Ramadhan 23, 1432 Hijrah

Assalammualaikum,

Setakat ini, kita bersyukur kerana masih lagi dapat menunaikan rukun Islam berpuasa di bulan Ramadhan dengan sihatnya dan rahmatnya. Setiap hari, ada antara kita membaca ayat-ayat Al-Quran dan ini secara tidak langsung amat menenangkan hati kita dalam mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T.

Walaupun hari raya hampir dekat, perlu diingatkan juga agar sambutlah dengan penuh ketakwaan dan janganlah dilupakan amal ibadat yang kita lakukan ketika ramadhan ini. Jika sebelum ini kita jarang berjemaah, apalah salahnya start raya nanti, kita akan rajin solat berjemaah. Katakan sebelum ini hanya Mahgrib sahaja berjemaah, maka selepas ini Isyak pula. Samada berjemaah dirumah ataupun berjemaah di surau. Yang penting melakukan solat dengan penuh ketenangan kerana Allah S.W.T. semata-mata.

Saya juga ingin berpesan kepada diri saya dan rakan-rakan serta seluruh umat Islam, marilah kita mengandakan lagi usaha kita beribadat di malam-malam terakhir Ramadhan 1432 hijrah. InsyaAllah, tahun depan kita berdoa agar berjumpa lagi dengan Ramadhan2 yang akan datang.

Luangkan masa berbicara mengenai hal-hal agama dan elakkan dari aktiviti yang tidak berfaedah. Ingatlah, rezeki itu Allah kurniakan, Bukan bos kita, bukan kawan kita, bukan ibubapa kita, tetapi hanya Allah S.W.T. semata-mata. Kita naik pangkat juga kerana Allah S.W.T. Dapat anak juga kerana Allah S.W.T., dapat bonus juga kerana Allah S.W.T.,

memandangkan Isyak hampir tiba, maka saya akhiri pos saya pada kali ini dengan berpesan kepada diri saya dan anda sekalian sekali lagi, agar mengandakan usaha beribadat kepada Allah S.W.T. dan berselawat keatas Rasulullah S.A.W.

Amin

Selasa Ogos 23, 2011 – 8.31 pm

 

Marilah menderma..

Assalammualaikum,

Satu tabung derma telah dilancarkan oleh Islamic Relief Malaysia (IRM) bagi membantu insan-insan yang kurang bernasib baik. Berikut merupakan keratan beritanya:-

UTUSAN – IRM lancar tabung Somalia

by the administrator on August 18, 2011
PENGARAH Negara, Islamic Relief Malaysia, Zairulshahfuddin Zainal Abidin (tengah) bersama para sukarelawan memasukkan sampul wang ke dalam tabung sebagai simbolik pelancaran Tabung Krisis Kebuluran Somalia, di Seri Kembangan semalam.

IRM lancar tabung Somalia

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Islamic Relief Malaysia (IRM) hari ini melancarkan Tabung Krisis Kebuluran Somalia (SEA) bagi membantu penduduk Somalia, Kenya dan Habsyah yang kini berdepan dengan kemarau terburuk dalam tempoh 60 tahun.

Presiden IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, kemusnahan yang berlaku di tiga negara dengan populasi kira-kira 10 juta itu turut meliputi kemusnahan tanaman dan ternakan.

“Oleh itu, IRM selaku wakil rasmi bagi Islam Relief Worldwide, United Kingdom melancarkan tabung ini bagi membantu memenuhi keperluan harian di tiga negara tersebut seperti makanan dan bekalan ubat-ubatan yang kini semakin berkurangan ekoran bencana tersebut.

“Setakat ini, kami telah menerima sumbangan sebanyak RM24,000 daripada orang ramai dan diharap sumbangan itu akan bertambah dari semasa ke semasa selepas pelancaran tabung ini,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan tabung tersebut di pejabat IRM di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya menyasarkan untuk memperoleh sekurang-kurangnya RM3 juta menjelang Aidilfitri ini agar ia dapat disalurkan segera kepada ketiga-tiga negara berkenaan.

“Dana tersebut kemudiannya akan diberikan kepada Islam Relief Worldwide, United Kingdom untuk disalurkan kepada penduduk di negara berkenaan.

“Antara bantuan yang akan diberikan hasil daripada kutipan tabung tersebut adalah bekalan makanan, air bersih, makanan kecemasan,

klinik kesihatan bergerak dan pembinaan projek air di Puntland, Somalia,” katanya.

Zairulshahfuddin berkata, selain membantu mangsa kemarau di tiga negara itu, pihaknya turut membantu golongan yang memerlukan di negara ini.

“Kami di IRM sentiasa membantu golongan miskin, kurang upaya dan anak yatim untuk memastikan mereka boleh menikmati kehidupan yang lebih sempurna lebih-lebih lagi pada Ramadan ini dan juga Aidilfitri yang bakal tiba.

“Pada tahun ini kami menyasarkan untuk membantu 5,000 keluarga miskin di seluruh negara,” katanya.

Jelas Zairulshahfuddin lagi, mereka yang ingin membantu boleh menyumbang terus ke akaun 562142708704 (Maybank) atau 12590000804058 bagi CIMB.

Sementara itu, maklumat lanjut mengenai usaha kemanusiaan itu boleh didapati dengan menghubungi IRM di talian 03-89486334 atau e-mel ke info@irmblog.org.

Extracted from Utusan Malaysia Online

Bagi yang ingin membantu. Bolehlah melawat ke website:- http://irmblog.org/donate/ 

 

Sesungguhnya, percayalah rezeki anda tidak akan putus atau terkurang jika anda banyak menderma dengan ikhlas. Waallahualam.

Poster IRM

somalia food crisis – eng