Conference Fee

Assalammualaikum,

Kali ini saya ingin menulis berkaitan yuran persidangan antarabangsa/kebangsaan pula

Seperti yang sedia maklum, yuran persidangan antarabangsa sememangnya tinggi jika dibandingkan dengan persidangan peringkat kebangsaan.

Oleh sebab tahap antarabangsa itulah, yuran tersebut dinaikkan ke satu peringkat yang menyebabkan mana-mana pensyarah yang ketiadaan langsung geran penyelidikan tidak dapat membantu pelajar dibawah kelolaannya untuk menghadiri seminar/persidangan buat kali pertamanya.

Saya akui, banyak persidangan antarabangsa yang saya sendiri sebagai ketua salah satu biro ahli jawatankuasa penganjurnya menetapkan yuran antara RM1500 ke RM2500 bagi setiap persidangan.

Bahkan saya merasakan ianya seolah-olah menjadi satu trend perniagaan pula.

Bukan untuk menidakkan mereka selaku penganjur.

Tetapi kita perlu sedar terdapat ramai pelajar baru diluar sana dan juga para pensyarah yang terpaksa bersaing untuk mendapatkan geran. Sudahlah belanja terhad, kemudiaan gagal pula mendapatkan geran.

Sudahlah gagal mendapat geran, alasan yang diberikan oleh panel adalah “Due to competitive grant, this project is not being funded”.

Saya juga tidak kisah sebenarnya tak mendapat geran atau tidak asalkan alasannya sangat kukuh seperti objektif tidak kena, ringkasan eksekutif tidak lengkap dan sebagainya diberikan.

Namun apabila alasan lemah diberikan seperti kekurangan bajet dan sebagainya diberikan. Maka sedikit sebanyak terasa dukacita lebih daripada yang mendapat alasan konkrit

berbalik soal yuran persidangan

Saya buat masa ini sering mencari persidangan yang bertaraf antarabangsa dan juga “indexed” atau “SCOPUS” atau “ISI”. Dan mesti MURAH iaitu bawah RM1000.

Cuba anda teka, ya memang ada dan sememangnya IEEE ada persidangan tersebut jika dicari di laman web IEEE HQ.

Bahkan ada yang sekadar USD25 dan USD 150 dan USD300 sahaja.

Kenalah bijak mencari

Selain itu, penulisan jurnal juga amat digalakkan sebenarnya jika bajet tiada.

Walaupun jurnal bertaraf tinggi dan jurnal Impak Tinggi tidak langsung mengenakan fee.

Tapi ianya sebagai satu praktis untuk berjaya menulis jurnal dengan baik.

Tidak mengapa jika anda tiada bajet untuk persidangan.

Hantar sahaja ke jurnal-jurnal Impak Tinggi ini dan pasti mereka yang lain tergamam.

Buktikan sahaja kepada mereka yang ada geran tapi tiada jurnal mereka dalam senarai jurnal Impak Tinggi bahawa anda boleh melakukannya tanpa langsung pergi ke persidangan

Tetapi persidangan ada satu matlamat yang lebih luas iaitu : NETWORKING

Jika anda menghadiri persidangan, anda dapat banyak geng dan dapat buat penyelidikan yang bersama.

Itulah kelebihan persidangan berbanding jurnal.

Semasa persidangan, anda boleh bersoal jawab serta beramah mesra bersama peserta yang lain.

Jadi,

Pergi ke arah dua-dua iaitu persidangan dan jurnal.

Dan cuba cari jurnal yang murah/free yang berimpak tinggi serta persidangan yang SCOPUS/ISI yang yurannya murah.

Anda pasti dapat mencarinya. Jangan risau.

Sekadar itu sahaja.

p/s – tengah menulis short paper (May-June paper writing) for iCAL 2012 (selected will be published in journal), IRAM 2012 (Springer), National Conference on Computing and Communication Systems (NCCCS) 2012 (IEEE), and ICIDM 2012 (Scopus Journal selected)

Semakin Tertekan atau Salah Anda?

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, dapat saya sekali lagi membuat posting setelah sekian lama terlalu sibuk dengan tugas-tugas pejabat dan pelbagai perkara yang berlaku

Bayangkan, dalam tempoh post saya yang paling latest dengan yang ini, pelbagai perkara berlaku dan hampir semuanya telah selesai kecuali program ICS yang akan dijalankan pada 4-5 Jun 2012 ini.

