Selamat Berpuasa Tahun 1433

Assalammulaikum,

Pertama kali juga dalam sejarah saya semakin jarang menulis di laman saya ini.

Apakan daya kesibukan masa untuk menulis tambahan pula menyiapkan beberapa projek serta penyelidikan.

Banyak perkara yang berlaku pada bulan Julai 2012 ini atau sebelum Ramadhan menjelma pada waktu mahgrib sebentar lagi

Ada yang gembira dan ada yang sedih.

Apa-apa pun rintangan melanda, percayalah, 10 ke 20 tahun lagi anda akan lupa kesusahan yang anda alami pada masa sekarang.

Oleh itu, bersabarlah dan percayalah dengan Allah S.W.T. dalam memberi rezeki kepada kita.

Tiada apa sangat yang saya ingin bangkitkan hari ini.

Cuma mengajak anda berfikir sejenak

Katakan anda merekabentuk sebuah robot. dan kemudian beberapa robot lagi.

Kemudian robot2 tersebut diberikan Artificial Intelligence ataupun Kepintaran Buatan

Maka kemudian anda mengarahkan robot2 anda membuat kerja

Sebagai pencipta kepada robot2 tersebut. Anda mestilah mempunyai rasa kagum dan gembira dengan mereka.

Dan katakan ada sebuah dua buah robot yang agak terlalu lembab membuat kerja

Ada yang bagus membuat kerja dan berkualiti.

Maka pasti anda lebih menyukai robot yang menepati citarasa anda iaitu rajin bekerja.

Maka robot itu jika meminta fungsi terbaru ditambah, maka anda pun akan memberikannya.

.

Maka saya mengajak diri saya dan anda semua.

Adakah anda sedar bahawa Allah S.W.T. amat menyayangi kita semua?

Jadi mengapa kita membuat perkara yang Allah S.W.T. tidak suka?

Oleh itu, mari kita memperbanyakkan doa dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada disamping berusaha ke arah akhirat yang lebih baik.

Ingat, pangkat tidak akan mendatangkan apa-apa.

Walaupun saya mendengar pelbagai kata orang seperti “orang ini tiada title pun boleh cakap macam-macam”.

Abis, salah ke saya memberi pandangan dan kemudian orang terima.

Jika nak lawan, sediakan pandangan yang lebih bagus dari pandangan saya.

Bukan salah saya pun orang atasan tersebut menerima pandangan saya.

Inilah pemikiran yang sudah dianggap ketinggalan zaman.

Dimana perlu ada jawatan tinggi baru boleh komen.

Bagi saya, individu sebegini seeloknya bersara sahaja kerana generasi akan datang akan menguasai masa depan.

Mereka ini akan bersara dan kemudian duduk rumah diam-diam.

Maka akhir kata saya adalah

Saya memohon ampun dan maaf andai kata, kata-kata saya terlalu mencengkam jiwa. Ini kerana saya mahu berterus terang dan tidak mahu berselindung.

Saya akan sentiasa maju kehadapan dan tidak beroleh belakang.

Selamat Berpuasa dan Beribadah.

Hamzah 2.38 petang, Jumaat 20 Julai 2012.

Speculation?

Assalammualaikum,

Setelah sekian lama tidak menulis di blog ini, maka timbul rasa ingin menulis di bulan Julai 2012 ini.

Mungkin kesibukan dengan famili dan juga kerja dan penyelidikan maka banyak perkara yang perlu difikirkan dan dibuat.

Namun, alhamdulillah hari ini saya ada masa yang baik juga.

.

Kali ini saya ingin berbicara mengenai spekulasi.

Katakan Ahmad membeli sebuah ais krim berharga RM50 di sebuah kedai terkemuka di KL sedangkan upahnya sebagai pembantu gerai roti canai cumalah RM20.

Dan beliau baru bekerja sehari.

Maka orang yang ada perasaan hasad dan dengki ini akan menimbulkan spekulasi.

Ya, majoritinya spekulasi adalah perkara-perkara negatif yang ditimbulkan oleh musuh dalam selimut.

Mengaku sahaja sebagai rakan tetapi sebenarnya merupakan musuh kepada anda.

