Seorang ibu dan diri kita yang sombong serta riak

Assalammualaikum,

Dalam konteks sebuah keluarga bahagia

Seorang ibu jasanya adalah amat tidak terbalas sehingga bila-bila pun.

Walaupun pelbagai curahan wang ringgit dan kebendaan diberi untuk memastikan ibu bahagia semasa hari tuanya, percayalah seorang ibu takkan melihat apa yang diberi oleh anda semasa anda telah didewasa.

Apa yang dilihat ibu adalah anda membesar dan menjadi manusia yang berguna serta patuh pada perintah Allah S.W.T.

Seorang ibu tidak pernah sombong dalam membesarkan dan mendidik anak-anaknya.

Segala kemahuan akan cuba dipenuhi siibu dan kita semasa kecil jarang sekali yang mengetahui susah payah seorang ibu kecuali apabila kita telah dewasa.

Menjaga anak membesar penuh cabaran.

Bayangkan semasa kecil kita tidak ada sebarang perlindungan kecuali daripada ibu dan bapa

Kita dijaga dan dipastikan keselamatan kita agar tidak cedera dan selamat

Diberi peluang ke sekolah dan seterusnya ke universiti

Mereka tidak pernah sombong dengan apa yang diberikan.

.

.

Diri kita.

Cuba kita lihat diri kita sendiri pada hari ini.

Apakah yang berlaku jika anda di jalanraya dan melihat sebuah kereta yang perlahan dan uzur dihadapan kita.

Kadang-kadang sesetengah merasa sombong dan riak dengan apa yang ada.

Sebab itulah sombong dan riak banyak disebut dalam AL-Quran. Sudahlah sombong, riak pula tu.

Seperti memandu sebuah kereta hebat kemudian dengan selamba parking di tempat yang tidak dibenarkan dan dengan riak menjawab kepada seorang sekuriti dengan berkata, “samanlah, aku boleh bayar punya”. Subhanallah.

Seperti menidakkan keputusan orang bawahan/muda dan kemudian dengan riak menjawab “kamu masih setahun jagung!”

Seperti tidak mahu menolong seorang ibu yang dalam kesusahan dengan sombongnya kerana tidak dibesarkan dengan kekayaan dan kemudian dengan riak berkata “Ini adalah hasil dan susah payah aku!”.

Seperti mempunyai ilmu tetapi dengan sombong mengatakan dia bersusah payah belajar dan tidak mahu menyampaikannya kepada orang lain dengan riaknya dan berbangga dengan pencapaian dirinya.

Seperti berbangga dengan pencapaian dirinya yang tidak perlu berhutang apa-apa pun dan dengan riaknya menempelak orang yang berhutang atas sebab-sebab tertentu sedangkan Nabi Muhammad juga pernah berhutang (tetapi ada syarat-syaratnya).

“Seperti pernah diceritakan oleh Aisyah Radhiyallahu ‘anha.

“Bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah membeli makanan dari seorang Yahudi dengan harga pembayaran dibelakang (hutang) dan memberi jaminan dengan baju besi milik beliau” [Hadits Riwayat Bukhari 2386 –Fathul Bari- dan Muslim 1603]

Hadits tersebut menunjukkan adanya dalil bolehnya bermuamalah dengan ahli dzimmah (kafir dzimmi), dan boleh memberi suatu jaminan untuk hutang di saat mukim.Meski Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berhutang, beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang senantiasa ingin bersegera dalam membayar hutangnya dan melebihkan pembayarannya. Jabir Radhiyallahu ‘anhu mengisahkan.”

Subhanallah.

Saya bukanlah manusia yang sempurna dan saya juga akui saya ada banyak dosa dan sombong serta riak.

Tetapi marilah sama-sama kita berdoa dari perasaan sombong dan riak ini.

Kita takut

dengan sombong dan riak ini membuatkan kita jauh dengan Allah

dengan sombong dan riak ini menjadikan kita menindas orang lain

dengan sombong dan riak ini menyakitkan hati orang lain

dengan sombong dan riak ini mendatangkan bencana kepada kita

dengan sombong dan riak ini membuatkan kita merasa megah atas keburukan orang lain.

dengan sombong dan riak ini menjana sifat takbur dan keji-mengeji orang lain

.

.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri agar menjadi insan yang lebih baik InsyaAllah.

Sombong dan riak, mari kita jauhkan bersama.

 

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: