Action Script 3.0 for Games

Assalammualaikum,

Hari ketiga saya menyaksikan dan dapat buat beberapa pendapat dan konklusi daripada pemerhatian saya berkaitan trafik semasa di Kuala Lumpur.

Catatan pada waktu pagi (Isnin hingga Rabu)

– Pada hari isnin, saya bertolak pada pukul lebih kurang 6.50 pagi dan tiba di SME 2, Cyberjaya pada pukul 7.50 pagi. Trafik dari Kepong agak di tahap memuaskan dan hanya di Bukit Lanjan sahaja kurang memuaskan. Sekitar NKVE dan Elite, trafik berada pada tahap lancar.

– Pada hari selasa pula, saya bertolak dalam lingkungan pukul 7.00 pagi dan trafik di sekitar Kepong menuju ke Tol Sungai Buloh adalah tahap memuaskan juga. Tetapi apabila selepas tol melalui Bukit Lanjan, tersangkut hampir 30 minit rasanya. Bayangkan terlewat selama 10 minit pun anda tersangkut begitu lama sekitar 2 km. Kemudian trafik lancar di NKVE dan Elite. Sebab saya hendak ke Cyberjaya dan bukan hendak ke KL (Hendak ke KL sangat jem – di Bukit Lanjan). Saya tiba pada pukul 8.15 pagi di SME 2, Cyberjaya

– Pada hari ini, rabu. Saya bergerak pula pukul 6.55 pagi dan trafik Kepong ke Tol Sungai Buloh tahap memuaskan. Selepas tol ke Bukit Lanjan agak perlahan juga tetapi saya ikut jalan pintas melalui kawasan Rehat Sungat Buloh untuk pergi ke barisan hadapan sekali. Agak bagus teknik ini. TIba lingkungan 7.50. Awal pula hari ini. Mungkin disebabkan hari rabu maka orang sudah mula malas keluar awal dan makin lewat.

Catatan pada waktu petang (Isnin hingga Rabu)

– Pada hari isnin, bertolak jam 5.15 petang dan jem teruk di sekitar Damansara kerana masing-masing akan melalui tol besar kat situ. Tetapi area Cyberjaya melalui LDP, trafik agak memuaskan dan agak perlahan sedikit selepas itu sehinggalah ke Damansara. Tiba dirumah jam 6.20 petang.

– Pada hari selasa pula, bertolak dari SME 2, Cyberjaya jam 5.05 petang dan tiba pukul 5.50 petang area Kepong. Sungguh menakjubkan, awal 10 minit sudah jimat hampir 20 minit. Juga mengikut LDP dan trafik agak terkawal dan memuaskan sekitar Damansara ke tol besar.

– Pada hari ini, rabu, jalan agak lancar dengan bertolak jam 5.00 petang dan tiba di rumah jam 5.40 petang. Agak awal walaupun jaraknya hampir 50 km. Juga mengikut LDP.

Catatan di atas semuanya dicatatkan dengan teliti oleh saya secara dalam ingatan sahaja dan saya berpendapat bahawa, lagi awal anda bertolak lagi awallah anda sampai dan lagi lambat anda bertolak, lagi sangat lambat anda sampai. Jadi kena pilih antara dua ini sahaja.

Owh,ya berkaitan Action Script 3.0 saya akan kupas dalam entry yang lain ya.

p/s – Maaf, saya tidak berminat dengan iPhone 4S, if ada iPhone 5 mungkin bagus juga.

Game Design – CGDT @ Cyberjaya – Hari Pertama

Assalammualaikum,

Setakat hari pertama ini, kami belajar mengenai Game Design di mana terdapat flow tertentu untuk merekabentuk sesebuah Game itu.

Game Conceptualization – Proses di mana kita akan mengemukakan idea-idea yang menarik samada melalui pengalaman, hasil gerak kerja berpasukan (Brainstorming) atau lain-lain cara untuk mendapatkan idea. Ianya bergantung kepada tahap pemikiran dan juga ilmu yang kita ada berkaitan sesebuah Game itu. Oleh itu, pastikan anda bermain banyak jenis Game untuk  mendapatkan info-info serta idea untuk mereka bentuk sebuah Game.

Preliminary Game Design – Satu peringkat di mana kita akan mereka bentuk intipati-intipati sesebuah Game tersebut dari awal hingga akhir. Apa kandungannya, apa yang istimewa dan lain-lain lagi. Ianya bermula dari tahap awal Game tersebut hinggalah kepada Pengguna menamatkan Game tersebut.

Gameplay Design – Satu proses yang paling memerlukan komitmen yang tinggi iaitu masa untuk mengaturcaraan dan juga merekabentuk grafik dan juga audio serta elemen-elemen lain sebuah Game itu. Inilah proses yang agak lama juga kerana ianya melibatkan kepakaran seseorang itu dalam pengaturcaraan dan juga merekabentuk grafik/audio. Bermula dari sebuah carta-alir, kemudian berkembang kepada Kod Pseudo, dan terus kepada pengaturcaraan.

Game Flow Diagram – Proses yang seiring dan juga dilakukan semasa proses Gameplay design. Kedua-dua proses ini amat penting untuk struktur Game tersebut.

Game GUI Layout – Disini kita akan merekabentuk rupabentuk sebuah antaramuka Game tersebut.

Game Level Maps – Map sesebuah kawasan yang melibatkan Game. Ada titik permulaan, titik pertengahan dan juga titik akhir sesebuah map.

Game Pseudo Code – Intipati penting dalam pengaturcaraan Game.

Game Data Dictionary – Satu pengkalan data bagi kesemua pembolehubah-pembolehubah yang bersifat global.

Game Content List – Satu senarai yang memaparkan semua elemen-elemen penting untuk pembuat jalan cerita Game dan juga Perekabentuk Grafik membuat keputusan berkaitan grafik dan jalan cerita Game tersebut.

Terdapat banyak lagi yang dipelajari, dan itu yang sempat saya tulis dalam artikel kali ini. InsyaAllah saya akan cuba ubahsuai artikel ini pada masa hadapan (jika ada kesempatan masa) untuk maklumat anda berkaitan Game.

Tauhu Bakar dan Yong Tau Fu

Assalammualaikum,

Saya semalam berpeluang makan tauhu bakar yang sangat sedap dan juga Yong Tau Fu di Jusco Wangsa Maju.

Berikut merupakan gambarnya

Jika dilihat pada tauhu bakar tersebut, terasa garing dan juga lembut di dalamnya dan memang sedaplah

Ini pula Yong Tau Fu yang dimakan. ini pun habis di makan.

*Entry ini sekadar menulis sesuatu berkaitan makanan yang sedap sahaja (bagi sayalah)

Denmark perkenal cukai barangan berlemak

02/10/2011 2:11am

COPENHAGEN 2 Okt. – Denmark semalam menjadi negara pertama di dunia mengenakan cukai ke atas barangan yang mengandungi lemak.

Tindakan tersebut menyebabkan ramai pengguna bertindak menyimpan barang-barang seperti mentega, pizza, daging dan susu bagi mengelakkan kesan-kesan sampingan.

Menurut Soeren Joergensen dari Arla Distribution berkata, beberapa tan mentega dan marjerin telah disimpan bagi membolehkan mereka membekalkan ke kedai-kedai.

Cukai baru yang dikenakan oleh Denmark merupakan satu langkah bagi mengehadkan penduduk dalam pengambilan makanan berlemak. – AFP

Sumber – Dari Utusan.com

Denmark implements fat tax to curb consumption of fatty foods
COPENHAGEN, Oct. 1 (Xinhua) — Denmark implemented a tax on foods high in saturated fat from Saturday, the first of its kind in the world, which will affect products containing more than 2.3 percent saturated fat.Butter, cream, cheese, meat, cooking oil and processed foods like pizza and dark chocolate are among thousands of products affected. The so-called fat tax is pegged at 16 Danish kroner (2.87 U.S. dollars) per kilo of saturated fat.

Thus, a 250-gram packet of butter, which previously cost 15.5 Danish kroner (2.78 dollars), will now cost 18.10 Danish kroner (3.25 dollars). And the cost of a liter of olive oil has risen from 38.95 Danish kroner (7 dollars) to 41.60 Danish kroner (7.48 dollars), for example.

Some Danes began hoarding the affected products ahead of Saturday’s deadline, while stores across Denmark rushed to mark-up prices of these goods.

Although the new tax will mean higher costs for consumers and many food product manufacturers, the Danish government believes the tax is a good way of reducing Danes’consumption of fatty foods.

Local producers are worried the tax will give an unfair advantage to manufacturers from neighboring countries who, they say, can now sell their products more cheaply in the Danish market.

However, tax authorities here said imported food products will also be subject to the tax.

Sumber : http://news.xinhuanet.com/english2010/world/2011-10/02/c_131171573.htm