Apa itu Pensyarah (Versi Tahun 2026)

Part 1: Masa Pensyarah.

Dekat Threads, terpandang jugak aku bab pensyarah punya kerja ni busy ke tak dan mostly depa mmg ingat pensyarah ni 100% mmg busy betul.

Ya betul. Mmg busy. Namun, terhad kepada yang memang nak “push rank”. 😆😆😆

Pensyarah di univ awam ni, aku bg contoh aku la..masuk mmg boleh mane2 kampus and tak kisah check in jam berapa pun. So tak menjadi masalah.

Ni aku nak sembang bab masa aje dulu.

Ada yang memang jitu and padu, datang jam 7 atau lepas subuh, balik nak dekat2 mahgrib.

Ada yang datang jam 10 pagi balik 3 ptg.

Jap, yg bagus adalah yg dtg 7 pg balik 7 ptg ke?

Lol, aku gelak aje dengar mcm tu.

Korang nak samakan jumlah jam dgn kualiti kerja ke?

Jangan beb. Jangan anggap yg dtg 4-5 jam aje keje (as pensyarah) tu tak bagus dan yg dtg 10-12 jam tu bagus. Atau sebaliknya. Mmg tiada kaitan dgn masa langsung.Sebab pensyarah adalah KPI based. Ade yg jenis siapkan awal. Ada yg jenis bersederhana slow2 siapkan. Ada yg mmg last minit. Mcm2 beb.

Bab masa untuk pensyarah ni ibarat macam multiverse. Ko jgn samakan “zon” bekerja setiap pensyarah.

Bahkan masa pensyarah ni flexible betul.

Ada time aku busy betul minggu tu.

Ada time sepanjang bulan tu mmg free habis. Mmg lepak aje.

So nanti aku sembang beza yang santai, biasa2 or powerful pensyarah. KPI sama tp ade beza. Tu bab KPI pulak. So topik ni bab masa.

Kehidupan dan Flow

Ini jumlah hutang yang berjaya dikurangkan oleh student under aku as Penasihat Akademik (PA) Dari RM3k lebe.

Keluarga dia susah and dia anak tunggal. Mujur sekarang dah LI ada sedikit wang elaun dia bayar sikit2. Bahkan dia menjaga mak yg sakit jugak siap tangguh pengajian tapi akhirnya pergi internship jugak. Ni dah last dah ni.

Itulah secebis kisah sebahagian pelajar2 di universiti.

Ada yang kaya.

Ada yang cukup2 makan.

Ada yang memang tak cukup makan.

Tatkala ada orang kat luar sana.

Dah pangkat tinggi pun masih tidak amanah.

Yang dah sedia kaya pun sanggup mendapatkan wang secara tidak sah.

Pangkat dan jawatan memang kena ada orang pikul.

Aku pun doa kawan2 aku semua akan menjawat jawatan tinggi.

Cuma yg penting kena amanah dan jujur.

Itu aje. Duit tu tahanlah. Cuba rasa diri itu cukup dah.

If rezeki nak datang ke kita, biar datang sebab memang diri kita layak and secara betul and benar.

Pesanan ni kat diri aku jugak.

Aku nak jadi org yg go with the flow.

Ada rezeki itu ada, takdak rezeki tu takdak la.

Aku buat apa yang kena buat and tak mengharapkan sangat penganugerahan manusia.

Target biar Allah aje Maha Mengetahui.

Aku buat and usaha mana yang aku mampu and rasa boleh buat.

Macam aku jogging ni memang aku kenkadang hampir setiap hari aku lari.

Bahkan ada kala aku rasa malas sgt dan seminggu tak lari pun ada. Sebab aku bukan atlit. Sebab aku nak jogging and berlari for fun. If aku takde fun, aku off larian aku and main game ke or tido.

Itulah kot kehidupan.

Enjoy beb dgn smooth. Tak perlu accelerate sgt and tak perlu slow down sgt.

Kita moving on. Forward.

Semoga Allah merahmati dan meredhai kita semua. Amin.

Selamat Tahun Baru 2026

Selamat Tahun Baru 2026.

Tahun ni aku menjengah usia 41 tahun tak lama lagi InsyaAllah.

Semoga kita semua menerima sebarang kekurangan setiap individu secara berkadaran.

Aku pun serba kekurangan.

Bahkan buka media sosial aje kenkadang rasa geram betul dgn perkara2 dan post2 yang aku rasa amat memerlukan komen.

Ada kala aku main komen aje ada kala aku biarkan aje.

Cuma yg penting aku rasa sekarang adalah toward enjoying life with family and hobbies.

Kerja orang boleh replace. Ianya sekadar lakonan.

Pergi kerja and “be professional” tu adalah lakonan. Kita dilatih agar berdiscuss dgn “professional” dan menjaga emosi.

Sedangkan itu bukan diri kita sebenar.

Famili adalah tempat sebenar kita.

Aku makin dah 40+ ni merasakan famili is first back kata Van Diesel dalam Fast and Furious.

Semoga kita menyayangi keluarga kita sebaiknya.

InsyaAllah.

Dan yang penting.

Aku minat nak berlari dan berlari.

And main games.

Hehehe.