Bahasa Melayu

Assalammualaikum,

Berbalik kepada zaman saya masa saya belajar di sekolah dahulu, semua buku teks saya adalah dalam bahasa Melayu termasuklah buku rujukan keluaran Sasbadi dan Pelangi. Tidak dilupakan juga buku rujukan bersaiz kecil yang dapat dimuatkan dalam poket dan dapat dibaca bila-bila masa sahaja. Dan yang paling menarik, ianya dalam Bahasa Melayu.

Saya dapat memahami dengan mudah istilah-istilah yang dikemukakan dan terdapat dalamnya. Saya kagum dengan usaha penterjemah di mana mereka dapat memperterjemahkan sesuatu istilah dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.

Tetapi kemudiannya PPSMI dilancarkan dan membuatkan ramai pelajar terkandas terutamanya kawasan luar bandar. Saya dari dulu lagi syak ini sebenarnya hanya menguntungkan sebahagian orang yang dibandar dan berada serta golongan kaya yang hipokrit sahaja. Mereka ini sebahagiannya mengaku Melayu tetapi mengamalkan budaya hidup seperti Barat. Mereka terlalu mengagungkan Bahasa luar tanpa menyedari ada dikalangan mereka memperendahkan martabat Bahasa Melayu. Perbualan dalam rumah juga dibuat dalam Bahasa Inggeris.

Tahukah anda, di Perancis, Penyelia saya dimarahi kerana berbahasa Inggeris sewaktu bertanya kepada orang di dalam bas sewaktu ingin pergi ke suatu tempat. Ini membuatkan penyelia saya berbahasa Melayu pula untuk bertanya dan mereka tidak marah!

Sebenarnya, tidak salah berbahasa Inggerise semahu mungkin, tetapi terhadkanlah untuk keluarga sendiri sahaja dan juga perkara yang melibatkan orang asing dari luar negara. Perkara seperti pengajaran dalam kelas dan sebagainya perlu dibuat dalam Bahasa Melayu, kerana ianya melibatkan penggunaan bahasa kita. Saya bukanlah pakar bahasa seperti Prof-Prof bidang Bahasa Melayu tetapi saya ada pendapat yang dikemukakan. Terserah kepada anda untuk mengambil atau tidak.

Bahasa itu sendiri asalnya dari Bahasa Awal di dunia yang dipercayai Bahasa Arab, kemudiannya bercambah-cambah dan diubahsuai menjadi pelbagai bahasa lain. Difahamkan bahasa-bahasa di dunia ini semuannya berasal dari negara-negara seperti Afrika dan semestinya Afrika diatasnya adalah negara-negara Arab. Itu perlulah diterangkan oleh pakar Bahasa. Seperti asal-usul tulisan Roman dan lain-lain lagi.

Maka, sememangnya hampir semua bahasa sekarang dilahirkan dari kacukan bahasa lain dan gabungan bahasa lain. Tidak timbullah isu Bahasa Melayu ini terdiri daripada empat perkataan sahaja. Ini yang saya tidak faham, orang yang memperjuangkan PPSMI ini juga tidak menyedari bahawa Bahasa Inggeris juga asal daripada perkataan Perancis dan gabungan perkataan-perkataan lain. Sama juga asal-usulnya cuma Bahasa Inggeris diterima pakai oleh banyak orang sebab mereka yang menjajah negara-negara dan memperkenalkan bahasa mereka.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita memperkenalkan Bahasa Melayu apabila pergi ke negara-negara luar. Tidak mengapa berkata dalam Bahasa Melayu, gunakan bahasa Isyarat sambil bercakap dalam Bahasa Melayu, supaya mereka sendiri ingin tahu apakah itu Bahasa Melayu.

Saya rasa seeloknya diperkuatkan kembali penggunaan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pelbagai perkara lain seperti Mesyuarat rasmi kerajaan dan sebagainya. Kembalikan martabat Bahasa Melayu ke peringkat global. InsyaAllah.

Tulisan ini sekadar memberi pendapat

November 3, 2011 – 6.47 pagi – Khamis

 

 

Permainan Battlefield 3 – Menakjubkan

Assalammualaikum,

Pagi ini dalam pukul 5.00 pagi hingga 5.30 pagi saya ada mencuba permainan baru komputer iaitu Battlefield 3. Permainan ini amat menarik dan bagi saya, ratingnya adalah 8.5/10. Setakat ini baru first level champaign sahaja. Nanti masa lapang yang lain akan saya habiskan semuanya. Maka bermulalah era bermain permainan komputer kembali.

Screenshotnya

Dengan difficulty = Normal sahaja

Tembak menembak dalam Battlefield 3

Mencari musuh di dalam game

Masuk Part ke-2

 

FKE UTM Bangunan Baru

Assalammualaikum,

Disertakan di dalam gambar bangunan baru FKE di UTM Skudai, Tidak disangka tempat parking lot yang saya parking semasa kuliah di P19 telah pun bertukar wajah menjadi bangunan baru di FKE. Bagi yang baru masuk tahun 2010 dan 2011 mungkin tidak tahu sebenarnya itu adalah tapak parking lot untuk FKE. Parking disitu untuk ke P19 dan juga naik ke atas SUB untuk makan tengahhari.

Pemandangan dari atas bukit di SUB

Dari atas jalan raya 1

Dari jauh

Kemudian saya melihat keadaan blok S43 KTC

Bangunan ini sememangnya memerlukan cat yang berkualiti kerana kelihatan agak tidak menarik juga bagi sudut pandangan masyarakat luar terutamanya “International Student’

Sekitar dihadapan S43

Hadapan S43

Area parking belakang S43, sepatutnya dibuat satu lagi ruang untuk kenderaan tembus ke sebelah sana

Keadaan di sekitar berdekatan pejabat POS UTM. Lengang pada hari Deepavali ini kerana semua staf dan pelajar serta pegawai kerajaan sedang bercuti termasuklah yang swasta (cuti umum)

Tempat makan SUB.

Persimpangan baru berdekatan Tune Hotel. Teringat dahulunya tiada jalan raya sebegini. Dulunya ada lampur isyarat untuk masuk laluan ke Skudai balik. Sekarang perlu U-Turn dan masuk ke exit kiri seperti dalam gambar ini.