Tahniah yg dpt SPM 2024 keputusan

Tahniah buat yang mereka anaknya SPM telah selesai dan mendapat keputusan.

Apa result yg diperoleh, itu tanda usaha anda yg berbaloi dan terbaik.

Perjalanan masih jauh ye. Fokus kehidupan seterusnya.

Aku jadi KJ dah 5 tahun lebih.

Ada budak sikit sgt A dalam SPM, prestasi dalam kelas semasa ambil program game jabatan aku amat memberangsangkan. Bahkan masa SPM math pun cukup makan aje.

Ada yg padu byk A dalam SPM, pun ada prestasi sangat bagus dalam program multimedia jabatan aku.

Mereka ni elok2 dan baik2 aje.

Aku jaga budak 5 tahun lebih pelbagai pelajar jurusan direcy entry ketua jabatan kena pilih. Yang matrikulasi aku tak pilih sebab tu sistem. Tp yg direct entry ketua jabatan yg pilih manual dan kene isi satu data entry sebelum diberi kepada pengurusan pelajar universiti.

Sebab tu aku ckp, kat universiti ikut bidang.

If bidang kritikal, mmg ko kene pastikan anak ko bolot semua A yg ade. If bidang mcm game and multimedia ni, majoritinya bukan straight A pun. Sebab kena dgn bidangnya.

Sebab tu aku cakap, if ko pulun nak masuk tempat hebat and top rank univ, ko kene pastikan anak ko bolot semua A. If biasa2 takpe aje result ko jgn meet the requirements.

Tu belum masuk bab keje nanti, itu baru real world challenges. Dunia pekerjaan tak pandang ko dari mane or berapa anak kita dpt mase SPM sgt. Dunia sebenar pandang ko punya jati diri, keyakinan and komunikasi. Serta pelbagai aspek daya tahan and kemampuan diri.

Jadi, yg penting adalah sentiasa bantu bina jati diri anak. Jadikan mereka lebih berdaya saing dan kehadapan.

Dan pesanan aku, tolonglah beb aku dah taknak sambung pegang jawatan. Hahahhahah.

