Perbincangan Islam

Assalammualaikum

Updated January 08, 2012

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata.”
Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.

Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: “Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab.”

Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat.

Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?”

Jawab Baginda:

l Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidup mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).

l Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi ****** ke atasnya).

l Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.

l Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).

l Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.

l Doanya ditolak Allah.

Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya. ”

Kemudian bertanya lagi sahabat: “Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?”

Jawab Baginda:

l Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.

l Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.

l Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.

Sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?”

Rasulullah SAW bersabda: “Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti.”

Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja’ul akra’, yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.

Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: “Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh.”

Lalu Suja’ul akra’ terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.

Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.

Sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?”

Jawab Baginda: “Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.

“Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar.”

Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.

Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.

Firman Allah bermaksud; “Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka.” (Surah Maryam, ayat 59).

Sumber : Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah — Hanan.com.my http://www.hanan.com.my/ – disalin dari web http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12459.0

Updated December 30, 2011

Kelebihan Hadir Awal ke Masjid Solat Jumaat

(1429 ) Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda maksudnya :

 “Apabila tiba hari Jumaat, malaikat-malaikat berada di tiap-tiap pintu masjid. Mereka menuliskan satu demi satu, menurut urutan mana paling dahulu. Apabila Imam telah duduk (akan berkhutbah), mereka menutup bukunya dan mereka ikut mendengarkan pengajaran (khutbah)”

Riwayat al-Bukhari )

Pengajaran Hadis:
i) Allah S.W.T telah melantik malaikat-malaikat yang khusus bagi mencatat kedatangan sidang jemaah mengikut tertib dan susunannya mulai dari awal waktu
   hingga tiba masa imam naik ke mimbar membaca khutbah.
ii) Kehadiran lebih awal untuk mengerjakan solat Jumaat adalah sangat-sangat diutamakan di dalam Islam. Oleh itu amat besarlah kerugian bagi orang yang
   terlewat (terlepas) daripada waktu catatan malaikat tersebut.
mhmj/ump/2011
Sumber Laman Web JAKIM

Updated December 29, 2011

Dari laman web :- http://tentera-allah.blogspot.com/2010/08/merampas-sebilah-kayu-miswak-sudah.html

Copyright to rightful owner (above link) http://tentera-allah.blogspot.com/

Merampas Sebilah Kayu Miswak Sudah Boleh Membawa Padah

Daripada Abu Umamah Iyas bin Tsa’labah Al-Haristi radhiallahu anhu, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:”Sesiapa yang mengambil hak milik seseorang Islam dengan sumpahnya, (mengambil secara paksa atau merampas) maka Allah SWT telah mewajibkan neraka baginya dan telah mengharamkan syurga untuk dimasukinya. Kemudian ada seorang lelaki bertanya: “Kalau hanya barang yang sangat sedikit, Ya Rasulallah?. Nabi SAW menjawab: Walaupun hanya setangkai kayu arak (kayu yang digunakan untuk bersiwak)”. (Hadith Riwayat Muslim)

Dalam sebuah hadith yang lain riwayat daripada Umar bin Khattab radhiallahu anhu beliau berkata:

“Setelah selesai peperangan Khaibar ada segolongan di antara sahabat Rasulullah SAW datang mengadap kepada beliau kemudian mereka berkata: “Si Fulan itu mati syahid, dan si Fulan itu mati syahid”, sehingga akhirnya mereka menyebutkan nama seorang laki-laki lalu mereka berkata “Si Fulan itu juga mati syahid”. Lalu Nabi SAW bersabda: “Tidak, sama sekali tidak. Fulan itu saya lihat dimasukkan ke dalam api neraka kerana menyembunyikan sehelai selendang atau (syak perawi hadis) sehelai baju kurung (daripada harta rampasan)”.

Islam melarang sesiapa sahaja daripada mengambil hak milik orang lain tanpa kebenaran daripada tuan yang memiliki harta tersebut. Islam sangat menghargai hak milik peribadi seseorang. Maka sesiapa yang mengambil hak milik orang lain hendaklah ia segera menyerahkannya kembali kepada pemiliknya walaupun benda itu hanya sedikit sahaja. Seseorang boleh dimasukkan ke dalam api neraka akibat dari mengambil sebatang kayu miswak sahaja, iaitu apabila ia menganggap ringan hal itu dan mati dalam keadaan tidak sempat untuk meminta halal dari tuan punya barang tersebut.

Oleh itu hendaklah kita berhati-hati kalau kita bermu’amalah dengan orang lain, dan hendaklah kita menjauhi harta-harta yang haram dan jangan melakukan sebarng kezaliman terhadap hak milik orang lain kerana yang demikian itu boleh membawa kebinasaan yang sangat besar sekali.

Kemudian masalah menggelapkan harta sesuatu kumpulan, jemaah, pertubuhan atau negara atau yang diistilahkan pada masa sekarang ini dengan perkataan “korupsi” adalah suatu amalan yang terkutuk dan dosa yang sangat besar, sekalipun yang digelapkan itu hanya bernilai seharga selembar baju sahaja. Hadith di atas adalah merupakan suatu amaran yang keras sekali dan peringatan yang tegas agar seseorang janganberbuat khianat terhadap hak milik orang ramai yang diamanahkan keatasnya. Tindakan keras itu akan diambil sekalipun ke atas seseorang yang telah gugur di medan perang dengan badan yang berlumuran darah, yang telah mempertaruhkan nyawanya sebagai tanda kesetiaan kepada perjuangan, apatah lagi kalau ia hanya seorang pekerja pegawai biasa yang tidaklah begitu bermakna bagi perkhidmatan atau pengorbanan yang diberikannya.

Updated December 03, 2011

1. Ketika kita ingin mengangkat Takbiratul Ihram, mestilah kita menyebut (melafazkan) dengan jelas sebutan Allahu Akbar sehingga didengari oleh telinga kita sendiri. Hanya wajib pada awal solat sahaja, dalam solat setiap kali takbir adalah sunat. Dan ianya mesti disertakan dengan niat anda untuk mengerjakan solat. (Sebenarnya, yang penting anda boleh angkat sahaja takbir dan mulakan solat kerana dalam hati anda memang niat untuk solat zohor(contoh) kerana Allah S.W.T.)

2. Ketika imam sudah duduk tahiyat akhir, pastikan anda juga mengikut gerak geri imam kerana dikhuatiri akan tertinggal 3 rukun. Tertinggal lebih dari tiga rukun semasa bacaan tahiyat akhir dibacakan oleh imam menyebabkan solat anda terbatal. Rujuk ceramah Ustaz Kazim di  youtube untuk keterangan lanjut. Saya dapat maklumat ini dari ceramah ustaz kazim elias.

Waallahualam

Updated December 01, 2011

Updated November 28, 2011

Bilakah Mengumpat (Ghibah) Dibenarkan dalam Islam? 

One thought on “Perbincangan Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: