Soto untuk hujung minggu

Published on

in

Ok, arini wife aku dgn aku buat soto pulak.

Sehari sebelum dah siap sediakan:

  1. Goreng Sohun (beli kat Lotuss)
  2. Buat Begedil kentang (kentang jenis baik punya, daun sup dan white pepper (serbuk), bawang goreng dan garam.
    • Kentang tu kene rendam dulu sejam dua, kemudian goreng dgn minyak. Selepas tu lenyekkan bila semua dah siap goreng.
    • Lepas lenyek, gaul dgn white pepper and daun sup and garam sedikit.
    • Kene rasa sedap ke tak tambah la garam and white pepper bagi adjust rase.
  3. Rebus nasi impit sejam dua.
  4. Goreng kacang, aku beli kat Lotuss jugak. Goreng pastikan dgn minyak. If style kitorang, kitorang goreng dulu tanpa minyak, and then masukkan minyak mase di tengah2 goreng kacang tu.
  5. Setel sehari sebelum buat semua diatas.

Hari Kedua

  1. Sediakan sup, masukkan rempah Soto Mak Siti (beli kat Lotuss gak), dalam secukup rasa
  2. Kemudian sediakan ayam boneless dalam dua ketul. Atau 700 gram.
  3. Kemudian sediakan dalam 4-5 bawang besar and beberapa ulas bawang putih dan hali dalam satu cm dah la. Gunakan pengisar tapi jgn hancur sgt. Guna yg blender style press tu.
  4. Seterusnya sediakn untuk cili kicap dia. Just bawang putih and cili api hijau and merah aje. Blend guna blender style press tu jugak.
  5. Skg, sediakan sup dgn masukkan hasil blender yg No.3 tu, tumiskan, masukkan air dalam 1.5 liter ke, dan seterusnya ayam.
  6. Setel masak tu maka selesai lah masakannye.

Leave a Reply


HA
Hamzah Asyrani Sulaiman
// lecturer · researcher
Computer Graphics Animation Simulation Teaching Research
Teaching · 3D Game Dev, Graphics & Vis
Research · CG, Animation, Simulation
Publishing · Research papers & consultation

Discover more from asyrani.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading