Wife Warded

Al kisahnya pada 26 Feb pagi wife aku pening. Smp ke petang masih pening and hampir pitam.

So aku hantar ke Hospital Pantai Ayer Keroh.

Hantar sebelum berbuka. Sempat la aku berbuka dgn si Zayn minun air coffee bot tu. Air coklat rm7 beli dua. Kemudianya aku tengok wife aku dulu and then balik dulu bukak puasa di rumah dgn anak aku.

Sebab aku sempat beli bazar dgn wife and anak. Wife aku pun ikut tp duduk di kereta sebab pening sgt.

Aku beli nasi gepek rm8 murah beb kat Bazar MITC ni. And then nasi ayam rm7.50 kire ok banyak isi. And lompat tikam and kuih lopes.

Di rumah.

Aku mandi dulu and then berbuka makan. Lepas tu tunggu isyak sambil kemas barang2 wife aku.

Dalam jam 9 ke hospital. So sampai sana baru nak daftarkan masuk wad and then rupanya CT scan dah dijalankan. Dan Alhamdulillah positif katanya. So still kene warded jugak sebab ada benda tak kena lagi.

BP still high, kepala kurang pening tapi still ade. So esok 27 feb akan doktor jantung check pulak.

Lepas aku bawak and follow wife aku dihantar ke wad, aku and Zayn balik rumah berehat.

Dan Alhamdulillah setakat jam 11 ni, GL dah approved. So boleh proceed rawatan dan sebagainya. Guna AIA. Alhamdulillah bagus processnya oleh AIA. sebab wife aku tak pernah guna or claim. So ni baru first time guna. Alhamdulillah boleh.

So skg wife aku tengah berpuasa..untuk further testing katanya. Nanti aku update lagi InsyaAllah

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a comment