31 MOU yang ditandatangani oleh Malaysia dengan China

Malaysia dengan China MOU

1. MoU antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia mengenai Pemerkasaan Kerjasama dalam Inisiatif Keselamatan Global
2. Nota Pertukaran mengenai Pemerkasaan Kerjasama dalam Inisiatif Peradaban Global
3. MoU antara Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China dan Kementerian Luar Negeri Malaysia mengenai Pengukuhan Kerjasama Pembangunan dan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global
4. Perjanjian antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia mengenai Pengecualian Visa Timbal Balik bagi Pemegang Pasport Rasmi dan Pasport Biasa
5. Nota Pertukaran antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia mengenai Penubuhan Dialog Dua Hala Bersama dalam Bidang Hal Ehwal Luar Negeri dan Pertahanan
6. MoU antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia mengenai Kerjasama dalam Perdagangan di Lapangan Perkhidmatan
7. MoU antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia bagi Penyemarakan Inisiatif “Dua Negara, Dua Taman” China-Malaysia
8. MoU antara Pentadbiran Negeri untuk Peraturan Pasaran (Pentadbiran Penyeragaman) China dan Jabatan Standard Malaysia mengenai Kerjasama Penyeragaman
9. MoU antara Pentadbiran Keretapi Negara China dan Kementerian Pengangkutan Malaysia mengenai Pengukuhan Kerjasama dalam Sektor Keretapi
10. Protokol Keperluan Fitosanitari antara Pentadbiran Am Kastam Republik Rakyat China dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi Eksport Buah Kelapa Segar dari Malaysia ke China
11. MoU antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia mengenai Sokongan Bersama Pembinaan Makmal Bersama dalam Pelbagai Teknologi Baharu
12. MoU mengenai Kerjasama Aplikasi Sistem Navigasi Satelit Beidou
13. Perjanjian Penyelidikan Kerjasama bagi Pemuliharaan Antarabangsa Panda Gergasi
14. MoU antara  Universiti Peking dan Universiti Malaya mengenai Pembinaan Makmal bersama Bahan Baharu AI+ China-Malaysia
15. MoU dalam Pembudayaan Wacana antara Konfusianisme dan Islam
16. MoU mengenai Kerjasama Pelancongan dan Media antara Agensi Berita Xinhua Republik Rakyat China dan Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia)
17. MoU Kerjasama di bawah Rangka Kerja Perikatan Warisan Budaya Asia
18. MoU Kerjasama Pelancongan dan Media antara Kumpulan Media China (CMG) dan Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia)
19. MoU antara Kerajaan Malaysia dan Agensi Berita Xinhua Republik Rakyat China mengenai Kerjasama dalam Bidang Berita dan Maklumat
20. MoU Tambahan untuk Meminda Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Kumpulan Media China (CMG) mengenai Kerjasama dalam Bidang Media
21. MoU antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kumpulan Media China (CMG)
22. MoU Tambahan untuk Meminda MoU antara Kumpulan Media China (CMG) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
23. MoU mengenai Penterjemahan dan Penerbitan Karya-Karya Klasik
24. MoU antara Kementerian Digital Malaysia dan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China mengenai Kecerdasan Buatan (AI)
25. MoU antara Kementerian Digital Malaysia dan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China mengenai Ekonomi Digital
26. MoU mengenai Kerjasama dalam Bidang Harta Intelek
27. MoU antara Universiti Xiamen dan Universiti Malaya dalam Penubuhan Bersama Institut Antarabangsa Pengajian Tinggi China-Malaysia
28. Surat Niat dari MDEC kepada Universiti Zhejiang mengenai Transformasi Digital, Kecerdasan Buatan dan Bandar Pintar
29. MoU mengenai Kerjasama Dua Hala antara Akhbar People’s Daily China dan Star Media Group Berhad Malaysia
30. Perjanjian Pertukaran dan Kerjasama Think Tank antara Agensi Berita Xinhua dan Pusat Kajian Strategik Serantau Malaysia
31. MoU antara Kumpulan Media China (CMG) dan Persatuan Persahabatan Malaysia-China�
MoU yang telah ditandatangani ini lantas meletakkan hubungan istimewa Malaysia-China ke tahap baru yang lebih meyakinkan yang pastinya akan membawa limpahan kemakmuran pada aspek kesejahteraan rakyat dan negara seluruhnya.

  

Antara bidang utama yang diliputi dalam MoU tersebut:

Senarai MoU Malaysia–China (16 April 2025)

1. Perdagangan & Pelaburan:

Kerjasama dalam perdagangan perkhidmatan.

Projek “Two Countries, Twin Parks” (MCKIP & Qinzhou) dipertingkat.

Penyeragaman piawaian (Standard Malaysia & pihak China).

2. Teknologi & Inovasi:

Penubuhan makmal bersama dalam teknologi baharu: AI, bioteknologi, tenaga boleh diperbaharui, bahan termaju.

Penggunaan sistem navigasi satelit BeiDou (BDS) dalam pertanian, logistik, kewangan dan pembuatan.

3. Digital & AI:

MoU antara Kementerian Digital Malaysia dan Suruhanjaya Pembangunan & Pembaharuan Negara (NDRC) China dalam bidang ekonomi digital dan kecerdasan buatan.

4. Pendidikan & Penyelidikan:

Kerjasama antara Universiti Malaya dan Universiti Peking dalam pembangunan makmal bersama (AI & bahan baharu).

Program pertukaran dan penerbitan karya klasik Malaysia–China.

5. Pelancongan & Media:

MoU antara Tourism Malaysia dan Agensi Xinhua untuk promosi pelancongan dan pertukaran media.

Kerjasama FINAS dan China Media Group (CMG) dalam dokumentari bersama.

6. Keselamatan & Pertahanan:

Pertukaran nota penubuhan Dialog Bersama Luar Negeri dan Pertahanan.

Kerjasama dalam Inisiatif Keselamatan Global (Global Security Initiative – GSI).

7. Lain-lain:

Perjanjian pengecualian visa untuk pemegang pasport biasa dan urusan rasmi.

Penyelidikan bersama dalam pemeliharaan panda gergasi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk laporan penuh di The Star dan Bernama.


🇲🇾🇨🇳
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja