So aku dgn wife buat Kek Batik guna Beryl’s yg milk compound tu.
Aku start dgn kuali non stick
Ramuannya
- Taruk anchor tu dalam 100-150gram aje dlm kuali yg besar la skit.
- Panaskan sikit dlm 2-3 minit api slow
- Kemudian masukkan coklat Meriah tu serbuk dalam setengah cawan kot aku main tabur aje tp rasenye dalam setengah cawan atau 100gram
- Kemudian masukkan sedikit serbuk kopi nescafe yg original tu dalam satu sudu teh
- Kemudian aku masukkan susu low fat Dutch Lady dalam total satu cawan setengah kot atau 300ml kot. Ni pun aku main tuang aje dlm kuali. Tp anggaran aku dalam 300ml
- Kemudian coklat Beryl tu ko tuang dalam 100 ml – 200 ml ikut tahap kesedapan.
- Garam sikit dalam setengah sudu teh.
- Kemudian ko kacau la sampai cair semuanya.
- Abis tu biarkan sejuk skit dalam 5 minit aje.
- Ko masukkan biscuit marie yg ko patahkan sekeping tu kepada tiga atau empat serpihan dan jangan amik habuknya. Patahkan semua biskut tu dalam tempat lain.
- Dan masukkan dalam kuali tu. Guna kuali besar la nak kacau.
- Setel gaul sampai abis masukkan dalam bekas yg ko nak simpan dalam peti ais dan bertutup atasnya.
- Selepas 12 jam ko makan. If tak tahan sgt selepas 2 jam dalam peti ais makan.


So ramuannya aku gune biscuit Marie yg Lotuss 300gram tu.

Dan juga Beryl’s compound beli kat Shopee

Dan juga butter dari Anchor

Dan coklat serbuk dari Mydin jenama Meriah

