Assalammualaikum,

Pada 13 April 2012 yang lalu, saya dikurniakan cahaya mata pertama saya dan juga merupakan cucu pertama bagi pasangan keluarga saya dan mertua saya.

Saya berpeluang masuk dan merasakan kehangatan bahawa isteri saya sedang bertarung untuk melahirkan anak di bilik 8 (Dewan Bersalin) pada 13 April 2012 jam 12.55 pagi sehingga bayi dilahirkan pada 3.36 pagi.

Walaupun saya tahu ramai yang mudah melahirkan anak dan ada yang sukar tetapi ini dari segi pengalaman saya yang sekadar perkongsian ilmu bersama saudara-saudari yang membaca blog saya ini.

Baiklah,

Saya merasa sangat takjub bagaimana satu kehidupan lahir dengan kuasa Allah S.W.T.

Bahkan saya merasa sangat insaf dengan diri ini bahawa selama ibu saya membesarkan saya dari kecil dengan pelbagai dugaan dan kerenah

Bayangkan, seorang insan yang lahir tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya mampu menangis dan menggerakkan tubuhnya sahaja.

Tetapi bayangkan apabila besar, insan ini melawan pula cakap ibu dan bapa serta melakukan perkara-perkara yang tidak diingini.

Saya dan isteri juga menemani anak yang dimasukkan ke wad NICU Hospital Selayang semalaman kerana penyakit deman kuning dan alhamdulillah hari ini telah keluar dari wad dan sudah berada di rumah jam 5 petang tadi.

10 orang anak tak mampu menjaga 1 ibu tetapi bayangkan 1 ibu boleh jaga 10 anak. Ungkapan ini saya rasa tidak akan ubah sampai bila-bila pun (sehingga kiamat) kerana sudah pasti sangat sedikit yang mampu menjaga ibu dan bapanya seperti ibu dan bapa menjaganya dari kecil.

Saya akui saya pasti sampai bila-bila pun takkan dapat menjaga ibu saya seperti ibu menjaga saya, tetapi saya boleh cuba sedaya upaya menjaganya dan menghubunginya di kampung.

Seorang ibu tidak meminta apa-apa pun dari anaknya. Apa yang diharapkan seorang ibu adalah kita menjadi muslim/muslimat yang patuh pada perintah Allah dan RasulNya.

Mereka tidak meminta kekayaan daripada kita

Mereka tidak meminta untuk diberi nama dan pangkat

Mereka tidak meminta menjadi popular pun.

Ibu dan bapa hanya ingin melihat anak yang dibesarkan menjadi seorang yang berguna kepada Islam, Bangsa dan Negara

.

.

Kehidupan ini terlalu indah untuk kita. Allah sudah menunjukkan kekuasaanNya dengan terjadinya Dunia ini.

Selamat Datang ke Dunia Kekeluargaan Hamzah Asyrani Bin Sulaiman, Semoga diriku menjadi seorang bapa yang baik dan dapat membesarkan/mendidik anak dengan baik. InsyaAllah.

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s