Assalammualaikum.
[Updated March 12, 2013 – 7.55 am]
1. Satu page berkaitan anak saya yang membesar ->Izz Nur Zahra
[Updated April 27, 2012 – 5.26 pm]
[Updated March 25, 2012 – 7.08 pm]
[Updated March 06, 2012 – 6.46 am]
1. Semalam March 05, 2012, kami melakukan pemeriksaan di Klinik Liu and Vincent di Ayer Keroh. Klinik Pakar Wanita ini terletak berdepanan dengan Hospital Pantai Ayer Keroh. Atau sederet dengan Kings Hotel.
Boleh lihat di Page ini -> Klinik Pakar Wanita Liu and Vincent
2. Kami juga ingin update suplimen-suplimen yang diambil kerana entry sebelum ini sedikit berbanding ubat-ubatan yang diterima sekarang
Pil Vitamin C yang dimakan bersama Pil Ion
(Untuk ibu mengandung yang mengalami kadar kepekatan darah kurang dari 11.6 g/dL)
Cream untuk disapu di anggota badan untuk mengelakkan stretch mark. Saya beli cream stretch mark di atas setiap bulan dan ianya berharga RM36 ke Rm38 (Kadang-kadang ada offer). Boleh didapati di Guardian Pharmarcy. Cream ini wangi. Ini merupakan cadangan Dr. Wahidah di Poliklinik Dr. Wahidah di Kota Gemilang. Cream ini amat bagus
Lotion atau minyak yang juga disapu di anggota badan untuk mengelakkan stretch mark. Pastikan anda sentiasa melumurkannya setiap hari. Boleh didapati di Guardian Pharmarcy. Lotion ini agak berbau minyak berbanding cream di atas. Juga merupakan cadangan Dr.
Pil Kalsium yang di makan TIDAK BERSAMA-SAMA Pil Vitamin C dan Pil Ion. Ingat, pastikan anda makan ubat Pil Kalsium ini 2 jam sekurang-kurangnya sebelum makan Pil Vitamin C dan Pil Ion untuk keberkesanannya
Pil DHA yang dimakan setiap hari.
Pil Ion (sehari makan 4 kali, dua pagi dan dua malam). Pastikan anda tidak makan apa-apa dua jam sebelum makan pil ini, dan makan selepas itu pula 1 jam selepas itu. Bermakna, dalam tempoh 3 jam jangan makan apa-apa untuk keberkesanan pil ini. Untuk tambah kepekatan darah anda kepada tahap normal iaitu 11.6 g/dL ke 16 g/dL (pastikan range ini)
Pil Ion (yang diberi oleh pihak Kerajaan)
[Updated March 03, 2012 – 11.47 pm]
1. Petang tadi dalam jam 2.00 petang pergi ke Poliklinik Dr. Wahidah (berdekatan Kota Gemilang, sebelah Bank Rakyat) untuk mengambil keputusan ujian darah isteri saya yang sedang sarat 34 minggu.
2. Berdasarkan keputusan semasa membuat ujian darah di Klinik Kesihatan Taman Ehsan tempoh hari (iaitu Isnin 27 Feb 2012), bacaannya agak berbeza.
3. Bayangkan bacaan yang dibuat oleh Klinik Kesihatan Taman Ehsan adalah 9.5 g/dL (27 Feb 2012) dan bacaan oleh Poliklinik Dr. Wahidah pula adalah 11.4 g/dL (1 March 2012).
4. Faktor yang membezakan/Sebab yang membezakan (kemungkinan)
- Sebelum ini apabila mengambil pil ion, isteri saya mengambilnya bersama-sama pil kalsium (kadang-kadang)
- Kemudian, berlaku pula peristiwa (selalunya) di mana, isteri saya makan pil ion tersebut. Selepas itu, isteri saya terus makan nasi (atau sebarang lauk-pauk) 30 minit selepas itu. Sepatutnya, menjarakkan selama 1 jam dan bukannya kurang dari 1 jam.
- Selain itu, sebelum memakan pil ion, perlu makan vitamin C bersama-samanya (sebarang makanan yang bervitamin C) atau telan pil vitamin C (atau kunyah)
- Sebelum memakan pil ion juga, tidak boleh makan sebarang makanan yang menyerap ion dalam masa DUA (2) JAM. Kecuali makanan yang ada vitamin C.
- Contoh makanan yang mengurangkan penyerapan ion dalam badan adalah seperti tenusu, bijiran , makanan yang berasaskan kalsium, telur kuning, ikan, dan lain-lain lagi (sila rujuk Doktor untuk senarai sebenar.
[Updated March 01, 2012 – 8.10 pm]
1. Alhamdulillah, setakat ini minggu adalah ke 33/34 dan beratnya adalah 2.34 Kg. Tetapi bacaan untuk kepala sudah 36 minggu.
2. Sample urine juga diambil dan keputusannya bagus dan normal
3. Sekarang menunggu keputusan darah oleh Poliklinik Wahidah pula. Kemungkinan keputusannya adalah pada 2 ke 3 hari lagi. InsyaAllah.
Gambar
[Updated February 28, 2012 – 6.19 pm]
1. Setakat ini, tiada berat disukat lagi kerana belum berjumpa Dr. untuk scan. Tetapi difahamkan untuk Minggu ke 33-34, berat bayi sepatutnya lingkungan 2 KG ke 2.2 KG ke atas.
2. Artikel Terbaru boleh dibaca di:- Suplimen yang perlu diambil
3.
Pre-eclampsia (PE)
Pre-Eclampsia(PE) adalah penyakit yang unik semasa hamil. Ia bukan sahaja penyakit yang melibatkan tekanan darah tinggi malahan ia akan memberi kesan kepada buah pinggang, otak dan organ-organ penting yang lain dalam badan.
Buah pinggang merupakan organ yang pertama mendapat komplikasi dari penyakit ini. Cara untuk mengetahui yang penyakit tersebut dalam peringkat yang agak serius ialah dengan membuat ujian air kencing. Sekiranya terdapat banyak protin didalam urin bermakna wanita sudah mendapat pre-eclampsia. Semakin banyak protin yang terdapat dalam urin semakin teruk keadaan pesakit tersebut.
Sekiranya PE tidak dirawat dengan segera, ia akan menjadi serius dengan cepat dan eclampsia akan berlaku. Ini terjadi apabila wanita mula mendapat sawan. Sekiranya tekanan darah menjadi terlalu tinggi dan dia belum melahirkan, kemungkinan besar bayi juga akan mendapat komplikasi dan mungkin boleh meninggal didalam rahim. Terdapat juga risiko stroke terhadap ibu sekiranya tekanan darah tidak dapat dikawal.
Penyebab Pre-Eclampsia
Ia tidak diketahui bagaimana penyakit ini terjadi. Banyak hormon yang terlibat tetapi penyebab sebenar masih menjadi tanda-tanya. Tetapi pakar perubatan mendapati ia mungkin berkaitan dengan uri. Pakar mendapati, uri tidak membentuk secara normal dengan salur darah tidak menjadi nipis dan lembut sebagaimana yang sepatutnya.
Pembentukkan uri yang tidak normal boleh berlaku seawal 18-20 minggu kehamilan. Terdapat juga darah beku, menyebabkan salur darah tersumbat didalam uri dan ini menjelaskan kenapa bayi wanita yang mempunayai pre-eclampsia lebih kecil dari biasa. Buat masa ini terdapat banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui punca sebenar mengapa ia terjadi dan bagaimana ia boleh dicegah.
Apa yang menyebabkan PE lebih kerap terjadi?
Keadaan berikut boleh diri anda lebih berisiko untuk mendapat PE tetapi perlu diingat, ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
- Ia sering terjadi kepada kandungan sulung
- Mempunyai PE pada kandungan sebelumnya
- Berumur kurang dari 20 atau lebih dari 35
- Migrane
- Mempunyai ahli keluarga dekat keluarga yang mempunyai PE
- Mempunyai hypertension kronik
- Terlalu kurus
- Terlalu rendah
- Kandungan kembar
- SLE
- Kandungan molar
a) Sebelum itu makan salah kerana dimakan bersama-sama kalsium
b) sehari sebelum check dengan Klinik Kesihatan Taman Ehsan, isteri dan saya makan ikan dengan banyaknya. Mengurangkan kadar penyerapan iron.
c) Mungkin juga disebabkan faktor-faktor lain atau perlu ubat lain seperti Iberet (ada rakan isteri saya mencadangkannya)
[Updated February 17, 2012 – 9.23 pm]
1. Syukur alhamdulillah, sudah menjangkaui berat 1.538 Kg pada minggu ke 31 (13th Feb, 2012 – isnin) dan sekarang sudah menghampiri 32 minggu.
2. Klinik Kesihatan Taman Ehsan Ibu dan Anak2 pada hari isnin sangat sesak. Jika anda datang pada area 8.30 pagi dan mengambil nombor. Maka anda terpaksa menunggu 40 orang dihadapan anda dahulu untuk masuk. Bayangkan semasa anda datang, nombor yang sedang dalam pemeriksaan adalah nombor 1018. Maka anda tekan butang (diambil oleh pegawai kesihatan) ambil nombor dan anda akan dapat nombor 1058. Jadi, nasihat saya, datang sahaja jam 7.30 pagi.
3. Pada hari khamis ada taklimat penyusuan ibu pula. 16th february 2012. Antara intipatinya
- Dapat sample pampers new born drypers
- Dapat brochure Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia
- digalakkan menyusu SUSU IBU SAHAJA (air kosong tak boleh juga) selama 6 bulan. Dan meneruskannya sehingga 2 tahun tetapi dah boleh dicampur-campur dengan makanan yang boleh dimakan bayi
- pelbagai maklumat lain
4. Segera dapatkan pemeriksaan sekiranya anda ada mengalami sakit-sakit dibawah abdomen (mungkin seperti sakit biasa) kerana khuatir masalah. Just datang dan check. Biar kita habis duit check jangan dijangkiti.
[Updated February 8, 2012 – 10.49 pm]
1. Alhamdulillah, setakat ini sudah 30 minggu menghampiri 31 minggu.
2. Klinik Kesihatan Taman Ehsan sudah pergi dan nurse juga agak baik. Mungkin disebabkan membawa semua data yang diperlukan. Maka tidak terjadi kejadiaan seperti yang ada orang lain kena marah dan sebagainya.
3. InsyaAllah kali ini setiap 2 minggu sekali perlu check. Dan selepas itu seminggu sekali perlu check (mungkin).
4. Tendangan baby di dalam kandungan semakin kuat. Dengan cara mengiring maka Baby akan bergerak dan menendang. Ruang juga membesar disamping baby semakin membesar.
5. Berat bayi semasa 29 minggu adalah menghampiri 1.413 Kg pada 31st January 2012. Berat pada 27 minggu adalah 1.037 pada 18th january 2012. 376 gram beza berat dalam 2 minggu. Dengan berat badan ketika itu 50.5 Kg (berat badan Isteri). Berat normal isteri saya adalah 43 Kg. Maka sepanjang 30 minggu ++ ini. sudah mengjangkau ke 52 KG (hampir). Difahamkan, semasa melahirkan anak kelak, perlu berat average sebanyak 55 Kg mengikut carta (statistik). Itu kadaran standard. Jika baby bertambah berat, mungkin berat badan isteri juga melebihi dari standard tersebut
6. Tendangan bayi perlu direkodkan seawal minggu 28. Dari tempoh 9 pagi hingga 9 malam perlu ada sekurang-kurangnya 10 kali gerakan/tendangan bayi. Asalkan ianya bergerak lebih daripada 10 dalam jangkamasa munasabah. Contohnya selang 30 minit ada gerak.
7. Barangan bayi yang sudah dibeli
– Baby Cot
– Pakaian2 tidur baby
– Pakaian waktu siang
– Sarung tangan, stokin
– Tilam dan bantal baby
– Alas Getah
Itu sahaja setakat ini barangan yang dibeli. InsyaAllah akan ada lagi barangan menyusul seperti pampers, toiletries, dan sebagainya.
[Updated January 24, 2012 – 11.22 am]
Currently my wife at the 28 weeks ++ stage. Where there is almost 12 weeks more before a baby will be born.
[Updated October 25, 2011 – 6.56 am]
Week 15 + few days
Video 2
[Updated October 20, 2011 – 9.18 pm]
Dari web:
“3 – http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=985807&postcount=3″
waktu aku mengandung dulu memang teruk..dari awal mengandung sampai bulan ke5 aku lepak kat katil je, x blh mkn, minum, tak boleh bangun, terbaring je sepanjang masa.deria bau aku kuat waktu mengandung.aku boleh bau laki aku, walhal dia kat bawah flat lg blum sampai lg ke rumah tingkat 2 ni..5 minit lps tu mesti terjongol laki aku kat pintu bilik.tiap2 hari pi klnik masuk 3 botol air,tangan dah naik lebam kene drip.blk kg org kg semua igt aku terkena buatan org..ye lah badan aku jadi kurus kering cam tengkorak hidup.mak aku cakap lah memang kena buatan orang,laki dia yang buat sampai jadi cam ni..hihi..pegi klnk nurse igtkan aku ni anak laki aku,ye lah aku dah jadi kecik semacam (sblm ni mmg kck pun),atas kerusi roda tu boleh sorang lagi duduk..bengang laki aku dgn nurse tu. masuk blan ke 6 baru aku normal balik leh makan minum..pegi chekup tiap2 bln naik 6 kg. nafsu makan aku mula mengganas..aku leh makan 2 pggn nasi sekali makan.hari2 nak makan kfc, cheezy wedges tu.sepanjang aku mengandung berat aku naik 18 kg.sehari nak bersalin pun berat aku naik lagi.sebelum bersalin tu sempat lagi aku balun nasi minyak sebungkus.dah bersalin tu anak aku kecik je 2.85 kg.nak bersalin pun masalah jugak…lepas bersalin aku pitam, seb baik laki aku sambut klu tak tumpah darah aku.kena tahan lagi 3 hari kad wad..sekarang ni anak aku dah 3 tahun pun. tapi aku takut lagi nak tambah. fobia rasenya. tapi rugi lak tak tambah..
|
”
Baby Week 14
Gambar di atas menunjukkan kepala bayi disebabkan baby berpusing-pusing di dalam rahim ketika proses ultrasound (scan)
Video –
Video yang menunjukkan pergerakan baby di mana rahang gigi dan tulang-tulangnya (kaki dan tangan) sudah kelihatan. Baby juga sudah menghisap jarinya sendiri dan tersedu-sedu (Dr. ckp maybe isterinya kurang minum air kot).
[Updated October 20, 2011 – 7.35 pm]
1. Pagi tadi saya telah menghantar isteri saya ke klinik dan telah membuat water drip di Klinik. Sebanyak dua pients (sebanyak 500 ml bagi setiap pint, ada zat2 berguna di dalamnya dan sedikit glucose) of water drip. Bermula pada pukul 9.30 pagi hinggalah 3.30 petang. Kos yang dikenakan adalah sebanyak RM126 .
Two pints of water + Sedikit Ubat dimasukkan semasa proses drip tersebut + Doctor fee(mungkin ada) = RM126.
