Assalammualaikum.
Saya ingin menulis panduan mudah untuk orang luar di sana yang ingin mengetahui apa kerjaya pensyarah IPTA ini sebenarnya.
Baiklah. kita mulakan dengan gaji.
Jika seseorang itu mempunyai lulusan Master dan kemudian memohon pensyarah di IPTA. Maka ianya akan ditawarkan gaji bermula RM2800++ (gaji pokok). Dan jika ditambah elaun maka akan menjadi RM4k++.
Adalah dimaklumkan juga bahawa ada sebahagian universiti sahaja lagi mungkin yang menawarkan jawatan pensyarah berDS45. Sebab majoritnya sudah mengimplemenkan DS51 terus iaitu mempunyai PhD
Jadi, sekiranya anda mempunyai PhD, anda akan bermula gaji RM5000+ (gaji pokok) dan ditambah elaun menjadi sekitar RM6.5k.
Setiap universiti mempunyai sistem kehadiran bebasnya tersendiri. Ada yang 8 hingga 5 petang. Ada yang jenis total hour per week (sebagai contoh 38 jam seminggu, 45 jam seminggu). Ada juga yang bebas terus tanpa punch out dan hanya punch in sahaja. Ikut suka IPTA tersebut. Saya sendiri bebas datang bila-bila masa dan balik bila-bila masa jika tiada apa2.
Anda kena kumpul point untuk naik pangkat. Buat paper ada pointnya, mengajar ada pointnya.
Jika anda buat dengan betul, setiap 5 tahun saya rasa anda boleh naik pangkat ke Professor Madya, Professor dan ke atas lagi.
Maksud betul tu adalah setiap tahun anda ada Pelajar Master, PhD, penyelidikan, mengajar, penulisan, konsultansi. nampak banyak tapi sebenarnya seronok sebenarnya.
Jika anda seorang yang bersungguh-sungguh. Saya rasa jika anda bermula DS51 pada umur 30 tahun, saya yakin umur 45 tahun anda dah Professor.
Dengan syarat anda sentiasa membuat apa yang saya kata di atas iaitu ada pelajar master, phd, penulisan, mengajar, penyelidikan dan konsultansi (sebenarnya ada beberapa lagi tapi ini yang penting).
Lihat, mudah bukan menjadi penyarah IPTA?
Kebaikan:-
– Mohon geran penyelidikan walaupun susah nak dapat tetapi boleh sentiasa mencuba – Ada pelajar Master, PhD
– Sambung belajar bagi yang Master
– Masa yang terlalu Flexible
– Banyak dana-dana sampingan iaitu sebagai kerja konsultansi.
sila ke bahagian dua perihal pensyarah -> https://asyrani.com/2014/10/06/perihal-pensyarah-bahagian-2/

As salam tuan, saya akan melanjutkan master di UK tak lama lagi dan sedang memikirkan career path saya. Boleh tuan beri penjelasan apa caranya untuk saya apply menjadi pensyarah di IPTA selepas saya pulang nanti? Terima kasih.
Salam,
rasanya hampir kesemua IPTA tidak lagi mengambil kelulusan Master sebagai pensyarah. Sebaliknya terus kepada yang memegang PhD dan dilantik kepada DS51. Jika ada yang memgambil kelulusan Master, maka ianya akan diserapkan dalam skim Fellowship yang sekadar mendapat elaun bulanan dan bukannya berupa gaji tetap. Sebab semasa fellowship, anda akan terus disambung ke peringkat PhD dengan elaun-elaun tertentu.
Katakan umur saudara adalah 23 tahun, maka setahun sambung master sudah menjadi 24 pada tahun 2014. Kemudian terus apply scholarship untuk PhD maka dalam jangkamasa 3 tahun katakan tamat PhD. bermakna sudah umur 27 tahun pada 2017. Masuk pensyarah ketika itu pada umur 27/28. dengan DS51. Dijangkakan dalam 3 – 5 tahun boleh terus ke Prof. Madya jika mantap atau 5 – 7 tahun jika prestasi above average atau 10 tahun ke atas jika prestasi biasa. Kemudian dalam 5 ke 10 tahun boleh naik ke Prof tahap C. Maka dijangkakan sebelum umur 45 tahun bolehlah mendapat Prof dengan syarat membuat penyelidikan, penerbitan, konsultansi dll.
salam tuan, sy sedang melanjutkan pelajaran dlm peringkat PhD di UTM, Saya menerima biasiswa Mybrain utk membiaya pelajaran sy di sini. saya agak risau dengan kerjaya sy selepas phd memandangkan sy tidak bonded dgn mana2 universiti seperti skim fellowship yg tuan katakan. bagaimana utk sy teruskan hasrat utk menjada pensyarah di ipta…dengan tiada pengalaman mengajar dan kerja. utk makluman tuan sy berumur 23 dan mengambil fast track dr degree to phd.terima kasih
Itu lagi bagus. IPTA suka pensyarah yang ada PhD.
Untuk universiti penyelidikan, rasanya anda tidak akan terus masuk menjadi Pensyarah Kanan dengan gaji RM6500++ sebulan. Tetapi anda akan dimasukkan sebagai pensyarah biasa dahulu dengan gaji RM4000+ ke RM5000+ (sebab ada universiti bagi kenaikan 3 atau 4 tangga gaji kepada pensyarah yang masuk dengan PhD) selama 1 atau 2 tahun.
Tetapi bagi universiti biasa, anda akan terus diserap ke jawatan Pensyarah Kanan mungkin. Cuma pastikan anda terus mohon bila nak dekat semester ke 5 atau semester ke-6 semasa PhD.
Skim fellowship adalah satu “track” yang lebih mudah sebab universiti dan pegang anda dan anda dianggap sudah ada kerja selamat tamat PhD.
Tapi jika masuk dengan PhD terus pun tidak mengapa.
Dirasakan dalam tempoh 10 ke 20 tahun lagi, kemungkinan pengalaman kerja dan industri diperlukan untuk memasuki profession kerjaya.
Ini sudah diimplemenkan di kebanyakkan universiti di luar negara seperti di Jepun dan UK.
jadi, sekarang ini senang lagi.
Selamat menyambung PhD dengan jayanya.
Oh ya, hasilkan banyak kertas kerja jurnal berbanding kertas kerja proceeding ya. Kalau boleh yang SCOPUS atau lebih hebat lagi ISI (Thompson). Laig banyak jurnal dihasilkan untuk SCOPUS dan ISI, lagi tinggi peluang anda untuk memasuki universiti yang anda suka. Saya cadangkan sebanyak 3 jurnal ISI dan 3 jurnal SCOPUS untuk skala standard.
Saya rasa susah je nak jadi pensyarah,sy berminat n sy byk pengalaman bekerja,bkn dari segi teori je mcm org yg dari degree terus smbg master n phd..tp skim byk nk pointer smp 3.75
Salam,
Memang bagus kerana ada pengalaman ketika bekerja. Cuma di universiti, itulah yang mereka kehendakkan. Master dan PhD sebenarnya adalah proses untuk mendapatkan pengiktirafan dari segi keupayaan melakukan penulisan,perundingan,dan lain-lain lagi.
Awak dah dah jadi pensyarah ke?
Boleh cuba google tengok Hamzah Asyrani Sulaiman. Mungkin disitu ada jawapan.
Salam, maaf tuan nk brtanya, apa bezanya paper yang index dalam ISI atau Scopus?
Kalau journal tu ada dalam kedua2nya ISI dan Scopus, macam mana status nya ye?
terima kasih..
Assalammualaikum,
Baiklah, saya terangkan yang seringkas dan setepat mungkin.
1. SCOPUS dan ISI hanya MENGINDEX sahaja tetapi tidak “menyimpan” paper tersebut. maka first sekali statusnya adalah sebagai pengindex sahaja
2. Kedua-dua ini merupakan SATU BADAN ATAU ORGANISASI yang TERUNGGUL DALAM INDEXING berbanding Google Scholar/DOAJ dan lain-lain. Sebab apa? Sebab dah majoriti orang kata macam tu, so kita kena terima.
3. Adakah BADAN INDEXING lain tak bagus? – Jawapannya, TIDAK SEMESTINYA, ianya bergantung samada universiti tersebut percaya atau tidak.
Kesimpulan (Jawapan unggul) : Jika ada paper masuk dalam journal samada SCOPUS/ISI, dikira cukup bagus dah tu.Statusnya adalah bagus. Tetapi ISI Lebih Bagus dari SCOPUS.
Apa yang tersirat: ISI dan SCOPUS merupakan permainan duniawi yang dimainkan dalam dunia akademik. Majoritinya adalah begini, jika Ketua Editor sebuah journal ISI adalah seorang rakan kepada seorang yang lain, agak2 apa berlaku kepada paper yang rakannya yang ingin publish paper dalam journal ISI tersebut. = Majoritinya bersifat demikian. Inilah permainan dunia akademik. Saya sarankan untuk teruskan bermain sahaja dan dalam dunia akademik di tempat saya bekerja sebagai pensyarah juga sama. Cari sebanyak mungkin SCOPUS/ISI untuk kenaikan pangkat dan dapat duit imbuhan sebab publish journal. Cuma bezanya, adakah ingin kita mengejar pangkat atau mengejar kualiti. terserah kepada kita. Sudah banyak cerita saya dengar Ketua Editor sebuah jurnal bertaraf ISI membenarkan rakan2 penyelidiknya menghantar paper dan accepted tanpa review. Bukan kesemuannya tapi sebahagiannya.
Salam tuan. Saya tengah consider untuk join education bidang farmasi. Tetapi saya tiada rujukan y dapat beri gambaran tentang life as lecturer. Baca di internet agak samar2.
Mohon tuan kongsikan sedikit pengalaman mengenai perkara berikut:
1. Challenges compare to staying in KKM (orang cakap pening kepala nak kejar buat kertas kerja, journals, supervision, mengajar lagi.)
2. Kenapa ada sesetengah orang boleh terus buat phD. dan ada y perlu buat masters dulu.
3. working hours dan cuti macam mana
4. Payscale (berbaloikah jika dibandingkan dengan kerja2 sebagai pensyarah? in comparison, fresh graduate pharmacist gaji kasar rm4120. dan promotion dia time based iaitu dari gred u41 ambil masa 3,4,4,3 tahun untuk reach gred u54 (total 14 tahun). tetapi terlalu susah untuk dapat jusa C.
Terima kasih tuan. Saya doakan urusan tuan dipermudahkan dan dikurnia keberkatan rezeki. Semoga ilmu y disampaikan menjadi pencen kubur tuan dan ibu bapa kelak. =)
Jika tidak keberatan, tolong reply to: born2explore2012@yahoo.com
saya sudah email
Assalamualaikum tuan ..sy juga ingin tahu jawapan bagi soalan yg dtujukan oleh saudara latif..bole Tuan emailkn pd sy juga jawapan tuan.. shuhada126@gmail.com ..terima kasih banyak tuan..
hidayahramli27@gmail.com
Assalamualaikum tuan ..sy juga ingin tahu jawapan bagi soalan yg dtujukan oleh saudara latif..bole Tuan emailkn pd sy juga jawapan tuan..
TQ Tuan
Tersangat lama dah artikel tu saya balas nanti saya cari balik dalam email saya.
Assalamualaikum.
Saya merupakan pelajar di peringkat PhD sekarang dan sy ingin ajukan soalan berkenaan syarat utk menjadi seorang pensyarah IPTA. semasa saya ijazah sarjana muda, pointer saya hanya 2.89 dan tidak mencapai 3.0 ke atas..adakah saya masih layak utk memohon mana2 IPTA untuk jawatan pensyarah?
Sudah tentu boleh ! :). Apabila seseorang itu telah mempunyai PhD kelak, IPTA akan memandang PhD dan tidak lagi tertumpu kepada Bachelor Degree mahupun Master.
Askm…tenx for the info! Saye bakal lanjutkn pelajaran master di uk dan bercita2 tinggi utk mjd seorg pensyarah. Saya bercadang utk memohon kerja sbg tutor di mana sedikit sbyk dpt mberi pengalaman kpd saye utk mengajar dan sambil bekerja saya juga bercadang utk smbung pengajian dlm phd. Harap dpt beri pandangan dan panduan kpd sye.tq!
Untuk makluman, universiti saya sendiri tidak lagi menawarkan tutor. Saya menasihatkan agar terus menyambung ke peringkat PhD kerana itu memudahkan laluan dan meningkatkan percentage di ambil bekerja di IPTA. Jika dengan kelulusan Master, kemungkinan akan diserap ke skim fellowship dan juga tidak dikira dalam perkhidmatan. Hanya mendapat elaun sahaja. Jadi, nasihat saya, sambung terus ke PhD.
Assalamualaikum.. saya brrcadang ingin memohon master… saya berhasrat menjadi pensyarah suatu hari nanti.. apa yang harus saya lakukan selepas master?
Salam,
Tahniah kerana ingin berhasrat nak sambung master.
Ini saranan saya:
1) Setelah selesai Master -> terus sambung PhD
2) Pensyarah jangan dirisaukan dahulu, percayalah, mulai 2020, menjadi pensyarah mesti ada PhD. Bahkan majoriti universiti dah implement sistem perlu ada PhD.
Dan ingat, pastikan anda sambung sebab minat anda. Kerana kelak, anda akan kepenatan kerana terlalu rasa ingin mengejar tanpa minat.
Salam tuan..
Sy skrng bertugas sbg pensyarah di sebuah kolej kerajaan dan berminat untuk memohon pensyarah di Pusat Asasi di salah sebuah IPTA. Utk makluman tuan, sy ada master dlm bidang yg saya ajar skrg dan masih dlm proses untuk buat proposal Phd. Mohon jasa baik tuan utk terangkan beberapa perkara spt yg berikut:
1.adakah skim fellowship di IPTA akan ditawarkan atau perlu d mohon sekiranya berjaya ditawarkan sbg pensyarah?
2. adakah pensyarah pusat asasi layak utk skim fellowship?
3. apakah kedudukan pensyarah pusat asasi sama dgn pensyarah lain di IPTA tempat ia diadakan? Mcm mn dgn gred?
4. Adakah penilaian utk kenaikan pangkat pensyarah pusat asasi sama dgn pensyarah yg lain?
5. Boleh x tuan kongsikan anything about pusat asasi terutama ttg peluang kerjayanya..
Sy bercadang akan memohon utk penysrah IPTA di fakulti yg berkaitan d masa akan datang selepas menimba pengalaman di pusat asasi. Semoga penjelasan tuan dpt membantu..Thnk u in advance for ur explanation.
Salam.
Baiklah, saya cuba sedaya upaya menjawab persoalan saudara.
1. Skim Fellowship adalah skim untuk sesiapa sahaja yang mempunyai master untuk sambung belajar PhD melalui tajaan universiti terbabit. Individu tersebut bukan bergelar pensyarah tetapi diberi elaun untuk PhD. Apabila balik kelak baru dilantik sebagai pensyarah. Iklan Skim Fellowship akan hanya dibuka pada tarikh tertentu dan untuk itu, saudara perlu target universiti mana yang hendak dimasuki dan seterusnya sentiasa peka terhadap iklan skim fellowship. Untuk makluman,hampir semua universiti(IPTA) memerlukan tahap master untuk diserapkan dalam skim fellowship. Bahkan, ada juga universiti yang membuka untuk sepanjang tahun dan perlu hantar borang application kepada mereka. Biasanya, perlu menunggu sehingga 1 tahun untuk mendengar respon dari mereka. Boleh juga telefon mereka (pejabat Pendaftar) untuk mengetahui senarai pendek dan sebagainya.
2.Sesiapa sahaja layak mohon skim fellowship asalkan penuhi syarat dan kemudian disenarai pendek. Bahkan cikgu, pegawai kerajaan yang berminat untuk menceburi bidang pensyarah di universiti.
3. Pensyarah Pusat Asasi dan Pensyarah Universiti rasanya sama sahaja. ianya seperti berada di fakulti masing-masing. Pendek kata, Pusat Asasi = sebuah fakulti. Gred mengikut Pensyarah (skim Pensyarah). boleh dapat Kanan, Prof. Madya, Professor, buat research dll.
4. Setahu saya, kenaikan pangkat, peluang kerjaya dan lain-lain adalah sama seperti pensyarah lain. Bukan sekadar mengajar, tetapi buat penyelidikan dan lain. Mungkin ada KPI tambahan tetapi itu bergantung. Ibarat Pusat Asasi di IPTA ini seperti sebuah fakulti juga.
Semoga dapat membantu.
seronok rasanya dapat membaca luahan dan persoalan dari rakan-rakan pengunjung blog ni..
saya pun terdetik nak bertanya kepada penulis blog..
Yang mana lebih baik.. sambung phd dalam negara atau luar negara. saya sedang mengambil master secara sepenuh masa dalam negara dan dijangka tamat pada oktober 2015. berhajat untuk menjadi pensyarah IPTA di masa depan.
saya kini berusia 30 tahun dan merupakan seorang guru.
Mohon saudara penulis memberi pandangan. terima kasih.
Assalammualaikum,
1. Sesiapa sahaja yang berminat boleh menjadi pensyarah IPTA cuma setiap tahun syarat semakin ketat dan yang paling diperlukan sekarang adalah mempunyai PhD. Jika mempunyai master, boleh mohon melalui Skim Fellowship dan diberi elaun untk sambung PhD samada luar atau dalam negara. Balik dari belajar (dapat PhD) akan diserap ke jawatan Pensyarah dan seterusnya Pensyarah Kanan (setelah sah jawatan). Dan akan ada syarat tambahan seperti ada kertas kerja jurnal dan sebagainya sebagai syarat sah jawatan (bergantung kepada fakulti yang ditempatkan)
2. Sambung PhD dalam atau luar? Kedua-dua sama bagus. Jika di luar, dapat lihat negara orang, dapat tengok teknologi terkini, membuka mata dan belajar culture orang. Jika di dalam, kepakaran di Malaysia juga semakin banyak, teknologi terkini yang tertentu juga ada, boleh cuti bila-bila masa (dengan kebenaran supervisor), boleh ke persidangan melalui geran supervisor (di luar negara juga boleh). Di dalam selalunya 3 tahun sudah boleh siap. tetapi di luar mungkin makan masa 4 tahun. namun ianya subjektif, bergantung mana yang anda selesa, dalam atau luar.
3. Saya sarankan, jika bujang, berkahwin atau anak masih kecil, pergilah ke luar negara guna biasiswa/pinjaman/fellowship samada MARA, Jpa atau mana-mana penaja. Tapi kena tahu syarat2 dan penuhi keperluan terutamanya keperluan mengambil ujian bahasa inggeris IELTS (search Google).
4. Nak dalam Malaysia pun bagus juga. sebab yang penting ada minat sambung belajar.
Salam tuan..
Saya sedang bekerja sebagai post-doc di luar negara dan berhasrat nak pulang ke tanahair. Sekiranya saya ingin pohon kerja kat ITPA, adakah tangga gaji bermula dari DS51 P1T1? Apakah perbezaan di antara P1 dan P2. Please advice. Thanks.
Sebenarnya, sekarang dah tiada dah P1 dan P2 ni. Jadi, semuanya Minimum dan Maksimum sahaja.
Permohonan boleh sebenarnya melalui universiti yang diminati dengan hanya menelefon secara direct secara terus kepada Pendaftar atau no telefon umum universiti terbabit. Mereka akan beritahu prosesnya
Salam tuan,
Saya berminat until jadi pensyarah juga di IPTA. Saya sudah mempunyai 9 tahun industri experience dan sedang menunggu viva untuk saya punya phd. Saya mempunyai banyak ‘papers’ dekat jurnal dan Conference. Kalau status macam ini, apa gred yang saya sesuai ‘target’ semasa memohon kerja sebagai pensyarah? DS45 or DS51? P1T1 or P1TX?
Adakah semua phd holder akan terus masuk DS51 untuk semua IPTA di malaysia? Akan ini berbeza dari university ke universiti?
Terima kasih.
Salam,
Maaf kerana terlalu lambat memberi maklum balas.
1) Saya cadangkan tamatkan dahulu Phd dan pastikan ada surat senat.
2) Mohon mana2 universiti yang dikehendaki dengan terus telefon Pendaftar mereka (cari nombor telefon di alamat universiti). TIdak perlu tunggu iklan disurat khabar, just tanya direct Human Resource universiti. Mesti Call dan bukan email.
3) Sekarang dah tiada P1T1 atau P1TX dan sebagainya.
4) Mungkin DS45 sebelum disahkan jawatan dan dinaikkan ke DS51 selepas sah jawatan. bergantung. setiap universiti tentukan sendiri. Majoritinya akan terus ke DS51.
Perlu ingat, universiti bebas buat peratusan sendiri berpandukan garis panduan JPA. Jadi, ikut kepala Naib Canselor tersebut nak bagi atas mana gaji.
salam…
terima kasih kepada penulis blog
banyak info yg sy dapat dari sini
semoga Allah membelas jasa saudara
Salam tuan .
Saya seorg pelajar pelajar tingkatan 4 di sebuah Sekolah berasrama penuh . Saya sgt meminati kerjaya pensyarah sejak dari kecil. Pada tahun hadapan saya akan mnduduki SPM .
1.Bagaimanakah caranya saya ingin memulakan kerjaya sebagai pensyarah bermula dgn Pakej SPM ke peringkat seterusnya sehingga bergelar pensyarah?Bolehkah tuan terangkan .
2.Bagaimana pula dgn prospek masa depan seperti kenaikan pangkat , gaji dan imbuhan , serta kelayakan cuti .
Saya diberi tugasan untuk menyediakan folio kerjaya . Saya harap tuan boleh menjelaskannya kpd saya .
Salam,
Mungkin agak banyak dan berat juga permintaan saudari ini. Tetapi ini yang boleh saya beritahu:-
1) Sesiapa sahaja boleh jadi pensyarah, dengan syarat mesti memasuki universiti dengan jayanya. jadi, berusaha untuk memasuki universiti (IPTA atau IPTS). Pastikan dapat A sebanyak mungkin
2) Setelah memasuki universiti, ambil bachelor degree selama 4 tahun ataupun jika bermula dengan diploma, selama 3 tahun.
3) Setelah itu, sambung ke peringkat Master pula (samada melalui jalan penyelidikan atau pun taught course (kelas))
4) Setelah tamat master (selama 1 ke 2 tahun), ambil pula PhD (semasa mengambil PhD, pastikan mohon untuk pensyarah di mana-mana IPTA). ambil skim fellowship.
ATAU
4) Ambil PhD secara part time sambil bekerja yang ringan (supaya boleh tumpu PhD). Sebab jika terlalu sibuk, kelak PhD pun lambat siap.
5) Bila dah settle PhD, insyaAllah, banyak IPTA memerlukan khidmat anda. Tapi tidak pasti samada zaman saudari nanti akan tough juga competition untuk menjadi pensyarah kerana sekarang menjadi pensyarah memerlukan PhD. dan kelak memerlukan pengalaman kerja pula.
Prospek?
Jika hebat, 3 tahun boleh naik pangkat ke Professor Madya, kemudian lagi 3 tahun ke Professor JUSA C dan kemudian ke Professor JUSA B, dan Professor JUSA A.
Jika biasa, 5 tahun ke pangkat Professor Madya, 5 ke 10 tahun ke Professor JUSA C, 5 ke 10 tahun ke Professor JUSA B, dan 5 ke 10 tahun ke Professor JUSA A.
Gaji?
Professor Madya (gaji + elaun) – bermula dalam hampir RM7000.00, setiap tahun naik RM320.
Professor JUSA C – saya tak ingat ni tapi yang confirm atas RM12,000.00 bermula setiap tahun naik 9% dari gaji pokok.
JUSA B – RM14k+++
JUSA A – RM16k+++
Cuti pula bermula dengan 25 hari setahun. Cuti ini tak termasuk cuti yang umum atau yang diisytihar dalam kalendar.
Jika nak maklumat tepat, rasanya boleh menghubungi saya di asyrani@computer.org beritahu saya secara detail apa yang hendak dan saya cuba carikan dokumen rasminya.
salam… kami pelajar final projek dari Kolej PTPL Ampang akan membuat Seminar kami sedang mencari seorang penceramah yang mempunyai master yang boleh membentangkan Thesis. Adakah tuan mempunyai thesis semasa membuat master dahulu atau tidak? dan boleh membentangkan thesis tuan untuk seminar kami nnti. saya harap tuan dapat replay dengan secepat mungkin.
Assalamualaikum, saya nk minta pendapat..saya ada dua pilihan tapi tak tahu nak pilih yang mana satu. Saya mohon Skim fellowship kat salah satu ipta malaysia tujuan untuk sambung phd. Tetapi mereka tawarkan saya pensyarah DS45. Skrg saya agak buntu nak pilih mana satu. Ada cadangan dari admin?tq.
Cadangan saya, ambil sahaja tawaran itu kerana nanti mereka akan hantar sambung belajar juga di mana bila anda ditawarkan pensyarah DS45, bermaksud anda telah diserapkan dalam kerajaan dan tahun berkhidmat telah dikira dari saat anda daftar diri sebagai pensyarah IPTA. tapi jika fellowship, anda tidak dikira dalam perkhidmatan lagi dan kelak apabila pulang akan dikira masuk dalam perkhidmatan.
apa-apapun, tanya pendapat orang lain juga. atau ikut rasa hati. ini pendapat dan cadangan saya. kerana makin lama, pensyarah DS45 tidak akan diambil lagi dan terus ke peringkat PhD (bermaksud nak jadi pensyarah kena ada PhD).
Thanks razorjr..insya Allah kalau tu rezeki Allah nak berikan:-)
Salam…
Saya ada persoalan disini,,saya akan tamat pengajian peringkat master by research dlm bulan 6/2014…dan bercita cita ingin buat phd kalau ada rezeki..soalan saya time saya ambil master by research tajuk dan alaun bulanan sudah disediakan..macam mana pula cara nya untuk phd?..adakah tajuk sudah ada@gran sudah ada saya just sambung projek tersebut berdasarkan supervisor sediakan atau saya sendiri kena apply gran??
Salam,
Mungkin pertanyaan saudara sebenarnya begini (jika ini yang saya faham)
1. Adalah pelajar PhD diberi elaun
2. Adakah tajuk untuk PhD sudah wujud dan geran untuk sambung PhD itu wujud
3. Adakah supervisor sediakan geran?
4. Adakah kamu kena apply geran?
Baiklah Jawapan berdasarkan olahan saya diatas adalah
1. Setiap pelajar yang menyambung pelajaran sudah pasti diberi elaun, cuma samada melalui
a) Geran supervisor
b) Biasiswa (Skim Zamalah, MyBrain dan sebagainya)
c) Duit poket sendiri
d) Pinjaman (dari mana-mana samada PTPTN, Pinjaman Peribadi, Ah Long)
2. Sebelum anda menyambung PhD, sudah pasti kena mencari supervisor yang sanggup menyelia anda terlebih dahulu, tidak kisah samada ada geran atau tidak. Kerana jawapan No.1 sudah ada. Tetapi jika ada geran lebih baik, sebab tidak bergantung kepada peraturan orang yang memberi pinjam. Kalau duit sendiri lagi bagus.
3.Supervisor sebaiknya perlu ada geran, supaya senang nak pergi ke persidangan dan sebagainya termasuk membeli alatan, jika tidak, susah sikit terutamanya jika menggunakan duit sendiri, melainkan anda ada duit yang banyak dan mampu pergi ke persidangan guna duit sendiri.
4.Sebagai orang awam, anda tidak boleh apply geran kerajaan, kecuali melalui supervisor kerana supervisor merupakan ahli akademik iaitu pensyarah. Pelajar pun tidak boleh apply geran.
salam..
saya pelajar PhD tahun akhir dan dijangka akan tamat pengajian pada penghujung tahun ini (viva). soalan saya bila masa yang sesuai untuk saya memohon jawatan pensyarah? kebiasaannya di universiti saya ni untuk menunggu giliran untuk viva mengambil masa sehingga 6 bulan. jadinya, adakah sesuai sekiranya saya memohon pada bulan 6 nanti? terima kasih.
Salam,
Pendapat saya, mohon sahaja dari sekarang. Sebab yang penting dalam interview boleh mention yang anda sedang menunggu viva.
Saya telah melapor diri di salah sebuah universiti di Malaysia dengan status masih sebagai felo (selepas tamat tempoh scholar tajaan universiti dan KPT) oleh kerana saya masih belum lagi mendapat surat senat daripada universiti tempat belajar.
Saya bersetuju bahawa felo di universiti hanya mendapat elaun dan bukan gaji walaupun bebanan tugas adalah sama kerana masih lagi belum bergelar staf secara rasmi selagi tidak memberi surat senat kepada pihak pendaftar. Dalam hal ini, surat senat adalah sangat penting.
Saya juga dalam dilema kerana melalui pemerhatian saya, kebanyakan daripada felo yang telah diserap menjadi pensyarah masih berstatus kontrak. Hal ini sedikit sebanyak mengganggu motivasi kerana komitmen dan kos hidup yang mendesak kini terutamanya dalam soal hendak memiliki rumah yang rata-rata hanya mempertimbangkan pekerja tetap sektor kerajaan dan masyarakat yang berkerja kontrak atau swasta seolah-olah terpinggir.wallahualam.
Sebab itulah, adik saya yang mendapat tawaran di sebuah IPTA di Malaysia menolak secara baik tawaran Fellowship PHD tersebut walaupun akan dihantar ke luar negara.
Kerana servis tidak dikira sebagai staf (DS45 mungkin) dan sekadar mendapat elaun.
Tapi malangnya, tak banyak universiti benarkan DS45 lagi. kebanyakkan terus ke DS51 (ada PhD).
Kebaikkan fellowship – sesuai untuk orang yang lepas abis kontrak cabut pergi ke swasta ataupun yang tarak kisah apa2 asalkan dapat sambung kat luar negara.
