Bahasa Malaysia

Assalammualaikum

Baru-baru ini timbul pula idea saya untuk memperkatakan sesuatu berkaitan Bahasa Malaysia. Walaupun saya dahulu ketika sekolah sering diberi markah rendah untuk Bahasa Malaysia. hahaha. Tetapi alhamdullilah, sekarang saya sudah semakin cuba meningkatkan pengetahuan berkaitan penguasaan Bahasa Malaysia dan juga memperkasakan Bahasa Inggeris.

Saya merasakan tiba masanya untuk kita cuba menguatkan kembali penggunaan Bahasa Malaysia. Bahkan, supervisor saya ketika berada di luar negara, dimarahi kerana bercakap dalam Bahasa Inggeris dan lantas terus menggunakan Bahasa Malaysia untuk bertanyakan arah selepas itu. Teknologi mereka lagi hebat dan maju tetapi kita terlalu sibuk sangat (sebahagiannya) untuk menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi sesama rakyat Malaysia (kecualilah dalam mesyuarat melibatkan penggunaan Bahasa Inggeris secara rasmi mungkin).

Saya rasa dan berpendapat, jika perbualan di luar atau tidak rasmi, lebih baik berbicara dalam bahasa kebangsaan. Maklumlah, di dalam kelas kita sudah pun menggunakan buku dalam Bahasa Inggeris dan juga mengajar dalam Bahasa Inggeris. Jadi eloklah ketika di luar pula, kita berbicara dalam Bahasa Malaysia pula (atau bahasa tempatan di tempat anda/kampung). Tidak kira bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lainnya. Bayangkan betapa indahnya jika berborak dalam bahasa di kampung anda, orang Kedah dengan loghat kedah, orang Kelantan dan loghat Kelantan dan pelbagai lagi loghat yang terdapat di Malaysia ini.

Berkaitan pengajaran pula, kekalkan sahaja dalam Bahasa Malaysia terutamanya dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Bagilah mereka peluang belajar Bahasa Malaysia dengan sempurna dan Bahasa Inggeris pula diperkasakan. Tiada salah dalam membuat satu hari bercakap Bahasa Inggeris.

Saya bukanlah mahir dan hebat dalam berbahasa Inggeris dan juga tidak hebat dalam berbahasa Malaysia. Saya ada banyak kesalahan tatabahasa dalam bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris. “Grammar” yang berada dalam Bahasa Inggeris juga saya boleh dikatakan ditahap B sahaja mungkin, Maaf ya, keputusan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia saya adalah sama sahaja pada keputusan SPM saya, jadi menunjukkan saya hanya berada ditahap biasa sahaja.

Semasa membuat kertas kerja dalam Bahasa Inggeris juga, saya akui ada juga kesalahan “grammar” di dalamnya, tetapi Alhamdulillah dipertingkatkan dari semasa ke semasa hasil penulisan yang berterusan.

Berikut merupakan pautan-pautan yang bagus untuk dikongsi bersama:-

1) http://jpnpp.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=93%3Amemartabatkan-bahasa-melayu-memantapkan-bahasa-inggeris&catid=42%3Arokstories&lang=en

2) http://tatabahasabm.tripod.com/bm.htm

3) http://tipsniagacom.blogspot.com/2011/07/isu-bahasa-inggeris-dan-bahasa-melayu.html

4) http://www.mudahbelajar.com/?p=325

 

 

 

 

 

Raya Entry [@ Kedah]

Assalamualaikum,

Kali ini saya ingin memuatkan gambar2 kreatif sempena hari raya yang lalu. Entry ini untuk di Kedah dahulu. Saya akan upload ketika beraya di Kuala Lumpur dalam next entry pula.

Ini merupakan cili kering yang akan digunakan untuk membuat cili untuk rendang kelak (saya tak ingat untuk apa sebab tak tolong sangat pun.hahaha)

Pembuatan kerisik oleh adik beradik saya dan dibantu sedikit oleh saya.

Pembuatan rendang peringkat pertengahan

Pembuatan rendang antara fasa awal dan fasa pertengahan

Pembuatan rendang daging (rendang hitam).sangat sedap.

Rendang hitam perlu dikeringkan sehingga menjadi hampir kering.

Sawah padi di Kedah. Sangat bagus pemandangannya

Bunga putih kuning

Bunga raya dihalaman rumah

Sehari dua sebelum raya di Jitra

Sayur-sayuran untuk dimasak

Sungguh tidak percaya, saya memakan ketupat ini 6 bijik sekaligus dan menyebabkan kesesakan nafas pada malamnya kerana semput. Akibatnya, saya tidak lagi memakan pulut type makanan ini dengan banyak selepas kejadian hari itu.

Suasana sebelum aidilfitri

Gambar bunga lagi

Solat aidilfitir di masjid AL-Mustaqim, Taman Mahsuri, Jitra, Kedah

Makan laksa di rumah adik kepada emak saya

Petang raya pertama

Ketika beraya di Perak, kelihatan saudara mara penuh juga

Makan Mee Bandung

Itulah setakat ini ketika beraya di Kedah, nanti saya upload pula ketika beraya di Kuala Lumpur. Maaf ya kerana entry yang agak membosankan.

‘Life is good for only two things: to study Mathematics and to teach it.’

Assalammualaikum,

Saya sebenarnya merujuk kepada status update oleh rakan facebook saya dan tergerak saya menulis post mengenai perkara tersebut. Topik tersebut adalah dimana Poisson mengatakan ‘Life is good for only two things: to study Mathematics and to teach it.’

Sebagai umat Islam, saya cuba adaptkan pendapat tersebut mengikut fitrah saya sebagai muslim yang sedaya upaya mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Sebenarnya saya juga bukan bersetuju 100% kepada perkara berikut kerana kita tidak tahu apa maksud sebenarnya disebalik pendapat beliau tersebut. Tetapi saya cuba huraikan dari segi maksud perkataan tersebut dari segi Islam (diadaptkan kepada perkara positif). Al-Quran dan Sunnah adalah yang terbaik sekali dan tidak perlu pendapat-pendapat luar melainkan kita boleh adaptasikan untuk meningkatkan kualiti hidup kita.

Dalam kehidupan ini, semuanya adalah kerana Allah S.W.T. dan kita diminta untuk mengejar sebanyak mungkin ganjaran pahala yang diperoleh. Katakan dalam rukun Islam, kita ada lima perkara yang wajib diikuti oleh umat Islam. Jadi sudah tentu jika ada check list adakah kita telah melaksanakan kelima-lima rukun tersebut. Jadi,

Mengucap + Solat + Berpuasa + Membayar Zakat + Menunaikan Haji = Ganjaran Pahala untuk rukun Islam

Tetapi adakah terhenti setakat itu sahaja?

Bukan, sebenarnya banyak elemen lain lagi yang menentukan total ganjaran pahala untuk kita. Kita tidak akan sesekali mengetahu jawapan sebenar kerana Allah S.W.T. sahaja yang tahu. Ini kerana pahala boleh diperoleh dalam pelbagai cara. Seperti dua orang individu yang berbeza, seorang miskin dan seorang kaya ke masjid, Adakah jumlah pahala mereka sama? Dari tahap keikhlasan niat pun, berbeza-beza pahala. Dalam setiap saf pun, ada pembezaan pahala. Yang hadapan lebih sedikit mungkin pahala dari yang belakang. Tetapi jika yang berada dihadapan main-main sahaja solatnya, yang belakang lebih banyak pahala tersebut. Setiap individu ini berlainan sekali pahalanya yang hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu.

Sebab itulah kehidupan ini diibaratkan sebagai satu persamaan matematik yang terlampau kompleks yang hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu jawapannya. Terlalu kompleks hingga tidak akan ada manusia mampu merekabentuk robot yang mampu bergerak dan kelihatan seperti manusia.

Teach It?

Dalam kehidupan ini juga, kita dikehendaki berdakwah dan mengajar kepada orang ramai agar mendekati Islam dan menunaikan perintah Allah S.W.T. Katakan sebelum ini dalam kehidupan seorang budak, budak ini tidak tahu apakah itu puasa. Jadi mereka memulakan puasa pada ramadhan pertama tahun ini dan ini menambah kuantiti dan kualiti pahala mereka. Dalam “persamaan kehidupan ini atau Life Equation” ini, kita telah mengajar kepada seorang budak untuk menambah kualiti dan kuantiti pahala dalam kehidupannya.

Oleh itu, marilah kita sama-sama meningkatkan kualiti kehidupan kita dan berdoa agar Allah sentiasa menambah pahala yang kita dapat sehinggalah hari kiamat kelak. Walaupun satu hari nanti kita meninggalkan dunia ini, pahala insyaAllah akan terus berjalan kerana sumbangan dan pengajaran kita kepada orang ramai. berganda-ganda banyakknya insyaAllah. Sebab itulah pahala itu terus bergerak sehinggalah hari pembalasan kelak.

Maka, tidak perlu kedekut ilmu, ajarkan segala yang kita tahu dan seikhlas mungkin. Ajar dan didik mengikut cara kita yang difikirkan sesuai. Walaupun ada kadang-kadang contohnya pensyarah tidak memberitahu jawapan atau menyuruh kita mencari sendiri. Ianya sebenarnya mengajar kita mencari sendiri nota dan menjawab persoalan sukar tersebut. Maka, tidak perlulah memarahi atau mendendami pensyarah tersebut. Kita carilah sendiri kerana mungkin pensyarah tersebut berniat untuk anda berdikari dan jika dah abis option, maka barulah bertanya pensyarah tersebut. Pensyarah mengajar apa yang dia tahu dan untuk maklumat selanjutnya, boleh rujuk internet atau sumber2 lain. Yang penting, pensyarah tersebut memang ikhlas mengajar dan dalam hatinya berniat untuk mengajar anak didiknya mencari nota-nota sampingan selain pengajaran dalam kelas. berfikirlah positif dan insyaAllah akan berjaya.

itulah pendapat dari saya,

– September 27, 2011 – 5.35 AM – Tuesday