Baik. Aku nak buat km by km apa yg berlaku semasa larian aku 10km untuk Decathlon Melaka Run 2025 pada 1 Jun 2025.
Sebelum start: Aku sebenarnya mcm amat optimistic yang aku mampu setkan pace tu 5:30/km tanpa sebarang masalah. Tanpa menyedari badan aku masih penuh chemical drug yg aku kena makan.
Km 1: Masa ni aku mmg rasa selesa dan yakin dengan gerakan kaki aku. So aku smoothly run and make a good progress. Aku run dgn baik.
Km 2: Time ni aku pun masih dgn baik berlari. Tanpa ada sebarang gangguan atau rasa penat pada badan. Cuma aku macam rasa dengupan aku mcm nak naik. Aku harap dia akan stabil balik.
Km 3 – Time aku merasakan HR aku mcm naik, sekali tengok jam Noh dekat 190 lebe. Ini dah takleh beb. Aku kene slow down dgn berjalan..kaki aku boleh lagi . Aku tak peluh pun lagi tapi somehow aku kena stop. Dan aku stop dan berjalan sampai genap 3km. Dan aku perasan, hingus aku berkumpul dan terpaksa dibuangkan. Aku rasa saluran pernafasan aku terjejas dgn hingus ni.
Km 4: Aku cuba start balik dan masuk pace 5 balik, tp somehow aku perasan HR naik balik selepas 300-400m dan aku slow down ke pace 7..but still naik maka stop dan berjalan. Seperti biasa aku kene buang hingus aku yg terkumpul..so mmg betul, aku sebenarnya badan masih tak cukup sempurna lagi ni. HR naik, and selsema masih byk. Sedangkan sebelumnya mcm ok aje.
Km-5: Aku buat 200m walk and 800m aku run dalam pace 6-7 aje. Takleh lebe if tak nanti dia mencanak balik dan untuk pace ni pun mencanak.
Km 6 hingga 8: Benda yg sama terpaksa aku ulang. HR mmg tak bagi kerjasama. Aku just terpaksa guna rules walk 200m and run 800m or lebe kurang.
Km 8 sampai tamat: Aku just slow down pace 8 mcm tu aje. Tu pun HR 173-174 beb. Susah body nak adapt.
Selesai run sebenarnya underdistance. 9.6km aje. Abis terus balik. Ade dapat beg Decathlon ler. Hehehe.
Okeh2 apa pun, comeback is near. Bulan 6 ni teruskan larian mcm biasa. Nak turunkan lagi berat badan below 60kg sambil tu. Nak kurangkan makan and ade mission seterusnya Half Marathon 21km pada September. 💪💪💪







