Usaha itu terpulang kepada kita

Aku berlari petang pas asar semalam.

Selepas event homecoming di fakulti aku di mana kami di ftmk menyambut mereka yang bakal konvo pada hari ini (sabtu).

Jadi yg dtg mostly yang graduan PhD. Mereka ini dah digelar “Dr.” dan hari ini Sabtu pagi konvonya. Dan ada juga yg yg graduate master dan Bachelor.

Tahniah buat mereka dan bahkan supervisor kerana melahirkan insan yang berkelulusan tinggi iaitu PhD atau Master. Bahkan Bachelor juga kerana belajar sehingga universiti ini adalah peringkat tertinggi. Tatkala ada yang sehingga SPM atau Diploma, mereka memilih sehingga tiga level lagi atas.

Dalam kehidupan ini, kita tengok insyaAllah usaha takkan langsung mengkhianati hasil.

Hatta seseorang yg mmg taknak belajar selepas habis SPM pun, bersungguh2 berniaga dan jadi usahawan terkenal dan berjaya.

Hatta seseorang yg belajar sehingga PhD, kemudian berusaha menghasilkan lebih banyak insan2 padu yg ada Master dan PhD sehingga layak digelar Professor setelah beberapa tahun.

Hatta seorang ahli sukan bersungguh-sungguh berlatih berjam2 pagi ptg setiap hari sehingga menjadi ahli sukan professional mcm Dato Azizulhasni dan Dato Lee Chong Wei.

Mereka ini memang layak untuk menjadi satu status dalam masyarakat.

Sebab apa? Mereka usaha beb.

Tatkala kita berlari seminggu pun 5 kali aje waktu pg tu pun just 30 ke 1 jam aje, depa berlatih seperti nyawa dan kehidupan bergantung kepadanya. All out. Jaga permakanan dan sebagainya.

Tatkala kita gi keje pun sekadar buat biasa2 and remeh temeh memenuhi syarat, balik dan dtg keje pun just bare minimum buat tasknye, depa yg lain punyalah dtg awal, buat discussion dgn pelajar2 dan setiap masa ada sahaja benda nak dibuat.

Tatkala ada yg berniaga biasa2 dan maintain mcm tu aje, kualiti pun just ngam and takde hasrat nak kembangkan perniagaan sekadar mcm tu aje, yg usahawan bertungkus lumus upgrade skill and kualiti perniagaan.

Jadi, kita ucapkan tahniah buat mereka yg berjaya ini. Terutama yg berjaya dgn usaha yg sgt bagus. Usah dengki and hasad dgn pencapaian mereka. Sebab kita tahu mereka sgt berusaha nak jadi terbaik.

Untuk kita yg usaha biasa2 ini, bersyukurlah sebab dpt hidup dgn sederhana and baik. Itu dah cukup baik.

Kita dapat berlari (berjogging), dapat gaji, dapat keluar melancong dgn baik, dpt masa yang baik dan sebagainya. Sebab itu yang kita mampu. Kita mungkin tak dapat jadi sehebat mereka yg lain, tp kita dpt jadi someone yg tidaklah terlalu low sgt. Maksudnya kita seorang yg biasa.

Pensyarah yang biasa.

Ahli sukan yang biasa2 sekadar memenuhi masa lapang

Seorang peniaga yang biasa2

Okehlah tu. Sebab itu yg kita mampu.

Hidup dgn tenang dan baik dgn semua peringkat. Sebab kita dpt apa yang kita buat. Alhamdulillah

Hamzah

9 November 2024

2:50 pagi

Sabtu

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a comment