usia 12bln 5 hari tapi masih blom mendaftar sijil kelahiran atas sebab kami nikah di thailand..boleh ke sy mendaftar anak sy di JPN walaupun dah lewat setahun…bukti kelahiran surat keluar hosp masih ade..n buku pink masih ade pada sy…sy cuma nk dftr kan nama anak sy…sedih bila dia takde identiti…sy bingung…

    1. Kira masih boleh daftar la…tetapi cuma nama bapa dia tk dpt diletakkan sebab kami belum dftr nikah kt malaysia..

  26. 3) Buku Kesihatan Isteri / REKOD KESIHATAN IBU (ni yang buku merah tu) dan salinan muka depan beserta muka surat 28 – BAHAGIAN D: KEMASUKAN KE HOSPITAL & muka surat 29 – BAHAGIAN E: PERIHAL KELAHIRAN BAYI

    *Sorry sis , saya ingin bertanya.. maaf saya masih tidak faham apa yang sis katakan diatas.. boleh terangkan secara teperinci kepada sy. maaf sekali lagi.. saya hanya ingin tahu.

  27. salam.. maaf sy nak tanya .. sy dah daftar ank buat surat beranak dan mykid .. surat beranak dah ada tetapi kepingan kertas pengambilan mykid hilang .. mcm mne ye ?

  28. Salam , nak tny..adik sy umur dah 19 tahun,blom ada sijil lahir, tapi buku pranatal dan kad imunisasi dah hilang ,yg ada hanya pengesahan kelahiran dri hospital kerajaan .. dan ibu bapa dah meninggal , dokumen kematian ada..boleh ka sy(adik-beradik) daftarkan kelahiran adik sy di JPN?makasih

  29. Kawan I baru last year je kahwin…dia jz kahwin adat and tiada sijil kahwin sebab isteri dia tiada sijil lahir and i.c…istri dia mengandung nw…bolehkah dia ambil sijil lahir untuk ank dia nanti?

  30. Surat beranak anak saya hilang. ..Mykid memang dah ada..Macam mana prosedur untuk mohon surat beranak yang baru?

    1. Rasanya jika ada nombor mykid dah cukup anda boleh buat permohonan baru. Saya sarankan ke pejabat JpN berdekatan untuk keterangan lanjut.

  31. Saya nk tanya saya lewat daftar anak ke jpn sebab surat pengesahan hilang..jadi macam mane ye??saya cuma ade surat discharge note..

    1. Bawak sahaja dokumen2 yang diperlukan yang ada seperti sijil nikah, ic ibubapa dll. Saya cadangkan menelefon ke pejabat JPN berdekatan untuk keterangan lanjut.

  32. Salam , nak tny..adik sy umur dah 19 tahun,blom ada sijil lahir, tapi buku pranatal dan kad imunisasi dah hilang ,yg ada hanya pengesahan kelahiran dri hospital kerajaan .. dan ibu bapa dah meninggal , dokumen kematian ada..boleh ka sy(adik-beradik) daftarkan kelahiran adik sy di JPN?

    1. Mendaftar kelahiran memang tiada masalah asalkan ada wakil keluarga terdekat dan dokumen2 yang mana ada boleh dibawa. Keterangan lanjut adalah terus sahaja ke JPN cawangan daerah berdekatan (bukan RTC) dan bawa dokumen2 terus.

  33. Hi saya nak Tanya, kalau perumpuan bukan agama Islam dan belum kahwin sudah Melahirkan anak Baru Satu Minggu bolehkah ambil Sijil kelahiran anak, kalau Lelaki dia setuju bagi IC photocopy untuk daftarkan nama dia dekat nama Bapa.

    1. Saya tiada info berkaitan hal ini. Tetapi pendaftaran memang boleh dilakukan asalkan ada wakil lelaki cuma nama itu ada syarat2 sedikit apa yang tidak boleh letak.

      Boleh terus ke pejabat JPN berdekatan untuk info lanjut

  34. Asalamualikum…. sy nak tnya anak buah sy skrang 15 tahun tapi tak ada sijil lahir…document kelahiran semua dah hilang ….boleh ke saya nak buat … macam mana nak mohon … sebab nak buat mykad tak boleh… t. Kasih

    1. Saya tiada jawapan untuk soalan ini namun mencadangkan untuk terus sahaja ke JPN sebab semua rekod ada disana. Cuma semestinya ada prosedur yg JPN akan bantu step by step (seperti report polis kehilangan dll).

  35. Assalamualaikum…..sy ingin bertanye .. sy hamil dan bercerai….skrg nie sy hnye tinggal untuk bsalin…sy ingin tahu prosedur untuk daftar sijil kelahiran ank y bakal sy bsalin nanti….ap y perlu sy sediakan semase mendaftar…?(dengan bekas suami lost cntat)..terima kasih

    1. Tiada masalah semuanya. Terus sahaja samada secara wakil atau diri sendiri ke JPN. Dokumen bawa sijil nikah yang dulu sebab masih perlu ber BIN/BINTI bapa terdahulu. Bahkan jika hilang sekali pun bawa sahaja dokumen dari hospital setelah lahir , ic sendiri dan ic wakil. Untuk prosedur lain2 boleh berada di sana kerana mereka amat membantu.

      Kesimpulan: asalkan lahir sahaja boleh daftar dan tidak perlu takut tak dapat daftar. Bgtau sahaja apa yg ada. Sebab majoriti terlalu takut nak daftar terutama kes2 yang bayi dijumpai dll.