Ini yang perlu anda elak.

Bagi saya, saya tahu siapa yang benar-benar sahabat saya dan hanya saya yang tahu kecuali saya beritahu orang siapa sahabat saya. Dan saya juga berkawan dengan semua orang walaupun ada yang mengaku sahabat kepada saya tetapi dibelakang mungkin dipijaknya saya dan menimbulkan spekulasi negatif kepada saya.

Spekulasi berdasarkan contoh di atas:-

Samad rakan kepada Ahmad mungkin menimbulkan spekulasi “bagaimana dia ni dapat makan kat tempat mewah sedangkan dia kerja sebagai pembantu kedai roti canai sahaja dan naik kereta lagi?”

Maka timbul pelbagai andaian dan mungkin Ahmad ini jual dadah dan sebagainya dan diceritakan pula oleh Samad kepada orang-orang lain.

Maka orang yang mempercayainya terus tersilap information dan mengatakan Ahmad menjual dadah. Sedangkan asalnya tiada apa apa pun.

Begitu hebat fitnah terlepas dari seorang yang ada mulut yang digunakan untuk perasaan hasad dan dengki yang mendalam.

Sedangkan Islam menganjurkan kaedah yang paling senang: iaitu berjumpa terus dengan orang tersebut dan meminta penjelasan

Maka setelah berpuas hati maka cukuplah sekadar itu.

Biarlah jika dia menipu anda atau tidak yang penting anda simpan fakta itu dan bersangka baik sentiasa

Masalahnya ramai sekarang LANGSUNG tidak bersangka baik.

Ramai ke? Ramai rakan-rakan pembacaku sekalian.

Oleh itu, elakkanlah dari menimbulkan spekulasi yang negatif.

Apa salahnya bersangka baik sahaja.

Amalkan bersangka baik dan elak menyampaikan fitnah kepada orang lain.

Tahukah anda?

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :

“Enam kerana enam akan dimasukkan ke neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu :

1. Kerajaan yang zalim

2. Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)

3. Ketua kampung/pemimpin yang sombong.

4. Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.

5. Orang kampung yang kerana kebodohannya.

6. Dan ahli ilmu kerana hasad dengkinya.”

 

Jika anda lihat nombor ENAM tersebut. Amat kurang cerdik jika anda sebagai ahli akademik tetapi mempunyai hasad dengki.

Hasad dengki dengan menidakkan seseorang yang layak untuk naik pangkat untuk tidak dinaikkan kerana faktor tidak suka terhadap seseorang tersebut.

“Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain. Perasaan dan sifat ini adalah sifat yang dimiliki oleh Iblis laknatullah betapa dia cukup irihati kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucunya.”

Sekian

Sekadar menulis di tarikh 30 Jun 2012

Assalammualaikum,

Hari ini adalah 30 Jun 2012

Tiada apa yang dikatakan hebat pada diri saya tetapi saya bersyukur kerana dikurniakan kehidupan pada hari ini dan masa akan datang.

bagi sesetengah yang lain mungkin ada hari ini adalah hari pernikahan atau honeymoon atau baru lepas naik pangkat minggu lepas dan sebagainya. Maka diraikan pada hujung minggu ini.

Jadi bermakna, setiap hari merupakan hari yang special dan baik bagi kita sebenarnya. Cuma kita memilih untuk memanggilnya sebagai paling special atau biasa sahaja.

Saya berada di Kuala Lumpur mengikut satu seminar pada isnin dan selasa ini di UKM. Sesuatu berkaitan sistem PV.

Sebenarnya ada kursus lain untuk saya ikuti dan pelajari namun saya boleh katakan saya tidak diberi peluang. Maka berlaku proses withdraw disitu.

Pengajaran

Semester Diploma saya seronok mengajar Matematik Kejuruteraan di mana para pelajar saya berjumlah hampir 100 orang sangat bersemangat ingin belajar.

Saya sentiasa mengingatkan mereka agar sentiasa buat latihan dan tidak tahu boleh bertanya semasa sesi tutorial.

Selain itu, boleh juga datang ke bilik ataupun letak bawah pintu bilik saya sahaja.

Sudah masuk mahgrib, mari kita solat!!.hehe