Gambar Pint :-
2. Tangan isteri saya yang dicucuk two water drip tersebut:-
3. Inilah berlaku jika selama 4 bulan anda masih lagi muntah-muntah dan akibatnya badan anda tidak dapat menerima makanan dan kekurangan zat. Maka seeloknya spend sedikit duit dan masukkan air setiap hujung minggu agar anda segar(jika perlu setiap hujung minggu – seminggu sekali Rm126).
4. Berikut merupakan ubat-ubatan yang telah dimakan ketika proses mengandung bulan September-October
Ubat ini digunakan untuk sakit pinggang atau lenguh-lenguh. Tapi awas, KETOTOP ini boleh menyebabkan kulit anda TERTOTOP oleh gam-gam.
Vitamin C 1000 mg, Vitamin D 300iu dan Kalsium 250mg. Masukkan tablet ini(sekeping) dalam air sebanyak 500-600ml dan ianya akan larut dan sesuai diminum sehari sekali bagi siapa yang tak lalu air kosong dan kekurangan kalsium atau vitamin C
Ubat tahan muntah yang diberi oleh Dr., tetapi tetap tidak memberi kesan ketara dan akibatnya water drip terpaksa juga dilakukan. Alhamdulillah kesan water drip + ubat tahan muntah yang dimasukkan terus ke saluran darah memberikan kesan lebih baik dan doa yang dilakukan setiap hari. amin
Ubat paracetemol yang diberikan oleh Dr. Pastikan anda mengikut DOS Doktor dan bukan pergi ke farmasi dan membelinya sendiri. Makan jika ada pening-pening dan demam sahaja. Jika muntah jgn dimakan sekali lagi.
Satu lagi ubat selsema dan juga antibiotik yang habis dimakan. Ajaibnya sepanjang makan ubat antibiotik kurang rasa hendak muntah dan ketika sudah habis, perasaan muntah isteri saya datang kembali.
Antibiotik adalah jenis Betamox 250 mg. Selsema tidak ingat kerana kedua-dua antibiotik dan ubat selsema (paketnya sahaja) telah dibuang setelah habis dimakan.
Acid Folic 5 mg untuk dimakan setelah Obimin Plus tidak dapat di’consume’ oleh isteri saya.
5. Setelah proses water drip itu selesai dalam pukul 3.35, kami bergerak ke AEON untuk terus wait solat asar dan kemudian makan tengahhari. Dan ke POPULAR BOOKSTORE untuk membeli makalah dan juga buku agama dibawah ini:
Ianya berharga RM7.00 sahaja. Sangat bagus
[Updated October 02, 2011 – 8.34 am]
1. Bila sudah hampir masuk ke fasa Trimester Ke-Dua, maka Obimin Pluz menjadi rakan baik anda. ObiCal juga digalakkan untuk makan tetapi pastikan anda juga bersenam sedikit untuk mengelakkan keoverdosean Calcium.
Obimin
[Updated September 28, 2011 – 7.39 am]
1. http://sarahshukor.com/2011/08/ – Link bagus untuk pengalaman mengandung
[Updated Masa Puasa/Raya 2011]
1. Dibawah ini merupakan UPT yang dibeli di Watson sahaja. Harga murah . 2 packs RM10. Tak perlu yang mahal2 pun. UPT ini dibuat pada menghampiri akhir bulan puasa 2011 aritu (20+ August 2011) .
[scanned video and photos]
Week 11
Photos : Pergerakan baby yang berpusing-pusing ketika proses ultrasound (scan)
Videos – Kelihatan baby sedang berpusing-pusing dan bergerak-gerak. Pada awalnya tidak bergerak sangat, tetapi setelah beberapa saat kemudian baby bergerak-gerak seolah-olah tahu kehadiran ibubapanya yang sedang melihatnya.hehe
Week 8
Pertumbuhan baby di dalam rahim isteri saya.
