Jalan-jalan pada 31 Disember 2011 (Tahun Lepas daaa)

Assalammualaikum,

Pada tahun lepas, saya, isteri dan keluarga mertua berjalan-jalan pergi ke majlis kenduri kahwin pada sebelah petangnya dan sebelah malamnya serta singgah di Jetty Port Klang dan Makanan Laut di Port Klang sempena sambutan tahun baru 2012.

Untuk ke Laguna Park – GPSnya adalah N 02.94451 E 101.35766

Untuk ke Port Klang Makanan Laut Popular – GPSnya adalah N 03.01150 E 101.35992

Berikut adalah gambar-gambar ketika jalan-jalan tersebut

Laguna Park at Port Klang

Laguna Park

Pemandangan 1 Laguna Park

Pemandangan 2 Laguna Park

Pemandangan 3 Laguna Park

Laluan ke Laguna Park

Cuba lihat “payung” tersebut. Sebenarnya fungsi asalnya adalah untuk menandakan air pasang atau air surut. Tetapi malangnya difahamkan benda ini telah tidak boleh digunakan dan saya tengok tiada perbezaan pun jika surut atau pasang. Kesian, seperti projek gajah putih sahaja. Tiada maintenance yang rapi.

Ke Jetty

Bukankah saya dah kata, tiada penjagaan rapi. Sampah pun ada. Wallahualam, ingatlah, setiap perkara kecil yang anda buat walaupun membuang sampah merata-rata, akan ditimbang di akhirat kelak. Oleh itu, jauhi perkara-perkara kecil yang berdosa juga, kelak akan bertimbun menjadi dosa yang besar

Orang tidak ramai lagi ketika ini. Singgah sebentar minum petang

Milo panas saya

.

.

Kemudian kami bergerak pulak ke Medan Ikan Bakar Port Klang. Kami solat di surau sana untuk asar dan mahgrib. Sungguh menakjubkan ramai orang solat berjemaah terutamanya ketika mahgrib dan tidak putus-putus orang pergi ke surau (surau dapat tampung lebih kurang 20 orang kot satu satu masa. Jadi saya rasa adala dalam 5 ke 6 kali solat berjemaah berjalan. Maksudnya ada 100 ke 150 mungkin jemaah. Itu belum dimasukkan surau wanita. Maka jumlahnya amat bagus dan inilah yang kita mahu untuk tahun 2012. Tidak kira di mana, kita boleh solat jua berjemaah.

Minuman air kelapa

Sayur campur

Telur dadar

Sayur apa ntah ini.

Sotong Goreng Tepung

Dalam masa kurang 5 minit, telah abis dimakan

Ikan bakar

Ikan siakap stim yang sedap.

Medan Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan

Last sekali makan ice cream banana split

Selamat Tahun Baru Masihi 2012

Assalammualaikum,

Sempena tahun baru ini marilah kita berazam mempertingkatkan beberapa perkara dalam hidup kita.

1) Menyempurnakan lagi rukun Islam kita yang lima

2) Mempertingkatkan keimanan kita melalui rukun iman yang enam

3) Memperbaiki hubungan sesama masyarakat dan sesama membantu membangunkan masyarakat

4) Bersama-sama mendidik bakal anak dan anak-anak kita ke arah yang lebih Islamik dan berkesederhanaan

5) Mendoakan kesejahteraan ibubapa kita serta sanak saudara kita agar sama-sama bersatu dan memuliakan Islam

6) Menjadi yang terbaik berbanding tahun 2011.

InsyaAllah

 

Pelajar-pelajar sekalian

Assalammualaikum,

Sekadar suatu nasihat dan pandangan dari saya

1) Berlakulah adil dalam setiap urusan di dunia ini. Kerana setiap kezaliman yang dibuat semasa di dunia ini akan mendatangkan kesan buruk di akhirat kelak. Sabda Nabi:

Diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: 
Sesiapa yang mengambil hak orang Islam dengan sumpahnya, Allah mewajibkan neraka baginya dan diharamkan syurga untuknya (sekiranya mati sebelum bertaubat dan mengembalikan hak orang lain tersebut). Sahabat bertanya: Walaupun benda yang diambil itu sesuatu yang amat sedikit wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Walaupun sekecil batang kayu sugi. 

Maka, anda haruslah ingat, letakkan hukum Allah itu di atas sekali. Arahan yang bertentangan dengan agama Islam janganlah diikuti bulat-bulat. Ingatlah, rezeki ada dimana-mana. Carilah yang halal dan syarikat yang baik dan kalau boleh berpaksikan Islam dan tidak menyusahkan kita dalam membuat amal ibadah kepada Allah S.W.T.

2) Sentiasa tambah ilmu dunia dan ilmu akhirat anda. Sesungguhnya, tidak berguna jika mengetahui teknikal tetapi hukum hakam akhirat atau agama Islam langsung tidak diendahkan. Anda boleh pelajari ilmu agama melalui ceramah-ceramah agama, dan anda boleh juga mendapatkan ilmu fotografi disamping belajar bidang akademik. Sesungguhnya, walaupun anda tidak dapat menguasai semua ilmu, tetapi kita boleh berusaha untuk mempelajari ilmu yang seberapa banyak kita boleh dapat

3) Sentiasa berani mengutarakan pandangan dan mesti tabah menghadapi cercaan. Terima dengan hati yang mulia sekiranya pendapat tidak diterima. Ingatlah, yang penting kita berbahas secara ilmiah dan teruskan keterbukaan anda.

4) Jadilah pemimpin yang adil dan tidak mengutamakan kepentingan seseorang. Buatlah yang terbaik dan ingatlah Allah sentiasa berada di mana jua. Tinggalkan yang haram dan ambil yang halal.