Assalammualaikum,
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar
Kali ini saya akan dengan secara terperinci yang boleh menerangkan setiap perjalanan menyambut kelahiran anak pertama saya.
Seperti biasa, pada hari khamis 12 April 2012 tersebut, saya perlu pulang ke Melaka untuk bekerja, dan akan datang semula ke Kuala Lumpur pada hari jumat 13 April 2012.
Namun, pada pukul 12 tengahhari, saya mendapat sms dari isteri saya mengatakan
“Tkt la. nape mcm skt perut kerap je” jam 12.18 pm
Kemudian isteri saya telah memberitahu keluarganya yang ingin pergi ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan. Dalam pukul 3.00 petang atau lebih, saya telefon dan masih lagi belum pergi ke Hospital Selayang.
Maka, saya pun mendapat sms seterusnya pada pukul 5.10 pm mengatakan kesakitan sudah dirasai dan saya merasakan perlu pulang juga petang tersebut.
Selepas asar di UTeM, saya terus balik pejabat dan berkemas dan segera pulang pada pukul 5 lebih tersebut (dalam 5.30 kot)
Maka saya bergegas pulang ke Kepong dari UTeM tetapi memandu dengan berhati-hati.
Tiba jam 7 suku petang, wife saya berehat sebentar sambil menahan kesakitan dan dengan diiringi ayah mertua, kami bertolak ke Hospital Selayang jam 8.30 malam.
Memang kesakitan tersebut juga di”rasai” oleh saya dan perlunya sokongan seorang suami disisi isteri.
Ayah mertua memandu kereta dan saya memapah isteri ke tempat Lobi bersalin. Hanya suami dibenarkan menemani isteri. dan Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan saya dapat daftar dengan baik di kaunter Dewan Bersalin. Di dalamnya terdapat hanya 1 atau 2 orang sahaja itu pun sedang menunggu isteri mereka bersalin.
Kemudian isteri saya melakukan pemeriksaan dan saya perlu mengesahkan pendaftaran ke Wad menggunakan Gurantee Letter oleh UTeM di KECEMASAN, Hospital Selayang (Anda harus berjalan ke pintu masuk KECEMASAN dan melakukan pendaftaran)
Tiba di sana, terus dimasukkan ke wad setelah melakukan pemeriksaan.
Emak mertua dan adik beradik telah tiba dan hanya emak mertua sahaja masuk ke Dewan Bersalin (ruangan menunggu)
Bukaan sudah 3 cm pada jam 9-10 malam. Wad yang kami dapat adalah Bilik 4 orang (ada 4 katil). Wad 5A.
Dengan tidak makan dari tengahhari, emak mertua membelikan saya makanan dan saya pada mulanya menunggu di ruangan hadapan Wad 5A kerana Makcik Guard tak bagi masuk selepas waktu-waktu tertentu.
Saya menemani wife saya dengan saya duduk di dalam kereta dan pada jam 12.30 pagi, saya mendapat sms dari wife saya bahawa bukaan sudah 6 cm.
Saya pun memasuki semula tempat wife saya ditempatkan dan kemudian wife saya diusung menggunakan kerusi roda ke dewan bersalin.
Saya menemani wife saya yang saya sendiri kasihan melihat beliau menahan sakit dan saya berdoa agar dimudahkan.
Disuruh berkali-kali oleh para nurse dan doktor agar tidak mengangkat punggungnya dan hasilnya terdapat koyakan awal walaupun tidak meneran lagi. Tetapi berkat kesabaran isteri saya menahan sakit walaupun ada juga jeritan kerana kesakitan dan saya juga terpaksa memegang kakinya, saya dan isteri mengharunginya bersama-sama.
Alhamdulillah, perjuangan dari pukul 1 pagi hingga 3.36 pagi membuahkan hasil
Isteri saya selamat melahirkan anak bayi perempuan secara normal pada jam 3.36 pagi di Hospital Selayang.
Walaupun ada sedikit luka pada bukaan namun semuanya normal pada tubuh isteri saya.
Anak tersebut berat 3.04 Kg dan sihat serta normal. Alhamdulillah.
Isteri saya dibenarkan keluar dijangka esok pagi (Sabtu) setelah pemeriksaan menyeluruh akan dijalankan oleh Dr. untuk memastikan ibu dan bayi benar-benar sihat walafiat.
Alhamdulillah, bermulalah episod saya menjadi seorang bapa yang akan cuba memimpin keluarga ke jalan yang diredhai Allah S.W.T. dan mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Alhamdulillah, syukur atas pemberian rezeki dan nikmatNya.
Bayi Perempuan keluarga Hamzah dan Baizura
Sesungguhnya saya tidak menyangka layanan yang baik oleh kakitangan serta Doktor di Dewan Bersalin Hospital Selayang.
Ini dapat menghilangkan tohmahan yang sering bermain diminda isteri saya.
Saya barulah dapat memahami bahawa sebenarnya setiap orang berlainan pengalaman.
Bagi saya, pengalaman bersalin di Hospital Selayang sangat menarik dan menyeronokkan.
Para Nurse dan Doktor memberi kata-kata semangat (semuanya perempuan)
Alhamdulillah.

Leave a Reply