Sebab itulah, saya tidak gemar sebenarnya skim fellowship
better mohon sebagai pensyarah atau mohon selepas dapat Dr. Sebagai penayarah kanan
Asslmkm tuan… Saya ingin bertanya… Saya dalam kekeliruan… Saya Akan konvo master Saya pd sept 2014 nanti di UM.. Pertanyaan Saya…. Sekiranya Saya nak mohon jawatan pensyarah… Perlu ke Saya Ada PhD.. Saya Ada bertanya dan minta pendapat supervisor Saya berkaitan ini.. Supervisor Saya memberi cadangan.. Untuk membuat second master… Perlu ke tuan… Yang mana Lebih baik.. Second master or PhDs.. Sebelum ni Saya mengajar Di kolej teknikal dan skrg sambilan mengajar Di kolej teknikal yg lain… Mana Lebih baik.. Dan Pertanyaan Saya lagi.. Cgpa Saya bagi master cuma 3.63 Sahaja.. Adakah melepasi syarat menyambung PhDs.
Salam,
1. Jangan membazir buat second master. Terus ke PhD.
2. Ya, research universiti semuanya memerlukan pensyarah ada PhD terus, kecuali kes-kes tertentu. Boleh cuba mohon tetapi saya yakin 99% mahukan PhD holders.
3. Universiti2 yang biasa, seperti UTeM, UTHM, dan lain2, mungkin ada yang masih perlukan DS45 iaitu pensyarah dengan Master sahaja. Tetapi ingat keyword saya “Telefon terus tanpa segan silu pihak universiti terbabit. Contact nombor telefon universiti bahagian Human Resource Management). Kamu biasa buat master, pasti kamu pandai menresearch nombor telefon dan mencari nombor telefon.
4. Nak sambung PhD dengan 3.63 sudah terlebih baik. Banyak universiti IPTA yang anda boleh sambung PhD. ambil cuti belajar dan sambung PhD atau cari supervisor yang ada geran PhD. Bukan geran Master.
Terima kasih tuan… Penjelasan tuan amat amat membantu Saya…. Dan juga membantu Saya membuat keputusan.. Terima kasih sekali lagi tuan….
Salam Tuan,saya hilang fokus kerana degree saya tak membantu sangat untuk masuk ke bidang pekerjaan.saya teruskan juga dahulu sebab mencuba sahaja tanpa matlamat. semoga menjadi teladan kepada yang lain…
Tuan, ini my second try nak ambik master sebab saya minat nak belajar. itu saja saya good at…saya ingin mendapatkan nasihat,now umur 25, setahun menganggur..my 1st try x jalan sebab bidang master saya biochemistry, menyukarkan lagi laluan saya nak jadi pensyarah sbb im major in chemistry (forensic analysis)
saya nak tanya, jika saya ambil master by research (chemistry-natural product) di uitm dalam bidang kimia,
1) bagaimana saya or di manakah saya boleh mendapatkan maklumat prospek kerjaya saya selepas habis master jika saya ingin menjadi pensyarah tanpa jadi ‘Felo’…..
*(hm sebenarnya saya baru tahu word SKIM FELLOWSHIP, credit to tuan punye blog beri info macam ni..=)..)
2) saya nak ada gaji tetap and dikira dalam perkhidmatan, tak kira banyak mane….sbb SELEPAS saya baca dari komen di atas, jika fellow, kte hanya diberi elaun utk sambung Phd…and tempoh perkhidmatan kta hanya dikira bermula selepas surat senat keluar jika lulus Phd..hmmmmm
#Sebab itulah, adik saya yang mendapat tawaran di sebuah IPTA di Malaysia menolak secara baik tawaran Fellowship PHD tersebut walaupun akan dihantar ke luar negara.
Kerana servis tidak dikira sebagai staf (DS45 mungkin) dan sekadar mendapat elaun.
Tapi malangnya, tak banyak universiti benarkan DS45 lagi. kebanyakkan terus ke DS51 (ada PhD).
Kebaikkan fellowship – sesuai untuk orang yang lepas abis kontrak cabut pergi ke swasta ataupun yang tarak kisah apa2 asalkan dapat sambung kat luar negara…..
3) so…..kalau tolak fellowship ni, what next???? hehe nak tahu pendapat Tuan.
maaf jika pertanyaan saya tak berapa bijak sebab saya baru belajar untuk menilai jalan manakah lebih menyenangkan saya kemudian hari…..
1. Ada 20 IPTA di Malaysia. Jangan putus asa dan telefon setiap satu IPTA untuk bertanya jawatan Pensyarah.
2. Fellowship ini bagus juga sebenarnya, JIKA tiada pilihan lain. Tetapi antara menjadi Pensyarah atau Fellowship. Better memilih sebagai Pensyarah dahulu. Atau bekerja sebagai tenaga pengajar Politeknik atau Kolej matrikulasi atau pekerja kerajaan lain supaya ada tempoh perkhidmatan. Kemudian, semasa di agensi kerajaan, mohon untuk sambung PhD melalui skim SLAB kerajaan.
membaca dari komen anda,saya MENYARANKAN DAN BERPENDAPAT BERIKUT:
1. Sammbung master dahulu.
2. Semasa sambung master, survey mana-mana universiti yang menawarkan pensyarah tanpa PhD (IPTA)
ATAU
Masuk agensi kerajaan sebagai penyelidik kerajaan, kemudian mohon sambung Master semasa bertugas di dalam kerajaan
3. Tamat master, try mohon lecturer di mana-mana IPTA. Jika tak dapat, guna kaedah cari pensyarah yang ada geran atau tak dapat juga, masuk jugaklah skim fellowship.
ATAU
Bertekad sambung PhD sendiri sambil bekerja dalam sektor kerajaan/swasta
4. Dapat PhD baru mohon sebgai Pensyarah Kanan
Salam, untuk pengetahuan tuan, saya telah menyerahkan tesis phd dan sedang menunggu viva. Saya cuba untuk memohon kerjaya sebagai Pensyarah Kanan tetapi telah menerima maklum balas dengan tawaran sebagai pasca doktoral.
Pada pendapat saya, kerjaya sebagai Pensyarah adalah lebih baik berbanding dengan pasca doktoral kerana Pensyarah telah diterima sebagai staf kerajaan sedangkan pasca doktoral adalah kerjaya sambilan. Apakah pendapat tuan?
Pendapatan bagi Pensyarah Kanan atau pasca doktoral adalah lebih lumayan?
Tak perlu terima tawaran tersebut
cari dan mohon universiti lain yang tawarkan pensyarah kanan
itu pndapat saya
salam…sy dilema sgt ni untuk menyambung phd atau tidak…..sy graduan master pendidikan pentadbiran oktober yang lalu…sampai sekarang takde keje lg…walaupun dah ada master….sy cuma nak tanya pendapat kalau saya sambung phd adakah kerja akan terjamin???sebab saya memang takda lansung pengalman bekerja….
Salam,
Saya berpendapat, mungkin saudari perlu usahakan mencari dengan lebih lagi dan gigih. Bawah ada peluang di USIM. nasihat saya adalah
1) Jangan fikirkan lokasi – fikirkan dapatkan kerja dahulu
2) Jangan fikirkan gaji – fikirkan dapatkan kerja dahulu
3) Jangan fikirkan boleh atau tak boleh – fikirkan sentiasa boleh dan mampu mengalas setiap cabaran.
itu tanda orang positif.
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan di dalam bidang-bidang berikut :
A) KUMPULAN AKADEMIK BAGI FAKULTI BERIKUT:
Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Fakulti Sains dan Teknologi
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Fakulti Pergigian
Muat turun maklumat lengkap iklan melalui pautan berikut: http://www.usim.edu.my/eirisweb/IKLAN-JAWATAN-KOSONG-USIM-2014.pdf
BUTIRAN PERMOHONAN:
Permohonan hendaklah dibuat menerusi pautan berikut: http://eiris.usim.edu.my:8080/eiris/
Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988125/8114/8113.
Tarikh tutup permohonan : 8 MAC 2014
Baik terima kasih tuan atas nsihat…sebenarya saya dah fkir balik masak2..insha allah sy nak smbung phd….sbb mnat saya dlam blajar mmg tinggi…dan cita2 saya nak jadi seorang pensyarah..
Salam,
Saya, berkelulusan master dalam bidang kimia, sekarang saya bekerja di universiti swasta sebagai seorang pensyarah sejak tahun 2011. Tetapi kerja di ipts ni bukanlah seperti apa yang diimpikan di mana saya mengajar student foundation dan ditawarkan gaji yang agak rendah. Tetapi kerana disebabkan minat sebagai seorang pensyarah, saya enjoy dengan kerja saya walaupun bergaji rendah. Sebenarnya saya telah memohon banyak kali untuk jawatan ds45 tetapi masih x berjaya (belum ada rezeki). Saya telah membuat a very bold decision dimana saya telah meletak jawatan dan akan sambung phd di upm bermula march ni. Tetapi saya masih risau kerana saya tidak ada bonding dengan mana2 institusi. Saya risau kalau tiada bonding mungkin pada masa depan requirement untuk jadi lecturer semakin demanding. Tapi saya masih percaya rezeki masing2 Allah dah tentukan…
Salam,
Apa yang saudari buat itu sangat bagus. Yang penting semasa PhD ini.
1) Tingkatkan Bilangan paper of SCOPUS/High Impact Journal
2) Semasa menghadiri conference, JANGAN berdiam diri sebaiknya kenal pelbagai lecturer dan orang-orang yang berpengaruh.
3) Sentiasa cari peluang apply for lecturer terutamanya sekarang memerlukan PhD banyak.
4) TIngkatkan skil komunikasi, mulakan dengan sentiasa berborak dan berbincang dengan supervisor. Saya sendiri sering “bergaduh dengan supervisor” dalam soal akademik.
Semoga berjaya. InsyaAllah. Rezeki Allah dah tentukan, cuma tinggi rendah dan bila sahaja kita akan dapat.
Bahkan, 20 atau 30 tahun lagi, anda tak sedar anda sudah berada di puncak dunia. InsyaAllah
Salam,
Saya bakal menamatkan master dalam bidang zoologi di usm pada bulan ni…saya berhasrat untuk menyambung phd tp dalam hati ni masih ada perasaan was was sekiranya xde pekerjaan selepas siap phd nanti kalau saya x bonding dengan mana2 U…sb saya mmg x bekerja semasa buat master ni..saya nak tanya mmg lulusan Phd mempunyai peluang pekerjaan yang cerah ke untuk di tawarkan di universiti awam di Malaysia pada masa sekarang…?
Terima kasih..
Salam,
Hasil kajian ringkas saya berkaitan bidang ini, mendapati ini bidang yang sangat menarik dan berpotensi pada masa hadapan. Universiti-universiti yang sememangnya tergolong dalam bidang ini adalah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dan pelbagai lagi institut.
bayangkan, itu diuniversiti sahaja, jika di luar sana, anda terlibat dalam bidang bio-teknologi yang membolehkan kajian berkaitan zoologi meningkatkan taraf hidup kehidupan haiwan pada amnya
Kajian berkaitan zoologi juga berkait rapat dengan muslim scholars pada zaman dulu.
Berbalik kepada persoalan saudari,
Percayalah, rezeki itu sudah ditentukan dan percaya dengan Allah yang masa hadapan anda pasti gemilang.
Yang penting:-
1. Pastikan, dan benar-benar pastikan anda tanam minat betul2 dalam bidang ini dna bukan amik master/phd untuk gaji.
2. TIngkatkan bilangan paper, penyelidikan semasa sambung Master/PhD. Ambil perhatian supervisor anda. Buktikan kepada supervisor anda the best dalam zoologi dan nanti pasti ramai universiti nak ambil anda.
3. Jika anda nak tahu, ramai penyelidik bidang engineering yang nak buat penyelidikan tetapi memerlukan zoologist untuk bergabung tenaga menghasilkan keadaan yang lebih baik kepada haiwan dan alam.
Wassalam,
Terima kasih sgt Dr di atas pandangan, nasihat dan kata kata semangat yang Dr bg pd sy…insyaALLAH sy akan lebih berjaya di masa hadapan…betul kata Dr, yg penting kna yakin pada rezeki ALLAH yg mmg dah ada pun untuk setiap hambaNya.
assalamualaikum.
saya nak minta pendapat..
1)antara master in research dalam negara dan master in taught course luar negara, apa antara pro cons dan yg lebih bawa kebaikan untuk sambung ke phd.
2)possible tidak jika degree in biotech engineering dan sambung master dalam research in elektronik engineering (buat device for biotech research) dan apa yg lebih baik antara sambung dalam bidang yang sama atau boleh buat bidang yg berlainan untuk master dan phd.
3)sistem fellowship boleh di apply semasa master atau tidak?
4)beza sambung study dalam research university dan bukan research university..
terima kasih byk2..
moga Allah merahmati dr
Salam
Saya cuba memberi jawapan sebaik mungkin
1) Ini agak sukar, kerana jawapannya terlalu subjektif dan besar. Tapi untuk dari segi sambung ke PhD, better get experience from outside. tapi dalam negara pun ok. lagi better jika master by rsearch. walaupun memakan masa. TAPI, jika anda jenis suka study atau membaca atau tidak yakin boleh tamatkan master secara penyelidikan, better sambung by taught course.
2) Boleh, tiada masalah. tapi boleh pindah bidang asalkan tak terlalu ketara, ianya bergantung kepada supervisor. nak terima ke tak.
3) boleh, dan itu yang disarankan
4) bezanya takdalah sangat, cuma dana research university lagi banyak berbanding universiti biasa. tapi workload kamu di RU mungkin banyak sikit, sebab ada supervisor yang akan “memberi kerja-kerja tambahan” seperti mengantikan mengajar dan sebagainya. di universiti biasa, anda boleh relax skit mungkin. tapi bergantung.
Pendapat Saya
– Proceed with master first (no matter what type of master) course or taught course, or inside or outside Malaysia.
– Apply fellow ship once you are in the first semester or etc.
– Good luck
terima kasih banyak2 =)
biasanya susah tak untuk dapat fellowship tu? dan boleh tak kita apply as a fellowship walaupun universiti tu sendiri tak buka application tu?
dan apa beza antara fellowship dan tutor? (ke sama je)
Salam,
tutor ini seperti separa kerajaan dan juga disebut pekerja kontrak. Perkhidmatan juga dikira sebenarnya sebaik sahaja diserap dalam kerajaan.
fellowship pula lebih ke arah pembelian bantuan elaun atau biasiswa dari instituisi terbabit. Jadi, tak dikira dalam perkhidmatan.
Mana satu yang baik terserah. sebab sama sahaja jika ada biasiswa dari luar kemudian masuk ke universiti tanpa melalui fellowship.
tetapi advantages fellowship dan guna duit biasiswa luar, anda terus diserapkan ke pensyarah sebaik sahaja tamat belajar. jadi tak perlu risau soal tak dapat kerja berbanding yang guna biasiswa pihak luar.
susah ke senang tu bergantung. apply boleh sepanjang masa tapi tengok dahulu ada tak dia tawarkan iklan di laman web universiti tersebut. jika cari link tak jumpa, maknanya mungkin takda tapi boleh call pihak universiti untuk sebarang updates.
Salam
Saya perlukan nasihat dan pendapat dari saudara. Saya pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik dan bekerja di sektor awam berjawatan S17 (jawatan SPM sahaja memandangkan susah hendak mendapatkan pekerjaan). Sekarang saya menyambung pelajaran dalam master Sarjana pengurusan perniagaan di IPTA secara part time dan berada di Semester akhir.
Saya berminat hendak menyambung ke PHD dalam pengurusan Perniagaan selepas ini, tetapi saya dalam di lema. Adakah berbaloi untuk saya berhenti kerja saya sekarang untuk menyambung PHD (syarat kakitangan awam tidak boleh mendapatkan mana-mana biasiswa untuk PHD) , kerana saya takut jikalau selepas saya mempunyai PHD tidak layak juga menjadi pensyarah memandangkan banyak saingan daripada graduan PHD 4 tahun akan datang dan saya tidak mempunyai pengalaman mengajar sebelum ini. Harap tuan dapat memberi saya nasihat dan pendapat.
Saya mengharap da menghargai Dr membalas komen saya. Terima kasih
Salam,
1. Dalam tempoh 4 tahun akan datang, sememangnya pensyarah perlu ada PhD untuk masuk universiti dan bekerja. Tetapi saya rasa, dalam tempoh tersebut, masih ok lagi tetapi jika universiti2 bertaraf tinggi maka agak tinggi persaingan mungkin.
2. Apa yang boleh dibuat, adalah semasa PhD nanti pastikan banyak membuat penerbitan/penulisan agar dapat menyakinkan pihak universiti untuk mengambil anda bekerja, pastikan juga tingkatkan skill komunikasi sebab pensyarah ni sangat memerlukan skill komunikasi yang tinggi. Anda ajar dalam bahasa inggeris dan oleh itu dia nak tengok sangat kebolehan dalam bahasa inggeris dan bahasa malaysia.
Saranan saya
Teruskan sahaja cita-cita baik anda dan berfikir positif kerana berfikir positif membantu meningkatkan pemikiran dan keupayaan anda dalam menyakinkan orang.
Salam, saya pelajar asasi sains uitm yg bakal menamatkan asasi awal bulan 4 ni. Saya nak tanya, kalau saya apply kos pure bio untuk degree nanti, apakah laluan untuk saya jadi seorang pensyarah lepas saya graduate degree nanti? Terima kasih.
Baiklah,
saya taknak limitkan dari segi universiti mana
tetapi seseorang yang mengambil course bio, boleh nanti sambung samada master di fakulti of biotech (universiti2 penyelidikan) dan seterusnya PhD dalam biotech.
Bidang ini sangat ditungguh2 dan pensyarah amat diperlukan serta pelapis pun diperlukan dengan banyak.
tetapi, anda juga boleh mengambil PhD terus dalam bidang bio, dan kemudian memasuki fakulti biotech tersebut.
jadi laluan anda sudah jelas disitu.
Assalamua’laikum saudara razorjr,
Sy ingin bertanya cgpa degree sy hanya 2.91 shj tetapi sy sudah mempunyai master. Setelah beberapa tahun mencuba memohon jawatan pensyarah,msih gagal. perlu ke saya buat double degree utk memnuhi kelayakan pensyarah cgpa 3 dan ke atas sbb sy risau cgpa yg rendah akan dipertikaikan utk memohon jawatan pensyarah. Harap saudara sudi bg pendapat mengenai masalah ini..terima kasih.
Salam,
Memandangkan majoriti universiti sekarang mementingkan PhD (untuk IPTA, swasta saya tidak pasti), maka saya sarankan terus sahaja ke PhD level. Dan pastikan memperbanyakkan bilangan penerbitan jurnal dan juga paper proceeding kerana universiti di Malaysia amat mementingkan bilangan paper (jurnal terutamanya) untuk menjadi pensyarah. Mengambil double degree tidak disarankan kecuali minat yang mendalam.
Salam.
minta pencerahan. Saya baru habis phd dan sedang buat postdoc. Saya ada lbh kurg 15 journals dgn accumulated if=20++. Saya akan hadiri temuduga jawatan pensyarah kanan minggu depan. Saya terus dari diploma, deg, master ke phd tanpa pengalaman kerja. Adakah berpatutan jika saya minta tangga gaji yg lebih tinggi? Ds51 basic plus elaun brape ye? T.kasih
Salam,
Tahniah kerana berjaya sehingga ke PhD dan mendapatkannya.
Untuk perihal meminta gaji tinggi itu adalah subjektif. Jika IPTA mahupun IPTS, ianya bergantung kepada orang-orang yang dihadapan anda untuk decide semasa interview kelak.
Cuma bezanya adalah berpatutan atau tidak. Ianya ibarat suatu percubaan, jika anda yakin dengan apa yang anda minta, InsyaAllah Allah akan mudahkan jalannya.
Doa dan usaha adalah langkah terbaik.
Assalamualaikum…
Sy sgt tertarik dgn entri ini. Sy berumur 25 thun dan merupakan pelajar lepasan ijazah sarjana muda dlm bidang Sains Biologi pd tahun 2012. Utk makluman, sy sdg bekerja dlm bidang logistik slps sy grad hingga kini. Bidang ini sangat lari dgn apa yg sy belajar di IPTA dulu. Tapi sy teruskan jugak sbb sy tidak mahu menganggur dan berpendpt mgkn ini rezeki sy buat masa skrg. Tapi minat sy dlm bidang pengajaran sgt tinggi. Maka saya telah membuat keputusan untuk sambung master dan seterusnya phd dan akhirnya menjadi pensyarah. Cuma saya dalam dilema skrg:-
1. Bidang sains terlalu mencabar bg sy. Kerana sy tidak sbr dn mudah pts asa jika result yg terhasil xselari dgn apa yg dijangkakan. Adakah sy perlu tukar bidang utk pengajian master ini?
2. Jika sy tukar bidang, sy berminat utk menceburi bidang perniagaan dan bercdg utk mengambil MBA. Stlh sy tukar bidang drpd sains kpd perniagaan, adakah sy berpeluang utk menjadi pensyarah dlm bidang perniagaan?
Bolehkan tuan memberi pendapat krn sejujurnya sy tidak mahu tersilap lgkh lg di mse hdpn.
Terima kasih.
Salam,
untuk penukaran bidang, sememangnya agar sukar dari segi kemasukkan sebagai pensyarah kerana banyak yang mempunyai fundamental Bachelor Degree yang background dalam business study akan diambil dahulu bekerja.
walau bagaimanapun, saya berpendapat tidak salah tapi seeloknya cuba bidang yang mempunyai elemeb yang hampir sama dengan bidang yang diambil semasa degree dahulu. Jika tidak, ianya mungkin sekadar sukar sedikit.
bidang yang disebutkan boleh juga termasuk dalam,bio tech. Di mana UTM ada menganjurkannya dan terdapat fakulti khas untuk biotech.
saya sarankan, yakin dengan sebarang pilihan yang dibuat. Bidang sains biologi itu bagus cuma perlukan sedikit elemen darinya untuk master/phd. Ambil secara taught course (master).
Salam tuan. terima kasih atas maklumat yang menarik. tuan saya seorang guru. alhamdulilah sekarang sy mempunyai master IT(konvo 2010). sekarang sy berumur 30. dilema saya sekarang,saya ingin melanjutkn pelajaran ke Phd dan memohon HLPS dari KPM.tetapi biasiswa tu hanya benarkan guru melanjutkan pelajaran secara part time. Soalan saya
1. Mampukah saya dengan beban seorang guru untuk melanjutkan Phd secara part time
2. Adakha peluang untuk guru mendapat pekerjaan sebagai pensyarah ipta
terima kasih tuan dan harap sangat tuan dapat menjawab persoalan saya.semoga Allah memudahkan segala urusan tuan di dunia dan akhirat
1. Baiklah, soal beban ino agak subjektif. Tetapi berdasarkan pengamatan saya, boleh cuba formula ini:
a) pagi smp petang adalag mungkin tempoh bekerja, tetapi selitkan ruang untuk sekadar mencari paper2 untuk dibaca kemudian.
b) kemudian, tidur awal, dan bangun jam 2 atau 3 pagi pada hari minggu dan pastikan hari tersebut adalah hari di mana beban kerja anda adalah paling minimum.
c) ingat, cari jalan untuk tidur sebentar ketika bekerja mungkin antara jam 1 hingga 2 sebab anda dah bangun pagi mesti anda dah mengantuk sedikit. Disini anda terpaksa korbankan masa dgn rakan2 yang tgh makan. Anda hanya makan biasa sahaja kerana makan byk boleh mengantuk.
2. Tapi harus diingat, kena disiplin dan komited dalam smbg phd part time ini.
3. Byk sahaja yang ada phd (guru) yang mendapat tempat di universiti. Itu tidak menjadi masalah dan yang penting, communication skill dan skilk mengajar yang diperlukan untuk menjadi pensyarah
Terima kasih tuan atas nasihat
Assalam Tuan,
Saya baru sahaja menamatkan pelajaran saya dalam bidang Master of Urban and Regional Planning (Perancang Bandar). Sebelum ini, saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Architecture.
Saya masih lagi dalam proses mencari pekerjaan, dalam bidang perancang Bandar. Masalahnya bidang tersebut tidak meluas dan menyukarkan saya mencari pekerjaan dan saya terpaksa mencari pekerjaan menggunakan bidang Architecture. Saya sudah 4 bulan menganggur dan sedang terfikir melanjutkan pelajaran ke peringkat PHD jika tiada sebarang tawaran pekerjaan.
Adakah saya patut bekerja dan mencari pengalaman terlebih dahulu dalam bidang ini (perancang bandar atau architecture), atau patut saya sambung terus ke PHD?
Salam,
Saya tidak pasti kaedah mana yang saudari gunakan untuk mencari pekerjaan tetapi bidang ini banyak ditawarkan untuk syarikat2 pembinaan dan juga kerajaab. Mungkin boleh mencuba menerusi portal SPA untuk kerajaan dan juga hubungi terus syarikat2 dlm jibstreet dan sebagainya.
tetapi untuk soal smbg phd, saya sarankan sambung sahaja terus, kerana at least ada pengalaman dan ada gaji yang dibayar. InsyaAllag mungkin semasa menyambung, rezeki terbuka luas dan itu sebenarnya yang saudari perlukan. Allah itu Maha Mengetahui, ada benda lain yang diperlukan dan mungkin salah satu jalan menerusi smbg phd.
phd menyeronokan dan percayalah ianya mematangkan pemikiran kita
Salam..saya tertarik dengan penulisan Dr. tapi saya ingin bertanyakan soalan tentang fellowship dari perspektif yg sedikit berbeza. Saya menerima fellowship pada peringkat phd dan kini belajar di ipta di malaysia. Namun bila masuk tahun ke-2 phd, saya rasa minat saya lebih kepada industri dari menjadi researcher. Saya berhasrat untuk habiskan phd saya dan bekerja industri dari menjadi pensyarah di bawah scholarship fellowship. Jadi saya mengambil keputusan untuk breach kontrak dan berhasrat untuk membayar balik kesemua scholarship tersebut. Soalan saya, adakah pernah terjadi kes sebegini di sepanjang pengalaman Dr. dan mungkinkah kita boleh bayar secara installment atau perlu bayar sekaligus kembali kepada university yg memberi fellowship tersebut.
terima kasih
Salam,
Setakat ini yang ada saya tahu kesnya adalah ada seorang staf sambung belajar, dan kemudian mahu berpindag keluar dari universiti terbabit. Bergantung kepada tahap “ketegasan” universiti terbabit. Ada yang mahu bayaran breach contract di bayar sekaligus dalam masa ditetapkan contohnua dalam masa 3 bulan dari terima surat arahan pecah kontrak.
atau ada yang benarkan secara berperingkat. Memang ada kes sebegini tapi untuk fellowship saya rasa juga sama. Tapi harus ingat, kosnya bergantung. Macamada rakan saya terima surat kena bayar rm150k (belajar di UK). Dan ini bergantung berapa byk dah universiti support.
salam wbt
salam Dr.saya mohon pertolongan Dr untuk jelaskan apa yang perlu pelajar PhD buat bagi penyelidikan.sepanjang 4 tahun adakah pelajar hanya perlu buat 1 thesis sahaja?maaf saya search internet tapi tak berapa faham.mohon pencerahan dari Dr apa yang perlu pelajar PhD buat untuk lulus? harap Dr dapat reply. Terima kasih Dr.
Salam,
Maaf saya baru selesai beberapa kerja-kerja penting fakulti dan agak sibuk sedikit sebelum ini.
Untuk pertanyaan tersebut. PhD dari segi outputnya adalah tepat iaitu menghasilkan satu makalah (buku) yang dipanggil thesis.
PhD merupakan proses mendisiplinkan diri dalam membuat penyelidikan dan seterusnya menghasilkan/membentangkan hasil kajian secara sistematik dan terperinci di dalam dokumen (thesis)
Untuk mencapai ke arah itu, beberapa perkara perlu difahami:-
1. Pada tahap awal mengambil PhD -> Perlu tanamkan minat
2. Kemudian, sedaya upaya mengambil tahu apa yang anda sedang lakukan dan apa yang bidang itu lakukan
3. Melakukan deep search and research dalam bidang tersebut untuk mengenal pasti apa yang sebenarnya bidang tersebut dibuat kajian
4. Dari kajian tersebut, anda perlu berdoa dan seterusnya berusaha mencari ruang di mana boleh diperkembangkan atau seterusnya ditingkatkan hasil kajian sebelumnya.
5. Dari situ, anda perlu dengan terperinci membentangkan kajian penyelesaian atau pendapat anda dari segi saintifik dan pelbagai sudut lain
6. Setelah supervisor anda approve dengan pendapat anda dan hujah2 anda. Bolehlah mula menulis thesis.
Secara ringkasnya, itulah 6 langkah dalam PhD.
Secara ringkasnya juga, majoriti yang mengambil PhD, separuh daripadanya berjaya, separuh lagi ada yang tersungkur dan terduduk.
Banyakkan berdoa dan berusaha semasa mengambil PhD.
Salam..saya berumur 34 tahun dan hanya mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang geologi. Saya ingin menjadi pensyarah dan sedang bercadang untuk mengambil master dan seterusnya Phd. Adakah terlalu lewat untuk saya menjadi pensyarah?
Dari segi menjadi Pensyarah, tiada masalah dari segi umur.
Yang penting mempunyai Master DAN PhD.
dan yang paling penting, kemahiran berkomunikasi dengan baik dalam bahasa inggeris dan bahasa Melayu (untuk IPTA)
terima kasih untuk respon tuan. satu lagi soalan, saya sedang bekerja sbg kakitangan awam skg, jadi jika saya ditakdirkan dapat jadi pensyarah, adakah service saya dikira sambung dari service sediada? sbb saya tak berapa faham dengan skim pensyarah berbanding skim kakitgn awam mcm sy ni. terima kasih.
Berkenaan hal ini, servis sememangnya di bawa, cuma ada beberapa perkara yang lain yang mungkin tidak dibawa. Seperti staf baru, mungkin kena lalui kesemua kursus yang ditetapkan oleh universiti walaupun sudah ambil tidak lama dahulu.
Tetapi kena clear cut dengan universiti terbabit. Setiap universiti adalah badan berkanun dan tidak perlu tertakluk sangat kepada peraturan ditetapkan JPA. Mereka bebas tentukan undang2 sendiri tetapi still mengikut garis panduan JPA (tidak tersasar jauh). dan banyak keistimewaan lain selaku badan berkanun.
Assalamualaikum Dr,
Terlebih dahulu saya ingin nyatakan, penerangan Dr yang jelas ringkas dan jujur amat menarik minat saya untuk merujuk permasalahan saya dan jika tidak keberatan saya ingin memohon sedikit pandangan dari Dr. Saya adalah seorang pensyarah IPTA dan kini sedang cuti belajar melanjutkan pengajian Phd di luar negara di bawah skim SLAI. Kebetulan supervisor saya sekarang ada menawarkan peluang pada saya untuk terus sambung ke peringkat Postdoc selama 2 tahun lagi. Tawaran yang diberikan adalah sangat menarik. Walaubagaimanapun ada beberapa perkara yang perlu saya pertimbangkan antaranya:
1. Bolehkah saya cuti tanpa gaji (mengikut pekeliling JPA..cuti tanpa gaji hanya dibenarkan pada kakitangan yang telah pulang dan berkhidmat 2 tahun setelah melapor diri) setelah selesai cuti belajar?
2. Adakah ianya langkah yang baik sebagai persediaan masa akan datang memandangkan ramai pensyarah sudah ada phd,dan berkemungkinan suatu hari nanti disyaratkan juga untuk pensyarah ada postdoc juga (negara maju telah mengimplikasikannya) atau sebaliknya?
3. Saya jelas akan tiada kelebihan memiliki postdoc cuma saya berpendapat postdoc memberi lebih ruang pada saya untuk melakukan proses penyelidikan. Memandangkan proses tersebut mengambil masa 2 tahun…..kebiasaanya apakah tindakan pihak pengurusan universiti terhadap saya sekiranya saya tidak pulang berkhidmat mengikut jadual?
4. Apakah pandangan atau nasihat Dr?
Sekian, terima kasih
Untuk keseluruhan soalan tersebut, saya sarankan yang saudari menamatkan pengajian PhD terlebih dahulu sebelum bermulanya PostDoc. Saya bukan menegah daripada menyambung PostDoc tersebut, tetapi dari segi menguruskan cuti tanpa gaji itu memerlukan kebenaran pihak Dekan/Pentadbir Atasan. Mungkin boleh berbincang dengan dekan saudari terlebih dahulu kerana cuti tanpa gaji memerlukan sokongan dan kelulusan pegawai tinggi universiti. Benar, masa depan memerlukan staf akademik yang bukan sekadar PhD tetapi pengalaman, ianya amat digalakkan PostDoc tetapi dari segi Malaysia ini sendiri mungkin kekurangan staf mengajar dan sebagainya. Setakat ini, kemungkinan itu mungkin masih dalam lingkungan 5 ke 10 tahun lagi untuk perkara itu terjadi berdasarkan pemerhatian saya untuk IPTA2.
Adalah lebih bagus masuk dahulu sebagai Pensyarah bertaraf PhD, boleh apply geran dan sebagainya untuk penyelidikan.
Namun, all the best for your PhD and career ahead.
As salam… terima kasih kepada bantuan anda byk sgt info berguna…
Per: PERJALANAN SETERUSNYA UNTUK PENINGKATAN KERJAYA
persoalan saya:
Bercita-cita menjadi pendidik iaitu sebagai pensyarah sejak dibangku sekolah.
saya berkelulusan Diploma Komputer, namun setelah bertahun-tahun mohon kerjaya bidang ini amat tipis sekali. akhirnya saya tidak memilih kerjaya, saya mohon guna spm dan alhamdulilah kini menjawat jawatan sebagai Pem. Tadbir di sebuah jabatan kerajaan.
2 tahun lepas sambung belajar dan alhamdulillah ada Bacelor in HRD. mohon mana2 tiada rezeki juga hingga kini.
berhajat nak sambung master, master apa yang sesuai dan tepat untuk saya teruskan agar saya dapat mengejar cita-cita sebagai pensyarah? saya keliru dengan master yang tepat untuk saya teruskan perjuangan saya hingga ke PHD.
Terima Kasih dan menghargai bantuan anda.
Salam,
Saya mencadangkan agar saudari menyambung dalam mana2 universiti management (IPTA atau IPTS) secara part time sambil bekerja. Kerana rata-rata universiti memerlukan seseorang itu berkelulusan PhD. Adalah digalakkan menyambung master part time dan seterusnya PhD part time. InsyaAllah, rezeki itu ada cuma usaha perlu dilipat gandakan.
Untuk memilih bidang master yang tepat, adalah dengan menanya terlebih dahulu diri kita apa yang diminati. Spend few hours, days untuk berfikir apakah bidang yang anda minati.
Kemudian, senaraikan kursus2 master yang terdapat dalam universiti (melalui carian Google keseluruh IPTA/IPTS) – kena spend masa beberapa jam atau hari untuk tujuan ini.
InsyaAllah, semuanya akan berjalan lancar jika memilih bidang yang diminati dan bukannya yang mengejar populariti bidang kerana kelak anda yang susah sebab buat benda yang tidak minat.
Alhamdulillah wa jazaakalLah untuk pengalaman dan maklumat yang dikongsikan di sini.
Saya juga ada soalan untuk tuan.
Saya mempunyai ijazah pertama dalam bidang Pengajian Islam (Usuluddin), kemudian mengambil MBA (Global Marketing) dan sedang bercadang untuk mengambil PhD. Masalah sekarang saya tak dapat membuat keputusan apakah kajian yang saya dapat tumpukan untuk PhD yang dapat melayakkan/memudahkan saya untuk memohon jawatan pensyarah. Mohon tuan beri pendapat.
Syukran.
Salam,
Untuk tujuan itu, saya berpendapat yang berkaitan jawatan pensyarah, ianya tidak terlalu ketara kerana jika anda ada PhD, sesiapa pun di mana2 universiti InsyaAllah akan ada tempat untuk ada kerana PhD seperti hot selling items buat masa ini untuk IPTA/IPTS. Mengenai bidang pula, pilihlah bidang yang diminati, jangan pilih bidang yang senang untuk mohon pensyarah kerana kelak anda yang susah KECUALI anda boleh mencuba untuk meminati bidang tersebut dan berusaha keras untuk bidang tersebut.
Salam Dr,
Saya ada sedikit persoalan yang mungkin boleh tuan berikan jawapan. 1st degree dan Master saya dalam bidang engineering. Sekarang saya bertugas di kolej teknikal sebagai Jurutera Pengajar dan bercadang untuk sambung PhD secara sambilan. Saya sudah pun mendapatkan supervisor untuk sambung belajar dalam bidang engineering dan sedang mencari tajuk yang sesuai. Dalam masa yang sama juga ada calon supervisor yang sanggup menerima saya dan memberikan tajuk, tetapi dalam bidang pendidikan.
Carier path yang sedang saya rancang, saya ingin menjadi pensyarah di fakulti teknologi kejuruteraan di universiti yang berkaitan. Persoalan saya, adakah layak untuk mohon sebagai pensyarah di fakulti tersebut sekiranya bidang PhD yang akan saya ambil adalah pendidikan, dan bukan bidang engineering?
Mohon pandangan dan bantuan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan dari pihak Dr. Terima kasih
Salam,
Untuk PhD, pastikan anda benar2 minat bidang berkaitan walaupun jika tidak minat mungkin tidak salah untuk ambil kerana minat boleh dipupuk. Cuma soal pensyarah di fakulti engineering juga, kemungkinan itu ada untuk diterima atau tidak diterima. Seperti saya dahulu, Degree dalam computer engineering, master dalam computer science. Tapi saya mohon fakulti kejuruteraan elektronik dan komputer. Cuma sekarang bila dah PhD dalam computer science, saya sudah berada di fakulti teknologi maklumat mengajar subjek computer games (bidang saya).
jadi, jika merujuk kes seperti di atas, ianya melibatkan budi bicara pihak fakulti dan orang lagi atas. Sebab anda ada degree dan master dalam engineering, anda boleh mengajar pelajar degree dan juga master. Dan ada multidicipline dalam education. Itu sangat menarik. anda boleh kemukakan yang anda ini akan membawa perancangan penyelidikan dan pengajaran dalam bidang kejuruteraan dalam pendidikan. bagaimana kita boleh memantapkan sistem pendidikan dalam fakulti kejuruteraan. Pastikan anda highlight benda2 ini pasti pihak fakulti faham dan secara langsung diterima masuk fakulti kejuruteraan.
Cuma ingat, yang penting, kena yakin dan sangat positif masa interview nak masuk ke fakulti engineering dan pastikan ada cover letter explain apa yang anda boleh buat dengan degree/master dalam engineering + phd education. Bagi mereka nampak sudut positif dan secara globalnya, insyaAllah diterima masuk.
Ayat yang sesuai dan percakapakan yang yakin serta positif membolehkan anda menguasai sesi interview kelak.
Boleh?
Salam Dr.
Saya tertarik membaca blog ini yang sangat padat dengan perkongsian maklumat yg amat berguna.
Untuk makluman Dr. saya telah bekerja di bidang perhubungan awam selama 14 tahun di sebuah pelabuhan di utara semenanjung malaysia. Saya sedang menyiapkan disertasi saya dalam bidang komunikasi di USM secara sambilan. Insyaallah, jika diizinkan olehNYA, saya akan memperolehi ‘ Master of Art’ pada tahun 2015. Sepanjang saya menyambung pelajaran di peringkat sarjana, saya rasa berminat menceburi kerjaya di bidang akademik ni. Tajuk disertasi saya : Bagaimana Peranan Pengaruh Peribadi Menentukan Aliran Corak Komunikasi Dalaman Di XXXXXXX.
Saya ingin bertanya pada Dr:
1. Adakah peluang untuk mengajar dalam skop perhubungan awam di IPTA atau IPTS?
2. Saya berminat untuk menjadi pensyarah, dengan perkongsian kerja saya selama 14
tahun di bidang perhubungan awam sekurang2 saya dapat berkongsi pengalaman kerja
dengan pelajar. Adakah IPTA dapat menimbangkan permohonan saya dengan mengambil
kira pengalaman kerja dan MA.
3. Saya berumur 39 tahun, sekiranya saya berhenti kerja dan menyambung pelajaran di
peringkat PHD pada umur saya 40 tahun, adakah itu satu tindakan yang betul? Saya rasa
agak bosan dengan kerja ‘PR’ ini.
4. Adakah faktor umur diambil kira untuk permohonan sebagai seorang pensyarah di IPTA?
Semoga jawapan Dr. dapat membantu saya untuk membuat keputusan tentang kerjaya saya pada tahun hadapan.
Terima kasih
Waalaikum salam,
InsyaAllah saya cuba menjawab dengna terbaik.
1. Dari segi IPTA atau IPTS, ianya mungkin bergantung kepada universiti yang ada aliran tersebut seperti di USM. Namun mereka ada universiti penyelidikan yang memungkin anda perlu ada PhD dan seterusnya pengalaman kertas untuk diserap masuk. Peluang itu ada kerana kerjaya pensyarah tersebuka sepanjang tahun. Ianya tidak/jarang diletakkan di akhbar2 kerana profession ini sepanjang masa. Anda boleh telefon IPTA itu sendiri bahagian Pengambilan Staf dan tanyakan prosedurnya. Namun, apa2 pun peluang adalah bergantung kepada keperluan fakulti dan seterusnya kembali kepada perkara yang tidak lain tidak bukan adalah pengaruh anda dalam memohon sebagai pensyarah itu sendiri. Nasihat saya jumpa dekan fakulti tersebut dan nyatakan hasrat anda. InsyaAllah, mungkin jika memohon pensyarah akan dapat memasuki sesi interview. Untuk sesi interview bergantung kepada prestasi anda menjawab soalan dan komunikasi anda.
2.Bagus, pengalaman amat bagus dalam membantu menjadi pensyarah apatah lagi jika ada master/Phd.
3. Itu mungkin bahaya kerana phd ini mengambil masa 3 tahun melainkan suami dapat tampung anda atau keluarga anda. banyak yang seperti anda berhenti dan sambung belajar. Ada yang berjaya dan ada yang tidak. rezeki itu insyaAllah.
4. Faktor umur tidak penting, yang penting adalah PhD + Pengalaman. Cuma bezanya, contohnya anda berumur 43 sewaktu dapat menjadi pensyarah kanan dan gaji dalam menghampiri Rm7000, pada masa yang sama ada staf lain berumur 28 tahun juga ada PhD gaji sama dengan anda. Harap tidak terasa dengan staf yang muda tersebut tetapi taraf sama. Itu sahaja, pencen tetap dapat walaupun masuk lambat. Anda mungkin diutamakan sebab pengalaman ada dan membantu fakulti dengan pelbagai cara. Disebabkan anda datang dari industri, maka IPTA amat suka kerana mereka memerlukan staf yang boleh ada hubungan dan membuat kerjasama dengan industri.
Assalammualaikum w.b.t
Yang berbhg Prof/Dr.,
Saya sangat tertarik dengan isu yang dibincangkan memandangkan ianya sangat berkait rapat dengan situasi saya sekarang.
Untuk pengetahuan Prof/Dr., saya baru sahaja menamatkan Master dalam bidang Entomology di UiTM dan berhasrat utk menyambung ke peringkat PhD dalam bidang berkaitan di universiti yang sama. Saya sememangnya berhasrat untuk menjadi pensyarah di fakulti di universiti yang sama.
Persoalannya sekarang adakah ada peluang saya utk menjadi pensyarah di universiti tersebut berdasarkan beberapa kekangan yang sedang saya hadapi sekarang?
Pertama soal umur. Saya sekarang sudahpun berumur 33 tahun dan pastinya akan menjangkau 36 tahun apabila saya mendapat phd kelak.Tetapi saya ade terbaca komen Prof/Dr. yang lepas yang mengatakan bahawa umur tidak menjadi persoalan bila sudah mepunyai phd. Sejauh mana kebenarannya sebab saya sering terdengar tentang tempoh perkhidmatan yang perlu sekurang-kurangnya 25 tahun bagi kelayakan pencen kerajaan. Adakah dalam skim pensyarah, ianya tidak digunapakai?
Kedua soal pengalaman kerja. Saya sememangnya tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja yang berkaitan dengan pensyarah. Cuma saya pernah berkhidmat sebagai pembantu penyelidik di uitm, itupun hanya setahun. Ada di antara kenalan rapat yang telah berjaya menjawat jawatan penting dalam sektor kerajaan menegaskan bahawa pengalaman kerja sangat penting terutama dalam sektor kerajaan. Dan Prof/Dr. juga ada menyatakan bahawa kemungkinan dalam tempoh 3 atau 4 tahun lagi ianya akan menjadi salah satu syarat dalam pengambilan pensyarah. Perlukah saya melakukan sesuatu dalam hal ini?
Ketiga soal bachelor degree. FYI saya hanya mendapat ijazah kelas kedua rendah semasa peringkat ijazah. Sememangnya saya sgt bimbang dengan isu ini. Tetapi Prof/Dr. ada menyatakan bahawa apabila sudah mempunyai phd, degree dan master tidak akan dipersoalkan lagi. Saya amat2 berharap ianya begitu. Cuma saya ada melihat beberapa iklan jawatan pensyarah di beberapa cawangan uitm yang menyatakan pemilihan hanya kepada mereka yang punyai degree kelas kedua tertinggi dan ke atas walaupun master dan phd holder.
Saya sangat berharap ketiga3 isu di atas tidak akan menjejaskan peluang saya untuk menjadi pensyarah. Walaupun pada dasarnya saya agak mempunyai kelebihan memandangkan main supervisor saya sekarang adalah dekan fakulti. Dia juga berpendapat seperti Prof/Dr. bila isu diatas saya utarakan. cuma saya sgt khuatir dengan sejauh mana kebenarannya.
Respons daripada Prof/Dr. amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum,
1. Saya tidak faham kekangan apa yang saudara maksudkan, tetapi menjadi pensyarah di universiti sama adalah bagus. Tetapi pastikan anda mempunyai “pengaruh” dalam kalangan pentadbir2 universiti tersebut melalui supervisor anda. Maksudnya supervisor anda mampu membawa anda berjumpa dekan untuk dikenalkan dan berpengaruh dalam fakulti terbabit. InsyaAllah dengan itu, anda boleh cuba apply menerusi fakulti dan dibawa ke sesi interview. Prosedur boleh diaturkan oleh supervisor anda atau mengisi borang online.
2. Saya tak tahu mana anda dapat berita tersebut, tetapi skim pencen akan dapat setelah pengesahan jawatan dalam tempoh 3 tahun di universiti saya berkhidmat. Skim pensyarah ini agak unik sedikit berbanding skim yang lain.
3. Benar, tidak lama lagi anda perlu ada PhD + pengalaman kerja untuk memohon dalam universiti. Oleh itu, sambung cepat2 dan pastikan semasa menjadi pelajar PhD anda menulis artikel sebanyak dan sekerap mungkin bergantung kepada dana anda kepada geran supervisor anda.
4. Ini saya tidak dapat sahkan tetapi sememangnya first degree tetap dilihat namun, PhD boleh jadi aset anda untuk membuktikan bahawa PhD anda ini lebih matang dari degree anda. Kekuatan anda terletak pada PhD. Anda boleh timbulkan sewaktu sesi interview.
Bagus, dekan fakulti lebih berpengaruh dan insyaAllah kena cepat2 mohon dan ini merupakan salah satu peluang anda. Dekanlah orang yang bertanggungjawab mengambil staf walaupun kuasa pada Naib Canselor, tetapi Dekan adalah orang terdekat kepada Naib Canselor. InsyaAllah.
Salam Dr. Sy memerlukan sedikit pandangan ikhlas daripada Dr. tentang skim fellowship dan pensyarah tetap.
Saya adalah pensyarah tetap (DM45) di sebuah IPTA dan telah disahkan ke dalam jawatan. Baru-baru ini saya menghadiri temuduga untuk jawatan Penyarah Tetap DS45 di sebuah IPTA lain dengan tujuan mendapatkan biasiswa untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD memandangkan IPTA yg sy berkhidmat kini amat terhad biasiswa staf untuk fakulti saya.
Ape yang berlaku adalah saya telah berjaya dalam sesi temuduga tetapi ditawarkan skim fellowship untuk terus menyambung PhD di US dalam masa terdekat.
Persoalannya adakah patut saya menerima tawaran skim fellowship tersebut sedangkan sy sudah memegang jawatan pensyarah tetap dan sudah 4 tahun berkhidmat.
Jika saya menerima tawaran skim fellowship tersebut adakah saya perlu melalui kesemua prosedur untuk disahkan je dalam jawatan semula.
Saya perlukan komen jujur drp Dr. Kerana sudah buntu haruskah sy menerima tawara tersebut yg membolehkn sy menyambung PhD di luar negara atau haruskah saya kekal pada jawatan sy skrg dan menyambung PhD di dalam negara dengan pembiayaan sendiri.
Sy harap komen Dr. dpt bantu sy dlm menilai dan membuat keputusan.
Terima kasih Dr.
menyambung
pengajian ke peringkat PhD memandangkan IPTA yg sy bekerja sekarang sgt limited
Waalaikum salam,
Soalan ini amat susah juga kerana ini dari segi menasihati keputusan besar yang anda bakal lakukan. Kedua-duanya ada bagusnya dan tidak bagusnya.
.
Baiklah,
Sebenarnya 4 tahun yang anda berkhidmat dalam perkhidmatan awam anda dikira dan jika anda masuk fellowship pun, empat tahun itu tetap ada TETAPI perkhidmatan anda sewaktu fellowship itu tidak dikira.
Tetapi jika anda sambung belajar tanpa berhenti (di universiti anda sekarang), maka semasa sambung belajar, tetapi dikira dalam perkhidmatan.
Yang susah adalah membuat pilihan kerana contohnya jika anda stay pada gaji anda sekarang, dalam tempoh 4 tahun mungkin naik RM1000++ sahaja gaji anda. Tetapi jika sambung belajar 4 tahun, dan diserap masuk semula sebagai skim 51/52, maka gaji anda sudah mungkin naik sekitar RM2000++.
Itu untuk soal gaji, jika perkhidmatan, anda tidak rugi pun sebab bila gaji anda besar, pencen anda besar dengan cepatnya juga. Tetapi prosedur mengesahkan jawatan perlu dilalui semula. dan pencen disambung dari tempoh 4 tahun tersebut. Maksudnya pencen anda ditangguhkan (kena rujuk JPA dari segi nak berhenti sementara dari kerajaan dan masuk semula). Pasti merujuk JPA kerana ada clause membenarkan anda keluar sementara dan masuk semula universiti anda terbabit atau agensi kerajaan lain. TIdak mengapa, ada PhD anda seperti goreng pisang panas yang diperlukan oleh kerajaan/universiti.
Saya rasa, teruskan apa yang dihati anda. Ingat, Allah tentukan rezeki anda dan bukan Naib Canselor atau universiti anda. Allah semata-mata.
All the best.
salam tuan…
saya merupakan salah seorang guru di sekolah swasta dan telah mengajar selama 7 tahun dan sangat berminat untuk menjadi seorang pensyarah…sekarang umur saya sudahpun 32 tahun. saya bercadang ingin menyambung pelajaran dengan mengambil master dalam mood B iaitu research and coursework secara full time. Degree saya dalam bidang matematik dan statistik…untuk skim fellowship syaratnya perlu mempunyai keputusan bachelor degree 3.00 ke atas tetapi saya hanya dapat 2.98 sahaja.soalan saya:-
1) Adakah saya mempunyai peluang untuk menjadi pensyarah IPTA?
2) Adakah semasa dalam tempoh belajar (master) saya boleh dapatkan geran daripada supervisor untuk sambung terus phd setelah tamat master?
3) perlukah saya jadi R.A dahulu semasa dalam tempoh belajar (master)?
Waalaikum salam,
1. Peluang semua yang ada master/PhD ada, cuma bezanya jika ada PhD lebih terbaik.
2. Faktor usia tidak penting dalam bidang pensyarah. yang penting anda ada added value yang penting iaitu master/PhD.
3. Ini bergantung kepada supervisor, jika tidak boleh mohon MyPhD atau mana2 biasiswa lain atau pinjaman pelajaran PTPTN atau MARA. Sebab itu semasa sambung master, tolong supervisor tulis geran dan nyatakan anda mahu membuat PhD dibawah beliau.
4. Tidak perlu atau perlu. Sebab anda boleh jadi RA jika ada supervisor yang ada geran dan buat projek untuk mereka. Jadi lebih baik amik master by research (1 tahun ke 2 tahun). Cadangan saya, amik master by research/coursework dahulu tidak kisah part time atau full time, kemudian sambung PhD melalui cara yang saya maksudkan di atas.
InsyaAllah. semoga anda berjaya.
Assalamualaikum tuan. Saya ingin mengambil master tapi CGPA saya tidak layak. Namun saya sudah bekerja selama 12 tahun dalam bidang yang ingin saya pohon. Adakah masih ada peluang untuk saya dapat? Selain itu, saya ingin menjadi pensyarah, jadi sekiranya saya berjaya menyambung pelajaran dalam pkt master, kaedah mana yang sesuai untuk saya samada ‘Coursework’ atau ‘Researc’? Terima kasih.
Salam,
Saya merasakan anda boleh mengambil master secara part time (coursework) dan kemudiannya menyambung PhD. Laluan mungkin lama tetapi disebabkan anda juga telah lama bekerja, maka jangan difikirkan sangat masa. Yang penting ilmu yang diperoleh dan seterusnya anda mendapat kepuasan hati.
Assalamualaikum Dr,
Saya mempunyai Diploma dan Ijazah di dalam bidang IT major multimedia. 5 tahun lepas saya memyambung pelajaran dan memperolehi Master di dalam bidang Teknologi Pendidikan. Saya bercadang utk menyambung phD tetapi masih tercari2 bidang yang bersesuaian. Mohon pandangan Dr.
Salam,
Memandangkan anda suka mempunyai Diploma dan Ijazah berkaitan IT dan kemudiannya telah mendapat master dalam bidang Teknologi Pendidikan, saya sarankan menyambung bidang berkaitan Teknologi Pendidikan juga kerana itu foundation anda untuk PhD. Bahkan bidang master yang anda ambil itu juga amat bersesuaian dan masih boleh dikatakan sangat baik sekali laluan penyelidikannya. Namun anda harus mencari supervisor yang sesuai
Assalamualaikum, Dr.
Mohon pendapat mengenai situasi sya sekarang ini.
Saya adalah pelajar lepasan degree pengajian Islam UM yang akan bergraduasi pada oktober 2014 akan datang. Masalah saya sekarang ialah, saya sangat beminat untuk menyambung master/phd dalam bidang Clinical Psychology. Untuk ‘terjun’ ke dalam bidang master/phd clinical psychology, saya perlu untuk memiiki degree dalam bidang psychology terlebih dahulu. sekarang saya dalam dilema untuk membuat duble degree dalam bidang psychology atau terus mendapatkan pekerjaan dengan ijazah pengajian islam yang saya telah miliki. Hati sangat berminat untuk membuat double degree bidang psychology sambil bekerja, tetapi ada juga fikiran tentang risiko yang akan datang. Umur saya sekarang 24. Jika pendapat Dr membuat double degree adalah baik untuk saya, mohon pendapat Dr, universit manakah yang menawarkan pengaja double degree secara PJJ.
Nasihat dan pendapat Dr amat saya hargai. Terima Kasih.:)
Salam,
pertukaran bidang ini sememangnya agar mencabar. Ya, kamu boleh mencuba membuat double degree secara part time atau secara full time.
Ini kerana bidang yang ditukar agak jauh sekali dan ini mungkin agak susah untuk dibuat.
Pilihan yang ada adalah double degree dan ingat masa itu jika digunakan untuk menuntut ilmu, maka ianya tidak mengapa. Yang penting, ilmu dan kepuasan yang anda dapat. Ambil sahaja secara part time atau full time.
Risiko memang ada, tetapi buat mengikut kepuasan hati.
Assalamualaikum Dr,
Disini saya ingin membuat pertanyaan. Saya baru sahaja menamatkan pengajian Degree saya disalah sebuah IPTA. Akan tetapi, saya amat berminat untuk menjadi pensyarah di IPTA. Oleh itu saya berhajat utk sambung Master. Saya telah pun memohon utk menyambung pengajian di Master di luar negara dan memohon biasiswa MARA. Akan tetapi, saya gagal untuk mendapat biasiswa tersebut. Saya sudah pun mendapat unconditional offer dari universiti diluar negara. Oleh itu, saya membuat proses rayuan terhadap MARA dan keputusan dijangka diketahui pada bulan June ini. Persoalannya, saya buntu sama ada utk terus menunggu rayuan MARA atau bekerja sambilan sebagai pensyarah sambilan selama 6 bulan? Saya pohon pendapat Dr. terima kasih Dr.
Salam,
Biasiswa MARA sememangnya agak strict sedikit tetapi sebenarnya jika berjaya mendapatkannya maka sudah bagus.
Pendapat saya, kedua-duanya bagus. Yang penting, anda melakukan apa yang terbaik.
Jika bekerja sambil belajar, anda akan dapat pengalaman dan juga master serentak. Disamping kerja yang anda buat itu juga berkaitan bidang yang sedang diambil diperingkat master.
Jika menyambung belajar di luar negara, ada kemungkinan ada universiti yang melakukan fellowship hunting di univ2 di luar untuk bertugas di IPTA mereka. Namun itu bergantung kepada nasib.
Pendek kata, pastikan anda terus mengambil PhD selepas mengambil master kerana hampir kesemua IPTA memerlukan anda mempunyai PhD untuk bekerja dan berkhidmat sebagai pensyarah.
Alhamdulilah terima kasih Dr. Saya sudah pun mengisi utk jawatan pensyarah smbilan. Sya ada berjumpa dgn ketua pusat pngajian (KPP) di universiti saya utk brbincang hal ini. Pendapatnya sama sperti Dr. Dia cdangkan supaya boleh apply utk lecturer smbilan dan buat master research smbil mengajar. Alhamdulilah, jika ada rezeki Allah maka saya akan menjadi lecturer smbilan. Terima kasih Dr.
maaf, copy dan edit dari soalan saudara Latiff.
soalan ini telah pun dikemukakan, cuma saya harap penjelasan lanjut dpt diberikan.
Salam tuan. Saya tengah consider untuk join education pensyarah. Tetapi saya tiada rujukan y dapat beri gambaran tentang life as lecturer. Baca di internet agak samar2.
Mohon tuan kongsikan sedikit pengalaman mengenai perkara berikut:
1. Challenges compare to staying in KKM (orang cakap pening kepala nak kejar buat kertas kerja, journals, supervision, mengajar lagi.)
2. Kenapa ada sesetengah orang boleh terus buat phD. dan ada y perlu buat masters dulu.
3. working hours dan cuti macam mana
4. Payscale (berbaloikah jika dibandingkan dengan kerja2 sebagai pensyarah? in comparison, fresh graduate pharmacist gaji kasar rm4120. dan promotion dia time based iaitu dari gred u41 ambil masa 3,4,4,3 tahun untuk reach gred u54 (total 14 tahun). tetapi terlalu susah untuk dapat jusa C.
