Assalammualaikum,
Setakat hari pertama ini, kami belajar mengenai Game Design di mana terdapat flow tertentu untuk merekabentuk sesebuah Game itu.
Game Conceptualization – Proses di mana kita akan mengemukakan idea-idea yang menarik samada melalui pengalaman, hasil gerak kerja berpasukan (Brainstorming) atau lain-lain cara untuk mendapatkan idea. Ianya bergantung kepada tahap pemikiran dan juga ilmu yang kita ada berkaitan sesebuah Game itu. Oleh itu, pastikan anda bermain banyak jenis Game untuk mendapatkan info-info serta idea untuk mereka bentuk sebuah Game.
Preliminary Game Design – Satu peringkat di mana kita akan mereka bentuk intipati-intipati sesebuah Game tersebut dari awal hingga akhir. Apa kandungannya, apa yang istimewa dan lain-lain lagi. Ianya bermula dari tahap awal Game tersebut hinggalah kepada Pengguna menamatkan Game tersebut.
Gameplay Design – Satu proses yang paling memerlukan komitmen yang tinggi iaitu masa untuk mengaturcaraan dan juga merekabentuk grafik dan juga audio serta elemen-elemen lain sebuah Game itu. Inilah proses yang agak lama juga kerana ianya melibatkan kepakaran seseorang itu dalam pengaturcaraan dan juga merekabentuk grafik/audio. Bermula dari sebuah carta-alir, kemudian berkembang kepada Kod Pseudo, dan terus kepada pengaturcaraan.
Game Flow Diagram – Proses yang seiring dan juga dilakukan semasa proses Gameplay design. Kedua-dua proses ini amat penting untuk struktur Game tersebut.
Game GUI Layout – Disini kita akan merekabentuk rupabentuk sebuah antaramuka Game tersebut.
Game Level Maps – Map sesebuah kawasan yang melibatkan Game. Ada titik permulaan, titik pertengahan dan juga titik akhir sesebuah map.
Game Pseudo Code – Intipati penting dalam pengaturcaraan Game.
Game Data Dictionary – Satu pengkalan data bagi kesemua pembolehubah-pembolehubah yang bersifat global.
Game Content List – Satu senarai yang memaparkan semua elemen-elemen penting untuk pembuat jalan cerita Game dan juga Perekabentuk Grafik membuat keputusan berkaitan grafik dan jalan cerita Game tersebut.
Terdapat banyak lagi yang dipelajari, dan itu yang sempat saya tulis dalam artikel kali ini. InsyaAllah saya akan cuba ubahsuai artikel ini pada masa hadapan (jika ada kesempatan masa) untuk maklumat anda berkaitan Game.