Week 4
Sewaktu sperma dan ovum bergabung dan akhirnya membentuk ‘Segumpal darah”. Proses ini sudah hampir 4,5 minggu (Ini selepas proses Fertilization)
[UPDATED SEPTEMBER 27, 2011 – 10.36 PM]
1.
Vomiting During Pregnancy Symptoms (From http://www.emedicinehealth.com/pregnancy_vomiting/page3_em.htm)
Morning sickness: Some women experience nausea and vomiting only in the morning. The majority of women have nausea on and off, all day long.
- A pregnant woman may also note increased saliva, increased sensitivity to certain smells, and changes in the taste of some foods.
- Symptoms usually begin four to eight weeks after the woman’s last menstrual period, peak at about 11-13 weeks, and go away by 14-16 weeks into the pregnancy.
- Fever, diarrhea, and severe abdominal painare not associated with nausea and vomiting during pregnancy. If these symptoms occur, be sure to talk with your healthcare provider because it may be something other than morning sickness.
2. New Website for Baby Development – http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/perkembangan-fetus/19-minggu/
[UPDATED SEPTEMBER 1, 2011]
Berikut merupakan link2 yang berguna yang saya dan isteri sempat cari berkaitan ibu mengandung
1. Mengapa ibu mengandung selalu muntah2?
http://www.morningsicknesshelp.com/pregnancy-morning-sickness.html or MorningSickness
2. Bolehkah menyapu minyak angin di perut untuk ibu mengandung?
Seeloknya elakkan dan cuba letakkannya dibahagian kaki sahaja. Kerana dikhuatiri minyak tersebut panas dan menjejaskan pembesaran kandungan (bayi)
3. Berikut merupakan2 link2 yang bagus
Kalendar pregnancy setiap minggu – http://3dpregnancy.parentsconnect.com/calendar/
Fertilization process – http://www.myfertilitycenter.com/tidbits/embryo-stages.php
Memuatkan gambar2 setiap minggu dengan terperinci sekali – http://www.ehd.org/dev_article_unit1.php
4. Trimester 1 hingga 3 dalam bahasa Indonesia
assalamualaikum..saya terjumpa blog ni masa cari pasal poliklinik wahidah..saya nak dapatkan sedikit cadangan jika saudara sudi..saya tinggal sekitar b.berendam dan sedang cari klinik yang sesuai utk isteri saya yang baru mengandung.saya bercadang untuk bawa isteri check up di klinik swasta sahaja kerana di klinik kerajaan kadang2 doktor lelaki yang bertugas.jadi kalau tak keberatan boleh tak saudara recommendkan klinik yang bagus.terimakasih.
Azlan
azlanmohd.m@gmail.com
Klinik Dr. Wahidah ini bagus (Kota Gemilang) di persimpangan jalan Sri Negeri. ataupun
Pusat Rawatan An-Nur
MA-A-08, Jln SB1,
Taman Sri Bayan,
Gangsa,
Melaka
Tel : 06-5532811 / 06-5532818
Waktu rawatan : Isnin – Sabtu (9 pg – 9 mlm).
Dr2nya perempuan (pastikan pergi waktu pagi hingga ke petang kerana malam selalunya Dr. lain).
Assalamualaikum..
terimakasih tuan atas cadangan..macamana pulak bila time nak deliver? ada cadangan hospital yang baik? saya bercadang nak bawa isteri ke hospital putra kelak dgn Dr.Ishaireen. banyak komen2 bagus tentang Dr. ni..
Saya tidak pasti di Melaka bagaimana sebab anak saya dilahirkan di Selangor. Tetapi di Melaka, majoriti rakan2 saya memilih Hospital Pantai. Boleh dikatakan dari 10 orang rakan, 7 orang ke sana. Hospital Putra sekadar 1 atau 2 orang.
terimakasih..baru saya tau isteri tuan deliver di hospital selayang. isteri saya sebenarnya nurse di sana tetapi di wad 5C.
Ya, ada dalam artikel saya.
Kota Cemerlang tuan..bukan Gemilang.
*peace*