Itupun telah selesai sebahagian besarnya kecuali sebahagian kecil sahaja lagi.

Untuk program yang baru berlangsung baru-baru ini di fakulti saya, ianya memang saya akui yang saya juga lambat untuk bertindak dan sebagainya

Terutamanya dalam pengantungan Banner dan juga Bunting.

Saya juga terlalu membuat kerja bersendirian walaupun AJK memang hendak membantu saya.

Ini kerana saya mempunyai sikap yang tidak sepatutnya kita terlalu fikirkan.

Iaitu pemikiran takut orang lain buat silap maka kita nak buat semua.

Sebenarnya, setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri

Ianya terserah kepada kita untuk mempercayai kebolehan anak buah anda sendiri atau tidak

Walaupun mungkin desainnya sedikit tidak seperti yang diidamkan, at least dia sudah berusaha terbaik dan kita mesti menghormatinya.

Disitulah wujudnya perasaan sama-sama meningkatkan diri dan sama-sama belajar.

Jika silap kita boleh ajar anak buah kita dan jika kita salah kita boleh belajar dari mereka.

Kita perlu monitor apa yang mereka buat dan bukan semata-mata minta diorang report sahaja kepada kita.

Contoh diatas adalah seperti projek sarjana muda dan lain-lain projek

Kita tidak boleh mengharapkan sahaja mereka sendirian dan tidak langsung menegur dan memberi cadangan.

Mereka perlu mempertingkatkan kemahiran mereka dan walaupun mereka tidak meminta nasihat mereka secara langsung, tetapi kita harus memberikan mereka peluang untuk meningkatkan diri mereka.

Saya percaya yang bukan salah mereka 100% mereka tidak mahu mempertingkat diri tetapi sebahagiannya ada datang dari pensyarah itu sendiri.

Kita perlu motivate mereka dan supervise mereka agar mereka dijalan yang betul dalam membuat sesuatu kerja.

Tetapi,

apa yang berlaku jika anda tetap membuat kerja secara bersendirian maka anda pasti mengalami tekanan yang hebat dan mula memarahi sesiapa yang berdekatan dengan anda.

Saya akui ianya terjadi kepada diri saya yang saya terlalu ingin membantu sehinggakan kerja tersebut dibuat berseorangan tanpa mengajak rakan-rakan lain.

Sepatutnya seseorang itu perlu bijak dalam membantu kerana kelak anda juga yang bersalah kerana terlalu banyak bebanan.

Saya mengakui ianya salah saya kerana terlalu mahu terlibat dan membantu tanpa memikirkan prestasi diri dan tahap diri

Tetapi jika anda seorang yang hebat, di mana segala kerja yang diberikan dapat dijalankan dengan cemerlang serta dapat mengawal stress dan tension, maka anda seorang yang memang layak digelar hebat.

Saya ada jumpa orang sebegini dan sememangnya beliau dan beberapa orang lagi merupakan seorang yang hebat dan saya amat kagumi walaupun ditimpa pelbagai tekanan, masih lagi dapat senyum dan langsung tiada perasaan marah dan stress.

Kehidupan ini penuh cabaran, pengawalan tekanan dapat dijawab sekiranya anda sendiri dapat mengukur kemampuan diri dan sejauh mana anda dapat bertahan.

Cuba anda bayangkan zaman Nabi Muhammad S.A.W. yang mengharungi saat yang lagi getir berbanding kita dalam berdakwah.

Oleh itu, penuhkan diri dengan sifat sabar dan insyaAllah pasti ada something di masa hadapan.

Allah akan menolong kita, tidak perlu stress lagi dan ingatlah, apa yang menjadi tekanan pada anda itu sebenarnya satu proses yang anda pasti tersenyum memikirkannya.

Cuba anda lihat,

pelajar-pelajar PSM bertungkus lumus menyiapkan projek tahun akhir dan anda juga begitu dahulu sehingga tidak tidur malam

Anda pasti tersenyum lebar dan bagaimana anda dapat mengharunginya dan akhirnya menjadi apa yang anda jadi sekarang.

Dugaan, banyak dilalui oleh manusia.

