Tahniah yg dpt SPM 2024 keputusan

Tahniah buat yang mereka anaknya SPM telah selesai dan mendapat keputusan.

Apa result yg diperoleh, itu tanda usaha anda yg berbaloi dan terbaik.

Perjalanan masih jauh ye. Fokus kehidupan seterusnya.

Aku jadi KJ dah 5 tahun lebih.

Ada budak sikit sgt A dalam SPM, prestasi dalam kelas semasa ambil program game jabatan aku amat memberangsangkan. Bahkan masa SPM math pun cukup makan aje.

Ada yg padu byk A dalam SPM, pun ada prestasi sangat bagus dalam program multimedia jabatan aku.

Mereka ni elok2 dan baik2 aje.

Aku jaga budak 5 tahun lebih pelbagai pelajar jurusan direcy entry ketua jabatan kena pilih. Yang matrikulasi aku tak pilih sebab tu sistem. Tp yg direct entry ketua jabatan yg pilih manual dan kene isi satu data entry sebelum diberi kepada pengurusan pelajar universiti.

Sebab tu aku ckp, kat universiti ikut bidang.

If bidang kritikal, mmg ko kene pastikan anak ko bolot semua A yg ade. If bidang mcm game and multimedia ni, majoritinya bukan straight A pun. Sebab kena dgn bidangnya.

Sebab tu aku cakap, if ko pulun nak masuk tempat hebat and top rank univ, ko kene pastikan anak ko bolot semua A. If biasa2 takpe aje result ko jgn meet the requirements.

Tu belum masuk bab keje nanti, itu baru real world challenges. Dunia pekerjaan tak pandang ko dari mane or berapa anak kita dpt mase SPM sgt. Dunia sebenar pandang ko punya jati diri, keyakinan and komunikasi. Serta pelbagai aspek daya tahan and kemampuan diri.

Jadi, yg penting adalah sentiasa bantu bina jati diri anak. Jadikan mereka lebih berdaya saing dan kehadapan.

Dan pesanan aku, tolonglah beb aku dah taknak sambung pegang jawatan. Hahahhahah.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a comment