Masalah Umat Zaman Sekarang

Assalammualaikum,

Kali ini saya ingin berbicara mengenai perihal kekeluargaan. Saya baru sahaja membaca artikel di laman Ustaz Zaharuddin -> http://zaharuddin.net/rumahtangga-&-keluarga/713-anak–perlu-cara-baru.html

Disitu, saya mendapati dan terkejut ada soalan-soalan berikut,antaranya:

a) #46 – dimana seorang ibu pening dengan anak tirinya tidak mahu solat kerana ibu kandung mereka dahulu tidak pernah solat juga.

b)#35 – dimana seorang ibu runsing anaknya ponteng2 solat walaupun dididik dengan cara baik

c) #27 anaknya sudah pandai berbohong

dan pelbagai lagi.

Saya mendapati bahawa mendidik anak2 ini adalah bersifat sesuatu yang amat subjektif, tetapi pada pendapat saya, anak merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Allah kepada kita. Ianya seperti kita ditugaskan dengan penuh dedikasi untuk menjaga amanah ketika bekerja. Sebagai contoh, jika kita perlu bekerja dengan penuh tanggungjawab dan sentiasa patuh dengan arahan yang ketua berikan.

Ketika saya kecil dahulu, saya akui saya sendiri memang terlalu nakal dan bergaduh dengan abang saya, tetapi dengan ketegasan arwah ayah saya, saya dan adik beradik lain sentiasa patuh dan alhamdulillah sudah menjadi insan yang agak bersederhana juga sekarang. Jika dulu, kena pukul dengan rotan itu adalah perkara biasa dan sememangnya itulah diperlukan ketika zaman tersebut. Tetapi sekarang dengan persekitaran yang lebih mencabar, rasanya seperti mahu anak-anak kita tidak mahu terdedah dengan pelbagai perkara negatif di luar. Oleh sebab itu, saya merasakan, ada perlunya isteri menjaga anak2 dirumah berbanding meminta orang lain menjaganya. Inilah usaha yang saya rasa agak baik bagi saya. At least mereka nanti lebih rapat dengan emaknya dan mengelakkan terdedah dengan perkara-perkara negatif di luar sana dengan kanak-kanak lain.

Saya juga mendapati bahawa kanak-kanak mengikut tingkah laku orang sekelilingnya dan bukan mendengar kata-kata. Oleh itu, sentiasa tunjukkan contoh yang baik didepan anak-anak dan juga untuk diri kita sendiri. Saya sendiri melihat ada juga manusia yang membuang sampah dari dalam kereta tetapi di dalam kereta ada anak-anak. Bagaimana hendak memastikan anak-anak akan terjaga kalau bapanya sudah berperangai begitu?Tanya diri kita:-

i) Kalau kita sendiri asyik menindas orang bawah kita adakah kita sedar bahawa nanti anak juga akan ikut perangai menindas orang-orang lain?

ii) Jika kita asyik memaki hamun pengguna jalan raya lain didepan anak-anak, adakah kita mengharapkan mereka bersopan santun?

iii) Jika kita sendiri solat lewat, adakah anak2 juga akan solat pada waktu yang tepat?

dan pelbagai lagi persoalan.

Oleh itu, saya menyeru diri saya sendiri dan rakan-rakan serta seluruh umat Islam agar meneliti kembali perjalanan hidup kita untuk masa hadapan. Jadilah manusia yang baik dari sekarang kerana kelak pasti anak akan ikut perangai kita nanti. Ini adalah sekadar pandangan dan pendapat saya. Anda tidak perlu ikut pun atau berkata apa-apa jika tidak setuju. Just browse ke laman lain dan teruskan cara anda. Tapi yang penting saya ikhlas dan berniat menasihatkan masyarakat.

bagi saya, definasi anak adalah = Satu amanah dan tanggungjawab yang besar dalam hidup kita.

 

 

 

 

Action Script 3.0 [Real One] – Tutorial One – Clicked Button Only

Assalammualaikum,

Today I would like to share some of stuff that I’ve learned during Computer Games Development Training from October 3 until October 7 2011.

1.Create new .fla file which is Action Script 3.0 based file

2. Draw a rectangle in the layer and remove the rectangle line and then convert the rectangle into a symbol. Please make sure to rename it accordingly. And then you also to name the instance name for that symbol that you have created. Make sure to select Movie Clip and not a Button Type. Let say, symbol name is “buttonrec” and the instance name is “button_rec”. It is not the same, between symbol name and instance name. Instance name is for you to call using action script 3.0 and the symbol name is for you to use it for multiple instance name. Got it? Then Google it.

3. After that, make a new layer above it and then rename the layer. Press F9 and start the command below:

stop(); //to stop anything from running automatically

button_rec.ButtonMode = true; //to set it as a special button not the ordinary button

button_rec.addEventListener(MouseEvent, CLICK, funcplaysomestuff); //note that funcplaysomestuff is a function

function funcplaysomestuff(e:MouseEvent)

{

trace(“You’ve Clicked a Button”);  //this function similar to cout in C++ and printf in C language

}

Now you need to make sure to hit CTRL  + ENTER to play it. Once you run it, then you will know that at the output window will display You’ve Clicked a Button.

There you are. First Tutorial on Action Script 3.0

Steve Jobs

Assalammualaikum,

Bukanlah niat saya untuk memuji berlebih-lebihan atau mengutamakan Steve Jobs berbanding rakyat Palestin atau para syuhada yang mati syahid yang jauh lebih mula dari Steve Jobs, tetapi saya sekadar untuk mengambil apa yang baik dari seseorang itu dan adaptkan dalam diri saya untuk dibuat secara acuan Islam. Samalah seperti kita belajar ilmu dari orang-orang Barat dan kita gunakan untuk meningkatkan ilmu di dada kita untuk kepentingan Islam.

Steve Jobs sememangnya seorang inovator yang sangat bagus dan berjaya menghidupkan kembali jenama Apple pada lewat 1990-an. Bagi saya, satu suntikan semangat agar kita juga boleh berjaya dan yang penting kita fokus dalam hidup kita dan InsyaAllah, Allah akan tunjukkan jalan untuk lebih berjaya.

Tidak perlu kita mengikuti orang lain tetapi yang penting mengikuti nasihat yang diberikan untuk kita membina perjalanan hidup kita. Pastikan dihadapan kita jalan yang luas yang tiada orang lain dapat pijak kecuali kita yang pijak dahulu kerana ianya merupakan hidup kita dan kita yang mengawalnya.

 

Marilah sama-sama kita menyaksikan ucapan oleh Steve Jobs yang paling menarik

 

 

“Your time is limited so don’t waste it living someone else’s life. Don’t let the opinions of others drown out your own inner voice. And most important, to follow your heart and intuition. Somehow already know what you want to become. Everything else is secondary.” -Steve Jobs