Assalammualaikum,

 

Apa yang saya ingin ceritakan dibawah adalah cerita rekaan semata-mata tiada kena-mengena dengan sebarang manusia di Malaysia. MOHON BACA SEHINGGA HABIS JIKA BERMINAT.

 

Cerita Bermula:-

 

ABC Enterprise merupakan sebuah organisasi yang terbilang lagi gemilang di sebuah negara. Seperti biasa, sebuah syarikat yang bertaraf antarabangsa mestilah mempunyai beberapa peraturan yang digubal juga oleh manusia untuk kepentingan syarikat tersebut. Ianya juga mengamalkan prinsip pencen seperti di Malaysia.

 

Sebuah organisasi itu juga ada peraturan-peraturannya, antaranya adalah:-

1) Pekerja harus punch card pukul 9 pagi dan punch out jam 6 petang.

2) Pekerja harus memaklumkan kepada Ketua Bahagian untuk sebarang aktiviti luar yang dijalan

3) Sekiranya terjadi sebarang kemalangan di luar pejabat dan tidak memaklumkan kepada Ketua Bahagian maka pencen tersebut tidak boleh diterima oleh keluarga pekerja terbabit.

4) dan pelbagai lagi

 

Samad merupakan seorang Ketua Bahagian. Beliau bertanggungjawab menguruskan beberapa pekerja di bawahnya dan ada banyak pekerjanya yang rajin bekerja.

 

Salah seorang pekerja tersebut adalah Abdullah. Abdullah merupakan pekerja cemerlang yang membuat kerja dengan sangat teliti, cepat dan awal jangkaan. Seperti yang sedia maklum, Abdullah dan rakan-rakannya juga bagus dalam pembuatan kerja dan Bahagian Samad mendapat pujian dari Board Of Directors syarikat ABC Enterprise

 

Abdullah seperti manusia biasa juga, kadang-kadang kerjanya siap awal dan keluar awal. Kadang-kadang datang lewat juga kerana kerja tiada apa yang hendak dibuat. Kadang-kadang ada meeting ad hoc beliau datang juga tapi lewat sedikit kerana tidak diberitahu awal. Biasalah manusia, Ketua pun manusia juga, pekerja pun manusia juga. Tiada istilah aku ketua yang perfect dan istilah aku pekerja yang perfect dalam dunia ini.

 

Sepanjang 10 tahun bekerja, Abdullah sememangnya sangat bagus bekerja cuma dia akan datang lewat dan pulang awal jika tiada apa-apa kerja yang boleh dibuatnya. Maklumlah segala kerja dibuatnya dengan cepat, tepat, dan awal. Kerja seminggu disiapnya selama 2 hari sahaja. lagi baki 3 hari sudah tidak tahu membuat apa dan hanya polish sahaja jika ada sebarang peningkatan. Bahkan jadual setiap hari tersusun. Oleh sebab itu, beliau tidak mengemari perkara yang terlalu ad-hoc. Memanglah, mana ada manusia ini robot. BOleh interrupt bila-bila masa. Ada pekerja yang boleh diinterrupt bila-bila masa dan ada yang susah sedikit.

 

Satu hari, Abdullah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada waktu 11 pagi sewaktu dalam perjalanan membeli perkakasan rumahnya. Beliau keluar sebentar kerana sudah tidak ada kerja hendak dibuat tambahan pula minggu tersebut Ketua Bahagiannya pun cuti dan beliau juga terlupa nak memaklumkannya.

 

Maka Samad bergegas ke hospital untuk melihat jenazah Abdullah.

 

Sedih pun ada dan pelbagai perkara pun ada muncul.

 

pastinya Pengarah atasan akan bertanyakan kepadanya samada Abdullah buat apa keluar pada jam 11 pagi. sedangkan Samad tidak mengetahuinya.

 

Maka Samad berfikir sebentar

 

“Aku pun manusia yang buat salah, dan dia pun ada buat salah”

 

“Adakah ini ujian Allah kepadaku dan orang sekelilingnya?”

 

“Aku pun tidak mempunyai wang yang cukup untuk membela keluarganya, dan pencen mampu mengurangkan beban keluarganya”

 

Maksudnya cuba kita lihat kembali, apabila seseorang itu meninggal dunia, Allah juga akan menguji orang sekelilingnya. Allah akan uji Ketuanya, Allah akan uji keluarganya, Allah akan uji jiran-jirannya, dan masyarakat sekelilingnya.

 

Adakah apabila seseorang itu meninggal dunia maka kita dengan selamba mengutuk sekutuk-kutuknya? walaupun kita bence seseorang itu?

 

Adakah disebabkan kesalahan yang satu nampaknya seperti membuat kesalahan selama-lamanya?

 

Adakah Kebaikan yang dibuat sepanjang 10 tahun dinilai oleh perkara buruk selama beberapa minit sahaja?

 

 

Maka Samad membuat satu keputusan…

 

Beberapa hari selepas itu, Pengarah mengarahkan Samad membuat report berkaitan untuk tujuan ini.

 

Samad dalam laporan menyebut bahawa Abdullah telah memberitahu secara lisan kepadanya untuk keluar sebentar pada pagi itu.

 

 

Tamat Cerita.

 

Dalam fikiran Samad, demi kemaslahan keluarga Abdullah, mungkin beliau berdosa kerana menipu sedemikian tetapi Samad berbuat demikian untuk mengelakkan kejadian yang lebih teruk. Pada pendapat Samad, ini hanyalah ujian kepadanya dan beliau berserah kepada Allah dan memohon ampun atas perilakunya itu. Tapi disebabkan ingin memastikan keluarga Abdullah terbela dan seterusnya menangkis tohmahan orang ramai kepadanya.

 

Samad ingin mengelakkan fitnah dan ianya tinggal urusan antara Samad dan Allah sahaja. Mungkin Allah akan menghukumnya tetapi beliau berbuat demikian atas dasar satu keterpaksaan yang beliau akan tanggung.Yalah, Samad juga manusia dan tidak sempurna.

 

Bayangkan jika keluar berita Abdullah itu dan begini, dan berita tersebar luas. Tetapi disebabkan Samad mengeluarkan kenyataan bahawa Abdullah ada memberitahunya dalam laporan yang ditulisnya, maka orang ramai tidak berkata apa-apa lagi. Tetapi ada sahaja mulut mengatakan Samad covered up. Maka akhirnya Samad mengambil keputusan untuk berhenti dan cuba menceburi bidang perniagaan dan dakwah. Beliau akui sukar membuang peraturan sebegitu. Kerana mungkin ada manusia yang mempermain-mainkan peraturan tersebut tetapi Samad tahu kisah sebenar dan apa yang berlaku. Orang yang tidak tahu akan terus berkata pelbagai perkara tetapi itulah hakikatnya iaitu manusia tidak lari dari dosa. Kita perlu meneruskan kebaikan dan cuba sedaya upaya mengurangkan keburukan.

 

Tujuan saya menceritakan sedemikian adalah untuk kita bahaskan dan bincangkan. Kita adalah manusia dan apabila manusia membuat peraturan pasti ada cacat celanya. Kita tidak boleh mengatakan sesuatu itu sangat salah tanpa mengambil kira faktor-faktor lain. Manusia mana ada perfect, bila manusia tak perfect, manusia buat peraturan maka PASTILAH peraturan itu tidak perfect dan BOLEH BERUBAH-UBAH.

 

Salam rabu dari saya sempena hari pertabalan Sultan negeri saya (KEDAH) sebagai Yang Dipertuan Agong

 

Daulat  Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.

 

Semoga Allah sentiasa merahmatinya

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s