Kehilangan dompet, dijumpai tapi lesap wang tunai..

Kejadiannya berlaku sekitar jam 8 malam hingga 9 malam pada 19 Mac 2025. Aku time tu tengah selsema teruk jugak, pakai seluar pulak seluar style poketnye tak muat wallet sangat.

So lepas gi kedai Eco di MITC depan MYDIN tu, terus ke kereta dan time tu ada lg wallet sebab bayar guna kad debit.

Tp masa masuk kereta sampailah ke destinasi ZUS COFFEE MITC tu aku syak wallet aku jatuh masa aku nak masuk kereta bila lepas gi Kedai ECO atau waktu nak ke kedai ZUS COFFEE MITC depan MYDIN MITC tu.

Aku memang tak perasan langsung sampai la balik rumah dan ada perjumpaan online dgn bebudak PSM aku. Cuma aku heran jam 9:50 ada tiga kali panggilan dari Balas Polis. Aku tak perasan sebab handphone di tempat lain.

Malamnya sekitar jam 11 lebe baru terperasan ade miscall 3 kali dan aku cuba call balik tanya dulu ada apa ya call aku. Aku pun syak mcm ada benda tertinggal ke atau tercicir ke. Maka aku pun nak cari IC aku sekali aku perasan wallet aku pun takde even dalam kereta.

Aku call balik sekali lg and confirmkan wallet saya ke yg sebab balai polis tu call, sekali betul rupanya. Wang hangus dah tp mujur kad2 semua ada. Kad bank etc tu org tak amik. Tp mujur ada orang bagi ke balai polis.

Nak tidor malam tu dah tak keruan dah sgt. Tido2 ayam aje.

Lepas sahur dan and then subuh gi anta anak ke sekolah terus ke balai polis tersebut dan Alhamdulillah dapat balik wallet. Itulah, duit lesap la gais. RM800 lak tu lesap.

Aku doakan semoga Allah gantikan dgn lebih baik dan kepada yang rembat duit aku tu, akhirat ada dan pasti aku akan tuntut.

Amin.

Laporan polis ereporting tetap kena buat sebagai prosedur

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a comment