Assalammualaikum
Baru-baru ini timbul pula idea saya untuk memperkatakan sesuatu berkaitan Bahasa Malaysia. Walaupun saya dahulu ketika sekolah sering diberi markah rendah untuk Bahasa Malaysia. hahaha. Tetapi alhamdullilah, sekarang saya sudah semakin cuba meningkatkan pengetahuan berkaitan penguasaan Bahasa Malaysia dan juga memperkasakan Bahasa Inggeris.
Saya merasakan tiba masanya untuk kita cuba menguatkan kembali penggunaan Bahasa Malaysia. Bahkan, supervisor saya ketika berada di luar negara, dimarahi kerana bercakap dalam Bahasa Inggeris dan lantas terus menggunakan Bahasa Malaysia untuk bertanyakan arah selepas itu. Teknologi mereka lagi hebat dan maju tetapi kita terlalu sibuk sangat (sebahagiannya) untuk menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi sesama rakyat Malaysia (kecualilah dalam mesyuarat melibatkan penggunaan Bahasa Inggeris secara rasmi mungkin).
Saya rasa dan berpendapat, jika perbualan di luar atau tidak rasmi, lebih baik berbicara dalam bahasa kebangsaan. Maklumlah, di dalam kelas kita sudah pun menggunakan buku dalam Bahasa Inggeris dan juga mengajar dalam Bahasa Inggeris. Jadi eloklah ketika di luar pula, kita berbicara dalam Bahasa Malaysia pula (atau bahasa tempatan di tempat anda/kampung). Tidak kira bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lainnya. Bayangkan betapa indahnya jika berborak dalam bahasa di kampung anda, orang Kedah dengan loghat kedah, orang Kelantan dan loghat Kelantan dan pelbagai lagi loghat yang terdapat di Malaysia ini.
Berkaitan pengajaran pula, kekalkan sahaja dalam Bahasa Malaysia terutamanya dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Bagilah mereka peluang belajar Bahasa Malaysia dengan sempurna dan Bahasa Inggeris pula diperkasakan. Tiada salah dalam membuat satu hari bercakap Bahasa Inggeris.
Saya bukanlah mahir dan hebat dalam berbahasa Inggeris dan juga tidak hebat dalam berbahasa Malaysia. Saya ada banyak kesalahan tatabahasa dalam bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris. “Grammar” yang berada dalam Bahasa Inggeris juga saya boleh dikatakan ditahap B sahaja mungkin, Maaf ya, keputusan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia saya adalah sama sahaja pada keputusan SPM saya, jadi menunjukkan saya hanya berada ditahap biasa sahaja.
Semasa membuat kertas kerja dalam Bahasa Inggeris juga, saya akui ada juga kesalahan “grammar” di dalamnya, tetapi Alhamdulillah dipertingkatkan dari semasa ke semasa hasil penulisan yang berterusan.
Berikut merupakan pautan-pautan yang bagus untuk dikongsi bersama:-
2) http://tatabahasabm.tripod.com/bm.htm
3) http://tipsniagacom.blogspot.com/2011/07/isu-bahasa-inggeris-dan-bahasa-melayu.html
4) http://www.mudahbelajar.com/?p=325