Assalammualaikum,
Kali ini saya ingin menulis berkaitan yuran persidangan antarabangsa/kebangsaan pula
Seperti yang sedia maklum, yuran persidangan antarabangsa sememangnya tinggi jika dibandingkan dengan persidangan peringkat kebangsaan.
Oleh sebab tahap antarabangsa itulah, yuran tersebut dinaikkan ke satu peringkat yang menyebabkan mana-mana pensyarah yang ketiadaan langsung geran penyelidikan tidak dapat membantu pelajar dibawah kelolaannya untuk menghadiri seminar/persidangan buat kali pertamanya.
Saya akui, banyak persidangan antarabangsa yang saya sendiri sebagai ketua salah satu biro ahli jawatankuasa penganjurnya menetapkan yuran antara RM1500 ke RM2500 bagi setiap persidangan.
Bahkan saya merasakan ianya seolah-olah menjadi satu trend perniagaan pula.
Bukan untuk menidakkan mereka selaku penganjur.
Tetapi kita perlu sedar terdapat ramai pelajar baru diluar sana dan juga para pensyarah yang terpaksa bersaing untuk mendapatkan geran. Sudahlah belanja terhad, kemudiaan gagal pula mendapatkan geran.
Sudahlah gagal mendapat geran, alasan yang diberikan oleh panel adalah “Due to competitive grant, this project is not being funded”.
Saya juga tidak kisah sebenarnya tak mendapat geran atau tidak asalkan alasannya sangat kukuh seperti objektif tidak kena, ringkasan eksekutif tidak lengkap dan sebagainya diberikan.
Namun apabila alasan lemah diberikan seperti kekurangan bajet dan sebagainya diberikan. Maka sedikit sebanyak terasa dukacita lebih daripada yang mendapat alasan konkrit
berbalik soal yuran persidangan
Saya buat masa ini sering mencari persidangan yang bertaraf antarabangsa dan juga “indexed” atau “SCOPUS” atau “ISI”. Dan mesti MURAH iaitu bawah RM1000.
Cuba anda teka, ya memang ada dan sememangnya IEEE ada persidangan tersebut jika dicari di laman web IEEE HQ.
Bahkan ada yang sekadar USD25 dan USD 150 dan USD300 sahaja.
Kenalah bijak mencari
Selain itu, penulisan jurnal juga amat digalakkan sebenarnya jika bajet tiada.
Walaupun jurnal bertaraf tinggi dan jurnal Impak Tinggi tidak langsung mengenakan fee.
Tapi ianya sebagai satu praktis untuk berjaya menulis jurnal dengan baik.
Tidak mengapa jika anda tiada bajet untuk persidangan.
Hantar sahaja ke jurnal-jurnal Impak Tinggi ini dan pasti mereka yang lain tergamam.
Buktikan sahaja kepada mereka yang ada geran tapi tiada jurnal mereka dalam senarai jurnal Impak Tinggi bahawa anda boleh melakukannya tanpa langsung pergi ke persidangan
Tetapi persidangan ada satu matlamat yang lebih luas iaitu : NETWORKING
Jika anda menghadiri persidangan, anda dapat banyak geng dan dapat buat penyelidikan yang bersama.
Itulah kelebihan persidangan berbanding jurnal.
Semasa persidangan, anda boleh bersoal jawab serta beramah mesra bersama peserta yang lain.
Jadi,
Pergi ke arah dua-dua iaitu persidangan dan jurnal.
Dan cuba cari jurnal yang murah/free yang berimpak tinggi serta persidangan yang SCOPUS/ISI yang yurannya murah.
Anda pasti dapat mencarinya. Jangan risau.
Sekadar itu sahaja.
p/s – tengah menulis short paper (May-June paper writing) for iCAL 2012 (selected will be published in journal), IRAM 2012 (Springer), National Conference on Computing and Communication Systems (NCCCS) 2012 (IEEE), and ICIDM 2012 (Scopus Journal selected)
Salam..sy ingin bertanya..sekiranya seseorg itu pelajar phd tajaan jpa di universiti tempatan dan ingin menyertai persidangan di luar negara, bolehkah beliau membuat tuntutan yuran dan perjalanan daripada pihak jpa?? Sila emelkan maklum balas ke apiqwhooaa@gmail.com
Terima kasih atas kesudian
Salam, maaf kerana lambat memberi reply.
Saya lebih suka menjawab secara umum.
berkaitan tuntutan perjalanan dan yuran tersebut, kena tanya pihak JPA sendiri.
Tetapi jika seseorang itu staf akademik di universiti2, ada pelbagai cara
1) menggunakan budget fakulti – di mana Dekan memberi kebenaran untuk menggunakan budget fakulti tetapi perlu isi borang dan sebagainya
2) menggunakan budget geran – di mana menggunakan geran yang sendiri ada atau yang di bawah rakan yang berstatus aktif (untuk yang cuti belajar tidak boleh memohon).
3) duit sendiri