Zayn Orentasi Darjah 1

Alhamdulilah. Tatkala aku masih di wad. Tq my wife membawa si Zayn ni orentasi darjah 1. Berdasarkan gambar2 lain yang dikirim Whatsapp, nampak dia gembira. Hehehe.

Si kakak sekolah sama. Kakaknya darjah 6. Dan adiknya ni darjah 1. Super Senior and Paling Junior. Hahahha. Semoga mereka berdua berjaya dunia akhirat.

Aku and wife selalu pesan kat diorang, yg aku and wife dah menuju ke hari tua. Dah takde apa nak kejar. Jadi mereka berdua kitorang pesan, belajar asbab diri sendiri. Nak masa depan elok ke tak elok? Nak berjaya atau tak? Diri sendiri kena tanam dalam hati dan minda sambil jgn lupa apa perintah Allah S.W.T.

Aku and wife akan sentiasa bagi duit untuk kelas2, belajar skill2 kemahiran, belajar berenang, muzik dan sebagainya. Tp yg tentukan selebihnya depa kena tahu dari kecik. Aku and wife takleh selamanya tentukan apa kena buat.

Ini yang aku and wife ckp, ajar mereka jadi ke arah matang dan fikir baik buruk. Tugas mak bapak ini adalah ke arah amanah. Jadi kami akan tunaikan amanah dgn baik.

Baiklah Zahra and Zayn, semoga bersekolah dan tuntut ilmu kerana diri sendiri, bangsa, dunia dan agama. Ajaklah sahabat2 baru atau lama, perbaiki dunia ni. Mana yg generasi kami buat silap, betulkanlah. Semoga anda dan generasi anda berjaya dunia dan akhirat.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a comment