Jadilah insan yang tabah.

Dan

Ianya normal dan sihat untuk tertekan. Kerana itu menunjukkan anda manusia dan itulah sebenarnya.

Cuma, maybe we should try to avoid it atau sentiasa belajar menenangkan diri.

InsyaAllah, anda dapat perasaan tenang dalam diri.

Bulan Mei yang pelbagai

Assalammualaikum,

Rasanya sudah terlalu lama juga tidak mengemaskini laman web ini.

Tapi peluang yang ada jangan dibuang begitu sahaja kerana laman web ini satu cara untuk mendekatkan diri dengan pelajar dan juga orang di luar sana

Baiklah,

Dalam bulan Mei saya boleh dikatakan terlalu sibuk juga menguruskan pelbagai perkara.

Bagi diri saya ianya boleh dikatakan sibuk namun bagi orang lain, ini mungkin bukannya boleh layak digelar sibuk lagi.

Tetapi, manusia penilaianya subjektif

Hanya Allah S.W.T. sahaja yang Maha Adil dan Maha Tepat.

Tidak akan sesekali salah

Bagi manusia seperti kita, jangan kita mengatakan kita hebat dalam menilai orang kerana ianya hanyalah untuk kepuasan kita sahaja

Ya, benar.

Penilaian oleh manusia hanyalah bersifat untuk memuaskan hati tidak kira samada baik atau tidak.

Kita mungkin mengatakan perlu ada ini, perlu ada itu, perlu konkrit dan sebagainya.

Untuk apa? Untuk bagi orang yang menggelarkannya sebagai penilaian yang bagus.

Tetapi tidak bagi orang lain yang melihat dari segi aspek lain.

Contoh dalam pemilihan geran.

Ada yang suka tengok dalam hal bajet

Ada yang suka tengok kandungan yang mantap tetapi tidak kisah bajet

Ada yang sukakan ringkas sahaja

Oleh itu, ianya hanya untuk kepuasan hati manusia (pendapat saya)

Maka dengan ini, janganlah kita mengatakan penilai tersebut sangat sempurna dalam menilai seseorang itu

Kerana ianya adalah dinilai oleh manusia dan tidak lebih dari itu.

Maka

Oleh sebab itu, usaha dan doa yang berterusan dengan niat yang baik, insyaAllah akan ditolong oleh Allah S.W.T.

Allah S.W.T. berkuasa dalam menanamkan dalam hati seseorang itu untuk menerima kita. Dia Maha Berkuasa atas segalanya.

Jangan kita merasa bongkak segala apa yang kita buat dan kejayaan yang kita dapat hari ini adalah disebabkan kita.

Jangan langsung kita mengatakan seseorang itu tidak bagus.

Sebaliknya,

Katakan

“belum ada rezeki lagi, insyaAllah, cuba berusaha dan teruskan berusaha disamping berdoa berterusan kepada Allah S.W.T.”

ada sebab Allah S.W.T. tidak menurunkan rezeki tersebut kepada kita

Mungkin juga ada rezeki lain yang terselindung yang telah Allah limpahkan kepada kita

Kita mungkin tidak mendapat kereta mewah seperti orang lain,

tetapi kita mendapat anak yang soleh dan anak yang cerdik pandai dalam agama

Itulah kehidupan. Ada orang mendapat sibuk tetapi kaya dan ada yang mendapat tenang tapi miskin.

Ada yang mendapat kaya tetapi dari jalan yang salah

Ada yang mendapat kaya tetapi dari jalan yang betul.

Oleh itu

percayalah, Keadilan oleh Allah adalah sangat tepat

Teruskan percaya dengan diri anda dan senyum. Tidak perlu gusar dan teruskan hidup di dunia ini.

Kita hidup singkat sahaja, kelak kita akan meninggalkan dunia ini.

Tidak perlu kita terlalu risau.

Sebaliknya risaukan amalan kita samada diterima Allah atau tidak.

Kita terlalu risaukan duit di dunia tetapi tidak terlalu risaukan amalan kita.

Pilihlah, risaukan akhirat atau risaukan dunia.

AKhirat tidak memerlukan anda membelanjakan sejumlah wang

Yang pentingkan amalkan yang baik dan ikut perintah Allah dan hadis Nabi.

Sekian.

– hamzah