Nak hebat, usaha lebih dan doa serta tawakal

Samada kita lari pace 8 atau pace 3/4 per km, ianya tetap sukar bagi majoriti manusia.

Bagi yang tidak pernah berlari, tidak boleh dibandingkan prestasinya.

Bagi yang baru mula berlari, pace 8 pun agak sukar pada awalnya

Bagi yg biasa2 berlari, pace 8 ni santai aje lariannya

Bagi yg atlit, tak wujud pace 8 ni dalam latihan lariannya, yg ada mungkin antara pace 3-4 bahkan pace 4 tu pun easy run aje.

Untuk apa aku terangkan perkara ini, untuk aku nak beritahu korang yang setiap peringkat pace itu ada kesukarannya.

Kita mungkin tengok, wow, power betul mereka yg pace 3-4 pun easy aje larian.

Atau jika bukan dunia larian, dunia ekonomi, “wow kaya betul beliau”. “Wow, tinggi betul pangkat beliau”. Dan pelbagai lg.

Mereka yg “power” ini kita taktahu apa yg mereka lalui saban hari tatkala kita berehat dan kurang usaha berbanding mereka.

Setiap saat itu mereka tak bazirkan, mereka usaha dan training pagi and petang. Takde rehat pun sgt. Waktu bulan puasa pun berlari. Masa byk habis di jalanan tatkala kita duduk relax and lari 5km dah malas and bosan. Tp mereka yg atlit ni teruskan training dan berlari.

Proses nak jadi atlit ni dari zaman sekolah sampailah ke besar. Tatkala kita bangun subuh pastu solat subuh and terus breakfast atau tidur balik diorang ni terus training. Betapa masa byk di jalanan berbanding kita yg ketiduran dan leka dgn makanan.

Jika dunia akademik, ada sebahagian pensyarah yg power yg supervise byk pelajar, byk bagi talk dan sebagainya bekerja dgn penuh usaha dan teliti tatkala kita ni usaha buat yg cukup2 aje.

Allah akan bagi berdasarkan apa yg kita usahakan dan doa kita seyakinnya.

Sebab tu, bagi diri aku, aku bersyukur dah dgn apa yg aku sekarang sebab aku tahu usaha aku mmg layak sebegini aje. Aku selesa dan hidup dgn isteri dan anak2 dgn tahap begini. Aku selesa berlari dgn tahap aku skg.

Sebab aku tahu, mereka yang benar2 padu, dan hebat ni usaha mereka mmg jauh betul jaraknya dgn kita yang biasa2 ni. Kita tak layak rasa dengki atau jeles sebenarnya. Sebab memang beza langit dengan bumi untuk setiap usaha org hebat dgn kita.

Nak jadi hebat? Usaha lebih sehingga luar biasa lebihnya. And then doa and tawakal. InsyaAllah hebat.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a comment