Assalammualaikum,

Kali ini saya ingin berbicara mengenai perihal kekeluargaan. Saya baru sahaja membaca artikel di laman Ustaz Zaharuddin -> http://zaharuddin.net/rumahtangga-&-keluarga/713-anak–perlu-cara-baru.html

Disitu, saya mendapati dan terkejut ada soalan-soalan berikut,antaranya:

a) #46 – dimana seorang ibu pening dengan anak tirinya tidak mahu solat kerana ibu kandung mereka dahulu tidak pernah solat juga.

b)#35 – dimana seorang ibu runsing anaknya ponteng2 solat walaupun dididik dengan cara baik

c) #27 anaknya sudah pandai berbohong

dan pelbagai lagi.

Saya mendapati bahawa mendidik anak2 ini adalah bersifat sesuatu yang amat subjektif, tetapi pada pendapat saya, anak merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Allah kepada kita. Ianya seperti kita ditugaskan dengan penuh dedikasi untuk menjaga amanah ketika bekerja. Sebagai contoh, jika kita perlu bekerja dengan penuh tanggungjawab dan sentiasa patuh dengan arahan yang ketua berikan.

Ketika saya kecil dahulu, saya akui saya sendiri memang terlalu nakal dan bergaduh dengan abang saya, tetapi dengan ketegasan arwah ayah saya, saya dan adik beradik lain sentiasa patuh dan alhamdulillah sudah menjadi insan yang agak bersederhana juga sekarang. Jika dulu, kena pukul dengan rotan itu adalah perkara biasa dan sememangnya itulah diperlukan ketika zaman tersebut. Tetapi sekarang dengan persekitaran yang lebih mencabar, rasanya seperti mahu anak-anak kita tidak mahu terdedah dengan pelbagai perkara negatif di luar. Oleh sebab itu, saya merasakan, ada perlunya isteri menjaga anak2 dirumah berbanding meminta orang lain menjaganya. Inilah usaha yang saya rasa agak baik bagi saya. At least mereka nanti lebih rapat dengan emaknya dan mengelakkan terdedah dengan perkara-perkara negatif di luar sana dengan kanak-kanak lain.

Saya juga mendapati bahawa kanak-kanak mengikut tingkah laku orang sekelilingnya dan bukan mendengar kata-kata. Oleh itu, sentiasa tunjukkan contoh yang baik didepan anak-anak dan juga untuk diri kita sendiri. Saya sendiri melihat ada juga manusia yang membuang sampah dari dalam kereta tetapi di dalam kereta ada anak-anak. Bagaimana hendak memastikan anak-anak akan terjaga kalau bapanya sudah berperangai begitu?Tanya diri kita:-

i) Kalau kita sendiri asyik menindas orang bawah kita adakah kita sedar bahawa nanti anak juga akan ikut perangai menindas orang-orang lain?

ii) Jika kita asyik memaki hamun pengguna jalan raya lain didepan anak-anak, adakah kita mengharapkan mereka bersopan santun?

iii) Jika kita sendiri solat lewat, adakah anak2 juga akan solat pada waktu yang tepat?

dan pelbagai lagi persoalan.

Oleh itu, saya menyeru diri saya sendiri dan rakan-rakan serta seluruh umat Islam agar meneliti kembali perjalanan hidup kita untuk masa hadapan. Jadilah manusia yang baik dari sekarang kerana kelak pasti anak akan ikut perangai kita nanti. Ini adalah sekadar pandangan dan pendapat saya. Anda tidak perlu ikut pun atau berkata apa-apa jika tidak setuju. Just browse ke laman lain dan teruskan cara anda. Tapi yang penting saya ikhlas dan berniat menasihatkan masyarakat.

bagi saya, definasi anak adalah = Satu amanah dan tanggungjawab yang besar dalam hidup kita.

 

 

 

 

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s