5. Bolehkah menjadi jutawan dengan menjadi lecturer, boleh cecah berpuluh ribu tk gaji?
Terima kasih tuan. Saya doakan urusan tuan dipermudahkan dan dikurnia keberkatan rezeki. Semoga ilmu y disampaikan menjadi pencen kubur tuan dan ibu bapa kelak. =)
Salam,
Saya akan menjawab setakat fakta yang saya tahu.
1. Challenges compare to staying in KKM (orang cakap pening kepala nak kejar buat kertas kerja, journals, supervision, mengajar lagi.)
Jawapan: – Pendapat saya, dalam universiti hanya setengah yang berminat sebenar-benarnya dalam bidang pensyarah ini. Bermaksud, berminat untuk membuat kerja-kerja seperti buat kertas kerja, mengajar, supervision, consultancy, penyelidikan, mendapatkan geran dsbnya. Oleh itu, anda akan pening kepala jika tiada minat yang mendalam kepada bidang pensyarah.
2. Kenapa ada sesetengah orang boleh terus buat phD. dan ada y perlu buat masters dulu.
Jawapan: – Sekarang semuanya perlu ada PhD. Berkaitan ada yang boleh terus buat PhD adalah kepada yang mendapat FIRST CLASS iaitu 3.75 ke atas sahaja layak untuk terus ke PhD. Yang kena amik master boleh convert ke PhD juga dengan syarat mempunyai kualiti penyelidikan yang tinggi.
3. working hours dan cuti macam mana
Jawapan: – Pensyarah working hours bergantung IPTA. Setiap IPTA lain halnya. universiti saya boleh masuk dan keluar bila-bila masa.datang 8 pagi boleh, 10 pagi boleh, 12 tengahhari boleh, 2 petang boleh. keluar 5 ptg boleh, 7 malam boleh, 10 malam boleh. Cuti adalah 25 hari untuk yang di bawah 10 tahun pengalaman kerja.
4. Payscale (berbaloikah jika dibandingkan dengan kerja2 sebagai pensyarah? in comparison, fresh graduate pharmacist gaji kasar rm4120. dan promotion dia time based iaitu dari gred u41 ambil masa 3,4,4,3 tahun untuk reach gred u54 (total 14 tahun). tetapi terlalu susah untuk dapat jusa C.
Jawapan: – Pensyarah Kanan (ada PHD) gaji RM6700++. selepas 6,7 tahun dengan jumlah point kenaikan pangkat yang ada, boleh ke gaji Prof Madya. Kemudian berusaha lagi 6,7 tahun boleh ke JUSA C yang bergaji RM10k ke atas. DENGAN SYARAT = menghasilkan geran, student PhD, student master, paper jurnal yang berimpak tinggi, konsultansi, dll.
Ada professor semuda umur 35 tahun. ada seumur 30 tahun. ada seumur 40 tahun. Pendek kata, umur sebelum 50 tahun boelh dapat JUSA C jika memang minat2 jadi pensyarah dan minat buat kerja pensyarah.
kelebihan pensyarah:-
– dapat geran boleh bentang kertas kerja sambil melancong
– dapat beli kelengkapan canggih untuk kegunaan penyelidikan
– ada insentif yang bukan sekadar gaji tetapi jika publish jurnal dapat duit
– dan lain2 lagi termasuk freedom of time dalam government.
5. Bolehkah menjadi jutawan dengan menjadi lecturer, boleh cecah berpuluh ribu tk gaji?
ianya boleh, Naib Canselor dan juga JUSA A mempunyai pendapatan melebih RM20k pada masa sekarang ada Naib Canselor sehingga 30k dan Professor yang bertaraf kontrak melebih 40 ke 50k sebulan (amat sedikit).
terima kasih atas penerangan yang saya kira sangat jelas dan bermakna..saya kini menceburi bidang oil and gas namun berhasrat utk menyambung pengajian saya ke perignkat master dan phd utk mencapai impian saya bergelar seorang pensyarah…semoga selamat semua yg sedang menuju kearah ini….insyaAllah walhamdulillah 🙂
Alhamdullilah. semoga memperoleh manfaat
Saya adalah pegawai kerajaan Gred 48 dan berumur 40 tahun. Sedang membuat PHD di IPTA. latarbelakang akademik : Diploma (UiTM), First Degree (OUM) dan MBA(UMS). Saya telah berpengalaman bekerja di industri di pelbagai jabatan kerajaan. Oleh itu….pada pandangan tuan selaku berpengalaman dalam bidang ini. adakah saya boleh terus memohon gred 45 atau 51.
Saya berpendapat, dengan PhD pada usia sedemikian, pangkat yang boleh diberi semestinya DS51. Ini kerana ianya mestilah selari atau lebih tinggi tangga gajinya dari gred 48 yang saudara sedang pegang. Untuk tangga gaji DS51 juga, akan diambil gred tangga lebih tinggi dari gred 48 (saya tak pasti bab ini tapi majoriti rakan saya yang naik akan dikira sedemikian). di IPTA, sesiapa yang ada PhD ditambah pula pengalaman dari sektor industri (kerajaan/swasta) akan peroleh manfaat besar. Tak kira usia kerana pensyarah tidak mengira usia.
Terima kasih diatas makluman tuan. Adakah Human Resource Area mempunyai prospek untuk dilantik ke jawatan pensyarah.
Bergantung kepada kelulusan anda dan juga universiti tempat anda memohon. Jika sebagai contoh di UUM terdapat bidang yang anda nyatakan tersebut tetapi ada syarat2 tertentu seperti ada kelulusan Master/PhD, dan sebagainya.
Assalamualaikum Dr.
Saya amat kagum dengan setiap penjelasan yang pihak Dr. ulas didalam ruangan komen diatas. Walaupun ada sesetengah soalan itu berulang, tetapi sy nampak yg dr. dengan semangatnya membalas setiap soalan tersebut dengan iklas. Tahniah Dr.!
Saya merupakan pelajar MBA semester akhir, dan CGPA saya masih tidak mencapai 3.5. Sebab apa yang saya tahu, syarat-syarat utk menjadi pensyarah ialah 3.5. Untuk pengetauan Dr., baru-baru ini saya memohon jawatan DS41 di KUIS dengan menggunakan certificate Degree. Tetapi CGPA degree saya pun hanya 3.13 (Degree in Corporate Administration). Masalah yang ingin diutarakan ialah, saya tidak mempunyai keyakinan untuk memohon jawatan sebagai pensyarah dengan result saya yang tidak seberapa itu. Saya agak gerun melihat result kawan-kawan yang lebih gempak dari saya. Btw, the reason of why am pursued my study in master level is just because to be a lecturer.
Saya hanya berserah kepada Allah swt untuk rezeki nan satu itu.
Salam,
Terima kasih, cuma baru-baru ini saya agak sibuk mengendalikan persidangan (dua buah persidangan dalam bulan Mei) dan satu lagi hujung Jun.
Saya merasakan jika menjadi lecturer adalah satu target utama maka memperoleh master adalah satu kemestian. Jika lebih bagus bersabar sedikit masa lagi dan terus mengambil PhD. Kerana untuk master + phd mengambil masa mungkin 3 ke 4 tahun atau 4 ke 5 tahun.
Tapi satu sahaja syarat untuk mengalahkan orang yang result gempak dan sijil berlambak. Iaitu
1) Bercakap dengan nada yakin dan sentiasa menjawab soalan para interviewer dengan hebat – seolah-olah anda bercakap macam seorang pensyarah yang tidak putus-putus.
2) Muka yang ditunjukkan kepada interviewer adalah yakin dan apabila orang tengok, orang tahu anda ini memang berjiwa pensyarah dan hebat
Sebenarnya, orang atasan universiti hendak mencari yang boleh bercakap, bukan sekadar 4 flat yang langsung cakap macam tanya lapan patah jawab sepatah. Memang tidak akan dipilih.
Jadi,
Amiklah master, duit kalau boleh survive dengan duduk dengan keluarga ataupun buat part time keje kemudian amik master (lebih baik).
kemudian mohon lagi jadi pensyarah.
dah settle,
amik phd pulak. ingat, jangan berhenti sekadar master, teruskan ke PhD. tetapkan dalam hati hendak belajar kerana Allah dan mencari ilmu semaksimum mungkin.
salam,saya pelajar lepasan matrikulasi,,,,cita2 saya nk jadi pensyarah dalam bidang fizik,,,saya nk tanya course apa yg sesuai untuk jadi lecturer…kalau saya amik “bacelor sains kepujian major fizik”…boleh jd lecturer x? so, lepas tu saya kene sambung master nk amik course yg camne eh? mohon pencerahan…terima kasih
Salam,
Kalau ingin menjadi lecturer dalam bidang fizik (fakulti sains la ni – pada amnya), saya rasa course yang saudari maksudkan itu boleh. Asalkan ada subjek2 berkaitan fizik di dalamnya. Tetapi competitive dalam menjadi lecturer bidang fizik ini amat sengit. Harus disambung master dalam fizik kuantum ke dan sebagainya. Dan pastikan betul2 ke minat fizik ni? fizik ini amat bagus bidangnya dan saya akui saya sendiri surrender dengan orang yang ada ilmu fizik (yang pegang sehingga PhD). kerana mereka lebih hebat matematiknya dari ahli matematik dan mereka inilah pemegang jurnal2 terbaik dunia dan hadiah nobel. Jadi, saya kagum dengan hasrat saudari. Teruskan apa yang diminati.
Salam tuan.
Saya mempunyai Sarjana Muda di dalam bidang Multimedia. Saya mempunyai pengalaman bekerja,bukan di dlm bidang Multimedia tetapi di Human Resource. Sekiranya saya ingin menjadi pensyarah,saya mesti mengambil master dlm bidang Multimedia juga,atau bolehkan saya mengambil master di dlm bidang lain seperti Business Admin?
Salam,
Sebenarnya, itu boleh berlaku. Dunia pekerjaan ini sebenarnya amat subjektif. Jika anda mempunyai Sarjana Muda bidang Multimedia tetapi tahap praktis adalah minimum kerana bekerja di bidang human resources, peluang mungkin tipis TETAPI ada masanya fakulti yang berteraskan administration course (mungkin pengurusan dsbnya), memerlukan seseorang yang tahu selok belok administration tetapi pada masa yang sama mempunyai kelulusan dalam bidang Multimedia. bahkan dianggap sebagai pensyarah yang sangat diperlukan kerana mungkin ada pendekatan2 baru yang membolehkan idea idea baru berkaitan administration dicampur adukkan dengan multimedia.
Ini realiti dunia pensyarah sekarang, jika anda mempunyai multidicipline dan menjawab soalan interview dengan baik (tapi mesti ada master/PhD), maka anda pula akan dianggap sangat penting.
Selamat berusaha.
Terima kasih Tuan ats respond yg jelas dan tepat.Semoga Allah merahmati memberkati hidup Tuan.
Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Sebelum ini saya mempunyai sarjana muda dalam bidang multimedia, dan kemudiannya saya melanjutkan master dalam bidang bahasa, dan seterusnya PhD. Untuk makluman puan, bidang kajian PhD saya adalah dirangkumkan keduanya iaitu multimedia dan bahasa. Alhamdulilah, saya kini berada di tahun pengajian dan kini sedang menyiapkan penulisannya.
Soalan saya,
1) Adakah saya perlu memohon jawatan pensyarah dalam bidang multimedia atau bahasa?
2) Namun kekuatan saya adalah dalam bidang bahasa, kerana saya telah menghasilkan banyak buku, artikel dan juga pernah memenangi beberapa anugerah dalam penulisan saya.
Mohon pandangan Dr.
Salam,
Saya mengucapkan tahniah kepada anda kerana bakal menamatkan pengajian dan juga mempunyai koleksi pencapaian peribadi yang baik. Untuk pertanyaan anda, saya berpendapat ada bagus memohon dalam bidang bahasa, kerana bidang itu keperluan pensyarah PhDnya agak tinggi juga dan ditambah kemahiran degree dalam multimedia, pelbagai perkara boleh dibuat apabila bertugas kelak. Ini kerana bidang multidisiplin amat penting untuk perkembangan sesebuah fakulti.
Cuma yang penting adalah anda sedaya upaya menyakinkan para penemuduga untuk perkara tersebut. InsyaAllah akan berjaya.
Assalamualaikum Dr.,
Saya sangat teruja membaca balasan-balasan yang Dr telah sampaikan kepada para pengunjung blog Dr ini. Untuk makluman, saya sekarang semester 1 pengajian sarjana ‘Environmental Engineering, UTM Skudai’. Saya sangat bercita-cita untuk memasuki laluan akademik. Sebelum ini saya pernah bekerja di sebuah syarikat multinasional selama 5 tahun (2008-2013) sebagai jurutera servis lapangan (Field Service Engineer) yang terlibat dengan chemical specialties in water treatment system in petrochemical plant. Jawatan tersebut memang amat jauh daripada bidang asal ijazah pertama saya dahulu iaitu Sarjana Muda Biologi Industri. Tetapi mungkin sebelum itu saya memang pernah bekerja sebagai pembantu penyelidik di FKA UTM (Kejuruteraan Alam Sekitar) dan juga Jabatan Biologi, jadi memberikan kelebihan kepada saya untuk lebih berkeyakinan semasa ditemuduga dan seterusnya adapted dengan persekitaran kerja industri yang sememangnya mencabar.
Ada beberapa persoalan yang ingin saya ajukan pada Dr.:
1) Dengan CGPA saya ketika ijazah pertama 2.85 sahaja, tetapi dengan pengalaman bekerja di industri, pengalaman ini akan membantukah untuk melayakkan saya ke jawatan pensyarah?
2) Bilakah dan bagaimanakah saya boleh memohon Skim Fellowship dan berapa banyak elaun yang diberikan (contoh di UTM bagaimana?)
3) Semasa pengajian master mixed mode, bolehkah saya hantar jurnal walaupun tidak menjadi syarat untuk lulus program master ni
4) Bagaimana untuk menghasilkan satu review paper untuk bidang kajian yang saya minati?
Harap Dr sudi memberikan nasihat.
Salam,
1) Ijazah pertama tetap dilihat tetapi disebabkan pencapaian anda yang banyak terlibat dengan industri akan membantu anda dalam memohon sebagai pensyarah kelak. Namun harus anda sedar, anda perlu memiliki setidak-tidaknya master untuk memohon pensyarah. Sebab bidang tersebut memang sedang meningkat naik dan competition agak tough di IPTA.
2) Skim fellowship dibuka sepanjang tahun jika di universiti tempat saya bekerja dan saya rasa kemungkinan besar ianya juga sama di universiti2 lain. Anda hanya perlu hubungi nombor telefon universiti dan contact human resource department dan bertanyakan berkaitan hal fellowship.
3) Menghantar untuk jurnal tidaklah salah, tetapi pastikan kajian yang dibuat tersebut adalah anda punya sendiri. Jika supervisor punya dan anda sebagai pelajar sahaja, maka minta kebenaran beliau. Sebab sebagai pelajar, anda tertakluk kepada peraturan kepada supervisor, fakulti dan universiti.
4) Ini soalan agak general dan sukar juga untuk diterangkan, tetapi saya boleh cuba ringkaskan. Review paper sebenarnya dihasilkan setelah anda telah mempunyai kefahaman 120% terhadap apa yang anda sedang lakukan kajian. Membuat review paper secara half-baked adalah berbahaya kerana kefahaman yang salah membuatkan anda menghasilkan satu kertas kerja yang sebenarnya salah kerana menyebarkan ilmu salah kepada orang lain. Oleh itu, pastikan anda yakin untuk melakukan review tersebut dan jelas apa yang dimaksudkan dalam kajian yang dimiliki. Pastikan juga anda cite paper2 sebelumnya dan mampu melakukan analisis yang adil.
Salam wrt
Saya nak tanya,sy mempunyai master dlm bidang kejuruteraan penerbangan.Baru2 ini saya dijemput menghadiri temuduga utk sambung phd dlm bidang Thermodynamic which is agak berbeza dari bidang saya.
Adakah bagus utk sambung phd dlm bidang yg saya tidaklah ada basic yg kuat atau boleh mencuba.tq
Salam,
Dari segi menyambung belajar, ianya amat bagus. Tetapi dari segi mampu atau tidak diri anda menyahut cabaran berlainan bidang ini, anda kena buat keputusan tepat. Boleh mencuba tetapi dikhuatiri membazir masa dan buah fikiran.
Sebaiknya, fikir samada anda hendak atau tidak.Tidak kisah lain bidang, tetapi yang penting kemahuan yang sangat tinggi. Sebabnya
Bila ada kemahuan, akan mendatangkan minat.
Bila kemahuan semakin tinggi, minat akan semakin datang dalam diri
Bila minat semakin tinggi, insyaAllah semuanya akan berjaya.
Assalamualaikum tuan,
Saya sangat seronok membaca balasan-balasan tuan dalam posting ini.. saya juga sangat berminat untuk menjadi seorang pensyarah. Untuk pengatahuan tuan, saya baru sahaja tamat belajar ijazah sarjana muda dan bakal bergraduasi pada september ini.
Disini saya mempunyai satu soalan, harap tuan dapat menyelesaikan dilema saya.. saya menerima panggilan temuduga GRA (graduate research assistant) dan melalui GRA saya boleh terus sambung master, persoalan saya adakah bagus untuk saya menjadi RA? Tidak mengganggu pembelajaran master sy atau lagi memudahkan sy, memandangkan saya tidak ada pengalaman mengenai perkara ini.
Selain itu, saya berada dalam dilema kerana saya juga telah memohon UPM untuk sambung master by coursework sebelum menerima tawaran untuk temuduga menjadi RA di UMK. Saya bimbang dengan umur yang meningkat kerana takut master by research mengambil masa yang lama kerana sekarang saya sudah 25 tahun dan sudah berkahwin.
Bolehkan tuan bagi pandangan tentang masalah saya, adakah teruskan fokus untuk menerima sebagai GRA di UMK dgn master by research iaitu duration of study lebih lama berbanding coursework di UPM??
Terima kasih tuan.
Salam,
sebenarnya soalan ini amat subjektif tetapi saya boleh bagi berdasarkan cadangan saya. GRA adalah satu sistem di mana anda dibayar gaji bulanan dari sebuah research grant. Dan pada masa yg sama ianya adalah untuk bayar yuran master anda juga. Maksudnya two in one. Tetapi jika nak dibandingkan dengan coursework,sudah tentu coursework lebih mudah, cepat dan insyaAllag master tu senang aje dpt berbanding master by research yg mungkin takut tersungkur di tengah jalan.
jadi, anda mesti tahu capability apa yang anda boleh buat.master by research memudahkan anda apabila buat phd kelak. Kerana anda dah tahu apa nak kena buat. Berbanding master by course yg menyebabkan anda nak sambung phd pun mungkin agak ketakutan sedikit. Masing masing ada kelebihan dan kekurangan tetapi tanya diri apa yg boleh dibuat. Nak lebih masa dgn famili atau mcm mana. Untuk keputusan ini, saya mencadangkan agar teruskan mengambil secara yg terdekat dgn famili. Maksudnya yang,membolehkan anda dekat dgn famili sebagai penghilang stress dan menikmati kehidupan sambil sambung brlajar. By course atau research, dua dua boleh asalkan ikut apa anda rasa mampu.
Aslkmkm tuan.. Di sini Saya ingin meminta pendapat tuan.. Dengan permasalahan Saya ini… Saya mempunyai diploma dlm pengurusan pentadbiran uitm.. Degree dlm pengurusan maklumat uitm.. Dn Sekrg Saya master dlm sains maklumat Di Universiti Malaya .. Mix mode.. Dn skrg proses menghantar thesis (40 kredit) ..Saya bercadang Sambung dlm bidang berbeza.. Iaitu PhD dalam sains pentadbiran dan polisi.. Skrg Saya mengajar Di kolej teknikal dlm bidang pengurusan.. Adakah bidang yg Saya Akan Sambung nanti sesuai dengan pengalaman kerja Saya.. Dn Adakah mudah Saya mencari peluang pekerjaan selepas ambil bidang PhD tersebut.. Di lain tempat.. Dn Saya bercadang nk Sambung Di uitm.. Memandangkan Di Universiti Malaya cgpa Saya cuma (3.70) dan memerlukan cgpa 3.80 utk Sambung di Sana.. Dan Sgt sukar Saya nk capai sasaran kehendak Universiti.. Dan kredit thesisnya tinggi… Tuan Saya amat tertekan sedikit dgn mode research.. Agak Agak tuan.. Ada tak Universiti yg menawarkan PhD coursework.. Terima kasih..
Sent from my iPad
> On 20 Jun 2014, at 15:04, “asyrani.com” wrot >
Salam dan selamat berpuasa,
Sebenarnya, tiada istilah PhD coursework tetapi di Australia yang saya dapat tahu ada yang berbentuk proposal defend (tetapi agak susah di peringkat awal).
Nasihat saya, cuba tamatkan dengan selesa dahulu master yang anda sedang ambil. Kemudian bila sudah tamat kelak, dengan fikiran yang tenang anda boleh sambung PhD yang bidang anda kehendaki. Ingat, harus menyambung bidang yang paling diminati dan ini membantu anda kelak.
Tertekan adalah perasaan normal. Oleh itu, selamat menamatkan pengajian master dan menyambung peringkat PhD. Ingat, tiada apa yang senang atau susah di dunia ini.
Assalamualaikum Dr,
Saya ni lepasan SPM 2013 dan alhamdulillah saya dapat tawaran penghantaran pelajar cemerlang (ppc) ke Jordan dalam bidang bahasa Arab. Namun selepas pulang ke Malaysia nanti saya akan terikat kontrak menjadi guru selama 8 tahun. Saya nak tau ade tak jalan keluar untuk saya melepaskan diri drpd kontrak ni sebab saya berhajat nk menyambung Master & PHD dan seterusnya menjadi seorang pensyarah ? Terima kasih 🙂
Salam,
sebenarnya memang boleh pecah kontrak, tetapi harus bayar ganti rugi. Sebagai contoh, ada rakan saya perlu bayar rm165k sekiranya mahu pecah kontrak setelah di UK selama menyambung phd. Jadi ianya bergantung kepada diri kita samada mampu bayar ataupun membuat pinjaman wang untuk bayar.
saya sarankan, sambung sahaja secara part time dan itu lebih mudah cuma mungkin akan membebankan
Assalamualaikum Dr,
Saya ni lepasan SPM 2013 dan alhamdulillah saya dapat tawaran penghantaran pelajar cemerlang (ppc) ke Jordan dalam bidang bahasa Arab. Namun selepas pulang ke Malaysia nanti saya akan terikat kontrak menjadi guru selama 8 tahun. Saya nak tau ade tak jalan keluar untuk saya melepaskan diri drpd kontrak ni sebab saya berhajat nk menyambung Master & PHD dan seterusnya menjadi seorang pensyarah ? Terima kasih 🙂
Assalamualaikum Dr,
SUBHANALLAH. Sememangnya saya begitu terkejut dengan keikhlasan yang terlalu amat mendalam daripada Dr. Motivasi yang bersandarkan sepenuhnya kepada ALLAH SWT. Perkongsian tulus daripada kalbu Dr. yang amat menyentuh pada sesiapa yang membacanya.
Salam..sy ingin tanya pendapat dr…sy br hbs executive dip. dlm business mgmnt (under UUM)(cgpa 3.81) dan berumur 35..persoalan sy blhkah sy teruskan pgajian ke master?skg ni sudah ada pgajian exc.master blhkah pgajian ini mlayak diri mjadi seorg pensyarah?adakah master dan exc.master sama?sila beri pandangan?terima kasih..
Salam,
Sebenarnya untuk berkaitan menjadi seorang pensyarah ini, perlulah diketahui tahap kelulusan yang IPTA atau IPTS tersebut perlukan. Selain itu, kelayakan untuk menyambung master juga berbeza untuk setiap universiti.
Nasihat saya adalah menyambung belajar sehingga tahap kelulusan yang diyakini mampu diterima oleh kebanyakan universiti (sebagai contoh peringkat Master/PhD) dan kemudian memohon sebagai pensyarah. Walaupun mungkin memakan masa tetapi itu lebih baik.
Ini kerana menyambung master dan PhD merupakan kehendak majoriti universiti pada masa sekarang.
salam Dr,
saya tertarik dengan cara Dr memberi explanation kpd setiap soalan. sy tergerak hati ini mendapat kan pandangan Dr. Sy berminat ingin menjadi pensyarah. skng sy sudah ada bachelor degree in psychology and master in education. tetapi sy bercadang ingin menyambung phd dlm bidang psychology kerana sy rasa minat sy lebih kpd bidang tersebut.
sy tidak ada pengalaman bekerja/mengajar, sy sudah berusaha utk mndptkn kerja di kolej, ipt tetapi masih tiada rezeki. sy trpkir jgak, sbb sy tiada pengalaman mengajar, jd susah utk memohon jwtan pensyarah.
dhrap Dr dpt memberi pndpt.
terima kasih
Salam,
Dari segi bidang, tidak kisah apa bidang dalam peringkat PhD yang diambil asalkan meminatinya dan dapat menyiapkan dalam tempoh tertentu. Selain itu, untuk menjadi seorang pensyarah semestinya soal komunikasi itu ditunjukkan dengan jelas.
Bakal pensyarah tidak semestinya mempunyai pengalaman yang unggul. Kerana yang penting adalah komunikasi semasa mengajar dan cara anda bercakap itu memainkan peranan penting. Penemuramah adalah dari kalangan Professor yang melihat anda cara mengutarakan sesuatu hujah dan berkata-kata dengan baik serta yakin. itulah yang penting, iaitu keyakinan bercakap dan mampu mengupas sesuatu perkara dengan mendalam.
Namun, harus ditunjukkan di atas kertas terlebih dahulu yang anda memiliki sesuatu yang agak baik berbanding calon-calon yang lain. Misalnya jika permohonan menjadi pensyarah adalah dibuka sebanyak 20 orang sahaja tetapi yang memohon adalah 200 orang. Maka dipanggilnya top 20 person terlebih dahulu dan jika tiada baru dipanggil yang selebih 20 dan berikutnya. Itu memang memerlukan nasib dan keputusan atas kertas yang baik.
salam Dr,
saya tertarik dengan cara Dr memberi explanation kpd setiap soalan. sy tergerak hati utk mendapat kan pandangan Dr. Sy berminat ingin menjadi pensyarah. skng sy sudah ada bachelor degree in psychology and master in education. tetapi sy bercadang ingin menyambung phd dlm bidang psychology kerana sy rasa minat sy lebih kpd bidang tersebut.
1-sy tidak ada pengalaman bekerja/mengajar, sy sudah berusaha utk mndptkn kerja di kolej, ipt tetapi masih tiada rezeki. sy trpkir jgak, sbb sy tiada pengalaman mengajar, apabila tamat phd nnti, susah utk mnjdi pensyarah.
2-apakah yg harus sy lakukan? smbg phd dlu atau cari pengalaman bekerja?
dhrap Dr dpt memberi pndpt.
terima kasih
Salam,
untuk soalan kedua tersebut, saya sarankan mengambil PhD beserta bekerja jika mampu. Dan jika memang berminat juga menjadi pensyarah, teruskan mengambil PhD dan ingat untuk tingkatkan prestasi diri menjadi pensyarah semasa menyambung PhD tersebut dengan sentiasa menerbitkan kertas kerja dan juga menjadi presenter yang bagus semasa pembentangan persidangan atau semasa viva kelak.
Salam tuan . Saya ingin bertanya , saya sekarang dalam diploma dlm bidang aviation dan berniat menyambung ke master dlm bidang ini. Apakah pendapat tuan jika setakat master sahaja untuk meminta jawatan sebagai pensyarah dalam bidang ini? Adakah kena sambung PhD ? Apakah saranan tuan ?
Salam,
Saya tiada info yang mendalam dalam bidang aviation ini tetapi jika memohon sebagai pensyarah sarankan melihat mana universiti yang menawarkan pensyarah dalam tahap kelulusan peringkat master. Setiap universiti berbeza requirementnya dan ini membolehkan anda mengkaji terlebih dahulu keperluan tersebut.
Saya nasihatkan untuk teruskan sahaja menyambung ke peringkat tertinggi kerana kelak dalam tempoh 5 ke 10 tahun lagi, PhD merupakan syarat utama dan wajib.
Saya berumur 29 tahun, seorang guru dan mempunyai 2 anak (3thn dan 2 thn).. saya sangat berminat nk sambung master tetapi tidak mendapat sokongan suami dan keluarga memandangkan anak masih kecil. Saya masih mahu upgrade dan memberi nilai tambah pada diri saya dan sememangnya saya minat nk sambung master bidang “measurement and evaluation” di UTM. Boleh prof bagi idea bagamana cara untuk saya yakinkan suami saya dna keluarga saya yang saya insha Allah dpt melalui cabaran semasa mengambil master ini?
Salam,
Dalam soal keluarga susah juga untuk saya nasihatkan tetapi apa yang boleh saya sarankan adalah berbincang dengan baik iaitu apa faedah yang boleh diperoleh sekiranya ada master/PhD. dan kemudian buktikan anda mampu mengambil master disamping menjaga anak. Caranya mudah sahaja, teruskan mendaftar dahulu master dan kemudian buktikan pada 1st semester kemampuan anda. Namun, jika tidak mampu secara berterusan mengambil master, ambil secara sedikit2 subjeknya dan kemudian tamatkan dalam tempoh yang agak lama sedikit.
Tapi harus diingat yang pengorbannya amat tinggi iaitu masa dan tahap keletihan dalam diri. Pembahagian masa harus dibahagi dengan sangat teliti. Misalnya, amalkan bangun jam 3 pagi hingga subuh untuk membuat kerja-kerja master. Tetapi jangan setiap hari, cukup sekadar seminggu 2,3 kali. Yang lain masa untuk rehat. Saya sendiri dahulnya sepanjang 3 tahun, amalkan sedemikian dan alhamdulillah sudah terbiasa bangun awal. Bahkan yang bagusnya anda boleh amalkan solat tahajud sebelum bermula study dan menyiapkan projek master/PhD.
assalamualaikum Dr..harap dr blh memberi pandangan/nasihat
saya seorang guru, skrg sedang sambung PhD sem 1 pengurusan & pentadbiran…saya belajar bersama dengan suami…separuh masa…ada seorang anak berumur 1 thn 7 bulan..saya ada beberapa kemusykilan:
1)supervisor saya mgkin akan bersara pada tahun 2017. ada rakan-rakan yang nasihat supaya tukar supervisor supaya tidak timbul masalah di kemudian hari.
2)fokus kajian saya tidak banyak bahan/rujukan dalam Malaysia, tetapi banyak di luar negara. saya rasa agak ‘susah’ untuk mencari dan seterusnya luntur semangat.
3) Saya menghadapi masalah masa kerana anak kecil sentiasa ajak bermain bersama. apa yang saya target tidak tercapai. selepas itu saya kepenatan. begitulah berlalu hari demi hari. akhirnya, apabila tiba masa bertemu supervisor saya datang dengan ‘tin kosong’. Suami banyak menasihati tetapi kadang-kadang saya biarkan sahaja tanpa ada usaha.
semoga Dr dpt membantu saya. terima kasih Dr. selamat memunaikan ibadah puasa.
Salam,
Saya tahu ianya amat memeritkan menyambung separuh masa ditambah sebagai seorang guru, dan ditambah sebagai seorang ibu, dan yang paling utama sebagai seorang isteri yang perlu melayan juga suami.
Baiklah, saya cuba menjawab satu persatu.
1. kemungkinan bersara 2017 itu masih lagi dalam keadaan ok, tetapi memandangkan pengambilan phd adalah secara separuh masa, digalakkan mencari pensyarah muda yang mempunyai PhD sebagai co-supervisor. Kelak, apabila pensyarah utama bersara, co-supervisor akan mengambil alih. Percayalah, pensyarah muda lagi suka ada student sebab itu KPI mereka berbanding yang nak pencen.
2. Tiada masalah jika rujukan tiada di malaysia, sentiasa kita boleh akses bahan2 di luar contohnya di dalam database ISI Thompson dan sebagainya. Ianya digelarkan sebagai Journal/Proceeding database. Saya rasa sebagai student part time pun di mana-mana universiti, saudari boleh akses di rumah juga. Saya sarankan pergi ke perpustakaan tempat universiti saudari mengambil PhD, dan tanya bagaimana hendak akses journal database dari rumah. Ada caranya. sebab akses ke journal database tersebut hanya dapat detect IP universiti terbabit sahaja, jadi untuk akses dari rumah perlu special instruction.
3. Itu memang, anak saya dua tahun pun sentiasa bermain dengan saya waktu pagi hingga ke malam atau selepas pulang bekerja. Sebab itu, saya sarankan perkara berikut:
a) Sentiasa tidur waktu anak nak tidur. jika petang tersebut dia tidur, tidur bersama-sama dia dan jangan buat keje lain dulu
b) Jika ada nak masak dan sebagainya, cuba masak dalam keadaan anak tidak tidur walaupun mungkin agak susah nak memasak atau mengemas semasa anak sedang nak main2. tapi sebab nak dapatkan rehat semasa dia rehat itu penting.
c) Cuba dari dalam satu minggu, satu hari untuk bangun jam 2 pagi hingga ke subuh. Ingat, hanya sekali seminggu dan buat semasa hari yang tidak sibuk supaya tidak mengantuk semasa bekerja. Saya pernah tidak tidur dari jam 2 pagi hingga zohor. tapi disebabkan saya pensyarah (masanya flexible), saya pulang lepas zohor dan tidur (tapi anak bersama isteri bermain).
d) Jaga anak secara bergilir2. Pastikan dapat tidur waktu petang jika boleh. Maknanya, seorang tidur, dan seorang bermain dengan anak. Ini pengorbanan, kena beritahu dengan jelas.
e) Usaha jangan tergopoh-gopoh. Apa yang dimaksudkan gopoh adalah nak perubahan drastik. Usaha boleh bermula sebagai contoh dengan membaca 1 artikel seminggu. Jangan sentuh artikel lain dan baca artikel itu sahaja sampai faham.
sebulan dah dapat 4 artikel. dan pastikan amik keyword2 penting.
Jadi, selamat berusaha dengan sistematik dan tidak perlu tergopoh gapah. 1 artikel seminggu, nak 1 artikel sebulan pun boleh. tak perlu nak kejar sampai 10 artikel seminggu. baca sampai lunyai 1 artikel tu sebulan. sejam sehari baca pun takpa. atau satu paragraph sehari pun takpa.
Salam Dr.
Saya ingin bertanyakan pendapat Dr. Saya akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Phd dalam bidang kejuruteraan polimer di UK pada September ini. Untuk pengetahuan Dr, saya sudah dapat MARA. tetapi MARA hanyalah pinjaman, bukannya biasiswa. Saya juga baru sahaja cuba memohon skim fellowship mana-mana universiti sebab MARA tidak akan tanggung family (saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak), jadi kalau bawah universiti, family akan ditanggung sekali, kuranglah bebanan kewangan sikit. Soalan saya perlukah saya tunggu keputusan fellowship atau pergi sahaja dengan MARA memandangkan saya dah lewat mohon dan tarikh pendaftaran saya semakin hampir? Mohon Dr reply di email saya: fasehashukor@gmail.com.
Many thanks.
Salam tuan/dr/prof
saya sekarang sudah bekerja di ipta dengan hanya menggunakan diploma selama 8 tahun. Saya memiliki diploma (env.health-UiTM), (B.sc hons Env Tech-UiTM) dan Masters Safety, Health & Environment-UTM.. sebagai tambahan saya juga mendapat pensijilan daripada NIOSH setelah lulus semua peperiksaan yg ditetapkan.(ramai juga rakan yg suggest pergi swasta utk dapat pay yg lebih as SHO tapi saya lebih berminat utk jadi pensyarah..insyaallah)
Masalah yang saya ingin ajukan:
1) Sudah banyak percubaan saya try untuk pohon jawatan sebagai pensyarah, tetapi tiada respon..adakah mungkin disebabkan oleh Ijazah sarjana muda yg saya perolehi kelas kedua(bawah) walaupun masters saya 3.85…
2) Saya terfikir utk sambung pHD…tetapi saya xtau cara utk memulakannya…adakah perlu saya mencari supervisor terlebih dahulu ataupun penaja terlebih dahulu…dan apakah jenis persediaan yg perlu saya ada untuk menyambung pHD
3) dimanakah penaja yang boleh saya perolehi utk menyambung pHD?
Harap tuan/dr/prof dapat membalas soalan saya sekiranya berkesempatan…wallahuaklam
Salam,
Bagus cerita saudara. cuma mari kita menjawab persoalan saudara.
1. itu memang jelas bagi sesetengah (hampir kesemua) universiti. walaupun master tinggi menggunung, tetapi degree pertama dilihat. Tetapi bergantung kepada bidang master itu jugak. kerana apa? Kerana jika master by research ianya lebih atau sangat bagus. Ditambah pula master by research ini pelajarnya lebih berdikari dan mampu berkomunikasi dengan baik. itu yang pertama, komunikasi dan juga tahap expert untuk master tersebut. Oleh itu, saya “terpaksa” sarankan saudara mengambil PhD.
2. Cara menyambungnya? Mudah sahaja. ikuti langkah berikut:
a) Dalam tempoh 2 ke 3 bulan, fikirkan apa yang paling diminati dan sangat suka akan bidang tersebut. Seolah-olah bila baca berita, dengar kat tv dan sebagainya berkaitan perkara tersebut, terasa memang nak dengar lama2 dan bercerita mengenainya. Tumpu bidang tersebut.
b) Setelah tahu bidang, dari 20 IPTA di Malaysia ini, cari Professor/Prof. Madya atau Dr. yang aktif dalam bidang tersebut. kerana ada yang tidak aktif itu tidak bagus. Cari sahaja di UPM, UKM, UTM, dsbnya. Dapatkan phone call, email dan beritahu minat saudara nak menyambung PhD di bawah pensyarah terbabit.
c) Dah dapat Professor/Prof. Madya/Dr., maka sekarang cari jalan untuk cari sumber kewangan, samada duit geran, MyPhD, pinjaman wang, part time dan sebagainya. Ingat, duit bukan masalah, sebab yang penting berkorban wang dan masa untuk benda yang dimnati.
d) Boleh cuba MARA/PTPTN atau mana2 yayasan kerajaan negeri. Dan doa agar diberi peluang mendapat pembiayaan.
Asslamualaikum Tuan,
Saya amat tertarikh dengan blog ini terima kasih atas pendapat dan cadangan yang diberikan. Blog ini juga sebagai rujukan kepada saya yang baru dalam bidang akademik ini.
Alhamdulillah saya telah konvo PHD saya pada April 2014 dan saya kini bekerja di salah sebuah IPTA. Saya ingin bertanya, sepanjang tempoh pembelajaran saya adalah di Malaysia. Saya amat berminat untuk membuat ‘post doc’ di luar negara, di samping mendapat pendedahan dan boleh meningkatkan bahasa inggeris saya.Soalan saya, selalunya macam mana proses staf yang baru masuk kerja dan bercita-cita untuk membuat ‘post doc’, perlukah saya mengesahkan jawatan terlebih dahulu atau ada syarat-syarat lain atau saya patut mengambil cuti?
Pandangan daripada pihak tuan amatlah diharapkan. Terima kasih.
Salam,
Tahniah kerana berjaya menjadi seorang pendidik.
Baiklah, jawapan itu agak subjektif dan sebenarnya saya juga tidak boleh beri jawapan yang muktamad. kerana ianya bergantung kepada perlunya disahkan jawatan atau syarat2 lain seperti mengikut queue dalam jabatan untuk sambung post-doc. Boleh tanya pihak dekan tetapi selalunya yang baru masuk agak keberatan pihak pentadbiran nak bagi melainkan hubungan yang baik atau cable besar orang ckp dengan orang atasan.
salam..saya berumur 25 tahun dan bakal menamatkan pengajian master saya di uitm pada mac 2015..utk pengetahuan tuan saya mengambil master in mass communication..saya ketika ini amat berada dlm keadaan dilemma..begini tuan..saya mempunyai impian yg tinggi untuk menuntut ilmu di negara matahari terbit iaitu jepun. ini membuatkan saya begitu berazam utk menyambung pengajian phd saya iaitu mass communication di jepun kelak. persoalan saya, adakah phd di jepun relevan utk menjadi pensyarah di malaysia? kerana saya ingin memohon phd di jepun di universiti yg diiktiraf MARA sahaja. saya begitu tertekan kerana ahli keluarga sarankan saya utk mmbuat phd di UK. utk pengetahuan tuan saya sangat berminat dan obses dengan budaya masyarakat jepun yg berdisplin dan teratur. ini membuatkan saya mempunyai azam yg tebal utk menimba ilmu disana. boleh saya minta pendapat tuan dalam hal ini kerana saya sangat berharap utk membuat phd di jepun.
Salam,
Bagus cita-cita saudara.Dan saya yakin saudara ini seorang yang penuh teliti dan membuat kajian terlebih dahulu berkaitan PhD kerana tahu bidang2 ini ditawarkan di negara mana dan universiti mana.
Saya sarankan saudara kukuhkan hati saudara dan fikir setelah apa yang diambil, siapa yang layak buat keputusan. Adakah kita masih bergantung kepada orang lain dalam membuat keputusan, atau sekadar mengambil nasihat atau sememangnya kita yang tentukan. itu saudara kena jawab dalam hati saudara. Tahap keberdikarian (ada ke ayat ni? hahaha), adalah bergantung kepada tahap saudara dalam menentukan hala tuju hidup saudara. Ingat, pilihan tiada yang salah. Yang salah adalah tidak langsung membuat pilihan tanpa memikirkannya.
Do what you think is the best for you and not to cheer others. Others can help but will never decide everything in your life. Your career path is wide open.
inshallah saya akan lebih kukuhkan hati ini utk buat keputusan dan saya yakin ilmu tu luas..dalam pendapat tuan adakah phd di jepun releven utk digunapakai sebagai kelayakan untuk menjadi pensyarah di IPTA malaysia? kerana saya amat berminat utk fasih berbahasa jepun dan akan jadikan ia sebagai bhs ketiga saya.
Salam,
Sudah tentu, PhD dari Jepun telah terbukti di universiti2 Malaysia sebagai pilihan utama selain dari UK. Bahkan banyak rakan saya telah mengambil PhD dari jepun. Mereka juga fasih dan boleh bertutur bahasa Jepun
Selamat pagi . Saya seorang guru berumur 25 tahun mempunyai ijazah sarjana muda pendidikan . Saya sangat berminat utk menjadi pensyarah tidak kira di ipta ataupun ipts. persoalan saya, saya ingin menyambung master secara fulltime dan kemudian PhD. adakah saya layak untuk menjadi pensyarah sambilan di mana2 ipts atau ipta?
Salam Sejahtera,
Saya tidak tahu samada anda bekerja sektor kerajaan atau swasta, tetapi saya mengambil kira point yang anda berminat sambung belajar secara Full Time untuk master dan kemudiannya PhD.
Baiklah, untuk menjadi pensyarah sambilan di mana2 ipts atau ipta sememangnya ada, tetapi agak limited. Selalunya calon dikehendaki datang sendiri ke tempat tersebut samada menawarkan pensyarah secara sambilan. Sebagai contoh, rakan saya seorang pensyarah di IPTA dan juga mengambil part time pensyarah sambilan di Open University. Jadi, saya rasa ianya boleh tetapi pastikan ada qualification yang dikehendaki contohnya ada master atau PhD bidang berkaitan. Ianya juga tertakhluk kepada kekosongan fakulti tersebut dalam mencari pensyarah sambilan kerana lazimnya mereka mahu staff yang tetap terus. Kecuali ianya difikirkan sesuai untuk mengambil pensyarah sambilan (sebagai contoh mungkin stafnya sendiri sambung belajar dan pada masa yang ketiadaan staf tersebut, pensyarah sambilan diambil dahulu).
Jadi, dari segi kelayakan itu adalah bergantung kepada universiti yang dipohon. harus diingat setiap universiti berbeza peraturan dan kelayakan. Oleh itu, ianya tidak jelas untuk diberitahu dari segi layak atau tidak. Mungkin boleh mulakan dengan mengambil master dahulu. dan apabila tamat kelak, hubungi universiti2 yang berdekatan (bahagian HR mereka) untuk jawatan pensyarah sambilan.
Assalamualaikum Tuan. Semoga Tuan sihat dan sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T..
Saya baru sahaja menamatkan pengajian matrikulasi, sedang menunggu keputusan UPU untuk melanjutkan pengajian dalam Kimia Tulen di IPTA. Alhamdulillah, saya juga baru mendapat tajaan bersyarat biasiswa mybrainsc (tetapi belum lagi hantar surat tawaran university sebab UPU belum keluar dan belum hantar lagi transkrip keputusan matrik sebab belum sampai rumah). Setahu saya biasiswa mybrainsc ini, apabila pelajar degree sudah tamat pengajian, akan menjadi tenaga pengajar di IPTA selama 5 tahun.
Soalan saya,
Bolehkah sekiranya saya terus mengambil PhD? Sekiranya boleh, apakah minimum requirement yang diperlukan? Bukan apa, saya memang aim mahu jadi pensyarah terus dan seperti yang Tuan nyatakan sekarang pengambilan pensyarah university memerlukan PhD, jadi saya kira lebih baik sekiranya saya terus ambil PhD sekiranya layak.
Sekiranya begitu, adakah saya akan menjadi tenaga pengajar selama lima tahun itu sambil mengambil PhD? (mengajar sambil belajar) Atau macamana?
Terima kasih kerana sudi menjawab dan selamat menjalani ibadah puasa. 🙂
Salam,
Baiklah, untuk mybrainsc saya tidak mempunyai maklumat sangat berkaitan dengannya namun saya nasihatkan saudara cuma semak setiap isi perjanjian dan apa yang terkandung di dalamnya. Boleh bertanyakan terus kepada KPT berkaitan soal menjagi tenaga pengajar IPTA ini.
Untuk mengambil PhD terus (skip master) sememangnya boleh,tetapi anda harus melalui Full Degree selama 3 atau 4 tahun dahulu sebelum disahkan boleh mengambil PhD terus. Ini kerana, anda perlu mendapat pointer (bagi UTM/UKM) sebanyak 3.75 ke atas (setakat yang saya tahu untuk batch saya dahulu). dan boleh sambung PhD terus.
Dan ini juga bergantung budi bicara supervisor yang mengambil saudara master/PhD, jika supervisor itu membenarkan anda mendaftar PhD terus, maka itu sudah baik. bergantung kepada geran yang supervisor itu ada. Jika gerannya bertahan selama 3 tahun, maka kena tamatkan PhD dalam tempoh 3 tahun kerana jika tidak tiada pembiayaan KECUALI, anda memohon MyBrainSC/biasiswa lain yang untuk PhD pula.
assalamualaikum dr.
boleh saya tahu apa beza antara MRes dan MPhil? apa kelebihan antara dua master ini?
terima kasih
=)
Boleh lihat link ini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Master_of_Research
salam,
jika kita sedang melanjutkan pengajian phd, namun setelah 1 1/2 tahun mendapati major tersebut terlalu sukar dan nampak bahawa untuk bergraduate dibawah supervisor tersebut sukar. Adakah elok jika kita bercadang untuk menukar major dan kini dibiayai oleh mara. Adakah tindakan ini wajar. perlukan pendapat.
Salam,
Saya menyarankan agar cuba mencari second supervisor dan dapatkan nasihat dari segi keperluan untuk bertukar major. Adalah lebih sesuai untuk cuba juga dalam bidang tersebut dengan penuh keyakinan kerana dikhuatiri mendatangkan masalah dalam pembiayaan oleh pihak Mara. Namun, dari segi kepuasan hati, adalah lebih sesuai bertukar bidang yg diminati.
Salam Dr…berapa agaknye cgpa untuk melayakkan diri sebagai pensyarah?adakah lulusan master dgn result under 3.0 masih ada peluang utk m’jadi pensyarah IPTA?result degree sy 2nd class upper..sy skg mengikuti pengajian msc islamic finance secara full time & dlm masa yg sama b’kerja (tidak tetap) bagi menampung p’belanjaan harian..sepanjang pengetahuan Dr, selain mybrain ade tak bantuan kewangan lain utk master?sbb kalo blh tak nak loan mcm PTPTN sbb dip & degree dh PTPTN..utk master ni sy ada dpt tuition waiver, tp tiada elaun..& sy m’jangkakan akan ditarik balik sbb cgpa sy tidak memenuhi requirement yg perlu maintain utk stp sem..utk fellowship, sy pernah m’dapat interview, tetapi tidak b’jaya..sy sedar ada hikmah di sebalik tu..plan sy, ingin m’jadi pensyarah IPTA & smbg phd dgn bantuan kewangan IPTA t’sebut..hrp Dr dpt m’jawab p’tanyaan sy..terima kasih & selamat m’jalani ibadah puasa
Salam,
agak complicated juga soalannya kerana ianya seperti menjawab apa yang hendak ditanya tetapi dari segi pandangan saya, cuba sedaya upaya tingkatkan keputusan master kepada yang lebih tinggi dan seterusnya berusaha untuk bekerja secara tetap. Adalah lebih berbaloi untuk memohon kerja tetap dan kemudian menjalani kehidupan sebagai pelajar master secara part time. Kemudian apabila tamat, boleh sambung phd secara part time juga (dengan syarat kena amalkan self-dicipline) dan sedikit sebanyak pekerjaan tetap yang ada mampu menjadmin masa hadapan.
Apabila tamat phd secara part time, maka boleh memohon jawatan pensyarah kembali kerana ada pengalaman kerja tetap yang baik serta memiliki PhD. Ini merupakan satu advantage dan itu nasihat saya untuk anda.
Salam Dr/Tuan,
Says ada beberapa kemusykilan. First degree sy engineering cgpa hanya 2.72 drp UIA. Ramai senasib saya krn bidang engineering Di UIA sangat susah utk score. Saya sudah bekerja selama 6 tahun lebih Dan pada 2 tahun lepas mengikuti pengajian MBA dgn cgpa 3.69 secara part time. Persoalannya bolehkah sy menjadi pensyarah atau memohon skim fellowship utk PhD? Saya sangat berminat mengajar Dan skrg pun kerjaya adalah guru. Terima kasih
Salam,
Agak sukar untuk menjadi pensyarah apabila pointer sewaktu degree adalah kurang dari 3. Tambahan pula sekarang majoriti universiti memerlukan seseorang yang ada PhD dan juga master + degree yang resultnya baik.
Skim fellowship adalah terbuka sebenarnya sepanjang tahun dari mana-mana universiti cuma kena pergi ke laman web universiti terbabit dan mengisi borang yang diperlukan.
Namun persaingan amat sengit disebabkan untuk menjadi pensyarah sekarang amat sukar.
Assalamualaikum,
Saya adalah seorang pesyarah bagi sebuah kolej IPTS di Johor dan saya hanya memiliki ijazah sahaja. Saya ada menyimpan niat untuk menyambung pelajaran saya ke peringkat master & phd untuk menjadi pensyarah di IPTA. Soalan saya ialah,
1. Jika saya memiliki Master & PHD, adakah peluang saya menjadi seorang pensyarah di IPTA itu adalah besar?
2. Bolehkah saya membuat part-time Master dan PHD dan adakah ianya membebankan kerana saya sedang bekerja?
3. Adakah pengalaman yang saya ada sebagai seorang pensyarah merupakan satu advantage untuk memohon pensyarah di IPTA?
Terima kasih.
Salam,
1. Untuk soalan ini, sudah tentu bahawa memiliki master dan phd merupakan satu syarat utama dalam memohon sebagai pensyarah. Tetapi syarat2 lain seperti kemampuan untuk berhujah soal ilmu semasa sesi interview itu juga diperlukan untuk meningkatkan peluang bersaing dengan calon yang lain yang juga memiliki apa yang anda miliki.
2. Soal beban itu tidak menjadi masalah kerana yang menjadi persoalan adakah anda mampu Self-dicipline dan juga menjaga masa.
Untuk ini, boleh buat ujikaji. Cuba buat sebuah jadual dalam masa seminggu dan aturkan apa yang hendak dibuat dalam seminggu itu mengikut masa2 yang telah ditetapkan. Kemudian pada minggu tersebut ikut 100% semua dalam jadual tersebut (Ahad sampai sabtu katakan). Jika anda berjaya ikut at least 70 ke 80% dari apa yang hendak dirancang, maka anda berjaya dalam self-dicipline. Dan jika tidak, kemungkinan untuk menjadi self-dicipline itu adalah rendah.
3. Benar, boleh menjadi satu advantages, tetapi jika berlawan dengan mereka yang ada master dan phd, anda tetap tergugat juga kerana dalam kerajaan, kelulusan adalah top priority kerana ianya bersifat atas kertas. Semasa menghantar borang permohonan, atas kertas mereka lebih bermutu iaitu mempunyai kelulusan yang tinggi.
Assalamualaikum,
Saya adalah seorang pesyarah bagi sebuah kolej IPTS di Johor dan saya hanya memiliki ijazah sahaja. Saya ada menyimpan niat untuk menyambung pelajaran saya ke peringkat master & phd untuk menjadi pensyarah di IPTA. Soalan saya ialah,
1. Jika saya memiliki Master & PHD, adakah peluang saya menjadi seorang pensyarah di IPTA itu adalah besar?
2. Bolehkah saya membuat part-time Master dan PHD dan adakah ianya membebankan kerana saya sedang bekerja?
3. Adakah pengalaman yang saya ada sebagai seorang pensyarah merupakan satu advantage untuk memohon pensyarah di IPTA?
Terima kasih.
Assalamualaikum,
Perkongsian yang mantap.
Saya sedang mengambil phD di UTM sekarang. Apakah tips persediaan untuk jadi pensyarah kelak sejak masih belajar lagi seperti sekarang untuk enroll dengan baik nanti jika ada rezeki sebagai pensyarah
Salam,
Bagus kerana berminat menjadi pensyarah, tiada tips yang hebat diperlukan. Kerana apa yang penting adalah dua perkara ini: komunikasi (dalam bersosial) yang tinggi dan juga ilmu pengetahuan kita dalam bidang tersebut mampu dibawa dengan baik. Kerana calon pensyarah adalah seseorang yang aktif dalam komunikasi berkesan dan petah bercakap soal ilmu dalam apa juga keadaan. Apa yang saya maksudkan ini adalah seseorang yang mampu bergelar Professor. Kerana jika maintain dua perkara ini, maka insyaAllah laluan ke Professor menjadi mudah.
Salam Dr…
Saya sekarang sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat phd dan telah pun lulus proposal defense baru-baru ini. Setelah mendapat keputusan tersebut, saya pun menghubungi sebuah universiti untuk apply jawatan pensyarah…malangnya CGPA saya semasa first degree hanya 2.93…dan mereka menolak untuk mengambil saya sebagai pensyarah…mereka nasihatkan saya untuk melengkapkan phd dan mohon semula…soalan saya, ada tak universiti yang menerima candidate phd seperti saya (yang masih belum lengkap phd) untuk jawatan pensyarah?
Salam,
Soalan ini agak subjektif kerana setiap universiti ada keperluannya tersendiri. Tetapi, benar bahawa first degree tetap dipandang oleh majoriti universiti. Bahkan juga, jika semasa menyambung PhD tersebut pun boleh datang rezeki diterima sebagai pensyarah jika mencuba memohon setiap saban kali ada jawatan tersebut dibuka. Pilih universiti2 yang muda terlebih dahulu supaya mungkin dapat diterima masuk dibawah scheme Fellowship. iaitu satu skim untuk yang tengah PhD dan apabila tamat kelak terus diterima masuk sebagai pensyarah
slmm…sya pelajar jurusan ijazah sarjana muda sains gunaan ( fizik, elektronik dan instrumentasi) dan akan graduate pada bulan nov ni…sya masih konfius dan risau tentang pekerjaan yg harus sya cri dan terdetik hati sya untuk smbung belajar bg peringkat seterusnya iaitu master…syg ingin menjadi lect untuk poli o any kolej community..hope Tuan boleh bg cdgan kemana hala tuju sya sbb sya lost da skarang ni…
lupa plak..dari universiti malaysia terengganu.
Salam,
Menyambung master secara full time atau part time saya kira sebagai satu perkara yang bagus untuk dilakukan (samada mahu menjadi lecturer atau tidak). Jika cadang untuk menjadi lecturer (iaitu secara lebih spesifik di IPTA), maka saya sarankan agar untuk terus menyambung ke peringkat PhD, kerana master sendiri mungkin tidak cukup semasa saudara graduate nanti. Bahkan terdapat saingan dari yang mengambil master secara penyelidikan dan juga yang memegang Bachelor Degree peringkat kelas pertama (pointer 3.75 ke atas). Untuk pensyarah peringkat Politeknik, mungkin keperluan itu rendah sedikit tetapi tidak salah untuk menyambung sehingga peringkat tertinggi.
Nasihat saya, teruskan belajar sehingga peringkat PhD dan fikirkan pengambilan PhD itu adalah satu cara untuk mengembangkan ilmu pengetahuan.
assalamualaikum dr, sy nk bertanya pendapat dr. sy adalah pemegang diploma lanjutan di politeknik shah alam dan berharap untuk menyambung ke tahap yang lebih tinggi, bolehkah sy menyambung terus ke master walaupun tidak mempunyai ijazah kepujian?? kerana diploma lanjutan setara ijazah am? jika perlu mendapatkan ijazah kepujian di manakah hendak sy menyambung??dan berapa lama?? harap dr dapat membantu. ini email sy,, mohamedfikry_91@yahoo.com,, terima kasih.
sebelum terlupa, sy mempunyai pengalamn bekerja dalam bidang yang diceburi. tq
Ya, namun harus dilihat di mana universiti yang menepati syarat anda. Untuk bab ini, lakukan searching di internet di mana2 universiti berdekatan atau yang anda mahukan.
Salam,
Setiap kursus master adalah bergantung kepada syarat yang ditetapkan universiti terbabit. Seperti biasa, jawapannya bergantung kepada pihak pengurusan universiti terbabit. Tetapi majoritinya tetap mahu pelajar terbabit ada Ijazah Sarjana Muda sebelun menyambung Master walaupun mempunyai Diploma Lanjutan. Tetapi harus diingatkan hampir kesemua universiti meletakkan pula syarat “equivalent that approved by senate” bagi sebarang bentuk ijazah atau mungkin diploma lanjutan yang setaraf ijazah sarjana muda.
Jadi, anda kenal pasti mana dahulu tempat dan jenis kursus master yang hendak diambil. Kemudian barulah tengok keperluannya.
Soal mengambil mana dan di mana itu perlu melakukan sedikit carian di internet atau melalui panggilan telefon ke universiti terbabit.
I have read almost all the comment provided by Dr. Thanks a lot for willing to share your idea and knowledge to us. Really appreciate it.
Assalamualaikum Tuan.
Alhamdulillah. Dari tadi saya try google mana tempat saya nak ajukan soalan ni. Hopefully Tuan dpt bantu saya.
Saya baru dpt result Degree final semester saya hari ini. Unfortunately, saya hanya mendapat purata 2.98 untuk 8 semester. Kecewanya hanya Allah yang tahu. Sebelum ni saya mmg dpt score 3 pointer ke atas. Mungkin terlalu selesa saya ambil mudah saja untuk semester seterusnya.
Saya dalam proses untuk sambung Master di USM bulan 9 nanti. Persoalannya sekarang, saya terlalu memikirkan future saya nanti. Saya memang berminat untuk menjadi pensyarah di mana-mana IPTA. Saya check requirement untuk SLAB ataupun RLKA di USM atau IPTA lain memang memerlukan 3 pointer ke atas. Memang saya pasti susah untuk dapatkannya memandangkan ramai saingan di luar sana pointer jauh lagi bagus drp saya. Untuk yuran saya boleh apply MyBrain dan juga MARA.
Cuma sekarang saya risau dgn kerjaya saya nanti. Boleh saya kejar cita-cita saya untuk menjadi pensyarah hanya dgn pointer 2.98? In sha Allah saya memang berniat untuk sambung belajar sehingga ke PhD. Saya mahu bertanya cara-cara untuk saya apply menjadi pensyarah setelah tamat belajar nanti selain drp SLAB, RLKA, FELLOWSHIP ataupun apa-apa yang memerlukan syarat 3 pointer ke atas. Adakah biasiswa2 tersebut bermaksud akan membiayai yuran pengajian kita & memberi jaminan pekerjaan kita sebagai pensyarah selepas tamat belajar nanti? Jika gagal untuk mendapat biasiswa2 tersebut apa perlu saya lakukan untuk menjadi pensyarah? Harap Tuan faham akan soalan saya ini. Saya betul-betul keliru. Mohon pendapat Tuan. 😦
Salam,
Senario seperti ini adalah biasa bagi mana mana individu. Oleh itu, saya menjawab seperti berikut:
1) Untuk soal menjadi pensyarah, yang menjadi keutamaan adalah menyambung master dan kemudian PhD. Apa yang menentukan anda layak menjadi pensyarah atau tidak semestinya pointer yang tinggi (maksud saya setidaknya yang agak memuaskan seperti 3 pointer atau menghampiri nilai tersebut).
Ini kerana pensyarah melihat kebolehan anda dalam berkomunikasi, menjelaskan sesuatu perkara, mampu berhujah dengan panel penemuduga dan sebagainya. Walauoun pointer sarjana muda tinggi menggunung dan master/phd hebat. Semuanya melibatkan kombinasi semua perkara.
2) terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan dana atau wang untuk belajar. Antaranya cuba bekerja sambilan sambil belajar ataupun bekerja tetap (yang agak related dengan bidang yang mahu diambil) dan kemudiannya sambung belajar secara part time. Namun harus tahu menguruskan masa dengan sempurna.
3) nasihat saya adalah dengan cuba sedaya upaya menyambung master dan kemudiannya PhD dengan mengambil sebarang peluang yang ada. Cari pemberi dana atau pinjaman dan belajar bersungguh sungguh. Ada juga master by research yang boleh diambil secara bergaji di mana supervisor akan ada bajet khas untuk bayar gaji setiap bulan. Walaupun agak sekadar cukup tetapi ianya amat berpatutan sebagai pelajar.
4) Buat masa ini, tumpukan kepada hendak mengambil master dan seterusnya mencari peluang untuk apply for fellowship. Jika tak dapat, cuba cari pekerjaan yang mudah dan stabil untuk menyara kehidupan semasa mengambil master. InsyaAllah, jika tahap survival anda tinggi serta mampu mengalas tanggungjawab ini, Allah pasti tunjukkan jalan ke arah menjadi pensyarah.
semoga anda berjaya. insyaAllah
Selamat Tengahari Dr,
Saya sedang mengikuti pembelajaran phd saya di universiti tempatan. Saya bakal memberi notis penghantaran phd saya pada bulan Disember 2014. Bolehkah saya memohon untuk kerja sejurus membuat penghantaran notis atau perlu menunggu sehingga penghantaran hasil kerja phd sepenuhnya kepada pihak universiti? Bagaimanakah peluang untuk mendapat kerja sekiranya memohon menggunakan notis penyerahan phd. Tolong berikan bimbangan yang sewajarnya. Terima kasih.
Salam Sejahtera,
Pada pandangan saya, disebabkan kebanyakan permohonan mungkin datang dari indvidu yang benar benar telah tamat belajar, peluang anda mungkin ada atau tidak ada. Ini kerana ianya bergantung kepada bidang yang anda sedang ambil dan juga Human Resource Department untuk mengambil anda.
Ianya satu perkara yang juga sangat subjektif kerana kemungkinan juga tempat bekerja anda ada yang memohon telah mempunyai PHD.
Tetapi,
Jika anda sertakan CV yang agak hebat walaupun PHD belum lagi tamat, kemungkinan diterima kerja itu juga tinggi.
Oleh itu, saya sarankan agar mohon sahaja kerja dan jika anda dapat, maka anda insan yang terbaek dan jika tidak dapat, teruskan berusaha lagi untuk memohon. Jangan kenal erti putus asa.
Teruskan memohon dan guna sebarang medium yang ada untuk memohon kerja.
Bukankah PhD juga telah mengajar kita erti tidak putus asa dan teruskan mencari jalan?
Goodluck!!!
Terima kasih kerana menjawab soalan saya dengan cukup jelas Dr. Sepertimana dengan jawapan Dr sekiranya saya ditawarkan kerja dengan hanya notis penyerahan phd, apakah gred gaji yang akan ditawarkan kepada saya? Walaupun saya sedar bahawa gred gaji agak subjektif dengan pihak
Universiti, saya rasa Dr dengan pengalaman yang luas dalam bidang pekerjaan di peringkat IPTA mampu memberi sedikit sebanyak idea atau komen mengenai gred gaji. Terima kasih
Oh terlupa pula saya.
jika dengan notis sahaja. Gred yang diberikan adalah biasanya DS45 dahulu dan selepas dapat transkrip dan ijazah PhD tersebut, barulah akan dinaikkan ke DS51. Memang mereka kemungkinan brsar DS51 akan diberi setelah tamat PHD.
salam Dr,
Saya telah berkhidmat sebagai guru selama 4 tahun dan telah mempunyai master. Saya bercadang menyambung pelajaran ke peringkat PhD.
Sekiranya permohonan sambung belajar dengan gaji penuh saya berjaya, bolehkah saya memohon sebagai pensyarah IPTA setelah tamat PhD.
Atau saya hanya boleh mengajar di sekolah kerana terikat dengan kontrak kerajaan?
Harap Dr boleh memberi jawapan
Terima kasih dan Selamt Hari Raya
Salam,
Jika menyambung secara gaji penuh, kemungkinan ada ikatan kontrak selama 6 ke 8 tahun jika tak silap saya. Oleh itu, saya menyarankan agar sambung secara part time jika mampu mendisiplinkan diri dari segi pengurusan masa. Tetapi jika tidak berupaya, saya nasihatkan sambung atau ikut plan yg diambil iaitu cuti bergaji penuh dan setelah tamat PhD, habiskan kontrak dan masuk IPTA. Tetapi boleh pecah kontrak juga dengan syarat membayar sejumlah wang yang disyaratkan dalam perjanjian kontrak.
Semoga anda dapat membuat keputusan yang terbaik saya doakan.
Salam Dr dan Selamat Hari Raya,
Saya amat tertarik dengan entry Dr dan kagum dengan respon yang Dr berikan untuk setiap soalan yang diajukan.
Saya ingin bertanya pandangan Dr mengenai situasi saya.
Saya mempunyai ijazah dalam bidang Kimia dari UK. Sekarang ini saya berkhidmat sebagai Pensyarah Kimia di Kolej Matrikulasi.
Baru-baru ini saya telah mendapat tawaran MARA utk mengikuti PhD Kimia di Manchester, UK. Direct offer from degree to PhD. Saya tidak mempunyai Master.
Disebabkan saya baru berkhidmat sebagai pensyarah kolej matrikulasi selama 3 bulan, saya tidak layak untuk cuti belajar. Jadi option yang tinggal ialah letak jawatan.
Ramai yang menasihati saya supaya berkhidmat 3 tahun, dan kemudian memohon cuti belajar sebab mereka kata susah untuk dapat kerja kerajaan. Tapi saya cenderung untuk sambung belajar sekarang kerana peluang biasiswa untuk sambung di UK bukannya mudah. Jadi amat sayang untuk lepaskan peluang ini. Tambahan pula, universiti saya memberikan direct offer degree ke phd. Rugi untuk melepaskan offer ini.
Satu perkara lagi yang merisaukan saya, sekiranya saya bekerja 3 tahun,, kemudian sambung belajar, saya takut pada masa akan datang persaingan untuk menjadi pensyarah IPTA semakin sengit.
Apa pandangan Dr terhadapat situasi saya di atas?
Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Salam,
Jika saya berada di pihak anda, saya memilih untuk meletak jawatan dan sambung belajar. Kerana PhD amat diperlukan di IPTA. Gaji lebih bagus dan tawaran datang bergolek untuk graduan ada PhD. Cuma nasihat saya, pastikan anda belajar bersungguh sungguh dan bawak balik PhD. Jika anda mampu menyahut cabaran ini, maka InsyaAllah anda berjaya dalam PhD kelak. Saya kira keputusan anda semasa Bachelor cemerlang.
Semoga berjaya!
Thanks a lot Dr for your prompt reply.
Saya ada beberapa lagi persoalan yang ingin saya tujukan. Boleh ke saya dapatkan email Dr?
Ataupun Dr boleh email saya : shah.shazwan@yahoo.com
terima kasih banyak Dr.
Boleh email ke h.a.sulaiman@ieee.org
Assalamualaikum wbt. dan Selamat Hari raya Aidilfitri Dr.
Saya baru sahaja menamatkan pengajian saya di peringkat Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Sumber Manusia. Sememangnya cita2 saya adalah untuk menjadi seorang pensyarah di univ tempatan.
Ingin saya bertanyakan beberapa soalan kepada Ybhg. Dr berkenaan career path saya. YANG PERTAMA, saya telah pun mendapat tawaran untuk menyambung ke peringkat Sarjana selama setahun (Master by Coursework) pada bulan September 2014 ini dan dijangka akan tamat pada tahun hadapan September 2015. Hajat saya adalah ingin meneruskan sahaja pengajian saya ke peringkat yg lebih tinggi iaitu Ph.D. Dengan TIADA pengalaman bekerja, apakah Gred gaji yang akan saya peroleh sekiranya saya mempunyai Ph.D kelak? maksimum atau minimum DS45 atau DS51? YANG KEDUA, berkenaan tempoh pengajian Ph.D di dalam negara, saya ada terbaca komen Ybhg. Dr diatas menyatakan hanya 3tahun. Adakah dalam masa tiga tahun itu kita hanya boleh menyediakan satu thesis atau lebih?
Terima Kasih Ybhg. Dr ! Have pleasant day ahead !
Assalammualaikum,
Bagus kerana bercita-cita ingin menjadi seorang pendidik. Untuk tawaran master tersebut, saya mengucapkan selamat belajar dan menyelesaikan secepat mungkin agar dapat menyambung ke peringkat PhD. Berbalik kepada soalan kamu yang ingin meneruskan ke PhD, saya tidak menghalang kerana itu juga adalah amat bagus. Tiada pengalaman bekerja tidak menjadi masalah tetapi yang penting mencari supervisor yang boleh mengambil anda sebagai pelajar. PhD adalah berkaitan belajar dari supervisor dan kemudiannya melakukan sendiri penyelidikan mengikut bidang yang diminati. Sekiranya mendapat PhD kelak, gred gaji semestinya DS51 kerana DS45 akan ditiadakan tak lama lagi. Di mana semuanya masuk adalah terus ke DS51. Iaitu pengambilan terus ke PhD. Namun ada sesetengah universiti masih mengambil pensyarah yang ada sekadar Master tetapi wajib menyambung ke PhD.
Untuk 3 tahun tersebut, percayalah yang anda hanya ingin menghasilkan 1 thesis sahaja kerana syarat PhD adalah menghasilkan satu thesis. Saya sendiri mengambil masa 1 tahun setengah untuk menyiapkan thesis sahaja dan tidak termasuk melakukan kajian yang juga dalam tempoh yang sama. PhD adalah berkaitan menghasilkan satu karya bermutu untuk diperlihatkan kepada orang tertentu atau orang awam mengenai penghasilan teknik dan perkara baru dalam dunia ini.
apa-apa pun, goodluck dalam pelajaran
Hi Dr,
Saya seorang guru TESL. Sekarang saya sedang buat master final year. Saya berminat menjadi pensyarah di politeknik atau kolej komuniti. Bagaimanakah cara saya memohon ke jawatan itu setelah tamat pengajian master? terima kasih.
Baiklah, untuk pensyarah politeknik atau kolej komuniti, biasanya samada sahaja permohonan di http://www.spp.gov.my/. Hanya untuk IPTA adalah bergantung kepada universiti2 itu sendiri. Lain universiti lain caranya. Namun untuk Kolej Komuniti atau Politeknik, sistemnya berlainan berbanding IPTA.
Selamat menamatkan master dengan jayanya.
Salam Dr,
Saya sangat tertarik dengan penulisan Dr tentang post ini. Ini kerana saya sedang mencari info untuk menjadi seorang pensyarah.
Saya mempunyai Degree in Economics dan telah bekerja hampir 5 tahun. Semasa saya bekerja di sebuah kolej sebagai Finance Executive, saya juga diberikan peluang mengajar pelajar2 diploma untuk subjek Bahasa Kebangsaan. Minat saya makin bercambah dan saya makin minat untuk menjadi pengajar.
Saya telah pun memohon Master in Malay Linguistic di UPM kerana saya sangat-sangat meminanti sastera dan saya ingin menjadi pengajar dalam bidang ini. Adakah relevan keputusan saya ini, Dr? Kerana jurusan ijazah saya adalah Ekonomi, dan Master saya Kesusasteraan. Saya ada beberapa kawan yang mengatakan untuk menjadi pensyarah, jurusan ijazah haruslah sama dengan master. Saya jadi sungguh kecewa, kerana minat saya lebih menjurus ke bidang sastera. Saya ingin menjadi pensyarah di bidang tersebut.
Jika saya menyambung phd dalam jurusan sastera adakah peluang mengajar saya masih ada?
Dan ramai juga yang tidak menyokong saya meneruskan master kerana jurusan yang saya pilih. Mereka risaukan peluang pekerjaan yang tipis dalam jurusan ini jika saya tidak dapat menjadi pengajar. Mereka juga lebih baik saya memohon jurusan lain dari membazirkan masa menyambung master dalam bidang kesusateraan.
Saya sangat menghargai pendapat dan buah fikiran dari Dr.
Terima kasih, Dr.
Salam,
Tahniah kerana berminat menjadi seorang pendidik di universiti atau peringkat tertinggi. Apa yang saya boleh jawabkan adalah
Teruskan sahaja mengambil master tersebut kerana kelak ada banyak universiti yang mengambil pensyarah yang multidicipline. Dengan ditambah pengalaman kerja dan mengajar lagi, saya rasa tidak ada masalah dalam memohon sebagai pensyarah di IPTA atau mana2 universiti swasta. Apabila menyambung PhD kelak, disarankan juga menyambung bidang yang sama dengan master. Seperti saya, bidang degree saya adalah kejuruteraan sebelum master dan PhD dalam bidang Computer Science/Computer Graphics.
Tidak perlu risau apa yang mereka katakan. Yang penting adalah diri anda sendiri.
Salam Dr.
Pertama sekali terima kasih atas perkongsian informasi yang sangat berguna di page ini. Saya amat kagum dengan segala perkongsian yang ikhlas dan padat kepada kami. Terima kasih.
Saya ingin bertanyakan pendapat Dr.
Saya sekarang berhadapan dengan dilema di mana saya mempunyai dua pilihan yang agak kritikal bagi saya:
1. Saya telah mendapat biasiswa UM untuk SLAB bagi menyambung PhD saya di universiti yang sama (dalam negara) yang akan bermula sekitar Oktober 2014 ini.
2. Saya juga telah mendapat pinjaman pelajaran MARA (luar negara) dan telah diterima masuk ke salah sebuah top 10 universiti di UK juga bagi peringkat pengajian Ph.D sekitar February 2015.
Saya bakal berkahwin December 2014 ini dan umur saya sekarang ialah 26 tahun.
1. Jika saya memilih UM, saya berpendapat bahawa ‘Oh, lepas PhD ni confirm terus kerja’. Itu pemikiran saya. Tetapi menurut pensyarah saya, mereka menyatakan SLAB/SLAI bukan jaminan 100% untuk mendapatkan jawatan tetap di universiti tersebut. Mempunyai PhD di universiti luar negara yang reputable lebih menjamin masa depan dan boleh apply mana2 universiti sekalipun. Dan saya tidak pasti di mana kebenarannya kerana saya lebih risaukan jawatan sebagai pensyarah yang secure selepas tamat PhD supaya tidak terumbang ambing kemudian hari.
2. Jika saya memilih UK, saya akan berjauhan dengan suami tetapi mendapat PhD di salah sebuah universiti yang reputable, tetapi dalam masa yang sama tiada job yang ‘SECURE’ untuk saya selepas tamat PhD. Pada pandangan saya, ‘mungkin dapat kerja, mungkin tidak?’
Personally, saya sekarang 50%-50% dengan kedua-dua pilihan ini. Saya faham kedua duanya mempunyai kelebihan masing-masing
Jika Dr. berada di tempat saya, pilihan mana yang lebih baik dan kenapa.
Terima kasih banyak Dr.
Salam.
Salam,
1. Untuk soalan yang pertama dan kedua, tahniah kerana mendapat tawaran untuk sambung belajar tersebut.
2. Saya tidak tahu dengan siapa anda bertanyakan tetapi sehingga hari ini semua yang mengambil SLAB (rakan2 saya) semuanya secure dalam jawatan pensyarah di universiti masing-masing. Bahkan Universiti Malaya sendiri merupakan sebuah reputable university yang saya yakin semua IPTA dalam Malaysia ini juga berminat mengambil saudari bekerja sebagai pensyarah. Nasihat saya, teruskan apa yang memudahkan kerjaya kerana itu lebih terbaik. Tetapi jika berminat untuk sambung belajar di luar negara pun menyeronokkan juga tetapi ada pengorbanan yang harus dilakukan seperti yang dikatakan.
Nasihat saya? Nasihat saya adalah teruskan menyambung di dalam kerana lebih dekat dengan keluarga dan insyaAllah lebih cepat dapat PhD berbanding di luar sana. Ramai rakan saya lulusan PhD UM berjaya dan hebat dari yang lulusan UK apabila dalam membuat penyelidikan. Apa2 pun selamat membuat keputusan dengan baik.
Assalamulaikum Dr
Terima Kasih di atas segala maklumat berguna (soalan dan jawapan) di blog ini.
Saya merupakan pelajar PhD di sebuah IPTA. Bermula secara part time dan kini telah bertukar kepada status kepada full time sejak January 2014.
Soalan saya , adakah layak seseorang yang mepunyai PhD tetapi tidak mempunyai master
menjadi seorang pensyarah di IPTA? Untuk pengetahuan Dr saya telah diterima masuk untuk menjadi pelajar PhD atas tiket profesional membership dan pengalaman kerja di bidang berkaitan selama 11 tahun.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjawab persoalan saya.
Salam,
Benar ada yang boleh sambung PhD terus dengan syarat2 yang telah dipersetujui universiti yang mengambil anda sebagai pelajar. Soal menjadi pensyarah dengan PhD sahaja tanpa master adalah tidak menjadi masalah. Kerana yang penting adalah Bachelor Degree dan juga PhD. Master merupakan sub kepada PhD. Oleh itu, teruskan sahaja apa yang sedang dilakukan sekarang.
Assalamualaikum wbt,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman. Saya berminat utk menjadi pensyarah di IPTA. untuk makluman, saya mempunyai phd dan juga pengalaman bekerja di industri dan baru menerbitkan 1 sahaja jurnal scopus.
Boleh Dr. kongsikan sedikit tips bagi temuduga jawatan pensyarah – apa yang diutamakan? Apa yang dilihat semasa mock presentation?
Boleh saya tahu, bagi IPTA berstatus research university, berapa lama kah masa yang diambil dari tempoh interview ke tawaran jawatan? Anggaran masa dari menerima surat tawaran ke tarikh mula berkerja?
Mohon sedikit pandangan Dr, berkenaan perkara diatas.
Terima kasih.
Salam,
Baiklah, untuk soalan ini, ianya agak sukar juga sebab seperti yang saya explain sebelum2 ini (jika dapat tengok semua komen sayalah), setiap universiti ni kerenahnya berbeza. Ianya macam berlainan rumah walaupun ada 20 bijik rumah dalam kawasan tersebut. Ada yang melihat gaya mengajar, ada yang mementingkan penyelidikan, ada yang mementingkan komunikasi, dan ada yang pakai “cable”. Terdapat pelbagai jenis cara.
Tipsnya?
1. Majoritinya mementingkan komunikasi antara anda dan penemuduga. Pastikan anda jenis yakin dan mampu berkomunikasi dengan baik.
2. Menerangkan dengan baik sekali berkaitan research PhD anda dan juga penerbitan anda.
3. Mampu menerangkan apa yang anda boleh sumbang kepada universiti dan apa yang unik untuk universiti tersebut bagi diri anda
Untuk soalan IPTA berstatus research university, kebanyakan rakan saya menunggu masa yang agak lama juga (berbulan-bulan) dan ada yang sekejap. Ianya agak subjektif dan saya tidak pasti bila dan masa yang diperlukan untuk surat tawaran keluar.
Salam,
Terima kasih kerana sudi memberikan jawapan dan pandangan untuk soalan saya di atas.
Boleh saya tahu apa beza jawatan pensyarah kontrak dan tetap? Haruskan saya menerima jika hanya mendapat tawaran jawatan kontrak sahaja atau mencuba di universiti lain untuk jawatan tetap?
Bagaimana pula dengan kenaikan pangkat, adakah mereka yg ditawarkan jawatan kontrak ini boleh mendapat kenaikan pangkat seperti mereka yg mendapat jawatan tetap?
Terima kasih.
Salam,
Jawatan kontrak sukar mendapat kenaikan jawatan bahkan ditempat saya juga tidak naik melainkan sudah berjawatan tetap. Saya sarankan ambil sahaja tawaran kontrak tersebut dahulu untuk pengalaman dan disamping itu memohon sebagai pensyarah tetap di mana2 tempat lain. Namun, keputusan anda harus tentukan sendiri dengan keyakinan yang anda ada.
Akum, saya sudah berumur 43 tahun dan bekerja di peringkat pengurusan pertengahan di sebuah GLC selama hampir dua dekad. Saya berkelulusan ijazah pertama luar negara. Di universiti saya, pemarkahan agak strict kerana ranking universiti agak tinggi juga walaupun ia bukan Ivy League. Dapat markah peperiksaan 79 masih lagi C. (even bukan C+). Saya balik ke Malaysia dengan perasaan rendah diri. Harapan saya menjadi pensyarah saya rasa mungkin tidak kesampaian dan saya langsung tidak mencuba apply. Setelah bekerja kira2 15 tahun, saya mengambil MBA di sebuah IPTA ternama secara part time. To my surprise, I am among the top students. Even markah 70, saya masih boleh dapat B+. Pada masa ini pendapatan bulanan keseluruhan hampir mencecah 5 angka. Saya mengambil DBA part time dan tak pasti boleh pass atau tidak walaupun jumlah perkataan sudah mencecah 50,000. Bidang akademik masih ada tempat di hati saya. Soalan saya;
1. Sekiranya saya berjaya pass DBA adakah saya boleh mohon mana2 IPTA atau IPTS? Saya mempunyai pengalaman kerja yang sangat baik.
2. Bolehkah saya mengajar secara part time pada hujung minggu di mana2 IPTA atau IPTS?
3. Sekiranya saya tidak masuk ke bidang akademik, bolehkah saya mengajar secara leisure selepas bersara nanti?
Diharap mendapat jawapan.
Salam,
Saya rasa jika anda memohon mana-mana universiti pada masa sekarang, saya yakin anda sangat berpeluang cerah. Tetapi, pastikan ada master terlebih dahulu sebab sistem permohonan banyak melihat perkara ini dahulu sebelum approve untuk interview. Jadi, saya amat yakin saudara akan berjaya memohonnya.
Soal part time mana2 universiti itu boleh, tetapi harus mencapai kelulusan dari segi atas kertas. Maksudnya ada Bachelor Degree dan Master/PhD. Boleh cuba Open University atau Universiti Kuala Lumpur dan sebagainya.
Soal mengajar secara leisure nanti bergantung kepada syarat yang dikemukakan universiti swasta atau kerajaan (tetapi saya rasa hanya universiti swasta sahaja). Jika ianya mematuhi syarat yang ada atau pengurusan menerima permohonan anda, maka saya rasa tidak menjadi masalah.
Nasihat saya, boleh cuba memohon dengan yakin kerana saya yakin pengalaman saudara banyak untuk membantu universiti2 untuk naik. Cuma dapatkan kelulusan akademik setinggi mungkin dan kalau boleh sambung PhD walaupun apa jua umur.
Dr. Lagi satu saya nak tanya. Di setengah2 universiti luar negara, agak sukar mendapat CGPA first degree above 3.0 kerana sistem pemarkahan yang agak tough. Dapat CGPA above 3.0 sudah dapat dean list. Nak masuk pun agak sukar. Di setengah2 universiti, graduation rate hanya 50%. Masa zaman saya, ramai juga pulang ke Malaysia tangan kosong ie not graduating. Soalan saya, adakah pihak pengurusan university tahu perkara ini ataupun everything depends upon CGPA irrespective of place of graduating?
Salam,
Itu bergantung kepada penemuduga atau bagaimana anda boleh menyakinkan penemuduga. Boleh bangkitkan hal ini dalam proses interview tetapi dengan caranya yang terbaik. Agar tidak disalaherti seperti mengatakan universiti tempatan tidak bagus masa tersebut. Cari jalan untuk explain dengan cara terbaik
Dr, soalan terakhir saya. Melihat senarai2 pensyarah di IPTA, selalunya, mesti salah satu kelulusan sama ada degree atau Master atau doctorate adalah dari luar negara. Dalam mohon kerja pensyarah, adakah ia semacam requirement atau plus point sahaja? Tq
Itu tidak termasuk dalam requirement pun. Yang penting ada sahaja. Sebab apa yang dilihat adalah cara anda berkomunikasi dan tidak kaku semasa interview. Mereka nak dengar anda bercakap kerana itu tugas pensyarah. Cara bercakap, cara menerangkan sesuatu, cara mengolah dan memberi pendapat itu penting. Yang lain jika dah ada sudah memadai. Nak kelulusan semua universiti dalam negara pun boleh. Semuanya sama sahaja.
Salam Tuan.
Saya berumur 40 tahun, sangat berminat utk menjadi pensyarah, masih segar utk meneruskan pengajian dan masih berusaha ke arah itu. Persoalannya adakah saya masih boleh meneruskan cita-cita ini dgn terus ambil PHD atau ambil master dahulu. Adakah ada universiti yang menerima seseorang yang telah mencecah 40an menjadi seorang pensyarah.
Mohon pencerahan.
Salam,
Untuk IPTA, kemungkinan itu mungkin ada terutamanya di sektor yang memerlukan pengalaman kerja. Cuma bezanya selepas anda tamat PhD dan memasuki alam pensyarah, anda perlu bersaing dengan pensyarah yang lebih muda. Tetapi untuk IPTS, kemungkinan diterima sebagai pensyarah itu insyaAllah tinggi berbanding IPTA. Saya melihat ini dari kes-kes yang berlaku sepanjang pensyarah diambil bekerja dalam universiti. Majoriti besarnya sememangnya yang muda dan ada PhD tapi tiada pengalaman (sekitar umur 27 ke atas sudah ada PhD).
Tetapi, saya sarankan jangan takut untuk mencuba kerana saya percaya rezeki pekerjaan itu Alalh tentukan dan yang penting niat sambung belajar yang baik.
Assalamualaikum
Saya ada satu soalan ringkas ttg jawatan sbg pensyarah IPTA ini….buat masa ini saya sedang mengajar peringkat diploma di sebuah kolej kerajaan..saya juga sedang mengikuti pengajian peringkat PhD di sebuah IPTA…saya mula memikirkan tetang umur saya apabila siap PhD kelak iaitu dalam lingkungan 43-45 tahun…. adakah masih ada peluang yg cerah berbanding calon2 muda yg lain wp saya sudah mengajar peringkat diploma di kolej hmpir 20 tahun pada masa terseialah tesebut…saya juga ialah penjawat awam….
Salam,
soal peluang itu insyaAllah ada kerana dengan doa dan tawakal serta usaha saya yakin ianya ada. Bezanya dari segi persaingan kerana ada yang lebih muda dan ada PhD berumur sekitar 27 ke 30 tahun yang akan bersaing dalam memasuki alam pekerjaan sebagai pensyarah. Tetapi dengan anda mempunyai pengalaman luas dalam pengajaran, insyaAllah membantu dari segi mendapatkan pekerjaan itu kelak berbanding calon lain. Cuma bezanya ada universiti yang setkan limit umur untuk pengambilan pensyarah. Seperti di bawah 35 atau 45 tahun. Saya tengok setiap universiti berbeza-beza. Oleh itu kena semak apa syarat2 mereka.
Assalam Dr.,
Saya nak tumpang tanya sedikit. Saya ada master degree dari universiti diluar negeri. Semasa saya buat master tersebut ianya diiktiraf JPA, tetapi selepas saya tamat pengajian, pengiktirafannya ditarik balik atas sebab yang saya sendiri tidak pasti. Saya sudah ada phd dari ipta tempatan dan ingin cuba memohon jawatan pensyarah di IPTA. Adakah saya boleh diterima? Adakah pihak IPTA akan mempertikaikan status master saya walaupun saya sudah ada phd yang diiktiraf?
Diharap dr. dapat membantu memberikan pandangan. Terima kasih.
Salam,
PhD yang diiktirat sudah boleh menutup master yang anda kata tidak iktiraf tersebut. Bahkan jika anda dipanggil temuduga, bermaksud anda tidak perlu risau lagi. Kerana saringan untuk temuduga pensyarah telah melihat degree bachelor, master dan phd anda terlebih dahulu sebelum memanggil anda untuk temuduga. Oleh itu, tidak ada apa perlu dirisaukan walaupun sedikit pun.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. kerana sudi memberikan jawapan dan pandangan. Semoga Allah berkati Dr. kerana sudi membantu kami dan memberi pandangan kepada semua yang bertanya di sini.
Thank you very much for your kindness!
Salam Dr,
Blog Dr sangat2 membantu sy untuk memahami tentang selok-belok alam pekerjaan (pensyarah) di IPTA dan pertanyaan am yg lainnya. Sy merupakan seorang pelajar ‘Master of Science’ dlm bidang ‘Landscape Studie’s dan sy sedang menunggu tarikh untuk VIVA. Sy agak keliru mengenai penulisan resume (CV) sy untuk permohonan kerja iaitu untuk bahagian ‘Academic Qualification’, bolehkah sy tulis ‘highest qualification’ sy adalah ‘Master of Science’, sedangkan sy belum pun ‘graduate’ lagi? Atau adakah cara terbaik untuk penulisan resume yg meyakinkan dari segi kelayakan kita?
Terima kasih banyak Dr.
Salam,
Rasanya bila sudah mengambil atau berada tahap master, kita tidak perlu panggilnya ianya resume lagi kerana CV lebih terbaik. Untuk CV, cara penulisannya amat mudah. Kandungannya mesti ada:
– Qualification (semua sijil2) – anda tak boleh letak lagi academic qualification itu melainkan anda dah dapat keputusan viva walaupun belum konvo. Tetapi boleh tulis
MSc. Landscape Studies at UXX (Awaiting VIVA)
– Projek2 yang berjaya dijalankan
– Senarai Publication
– Senarai pembentangan yang pernah dibuat
– Senarai technical software atau tools yang anda expert mengikut level – pastikan letak penerangan apa yang anda pernah buat guna software/tools ini.
Itu sekadar yang saya sarankan. Boleh letak banyak lagi untuk menebalkan CV anda.
As Salam…Dr…saya ingin bertanya pendapat Dr tentang bacelor sastera (kesusasteraan melayu) di UPM….
1. Sekiranya saya mempunyai bacelor tersebut, adakah bacelor tersebut mempunyai peluang yg tinggi untuk saya menjadi seorang pensyarah…
2. Selain pensyarah, pekerjaan APA lagi yang sesuai dengan bacelor tersebut
3. Terjaminkah bacelor tersebut sekarang
4. Apakah tindakan seterusnya yang wajar dilakukan selepas graduate…
Sebenarnya saya sudah mendapat kelayakan untuk melanjutkan pelajaran saya di UPM.. Tetapi saya tidak berapa meminati sastera, saya lebih meminati seni…saya dah memohon bacelor seni dengan pendidikan di UPSI tapi tak dapat…dapat yang sastera tanpa pendidikan di UPM…saya takut saya tak boleh belajar…Saya baru 20 tahun… Saya harap Dr dapat memberi pendapat Dr berkenaan INI…
Salam,
Kebetulan dalam Bidang kesasteraan melayu dan seni ni saya kenal seorang Prof Datuk Wira Dr Abdul Latiff Abu Bakar, dia pioneer dalam bidang ni (dia ni sekarang kat UPSI). sekarang pun dia pegang Pengerusi di Institut Seni Malaysia Melaka.
http://ismma.melaka.gov.my/index.php/mengenai-ismma/ahli-lembaga-pengarah-1
saya biasa jumpa dia sebab dekat aje rumah dia dengan rumah saya.
berbalik kepada soalan
1. Peluang tersebut agak luas juga, cuma yang penting anda kena tonjolkan minat dan anda akan berjaya. Jika tiada minat maka agar sukar.
2. Untuk soal pekerjaan, saya berterus terang yang saya tidak tahu sangat apa jenis pekerjaan selain dari Pensyarah dalam bidang tersebut. Ianya lebih kepada pakar kaji sejarah dan juga menjadi dokumentari person (boleh bekerja dengan syarikat2 penyelidikan sejarah dan sebagainyanya mungkin).
3. Semua bachelor degree yang dibuat adalah terjamin. Soalnya adalah kita bersedia dan minat dengan kursus tersebut atau bagaimana.
4. Tindakan yang sebagusnya adalah aktif dalam sebarang aktiviti melibatkan kesusasteraan melayu dan ini peluang terbaik untuk mengkaji sejarah melayu dan sterusnya menjaga sejarah melayu dari terhapus.
Baiklah, saranan saya adalah sebegini. Cuba selidiki mana2 universiti lain yang menawarkan program yang sama kerana jika masa masih sempat maka boleh melompat lagi. anda setaraf adik saya sahaja berumur 20 tahun dan masih boleh tukar skim jika mahu. Tetapi jika mendapati tukar skim agak sukar, maka saya sarankan cuba cari jalan untuk mengabungkan unsur sastera dengan seni. Sebab ianya hampir sama dari segi perjalanannya. Belajar sendiri berkaitan seni dan tumpukan masa agar dapat membahagi antara apa yang sedang dipelajari untuk kursus sastera dan apa yang diminati. Kemungkinan besar anda akan menjadi seorang yang multidicipline dan saya yakin peringkat master anda lebih cerah (buat secara mod penyelidikan). Ini kerana peringkat master tidak berkisar dapat atau tidak kerana master tiada had jumlah pelajar. Oleh itu, bersabarlah dan mohon selepas tamat belajar. Teruskan skor dan cuba minat apa yang sedang dipelajari sekarang ini.
SALAM.. Saya nak tanya, untuk skim fellowship tu kan, macam mana nak mohon ya ?Then lepas degree kita boleh mohan skim fellowship tu ke??
Salam,
Ya, selepas tamat degree (dapat scroll yang konvokesyen tu), maka boleh start memohon tetapi harus tengok universiti mana yang buka applicationnya. Universiti2 kat Malaysia ni tidak mengiklankan sangat di akhbar2 tetapi hanya iklankan di laman web mereka sahaja. Oleh itu, pastikan setiap seminggu selepas tamat belajar, layari laman web setiap IPTA dan tengok bahagian career atau sewaktu dengannya. Mereka hanya sekadar iklan di laman web mereka (sebahagiannya) dan kena rebut peluang bila dibuka.
Assalamualaikum tuan.
Terima kasih atas perkongsian Tuan. Terlalu banyak komentar di bawah ini yang tidak sempat saya baca semuanya.
Maaf jika persoalan yg akan saya ajukan ini pernah dijawab oleh Tuan.
Saya berumur 29 tahun dan kini bertugas sebagai jurutera struktur aeroangkasa di sebuah syarikat perunding. Mempunyai pengalaman industri 5 tahun. Baru sahaja menyambung kembali pelajaran di peringkat sarjana di IPTA secara separuh masa, melalui mod ‘taught course’. Dijangka tamat sarjana pada awal tahun 2016.
Saya meminati bidang kerjaya pensyarah. Saya pernah memohon felosyip di UPM pada tahun 2011. Diterima di peringkat jabatan, namun ditolak diperingkat fakulti atas sebab CGPA saya terlalu ‘borderline’.
Saya sedar yang kini amat sedikit IPTA yang menerima felosyip yang berkelulusan sarjana dan sarjana muda. Dan saya juga membuat kesimpulan sendiri dari membaca komentar dan jawapan Tuan sepintas lalu bahawa jawatan tutor adalah lebih baik daripada felosyip.
Soalan saya:
1. Apakah perlu saya risau, melihatkan bilangan komentar di sini semuanya berminat melanjutkan pelajaran dan menjadi pensyarah, yang persaingan memohon menjadi pensyarah nanti akan sangat sengit? Paling awal saya boleh menghabiskan PhD saya rasa adalah tahun 2020. Adakah kemungkinan polisi pengambilan pensyarah pada masa itu akan menjadi jauh berbeza?
2. Adakah tajuk thesis saya di peringkat sarjana akan mempengaruhi peluang saya menjadi pensyarah di universiti tertentu?
3. Adakah menjadi perkara biasa jika thesis sarjana saya sangat jauh berbeza dengan thesis PhD saya? Dan adakah itu juga mempengaruhi peluang yang sama di no. 2? Kerana jika ingin melanjutkan pelajaran di peringkat PhD atas tanggungan sendiri, walaupun saya yakin dengan domain kejuruteraan mekanikal yang saya ingin kekalkan, saya memang tidak pasti saya harus memilih tajuk thesis apa yang spesifik.
4. Adakah permohonan saya yang ditolak di UPM akan menjadi rujukan di IPTA lain yang bakal memberi kesan kepada peluang saya?
5. Adakah permohonan jawatan pensyarah akan melalui proses yang sama seperti jawatan kerajaan lain? Contohnya harus melalui SPA, harus menghadiri peperiksaan saringan jawatan kerajaan dan sebagainya.
6. Saya sudah berkeluarga dan agak ketinggalan berbanding orang lain yang mungkin ramai telah menjadi pemegang ijazah sarjana. Keadaan kewangan yang kini sudah terikat dengan hartanah juga menjadi kekangan dan saya tak pasti adakah berbaloi untuk saya lepaskan hartanah tersebut untuk lakukan salah satu jalan-jalan ini:
i. Memohon jawatan tutor di IPTA sekarang
ii. Tamatkan pelajaran sarjana pada 2016 dan selepas itu mohon jawatan tutor
iii. Tamatkan sehingga ke peringkat PhD atas tanggungan sendiri selama 3 tahun lselepas 2016 dan selepas itu mohon jawatan pensyarah
Atau adakah jalan lain yang lebih baik?
Terima kasih Tuan.
Salam,
Bagus kerana berminat untuk menjadi seorang pendidik. Saya cuba menjawab soalan2 yang dikemukakan.
1. Itu memang menjadi bualan. Maka saya menjawab Ya kerana tidak lama lagi, antara syarat penting adalah mempunyai PhD. TETAPI, ada kemungkinan kecil ada universiti2 biasa yang masih memerlukan individu yang sekadar mempunyai sarjana sahaja. Untuk ini, saya rasa anda tahu universiti mana yang saya maksudkan. Semestinya bukan universiti2 yang ternama di Malaysia tetapi universiti2 yang biasa berbanding universiti2 ternama ini. Tetapi kena selidik dan tengok apa keperluan semasa mereka. Setiap universiti berbeza-beza. bahkan jika anda ingin tahu, dalam tempoh 10 ke 20 tahun akan datang, kemungkinan bukan sahaja mempunyai PhD, tetapi perlu ada pengalaman industri selama beberapa tahun sebelum diterima masuk ke universiti sebagai pensyarah. Tetapi itu mungkin zaman sekitar 2025 ke 2035.
2 dan 3. Selalunya begitu, untuk sambung PhD, supervisor adalah perkara pertama yang perlu anda cari. Jika supervisor bersetuju, boleh sahaja. Tetapi jika supervisor tidak mahu tajuk yang anda kemukakan, maka samada anda buat ikut cakap mereka atau tidak. Tetapi ingat, jangan hanya selamba menerima sahaja tawaran PhD kerana jika anda tidak minat tajuk tersebut, maka anda menempuh kesusahan yang amat. Harus diberitahu bahawa purata staf akademik yang sambung belajar di universiti boleh mencecah 50-50. Iaitu jika 10 orang pergi sambung belajar PhD, 5 orang balik ada PhD, tetapi yang lagi 5 tersangkut di tengah jalan.
4. Tidak dan bahkan boleh memohon kembali di UPM tersebut. Trust me. Mereka tidak simpan permohonan tersebut dan jika ada mereka patut tahu bahawa yang lepas adalah lepas dan yang baru adalah baru. Itu adalah professional.
5. Amat mudah! isi form selepas itu tetapi direct kepada universiti. Tiada melalui proses leceh. Ianya hanya berkisar anda dan bahagian sumber manusia universiti sahaja. Tiada cabang-cabang tambahan.
6. Saya merasakan, anda juga boleh sambung PhD part time selepas tamat belajar master. Tetapi harus pandai membahagi masa. Jika memohon jawatan tutor, sudah tidak banyak universiti menawarkannya kecuali fellowship atau direct ada PhD memohon pensyarah. Saya pun tidak pasti bagaimana mahu mencadangkan kepada anda tetapi saya boleh cadang (hanya pandangan saya) adalah teruskan bekerja dan habiskan master. Bila dah tamat master, cuba cari supervisor yang boleh sambung PhD secara part time. kecuali anda ada duit untuk tampung selama 3 ke 4 tahun belajar PhD full time. Boleh dapat duit allowance bulanan tetapi mungkin agak sedikit untuk diri anda yang berkeluarga.
Harap membantu.
assalam sir,
saya masih belajar dalam degree sains fizik. Saya ingin bertanya apakah prospek kerja dalam bidang ini?. Dan jikalau ade rezeki pada tahun seterusnya, bidang dalam master apakah yang sesuai saya ambil berkaitan bidang degree saya sekarang ni? . mohon penjelasan.
Thank you in advance sir 🙂
Salam,
Bidang yang anda ambil ini amat bagus. Anda boleh ke arah Engineering, Sains Material dan sebarang bidang matematik. Saya berpendapat, adalah fokus dan sementara belajar ini cari apa yang anda ingin dalam hidup anda. Ingat, bekerja dengan penuh minat penting untuk tidak timbul perasaan bosan ketika bekerja. Saya memilih pensyarah disebabkan minatnya saya dengan bidang ini dan dapat berhubung dengan pelajar selain menjalankan kajian serta consultancy. Oleh itu, tanamkan minat apa bidang kerja yang diingini. Maaf sekiranya tidak dapat memberitahu bidang dengan tepat tetapi saya rasa anda perlu mengecilkan scope apa yang anda minat dan seterusnya berjaya dalam bidang tersebut.
Nasihat saya, tengok internet, tv dan sebagainya apa jenis kerja yang mungkin menarik minat anda. Dengan membaca buku anda tidak akan dapat cari bidang. Anda kena cari idea dan juga spark interest dalam diri anda.
Salam.saya nak tanya, adakah permohonan untuk skim fellow utem sudah dibuka untuk tahun ini?
Salam,
Boleh mohon kepada http://www.utem.edu.my/fellowship/
Percayalah kata saya, walaupun ianya telah tulis ditutup, tapi sebenarnya ianya dibuka sepanjang tahun. Cuma akan dibawa kepada next selection. Boleh cuba call
Bahagian Cuti Belajar
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya
76100 Durian Tunggal Melaka
Tel: 06-3316256/6134/6143/6153/6311
Salam
Saya ingin menanyakan pendapat tuan mengenai status dan cara saya untuk menjadi pensyarah.saya sekarang belajar degree di sebuah institut UniKL bawah pinjaman Mara dan saya ingin menyambung master untuk menjadi pensyarah
1.apakah kelayakan untuk saya sambung master
2.adakah ada biasiswa dimana tajaan Mara dah saya akan terikat dengan kontrak di mana saya dikehendaki bekerja under Mara
3.Gaji yang ditawarkan
4.antara pensyarah swasta dan ipta mana yang lebih bagus
Salam,
1. Tiada masalah selagi anda tamat Bachelor Degree yang diiktiraf tempat anda yang ingin anda mengambil master tersebut. Sebagai contoh, Universiti A mengiktiraf kursus degree anda dan anda boleh sambung master di bawahnya.
2. Biasiswa MARA biasanya boleh ubah. Jika anda tamat belajar dan mahu bekerja tempat lain, ianya berubah kepada pinjaman. kena lihat kontrak apa yang tertulis.
3. Gaji untuk DS45 (master) sekitar (sekarang) RM4000. dan DS51 (Ada PhD) sekitar menghampiri RM7000.
4. Ok, soal bagus ini subjektif, tetapi jika tanya saya, saya pilih IPTA. Sebab apa? Sebab IPTA mendapat dana direct dari kerajaan dan ditampung sepenuhnya serta mendapat pencen. Tambahan pula, masa bekerja yang flexible membolehkan anda bekerja dengan tenang. Tapi ingat, ianya subjektif dan saya tidak mengatakan IPTS tak bagus. IPTS boleh dapat bonus yg banyak atau gaji besar berbanding IPTA.
assalamualaikum wbt..
dr,
terima kasih sudi menjawap persoalan/kemusykilan sahabat2 maya disini..semakin skroll ke bawah semakin byk komen2 dari saudara/saudari yang berminat untuk menjadi pensyarah/pengajar/bekas guru..subhanallah, sungguh mulia hati kerana memilih kerjaya ini di mana sudi berkongsi ilmu dengan anak2 murid/pelajar untuk melahirkan anak bangsa yang lebih lagi dari bidang pendidikan..alhamdullilah..
sy sendiri mempunyai persoalan yang ingin ditujukan kepada dr..sy merupakan graduan dari uitm baru beberapa bulan mendapat sijil ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains iaitu statistik kelas pertama – 3.87(berasa segan kerana rata-riti sahabat di sini sudah memiliki masters & phd)..namun begitu, saya berminat untuk terus menyambung ke peringkat phD mungkin tahun hadapan kerana sy belum bersedia apa2 tajuk/idea/supervisor/proposal untuk tesis saya.pendek kata sy cuma ada minat sahaja tapi belum bersedia apa2..apa pandangan dr?
semasa degree sy ada menjalani latihan industri dan juga perlu menyiapkan tesis kajian yang hanyalah berperingkat degree sahaja.saya juga ada bertanya pendapat supervisor sy yg menyelia sy semasa sy menyiapkan tesis kajian degree sy tentang ini..dia dengan gembiranya menyokong niat dan minat saya ini sebanyak 90% (sungguh terkejut sy mendengarnya).sy sekarang baru 23 tahun (mungkin org kata masih terlalu muda/masih mentah dll) dan tidak pernah bekerja selain bepraktikal selama 3 bulan sahaja di industri iaitu di MIROS.saya risau itu menjadi kekurangan sy nanti kerana pengalaman kerja merupakan salah satu faktor untuk mendapatksn kerja
btw, sy ni lemah jgk dr english nya.muet ambil tahun 2009 dulu dapat band 3 saja,huhu..tapi sy memang berminat untuk menjadi pensyarah..kerana pada saya, apabila sy dapat berkongsi ilmu sy terutama dalam bidang sy (statistik) dgn sesiapa sahaja ianya memberikan satu kepuasan kepada diri saya..
harap dr sudi memberi pandangan dan tidak bosan membaca komen sy yg panjang lebar ni.hehe..terima kasih, 🙂
Salam,
1. Pertama sekali, bagus kerana ada minat. Yang lain tidak penting buat masa ini. Kerana minat itu penting. Seperti anda hendak ingin balik ke kampung beraya. Sebab anda balik kampung sebab anda seronok sgt hendak beraya di kampung. Iaitu wujud perasaan suka atau minat. Untuk perkara2 lain seperti nak bawak baju apa, kereta apa itu perkara kedua. Bukankah begitu?
2. Soal pengalaman itu tidak penting buat masa ini, kerana sebaik sahaja melangkah ke alam PhD (bila dah accepted selepas register, maksud saya diterima dan memulakan saat pertama sebagai PhD student), anda akan mendapat semua pengalaman itu semasa menjadi pelajar PhD. Menjadi pelajar PhD merupakan saat paling menarik dan penuh suka duka. Tapi ianya sangat2 berbaloi.
3. English? Anda boleh memperbaikinya semasa mengambil PhD. kerana apa? kerana apabila anda mengambil PhD, anda akan automatik menjadi seorang yang berdisiplin tinggi. Anda tahu mengatur masa dan sebagainya. Tapi awas, jika tidak timbul perasaan minat dan sebagainya, anda mungkin kecundang. pastikan minat itu mengatasi segala-galanya. Kerana dengan minat, anda akan berkobar2 untuk terus berusaha dan berdoa kepada Allah S.W.T. untuk terus tabah dan menempuh dunia PhD. Anda kena banyak menulis semasa mengambil PhD ini.
tumpang tanya, i’m 17 and i’m thinking about maybe taking Tesl if i get to attend univercity in the future. Are there also English lecturer?
Yes!!, there are lot of English lecturer in IPTA and most of them work at their respective faculties. Most of the universities had their own department for English lecturers. They teach undergraduate students (on 1st or 2nd semester for almost every course!!).
Assalamualaikum .setelah membaca kesemuanya .terasa mahu mendengar pendapat dari Dr tentang hala tuju saya pula .Dr .Alhamdulillah saya kini masih di peringkat ijazah dalam bidang ijazah sarjana muda sains (sains biologi) di UMT .kalau saya nak sambung master di UTM boleh kan Dr ? kalau master kita boleh pilih mana mana U ke Dr ? dan ada ke program yang membolehkan saya ambik master sekaligus membolehkan saya menjadi pensyarah di UTM ? saya sangat sangat berminat untuk menjadi seorang pensyarah .In Shaa Allah atas izin ALLAH
terima kasih saya dahulukan
Salam,
Maaf atas kelewatan saya menjawab soalan2 kerana persediaan mengajar pada semester baru.
Berkaitan dengan pengambilan master di mana-mana universiti itu sememangnya boleh asalkan ianya menepati syarat2 yang dikemukakan oleh universiti terbabit dan kuota yang diperlukan dalam master tersebut (jika master by coursework). Jika master by research, memadai mempunyai pointer ijazah yang stabil kerana kebanyakan pensyarah yang ingin mengambil master by research akan mencari candidate yang mempunyai pointer tertinggi dari senarai yang ada pada beliau. Namun, pensyarah adalah seorang yang subjektif dan mereka tahu siapa yang mereka nak ambil walaupun pointer seseorang itu mungkin rendah dari yang lain. Yang penting bagaimana anda mampu menyakinkan pensyarah tersebut.
Program untuk ambil master sekaligus ini semakin lama semakin jarang ada (digelar fellowship atau tutor) kerana kebanyakannya mengambil pelajar yang ingin menyambung PhD. Oleh itu kena lihat syarat dalam universiti terbabit. Competition semakin tinggi dan anda rasanya perlu mempunyai master terlebih dahulu dan dengan kelulusan yang setinggi boleh.
salam tumpang tayer,, sy mengambil degree dalam fizik di utm,, n sy nak sambung master dalam safety health n environment,, kos master sy agak lari dri sy puyer degree.. pada pendapat en boleh x sy jadi lecturer in safety walaupun sy mengambil ijazah dalam fizik..
mohon pendapat yg cepat dari pihak encik.. ni no telefon sy 0134040987.. pendapat encik amat sy perlukan an saya hargai..jutaan terima kasih..
Salam,
Untuk makluman, menyambung bidang berlainan master adalah boleh dengan syarat ianya tidak mempunyai competitive from other students yang akan memohon kursus yang sama. Maksud saya jika ada 100 orang memohon kursus master by course tersebut dan majoritinya dari bidang yang ijazah sarjana mudanya berkaitan perkara tersebut, dan hanya 30 orang sahaja diambil, maka anda mungkin tidak akan diambil. Apa2 pun, jika secara penyelidikan, maka mungkin anda boleh diterima tetapi harus diingat yang master secara penyelidikan adalah sukar sedikit berbanding by coursework.
Tiada masalah dari segi menjadi lecturer in safety (sebenarnya anda kena masuk dalam bidang engineering ni – safety ni byk dekat engineering department) dan bahkan rakan saya bidang PhD in engineering mengajar safety health and environment (related)
salam, sy merupakan cikgu baru dg41, mempunyai ijazah sarjana muda dlm pengajian sosial (sejarah,ekonomi,geografi), baru 4 bulan bekerja sbg cikgu di srwk. sy sgt berminat dlm bidang rangkaian komputer, cuma sblum ni sy x dpt peluang sedemikian. jd sebaiknya apakah lebih baik sy ambil ijazah sarjana muda yg ke-2 atau terus smbung ke master dlm bidang trsebut?
Salam,
Baiklah, ini juga bersoal pertukaran bidang. Sememangnya boleh tetapi seperti yang saya ada terangkan dalam komen2 yang lepas, ianya bergantung kepada ruang kekosongan untuk master tersebut di universiti yang anda ingin ambil. Sebagai contoh jika ada 100 permohonan, maka 30 orang sahaja yang dipilih untuk master bidang rangkaian komputer, maka mungkin anda tidak layak. Tetapi jika diambil secara by research, mungkin boleh lepas tetapi ada perkara lain yang harus dipertimbangkan iaitu bagaimana anda mampu menyakinkan supervisor anda untuk ambil anda sedangkan anda tidak ada asas dalam bidang rangkaian komputer. Mengambil degree kedua mungkin option seterusnya. Tetapi ianya memakan masa bukan?
yup, memakan masa. mknanya adakah sy perlu mlupakan shj hasrat ni?
Salam,
Saya tidak mahu anda melupakan hasrat tersebut, cuma kena bertanyakan diri adakah yakin dan mampu dapat bersaing dengan orang lain yang mempunyai bidang yang sama seperti sarjana muda.
Analoginya mudah,
Ada orang yang mempunyai Proton Saga BLM membawa di lebuh raya sekadar biasa-biasa sahaja dan dalam dirinya jika bawak laju tidak mungkin dapat potong BMW 3 Series.
Tetapi ada yang mempunyai daya saing tinggi dan juga berstrategi mampu mengalahkan BMW 3 Series dengan berstrategi, kecepatan dan kepintaran tersendiri di lebuh raya dan di dalam kawasan bandar.
Lihat, bagaimana dua orang berbeza tapi kereta sama dapat membawa result yang berlainan. Sedangkan opponentnya adalah yang memang dari bidang kereta hebat.
Jadi, saya bertanya diri anda. Jika anda yakin teruskan, jika tidak maka lakukan apa yang patut.
Salah satu faktor untuk anda maju kehadapan dan menjadi hebat seperti Professor, Businessman yang berjaya adalah – Keyakinan (tanpa mengira agama, bangsa, kewangan dll)
Salam Dr.
Saya bercita-cita ingin menyambung phd. Saya telah berjumpa dengan bakal supervisor untuk phd dan dalam proses mendapatkan geran penyelidikan. Saya tak senang duduk kerana terpaksa menunggu keputusan geran sama ada lulus atau tidak. Saya risau sekiranya permohonan tersebut tidak berjaya. saya juga telah bekerja sambilan selama 7 tahun menjadi RA di salah sebuah institusi penyelidikan dan telah melalui zaman master yang penuh cabaran dan duka..saya bercadang untuk berhenti kerja sambilan RA ini kerana tak sanggup menyambung kerja sambilan untuk tahun ke lapan selain daripada untuk menumpukan sepenuhnya terhadap pengajian phd saya kelak. Patut ke saya tunggu permohonan geran tersebut atau saya terus apply phd dan membuat proposal lain untuk dihantar kepada ipta lain?Boleh ke saya terus hantar permohonan sambung phd bersama proposal ke ipta tanpa mencari bakal supervisor terlebih dahulu sebelum mendaftar?
Terima kasih Dr.
Salam,
Baiklah, sebenarnya menjadi RA selama 7 tahun itu merupakan saya terpaksa jujur katakan sebagai tempoh yang amat membazir walaupun pengalaman agak tinggi. sepatutnya anda dah sambung master dan phd serta dah bersiap sedia untuk bekerja dengan PhD.
Saya sarankan cuba cari mana2 universiti lain yang supervisornya memberikan jawapan yang cepat. Send email kepada bakal2 supervisor ini samada berminat mengambil pelajar PhD dan ajak berbincang bagaimana. Sepatutnya tidak perlu tunggu geran pun boleh daftar. Tapi ingat, harus cari supervisor terlebih dahulu (langkah selamat).
Assalam,
Saya merupakan pelajar PhD di ipta awam yang akan memasuki semeater ke 3.Saya baru meberima surat panggilan temuduga untuk jawatan pensyarah poli/kolej komuniti dh41 dan saya di dalam dilema untuk menghadiri temuduga tersebut. Adakah lebih baik saya sambung PhD sampai habis dan kemudian memohon jawatan pensyarah universiti trus?atau saya menerima tawaran sebagai pensyarah poli
Salam,
Ini sesuatu yang agak baru. Jika ditanya saya, saya semestinya menghadiri temuduga tersebut dan memberitahu penemuduga tersebut yang saya mohon untuk menyandang jawatan ini sambil belajar secara part time PhD. Maka anda harus menyakinkan penemuduga yang anda boleh buat “double dos” – bekerja sambil belajar dan ini membantu menjimatkan anda.
Cuma ianya akan tough skit untuk kehidupan anda. Siang malam terpaksa berjaga tetapi itu yang terbaik. Korbankan masa pada peringkat awal 2 ke 3 tahun ini untuk bekerja sambil belajar. Selepas itu anda senang dan boleh melompat ke IPTA pula.
Jika tidak yakin, mana2 pilihan pun boleh tetapi jika ditanya saya jujur, saya mengambil pilihan untuk stay for PhD. Better sacrifice now for better future
Salam.
Saya ingin bertanyakan pendapat Dr. Saya sekarang sedang bekerja sebagai pensyarah budak diploma dalam bidang network security di sebuah di sebuah ipts selama 5 tahun. Saya baru sahaja menamatkan pengajian saya dalam master. Saya ingin menyambung ke PHD sekarang ini memandangkan umur saya telah pun 34 tahun untuk tahun ini.persoalan saya ialah, adakah memana uni yang sanggup ambil saya sebagai fellowship/tutor dengan berbekalkan pengalaman saya sebagai pengajar yang sudah melebihi 5 tahun ini. adakah saya mempunyai peluang cerah?
