Ok petang ni dibawa berjumpa doktor untuk cuci hidung.
Baiklah aku nak terangkan dgn detail apa benda pembedahan aku buat ni.
Selama bertahun-tahun, ada benda dlm hidung aku ni membuatkan aku bernafas susah. Aku ingat lagi masa 2018 atau awal lagi, aku mampu berlari tu nafas aku cukup and steady. Cuma sejak tahun2 kebelakangan ni, aku rasa mcm berlari tu kene ikut hidung pulak. Lari slow ke, laju ke, mulut jugak digunakan. So akhir 2023 ade buat check rupanya ada polyp dalam hidung dan hidung aku bengkok dalaman. Pernafasan tak stabil bila udara nak sedut masuk.
So, disitu bermula episod aku daftar nak buang polyp tu and betulkan pernafasan aku. Patutnya 21 feb aritu, tapi tangguh ke 6 march.
So pembedahan aku ni berlangsung dua jam lebih, dia buang polyp2 yg ada sebab kat dalam hidung ada byk lagi. Dan kemudian dia betulkan tulang hidung bengkok aku yg menyebabkan pernafasan tak teratur.
Aku diwardedkan beberapa hari insyaAllah sampai esok. Dan tak pasti lg MC doktor akan bagi berapa lama selepas tu. tapi aktiviti exercise mcm berlari rak boleh lagi sehingga disahkan doktor. Akan ada lagi follow up lepas ni. Mungkin seminggu selepas aku discharge. Dan selalunya MC akan diberi sehingga next follow up tapi aku tak tahu.
Darah ketul2 akan keluar kadang2 sebab mmg akan ada. Kat story aku ada aku tempek gambar jeli darah yg keluar. Ngeri jugak aku tgk. Sampai pening kepala bila dia keluar dan berbaring lepas tu.
Tapi aku skg kerap lapar, sebab darah keluar banyak kot. Kene byk makan. Hehehe.
Thanks yg mendoakan ye. Semoga Allah memberkati anda semua dengan kesihatan dan rezeki yang sangat baik. InsyaAllah.
Dr Shaharudin Bin Mohamad Hashim, Ear, Nose & Throat (Otorhinolaryngology memang terbaik. Bagus korang gi kat dia. Aku and anak aku dptkan rawatan ENT dgn dia. Mase aku buat operation ni, dia ade handle 8 operation on the same day. Link nak buat appointment – https://www.pantai.com.my/doctors/shaharudin-bin-mohamad-hashim