  36. Maaf bertanya. Adakah ianya satu kemestian utk anak diletakkan BIN/BINTI? Suami bukan rakyat Malaysia (tapi masuk Islam sebelum kami bernikah), dan saya Muslim rakyat Malaysia. Terima kasih.

    1. Ini saya tidak pasti, mungkin boleh merujuk JPN berdekatan. Mereka amat membantu kerana mereka hanya memastikan anak didaftarkan sahaja. Oleh itu usah gusar kerana pegawai JPN Memang mengkehendaki anak mempunyai nama walau apa cara/latar belakang sekalipun

  37. assalamualaikum nak bertanya, kalau hendak buat sijil kelahiran anak yg baru boleh ke? sbb yg lama dah tkde, surat pengesahan hospital pun tkde sbb kereta sye kena pecah, dokumen semua dlm beg dah lesap . adakah JPN masih mempunyai data² sebelum ni? thank you

    1. Jika memang ada sijil kelahiran itu dari JPN memang boleh dpt balik. Cuma prosedur itu perlu dirujuk JPN. InsyaAllah mereka amat membantu. Mereka perlukan anda datang dan beritahu apa masalah sahaja.

  38. salam… saya nk daftar kelahiran anak tapi kad pengenalan asal suami tiada sebab suami ada urusan kerja di kedah… boleh ke bawak salinan ic suami je?

  39. Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya, skrg saya pregnant hampir 4 bulan, ttp saya belum brnikah. Atas kesilapan saya, sy tdk mahu anak sy menderita. Saya dan bapa kpd kandungan sy mmg setuju utk mnjaga bayi ini, bapa kandung seorg mualaf baru2 ni, kami trlanjur sbelum dia convert. Dsbbkan mcm ni jd kami tdk boleh brkahwin smsa sy masih pregnant atas hukum hakam Islam. Slepas anak kami lahir dan lepas pntang bru kami akn bernikah, soalan saya:
    1- Bgaimanakah kami ingin mndaftar kelahiran anak?
    2- Adakah boleh diisi nama bapa kandungny pda sijil kelahiran jika kami mmbuat surat permohonan?
    3- Dan bolehkah kami mmbuat checkup baby dan brsalin di klinik/hosp kerajaan? Krn sy dapat tahu yg klinik/hosp kerajaan perlukn bukti sijil nikah jika mahu brsalin di tmpt mereka.
    Kami btul2 trdesak utk mmbuat prmohonan trsebut sbb ianya akn mnjejaskn kehidupan anak bila dia besar nnt.. terima kasih, maklum balas anda amat diperlukan..

    1. Salam.

      1. Tiada masalah untuk daftar. Boleh bersama wakil (ibubapa) http://www.jpn.gov.my/maklumat-kelahiran/pendaftaran-kelahiran-biasa/#1458271873120-a6039f9a-3670

      2. Ini boleh rujuk disini https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/07/306289/jpn-tidak-terikat-fatwa-nama-bapa-anak-tidak-sah-taraf

      3. Ini juga tiada masalah. Banyak sahaja kes. Mereka perlukan wakil bersama. Yang penting mesti berani pergi. Mereka (klinik kesihatan) takkan marah. Dan jika kurang semangat atau malu jika ramai dengar, cuba ke klinik kesihatan semasa orang tidak ramai (waktu jam 11,12, atau hari rabu/khamis). Atau petang. Mereka akan guide mcm mana nak buka buku klinik bayi untuk kes anda.

      Ingat MEREKA tak boleh tolak anda. Mereka kena uruskan anda juga.

      Lihat artikel ini

      http://www.siakapkeli.my/2017/07/hamil-anak-luar-nikah-ibu-muda-lewat.html?m=1

      Ingat, jadi berani dan jangan malu. Anggap ianya satu kesilapan yang anda pasti akan insaf dan akan jadi dan didik manusia yang dikandung menjadi insan baik. Beranikan diri. Anda pasti mampu

      Saya sarankan untuk ke JPN kerana insyaAllah mereka akan membantu.

  40. Sya org indonesia saya chek dekat klinik swasta, jadi tak ada buku pink, dapat buat surat kelahiran tak?

  41. Sy ada sorg kwn, dia blm brkhwin tapi dh mengndung dn bklinik di hospital swasta.. Blh kh dftr kelahiran wlaupn ak x sah taraf.. Lps tu dia org srwak, n nak mlahirkan kat sabah.. Blh ke dftr kelahiran dekat JPN Sabah?

      1. Asslm.kum…maaf tuan.sya ingin brtanya.saya bernikah di songkla thailand.kami baru sahaja menghantar permohonan daftar nikah di mhkmh syariah…kini isteri saya tlahpun melahirkan anak tdk sah taraf atas kesilapan kami…bgaimana untuk saya mendaftar kan sijil klahiran ank sya sblum sebutan kes daftar kmi

      2. Tiada masalah seperti yg saya komen sebelum ini. Hanya perlu terus ke JPN dan penjaga/suami (mesti lelaki) mesti bawa dokumen pengenalan diri.

  42. Isteri saya pergi ke kelana jaya medical center
    So kira suasta punya
    Dan diorang xde bg mcm buku merah yg klink kerajaan bg
    So apa saya nak buat utk ganti buku merah tu bila nak daftarkan anak saya nnt ?

    1. Tiada pun tidak mengapa asalkan bawa segala dokumen yang berkaitan dari hospital swasta. Mereka memerlukan dokumen yg menunjukkan kelahiran. Sebanyak yang ada.

Comments are closed.

%d bloggers like this: