Dari Kecil Hingga Dewasa

Assalammualaikum,

Bermula dari bayi, kita belajar cara-cara merangkak dan memerlukan pertolongan orang dewasa untuk membesar

Samada baik atau buruk didikan oleh orang tua kita, itulah yang kita jadi sekarang ini.

Pada mulanya tiada anasir luar terlibat, hanya ibubapa kita dan juga keluarga-keluarga terdekat.

Kemudian kita dihantar ke sekolah dan kita mula mengenal masyarakat yang lain daripada kita.

Mereka juga begitu, tidak pernah melihat rakan-rakan yang lain kecuali anak-anak saudara serta anak-anak jiran yang lain

Kemudian apabila besar sedikit kita mula mengenal rakan-rakan yang baru disebabkan kita berpindah

Maka sedikit sebanyak masyarakat sekeliling kita bertambah besar

Kemudian kita melalui zaman remaja, zaman mencari pekerjaan dan berkahwin

Kita kemudian mengumpul duit membeli rumah, kereta, dan cuba membahagiakan keluarga kita

Bermula daripada hanya dua orang sahaja iaitu kita dan isteri/suami, maka kita berdoa agar dikurniakan rezeki iaitu anak-anak yang soleh dan solehah

Kemudian, saban tahun lahirlah anak berkat daripada doa dan usaha kita. Kita bersyukur kepada Allah S.W.T.

Rumah kita semakin sempit dan direnovatekan untuk menampung anak-anak

Kemudian mereka pula membesar dan akhirnya satu persatu telah mempunyai isteri/suami dan mereka sendiri mempunyai rumah. Hanya pulang sekali sekala sahaja

Dirumah kita, bermula daripada dua orang, akhirnya mungkin menjadi dua orang juga. Kelak, kita sendiri tidak dapat memandu dengan sempurna walaupun duit kita melimpah ruah

Mata sudah menjadi kabur ataupun sudah tidak berdaya menahan diri untuk memandu lama-lama jika tidak mengamalkan kehidupan sihat.

Motif

Jadi, apa motif sebenarnya yang saya hendak tulis ini?

Sebenarnya, kita boleh mengelakkan perkara itu berlaku, iaitu menjadi sunyi ketika di usia tua.

Jika kita meluangkan masa lebih banyak dengan keluarga, kita akan mendapati bahawa keluarga itu yang paling penting dan bukannya wang ringgit.

Kita juga akan mendapati bahawa kesihatan yang baik itu penting dan betapa ruginya anda jika tidak berjogging dan bersenam. Cuba anda lihat orang-orang luar atau mat salleh-mat salleh yang mampu menaiki kapal terbang, bersenam pada usia 70. Suatu yang jarang berlaku pada komuniti kita.

Selain itu, aktiflah di masjid-masjid dan juga persatuan-persatuan. Maka sudah pastilah hidup anda tidak sunyi.

Anda juga perlu sentiasa menyambung silatulrahim. rapatkan hubungan sesama jiran dan berbaik-baik dengan semua orang. Buang semua rasa tamak dan dengki dengan sesiapa pun.

Jagalah keluarga, jiran-jiran dan sesama Islam kita. Janganlah bermusuh antara satu sama lain.

Selain itu, tajamkan fikiran dengan menghadiri majlis-majlis ilmu dan membaca Al-Quran. InsyaAllah, ingatan dan daya pemikiran kita akan sentiasa tajam sehingga akhir hayat kita.

Berita Terbaru Mengenai File-Sharing Website

Assalammualaikum

1)Filesonic, Fileserve, FileJungle dan UploadStation telah menamatkan sistem filesharingnya dan user hanya boleh menggunakannya untuk memuat naik atau memuat turun file peribadi sahaja.

2) UploadBox dan x7.to telah pun hampir menutup operasinya

3) Uploaded.to menyekat penduduk US

4) Anonyupload.com telah/akan dibangunkan oleh Anonymous di mana servernya akan berada di Rusia. Difahamkan, China dan Rusia merupakan negara yang US sendiri gelarkannya “world’s worst piracy offenders”. Tetapi, adakah anda akan hand over detail kad kredit dan debit kad anda kepada Anonymous group? Sumber : http://www.smh.com.au/it-pro/security-it/anonyupload-faceless-group-steps-in-after-kim-dotcoms-arrest-20120124-1qewy.html

*berita terbaru diterima mengatakan Anonymous tidak ada kaitan dengan Anonyupload. Maka hati2 kerana banyak scam telah berada di luar sana sekarang.

5) 4shared, VideoBB dan VideoZer telah mendelete semua fail pengguna yang dilindungi hakcipta. Maka sesiapa yang ada simpan mp3, dan sebagainya, semuanya akan didelete tanpa belas kasihan

6) Sebenarnya, untuk memastikan Kim DotCOM ditangkap, kerjasama antara region diperlukan. Kerajaan New Zealand dan Kerajaan Hong Kong berkerjasama untuk menangkap Kim DotCom. Maka jika ianya di Rusia, agak sukar kerjasama dijalankan.

Berita daripada : http://bits.blogs.nytimes.com/2012/01/23/shuttered-megaupload-site-sends-file-sharing-sites-packing/

Filesonic Tukar Perkhidmatan, Uploaded.to halang rakyat US daripada akses

Assalammualaikum,

Filesonic baru-baru ini mengumumkan dan telah pun menukar perkhidmatannya daripada file-sharing servis kepada cloud servis. Di mana ianya berfungsi seperti Dropbox.

Sebenarnya, apa yang dirancang oleh FBI adalah dengan mematikan “Megaupload”, maka “ikan-ikan kecil” yang lain akan takut dan akhirnya mereka akan cuba mengubah servis atau perkhidmatan (rujuk : http://gizmodo.com/5878287/filesonic-just-killed-itself-by-disabling-file-sharing)

Bahkan Uploaded.to juga telah melarang dan menyekat rakyat US daripada akses perkhidmatan mereka. Tetapi mereka sekadar disable IP dari US sahaja. Penduduk lain serata dunia masih boleh mengaksesnya

Tertanya kita adakah ini penamat kepada era file-sharing ?

Persoalan itu harus dijawab oleh “penduduk” internet itu sendiri yang biasa menggunakan file-sharing ini.

Rapidshare telah pun menjawab dengan mengatakan “We’re not concerned or scared about the raid,” Daniel Raimer, a spokesperson for RapidShare, told Ars in a phone interview. “File hosting itself is a legitimate business.” (Rujuk : http://arstechnica.com/tech-policy/news/2012/01/rapidshare-not-concerned-about-megaupload-takedown)

Mediafire pula mengatakan bisnes mereka tidak seperti Megaupload. Kata mereka ““We don’t have a business built on copyright infringement.” Labain said. “Like many other cloud-based sharing services like Box.net and Dropbox, we’re a legitimate business targeting professionals.”” (Rujuk : http://venturebeat.com/2012/01/22/mediafire-megaupload-business-model-piracy/). Selain itu, mereka juga maintainkan perhubungan dengan badan-badan kerajaan

Another reason Labian said he wasn’t worried about the government stepping in is because the company maintains a “good relationship” with various government bodies, including “Homeland Security, ICE, and the FBI.” Following DMCA protocols, whenever MediaFire is notified of a copyrighted file being shared inappropriately, the company immediately takes it down.

Apa-apa pun yang pasti terserah kepada anda menilai masa satu perkhidmatan yang anda perlu gunakan. Ianya sama sahaja seperti anda buat perisian dan akhirnya perisian itu diedarkan secara percuma di website. Mungkin ada yang miskin memerlukan mereka menggunakan perisian itu. Tetapi ianya berbelah bahagi kerana anda juga perlu mencari makan dan duit hasil penjualan perisian tersebut.

Ianya terserah kepada semua pihak untuk menilainya.