Saya seboleh2nya sedang mencari biasiswa yang boleh tanggung family kerana saya telah pun mempunyai 4 orang anak.Dan kalau boleh saya ingin sambung ke UK kerana saya tidak pernah ada pengalaman study di luar negara, dan ingin menimba pengalaman study di UK.
Mohon nasihat dari Dr. thank you in advance.
Salam,
Sudah tentu, cuma bezanya anda perlu mencari universiti yang masih memerlukan pensyarah yang mempunyai master + pengalaman. Sebab setakat ini sebahagiannya memerlukan yang ada PhD terus. Ada lagi yang universiti masih mengambil master + Ppengalaman tetapi perlu lihat kembali skim tersebut (fellowship).
Biasiswa boleh cuba MARA atau PTPTN (pinjaman). Seharusnya mencari pembiaya anda terlebih dahulu. Soal pengalaman, semua tiada pengalaman pada peringkat awalnya. Tetapi saya boleh beritahu anda, PhD di UK amat memerlukan anda komitmen sepenuhnya dan individu yang berdisiplin. Di tempat saya, sebahagian ada yang berjaya, sebahagian lagi tidak berjaya menghabiskan dalam tempoh 4 tahun.Maksudnya anda kena benar2 tahu apa anda lakukan dan separatekan kehidupan di lab (jam 8 pagi hingga 5 petang) dengan kehidupan di rumah.
Selamat menghadapi PhD.
Assalamualaikum tuan.
Saya lulusan ijazah sarjana muda bahasa dan kesusasteraan arab dari sebuah IPTA, grad tahun 2013.
Setelah tamat pengajian di peringkat ijazah, saya telah memohon utk menjadi guru KAFA di bawah JAIS (jabatan agama islam negeri selangor). Saya akan sambung master awal tahun depan secara part time dan pada masa yg sama, saya masih bekerja sebagai guru KAFA di bawah JAIS.
Jadi, saya mempunyai persoalan, adakah saya masih berpeluang utk menjadi pensyarah di IPTA jika saya berjaya menghabiskan pengajian saya hingga peringkat phd? Tetapi pada masa yg sama saya pernah menjadi guru jais?
Ada kenalan pernah cakap, jika sy sudah terikat dgn institusi milik kerajaan negeri, sy tidak mempunyai peluang utk masuk ke dlm sektor perkhidmatan awam. Benar ke?
Salam,
Untuk soalan utama anda, peluang itu sama rata. semua orang mempunyai potensi untuk diserap sebagai pensyarah dengan syarat mempunyai PhD (yang paling kukuh berbanding master).
tetapi dari segi persaingan, bidang anda ini juga amat diperlukan di universiti2 tempatan. Bagus juga anda sambung belajar sehingga PhD. Ditambah pengalaman sebagai guru JAIS.
Saya tidak tahu siapa kenalan anda tersebut tetapi maaf itu seperti mitos sahaja kerana terikat ini bermaksud kontrak. Jadi, jika tamat kontrak anda boleh bebas. Jika nak pecah kontrak pun boleh dengan membayar jumlah yang ditampung JAIS untuk anda sambung belajar. Tetapi anda sambung secara part time, maka JAIS tidak keluarkan satu sen pun dan ini bermakna tiada ikatan kontrak. Anda ada sign sebarang dokumen yang menyebut terikat? Jika tidak, maka anda bebas kontrak dan bebas untuk melompat keluar.
Assalamualaikum Dr.
Saya ingin memilih antara profesion pensyarah dan guru. Mana yang lebih baik?
Salam,
saya akan cuba menjawab di email kerana soalan ini agak subjektif (terlalu general)
Salam DR..
saya br sj sambung blajar master dlm bidg pentadbiran pendidikan…sy ambik mode coursework part time…skrg sy bertugas sbg guru dan belum lg comfirm sbb br posting…jd…sy nk tanya…ada x biasiswa yg boleh sy mohon utk status mcm sy…tq…
Salam,
Biasanya pembiaya tidak memberi biasiswa untuk orang yang sudah bekerja dan sambung part time kecuali anda mohon pinjaman pelajaran seperti MARA atau PTPTN. Jadi, rasanya anda terpaksa gunakan duit sendiri untuk biaya master anda ataupun menyambung secara penyelidikan (mencari supervisor dan membuat resarch)
Tq Dr..
Assalamualaikum….
Saya berkelulusan digri seni bina…sekarang saya sedang meneruskan pengajian master dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional di UTM …. selepas tamat pengajian..saya bercita-cita untuk memohon jawatan pensyarah di politeknik..soalan saya
1) apakah opsyen yang akan ditawarka kepada saya kelak? Adakah saya akan diberi opsyen bedasarkan kelulusan digri atau master?
2) sekiranya saya tidak lulus part 1 pada peringkat digri, adakah saya masih layak memohon jawatan pensyarah di politeknik?
Salam,
1) Untuk soalan ini, opsyen tersebut rasanya ditentukan berdasarkan kedua-duanya. Jika anda memohon bidang yang berdasarkan kelulusan master anda, anda harus menyakin penemuduga yang anda ada capability untuk menyandang jawatan tersebut walaupun degree sarjana muda berbeza. Boleh gunakan kedua-duanya atau salah satu. Tetapi anda harus ingat, persaingan timbul dari individu yang mempunyai degree sarjana muda dan master yang sama bidang. Itu saingan anda.
2. Masih layak, cuma boleh mencuba lagi dan ingat, memohon jawatan pensyarah ini adalah sewaktu dipanggil temuduga. Banyak individu (maaf saya katakan secara jujur) yang mempunyai masalah untuk bercakap dan berkomunikasi dengan jelas dan yakin. Sebagai pensyarah tidak boleh gagap atau senyap. Harus pandai berkomunikasi dan menyakinkan penemuduga
Aslkm,
Sy ingin mohon jasa baik puan mengenai melanjutkan pengajian dlm Phd.
Sy akan berusia 43 tahun. Tlh mempunyai BA dlm Social Work, Postgr Dip Drug User,, Master Conseling. Sy ingin melanjutkan Phd di USM ttp menghadapi masalah untuk menampung kos yuran.
Sy merupakan Pembantu Tadbir Kanan di agensi kerajaan. Sy juga akan menghadapi masalah waktu kelapangan pengajian, jika mengambil Phd.
Sy juga tahu PTPTN ada menyediakan pinjaman, ttp seblhnya sy nak mengelakkan drp pinjaman PTPTN.
Ada ke cara untuk sy menampung kos, membahagikan masa dan mendapat bantuan seperti Brain15?.
Adakah waktu kerja sy 8 – 5pm menjadi fleksibel jika sy mengambil part time mengajar pelajar IPTS dlm waktu weekend dan bagaimana supaya waktu sy tidak terjejas?
Harap bole bantu..
Salam,
Saya ucap tahniah kerana ada niat ingin menyambung pelajaran peringkat PhD. Berbalik dari segi kelapangan, ianya amat benar kerana menyambung pelajaran ini ada dua cara sahaja:
Part Time – kena pandai bahagi masa + berdisiplin dan istiqamah
Full Time – fully concentrate at research tapi duit mungkin bergantung kepada geran dari supervisor atau dana kerajaan untuk MyBrain,MYPHD dsbnya.
Jadi, saya boleh berkongsi cara saya membahagi masa untuk part time kerana phd saya part time dan ambil masa 3 tahun untuk selesai.
Dalam seminggu, jika bekerja 8 hingga 5, pasti ada masa yang terluang untuk mencari data2 dari internet. Setidak2nya sejam atau dua jam dan masa yang lain ditumpukan buat kerja pejabat. ANDA kena korbankan masa dengan rakan2 dan rehat ditengahhari. Tiada lagi rehat bersama-sama rakan2, keluar pagi, dan sebagainya. Hidup anda di ofis, cari data, dan menunaikan kewajipan solat. Makan bawa dari rumah (bungkus atau tupperwarekan). Jika ada microwave di pejabat panaskan sahaja (bawa bekas yang boleh dipanaskan dalam microwave)
Dalam seminggu – bangun jam 2 pagi hingga subuh setidak-tidaknya 2 atau 3 kali seminggu. JANGAN TIDUR selepas subuh sebab anda akan lebih mengantuk. Datang ofis macam biasa dan jika ada kelapangan take a nap sebentar (15 minit ke 30 minit) pada waktu tengahhari. Pada waktu 2 pagi hingga subuh inilah anda membaca artikel seminggu 1 artikel, jika boleh 3 atau 4 artikel seminggu lebih baik.
Pada awalnya mungkin agak sukar tapi percayalah dan kena tingkatkan keyakinan diri.
Yuran – terpaksa catu dari gaji anda. Kurangkan belanjawan benda yang tak patut dan buat part time macam yang dikatakan anda untuk mengajar di IPTS untuk tampung yuran.
Weekend, sememangnya dalam tempoh phd ini, 3 ke 4 tahun anda akan terganggu sedikit sebab masa dikorbankan untuk mengajar di IPTS dan membuat PhD. Tetapi pastikan spend masa bersama keluarga pada waktu yang benar2 cuti panjang.
Semoga membantu dalam percaturan hidup.InsyaAllah berjaya.
Aslkm,
Terima kasih dgn pandangan & perkongsian puan.
Bagi persediaan Phd, perlukah sy terlebih dahulu menyediakan proposal seblum permohonan masuk Phd. Atau menunggu keputusan diterima masuk dan baru berbincang dgn penyelia mengenai kajian dan proposal.
Boleh puan kongsi mengenai persiapan awal proposal. Sy lbh prefer kuanti research berbanding kuali research.
Sy pernah blajar di UUM & UMS & sekarang ingin ke USM. Kemungkinan terdapat perbezaan atau suasana yg berbeza pengajiannya.
Berapa kerapkah perjumpaan dgn Penyelia dlm tempoh sebulan?(tengah kira kos bajet Alor Setar ke P.Pinang).
Harap bantu.
Salam,
Sebenarnya yang paling bagus adalah berjumpa supervisor terlebih dahulu dan menyediakan proposal untuk tujuan semakan dan pembetulan. Kekerapan perjumpaan bersama penyelia adalah bergantung kepada supervisor. Ini adalah perkara yang perlu discuss dengan supervisor dan memandangkan sudah ada technology Whatsapp, Email, Video Conferencing dan sebagainya, maka boleh limitkan face to face meeting.
Salam
Saya sedang menghabiskan penulisan thesis phd saya iallah di peringkat akhir sekarang ni. Saya belajar di luar negara, tidak bonded dengan mana2 university di malaysia. Masalah yg saya hadapi adalah mengalami proses review dan correction yg terlalu lama. disebabkan itu saya ambil keputusan untuk balik ke malaysia dan start mencari kerja sementara menunggu proses review.
kebanyakan institusi pendidikan yg saya approach tidak mahu mengambil saya bekerja melainkan saya tamat sepenuhnya menghantar thesis PhD saya. dan juga kerana saya tidak mempunyai Master degree (saya melanjutkan PhD terus setelah tamat bachelor degree kerana mendapat offer dan sponsorship drpd university), sesetengah institusi tidak melayakkan saya untuk menjadi tutor sambilan ataupun tenaga pengajar sambilan.
saya agak buntu untuk mencari kerja sekarang. jika tuan ada cadangan dan nasihat yg saya boleh cuba saya sangat menghargainya.
terima kasih
Salam,
Jika diamati, memang perkara ini sebenarnya pun menjadi masalah jika belum tamat PhD tetapi tiada master untuk memohon menjadi Pensyarah. Boleh mencuba di universiti terbabit tetapi seperti yang dimaklumkan, memang tidak mahu mengambil bekerja selagi tak tamat sebenar-benarnya.
Nasihat saya adalah teruskan mempercepatkan proses mendapat PhD dan mohon setelah dapat sijil PhD tersebut. Agak susah untuk saya mencari jawapan yang lain tetapi saya boleh suggestkan untuk mengambil master by coursework yang selama setahun sahaja (jika agak menunggu mendapatkan PhD itu terlalu lama sgt iaitu memakan 1 ke 2 tahun lagi). Ataupun mungkin mencuba mencari kerja di syarikat2 swasta atau kerajaan menggunakan degree dan apabila dipanggil interview bgtaulah status anda dan mungkin anda ada added point/advatange untuk candidate degree Bachelor yg lain.
Semoga membantu
sir, sy nak tanya..adakah jika kita mendapat geran utk menyambung phd, peluang mendapatkn jawatan pensayarah mudah?adakah kita akan terus diserap menjadi pensyarah selepas tamat belajar?
Salam,
Saya tak pasti apakah yang dimaksudkan dengan geran untuk menyambung PhD bagi pihak saudari, tetapi jika ianya bermaksud anda sedang menyambung peringkat master atau anda bersama-sama bakal supervisor anda berjaya mendapatkan geran untuk anda sambung PhD,maka anda memperoleh elaun bulanan untuk sambung belajar.
Sebenarnya, tiada kaitan antara mendapat geran dan menjadi pensyarah. kerana menjadi pensyarah adalah suatu yang dipanggil sebagai sesi memohon pekerjaan. Oleh itu, anda perlu menghantar permohonan menjadi pensyarah terlebih dahulu sebelum anda boleh memberitahu anda mempunyai geran yang ditulis bersama-sama supervisor anda.
Tetapi, jika anda mempunyai PhD, anda ada peluang lebih besar dari yang mempunyai master. Maka, yang penting sekarang adalah mendapat PhD maka insyaAllah laluan itu mudah.
Assalamualaikum..tuan.
terima kasih di atas perkongsian tuan dan amat membantu saya .saya amat berminat dalam bidang akademik dan kini saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat master dan akan tamat pada june 2015. yg mnjadi kekeliruan saya..saya tiada pengalamn dlm bidang kajian memandangkan semua peringkat pengajian saya berbentuk coursework. adakah saya layak untuk ke peringkat PHD. . rata-rata yang saya temui malahan perspektif segelintir masyarakat juga jika melanjutkan pelajaran ke peringkat PHD mestilah menjadi ahli akademik. Bolehkah tuan menjelaskan isu ini dr sudut pandangan tuan yg berpengalamn..arah kerjaya seseorang setelah mendapat PHD.
sy amat menghargai respon dari tuan .
Terima Kasih
Salam,
Saya rasa itu bersifat mitos kerana tidak kisah tiada pengalaman dan juga tidak kisah seseorang itu mesti ahli akademik. Oleh itu, sambung sahaja jika mahu kerana proses menyambung PhD itu adalah proses pembelajaran yang berperingkat.
banyak kali anda boleh jadi selepas mendapat PhD seperti Jurutera atau pekerja mahir bertaraf PhD. Oleh itu, sambung dengan niat untuk menuntut ilmu dan selepas itu,insyaAllah rezeki akan datang tanpa dijangka.
Assalmualaikum Dr semoga dirahmati Allah S.W.T.
Disini saya ajukan tiga soalan:
1.Kawan saya baru sahaja menamtkn pengajian master namun dia tiada pengalaman bekerja telah mendapt tawaran melanjutkn pengajian ke peringkat phd. Adakah dia patut terima tawaran tersebut ataupun keluar mencari kerja terlebih dahulu supaya dpt menampung perbelanjaan pengajian?
2. Adakah kawan saya yg mengambil coursework(without thesis) di peringkat master akn mengalami masalah utk menyambung Phd?
3. Bolehkan kawan saya hidup tanpa bekerja dengan mengharapkan elaun ketika dalam pengajian Phd. Apakah saranan Dr.
Terima kasih kerana sudi menjawab.
Salam,
1. Boleh sahaja menerima tawaran tersebut dan pada masa yang sama bekerja. Tetapi ikut mana satu yang menjadi keutamaan. kerana menyambung PhD selepas bekerja pun boleh untuk menampung yuran pengajian.Yang penting, apa yang penting dalam kehidupan, maka itu perlu didahulukan. Saya banyak mendapat email yang terlalu mengutamakan sesuatu yang lain tanpa mengetahui ada yang lebih penting. InsyaAllah, jika mengutamakan sesuatu yang berkaitan personal life akan membantu kita membuat keputusan.
2. Tiada masalah, proses pembelajaran itu bersifat continuous dan insyaAllah semasa belajar PhD akan berlajar semua itu secara langsung atau tidak langsung. Banyak sahaja rakan saya tidak mendapat sebarang masalah ketika menyambung di peringkat PhD.
3. Jika ianya mencukupi, maka ianya tiada masalah. Maka bolehlah sambung dengan senang hati. Yang penting tahu menguruskan wang dengan baik seperti sewa rumah, bayar duit kereta, dan cukup makan bulan2 termasuk duit minyak kereta dan lain2.
Assalamualaikum Dr.
Adakah seseorang yang gagap dgn ketara pertuturannya berpeluang untuk belajar di peringkat PhD. Bagaimana proporsal defd…pembentangan dan VIVA nya.
Mohon bantuan Dr.
Salam,
Saya yakin selepas 2 ke 3 tahun anda sambung PhD anda tidak lagi gagap untuk berkata-kata semasa berada dihadapan. Proses pembelajaran PhD itu penuh dengan anda dilatih menjadi yakin dan seterusnya berkemampuan untuk menjadi seorang penyelidik dan pembentang yang baik.
menjadi pensyarah di ipta atau ipts,adakah kedua2nya sama tuan? terima kasih
Salam,
Dari segi kerja, ianya sama sahaja skopnya tetapi dari segi gaji dan promotion serta bonus, ianya bergantung kepada pemberi gaji/bonus terbabit. Biasanya yang bekerja di IPTS terkemuka, gajinya agak kehadapan sedikit berbanding di IPTA. Tetapi jika di IPTA, kemudahan mendapat geran kerajaan itu sangat tinggi berbanding di institusi swasta. Bezanya sudah pasti jelas untuk persaraan di mana IPTA mendapat pencen manakala IPTS pula tidak.
Jika ditanya saya mana bagus, kedua-duanya sama bagus.Yang penting apa matlamat anda dalam kerjaya.
Sy ingin sambunh master bidang agama Islam dan bercita2 mnjdi pensyarah, adakah cerah cita2 sy jika Sambung master di ipts berbnding ipta? Kemudian PhD di ipta
Ingin master bidang agama Islam dan bercita2 mnjdi pensyarah, adakah cerah cita2 sy jika Sambung master di ipts berbnding ipta?
Salam,
Saya satukan kesemua pertanyaan dalam komen ini.
Untuk perihal mana yang lebih bagus, ianya sama sahaja cuma dari segi yuran dan environmentnya sahaja yang berbeza. Asalkan ianya kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Pengajian Tinggi seperti Malaysian Qualifications Agency atau lain2, maka ianya sudah memadai.
Oleh itu soal menjadi pensyarah dari IPTA atau IPTS tidak timbul kerana mereka melihat kursus itu mestilah diiktiraf. Maka jawapan saya sudah pastilah cerah. Yang penting ianya telah diselidiki terlebih dahulu yang ianya diiktiraf. Maksud diiktiraf ini adalah mendapat qualification dari mana2 agensi kerajaan yang berwajib.
terima atas komen tuan yg pantas, tahniah membuktikan tuan benar2 ingin membantu anak bangsa terus maju kehadapan, di sini saya ada soalan ingin bertanya, saya sudah sem akhir di uia jurusan agama, saya berhasrat menyambung pelajarn di ipts OUM , persoalan disini selain yuran yg agak lebih mahal dari ipta (RM15k) , ipta (RM6K), adakah sy membuat keputusan bijak? dan adakah sekiranya sy menyambung master islamic studie di situ peluang menyambung PHD di ipta berikutnya cerah? saya mensasarkan selepas tamat pengajian master din ipts tersebut terus sambung ke PHD di mana2 ipta di malaysia. mohon pencerahan tuan.
terima kasih
Salam,
InsyaAllah ianya cerah, cuma perlu melihat samada ianya diiktiraf atau tidak. Boleh semak melalui
http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/esisraf/
Sy bakal tamat pengajian bidg agama di ipts, berhasrat Smbung master di ipts, apakah dari segi apakah keduanya berbeza slain ipts kos agak mahal, tpi sy difahamkn bleh apply mybrain, adakah masa depan cita2 sbg pensyarah cerah jika smbung pengajian master di ipts kemudian PhD di ipta, terima kasih tuan
Terima kasih tuan, sy pelajar sem akhir pengajian Islam ijazah di ipta, sy cita2 jdi pensyarah,berhasrat Smbung master pengajian agama di ipts(OUM) adakah sy membuat keputusan bijak? Sy berhasrat Sambung master di ipts dan PhD di ipta (UM) boleh ke tuan? Atau sy perlu menukarkn planning sy.dilemma
sy dlm dilema…sama ada nk myambung phd di uni top 100…SV biasa2…atau smbg phd dkt uni biasa2 tp SV merupakn top 10 researcher dlm dunia untuk bidang sy…ada org bpendapat yg ranking makin bagus…phd sy makin tinggi value…tp sy bpendapat pulak…walau uni tu bkn top 100…tp SV tu top researcher dlm bidang sy…apa pendapat awk ye???
Salam,
Soal menyambung PhD ini bergantung kepada individu, cuma dikhuatiri terikat dengan institusi pemberi dana maka mungkin mengehadkan pilihan anda. Jika tiada had, maka bebas menyambung di mana jua asalkan PhD diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (misalnya semua program di IPTA di iktiraf).
Maka saya sarankan sambung sahaja jika tiada had.
sambung master di ipts atau ipta? mana lebih baik? sy bercita2 menjadi pensyarah
Salam Sejahtera Tuan,
Di sini saya ingin mengemukakan beberapa persoalan yang memerlukan jawapan Tuan. Saya memohon untuk menjadi pensyarah di UMK dan telah ditawarkan jawatan sebagai Pensyarah Muda, di mana saya harus menyambungkan pelajaran ke peringkat PhD di luar negara (Universiti 200 terbaik dan subjek 100 terbaik di dunia). Saya kelulusan Master dan ditawarkan elaun bulanan RM2500. Saya akan dibiayai oleh SLAI dan besar kemungkinan saya akan melanjutkan pelajaran di Australia.
Persoalan saya ialah,
1) Saya berasa khuatir dengan penyambungan PhD di luar negara. Saya menamatkan Master di Universiti Malaya dengan Coursework Mode. Saya bimbang sama ada saya dapat menamatkan PhD dalam masa tiga tahun. Adakan peluangnya baik? Jika gagal ditamatkan maka saya harus menanggung hutang seumur hidup.
2) Saya sudah lama menunggu keputusan daripada UMK dan berasa ragu-ragu dengan keputusan yang harus dibuat. Saya juga bimbang dengan keadaan di luar negara kerana kediaman tidak disediakan dan saya tidak kenal seorang pun di sana. Saya juga bimbang sama ada elaun yang dibagi adalah cukup sebab banyak melihat aduan kekurangan elaun di forum lain. Adakah elaun untuk individu bujang itu cukup?
3) Adakah pemegang PhD dari luar negara akan mendapat gaji lebih tinggi (sebagai pensyarah) daripada pemegang PhD dari IPTA/IPTS di Malaysia? Atau ada apa-apa keistimewaan yang dinikmati oleh pensyarah IPTA yang menamatkan PhD di luar negara?
Maklumbalas daripada Tuan amat saya hargai. Sekian.
Salam, saya dah jawab dalan entri saya terbaharu berkaitan pensyarah
lihat entri pos saya yang terbaharu
Assalamualaikum Dr/prof
Saya ingin bertanya dan meminta pandangan Dr. Maaf jika soalan ini pernah ditanya dan harap Dr tidak keberatan untuk menjawabnya
Untuk pengetahuan Dr sy merupakan pelajar PhD tahun 4 di UPM dan merupakan tutor bertaraf sementara di salah sebuat IPTA dan sudah berkhidmat hampir 7 tahun. Saya berhasrat untuk berhenti dari tempat kerja. (bukan berhenti phd) Alhamdulillah sy minat phd dan ianya berjalan dgn baik wlupun byk rintangan. Cuma suami bekerja di JPM dan dan tiada pilihan utk berpindah begitu juga sy. dahulu Alhamdulillah jauh itu bukan masalah kerana sy boleh drive dan berdikari. namun terbaru Allah takdirkan sy sakit dan saya tidak mampu nak drive sebagaimana sy yg dahulu even ke kedai berhampiran. Semua bergantung harap pd suami. Perkara ini sedikit sebyk merunsingkan sy kerana sy suka persekitaran tempat kerja saya cuma kesihatan sy seakan tidak mengizinkan sy untuk tinggal sendirian tambahan saya tiada seorang saudara pun di tpt sy bekerja. Saya redha kerana ini semua dgn kehendak Allah. Saya mula berfikir untuk berhenti dan mencari peluang di sekitar sini. Dan sy ingin byr semua denda yg tertulis dalam perjanjian.
Soalan sy
1) pernahkah jadi kes seperti saya.. dan adakah saya akan disenarai-hitamkan oleh JPA jika sy ingin memohon mana2 ipta lain memandangkan jwtn sy masih berstatus “sementara” sebab saya terikat dgn majikan sy. Dulu master pun tajaan SLAB.
2) berbaloikah saya berpindah dr ipta ke ipts?
Salam,
Untuk hal ini, ianya di luar pengetahuan saya dan apa yang saya akan cadangkan pun sekadar cadangan yang semungkin boleh saya fikirkan.
Kes sebegini sepanjang pengetahuan yang saya tahu di tempat saya bekerja dan juga dengar2 di universiti lain, adalah amat sedikit kerana majoritinya lebih kepada tidak mengabiskan PhD dan bukannya berhenti kerja.
Soal senarai hitam juga saya tidak pasti kerana saudari semestinya terikat dengan universiti saudari. Soal pindah ke IPTS adalah selepas menyelesaikan masalah dengan majikan terdahulu.
Tetapi ini cadangan saya:
1) Tamatkan sahaja PhD dengan bersungguh-sungguh dan datang ke universiti menyelesaikan PhD tersebut.
2) Mohon untuk menangguhkan masuk bekerja dengan segala mungkin seperti berbincang dengan dekan dan sebagainya. Sertakan surat jika perlu.
3) Cekalkan hati dan teruskan apa yang saudari buat sekarang. Jangan berhenti kerja. Minta penangguhan, kerja part time jika boleh.
Tetapiyg penting, tamatkan secepat mungkin PhD disambil cuba meningkatkan kesihatan diri.
InsyaAllah saya doakan saudari kembali sihat dan cergas.
Assalamualaikum
Saya pemegang ijazah kedoktoran dan telah berkhidmat selama 19 tahun dalam industri. Saya telah menjadi pensyarah kanan baru-baru ini di salah sebuah kolej swasta kelolaan MARA. Umur saya 42 tahun. Persoalannya, adakah elok saya berada di IPTS atau di IPTA? Dengan umur sebegini adakah berbaloi di IPTA dengan skim pencennya atau terus kekal di IPTS? Minta pencerahan.
Assalammualaikum,
Persoalan yang mungkin bermain di fikiran adalah mungkin berkaitan persaraan kelak. Samada bergantung kepada KWSP ataupun mendapat manfaat pencen.
Bagi saya, hidup ini kita ada pilihan yang semuanya bagus insyaAllah jika jalan kedua-duanya tidak mendatangkan mudarat. Seperti KWSP misalnya, apabila bersara kelak jika simpanan bagus boleh gunakan sebahagian untuk pelaburan dan sebahagian lagi ambil secara bulanan. Misalnya ambil RM5000 sebulan dan setahun baru RM60k. Berbanding dengan dapat ratusan ribu atau mencecah 1,2 juta (dengan syarat sentiasa berusaha untuk ke pangkat tinggi dengan gaji tinggi).
Bahkan saya yakin simpanan dan gaji yang tinggi sedikit berbanding di IPTA membolehkan saudara menyimpan dan melabur.
Pencen juga ada baiknya, pendapatan bulanan sehingga akhir hayat dan tidak putus wang tersebut insyaAllah sehingga ada anak berumur 18 tahun atau isteri mendapat manfaat.
Bahkan ada juga wang ganjaran apabila pencen kelak tetapi kurang berbanding mendapat wang seperti KWSP.
Jadi, rasanya tidak usah difikirkan sangat soal ini. Yang penting (saya agak janggal juga untuk menasihatkan seseorang yang lebih tua dan berpengalaman dari saya), adalah apa yang kita mahu dalam hidup. Keseronokan bekerja dan kegembiraan hidup sebagai pensyarah disebabkan minat dan faktor wang itu sebagai nombor yang setara mungkin dengan minat kita.
Assalamualaikum,
Saya pelajar phD universiti tempatan dan sedang dalam peringkat penulisan thesis. Boleh tuan berikan sedikit tips ringkas untuk menghadapi viva, dan mohon jelaskan serba sedikit apa yg berlaku ketika viva. Terima kasih 🙂
Salam
VIVA – ianya satu proses nasib yang amat tinggi berbanding prestasi sebenar. Ianya bagi kategori kejuruteraan atau sains komputer seperti saya akan memakan masa selalunya 2 jam ke 3 jam atau mungkin lebih. Pembentangan seperti biasa (saya rasa mesti supervisor sudah jelaskan mungkin?) dalam 15 ke 30 minit, dan disusuli soal jawab. Bergantung kepada penilai, adakalanya dilantik dua penilai dalaman dan satu penilai luaran atau dua luaran dan satu dalaman.
Apa yang saya boleh simpulkan, try bersikap jujur semasa viva dan jangan terlalu rendah diri. Yakin dengan apa yang dibuat dan jika tak faham terus sahaja bertanyakan kembali soalan atau minta dipermudahkan soalan tersebut kepada pecahan-pecahan kecil. Jujur akan meningkatkan nasib anda mendapat atau berjaya semasa VIVA.
Ingat, VIVA adalah proses nasib (LUCK + berkat doa + tawakal) yang kebarangkaliannya lebih tinggi berbanding proses penilaian itu sendiri.
terima kasih banyak di atas pandangan Dr., amat saya hargai 🙂
Salam sejahtera tuan,
Saya ingin meminta pandangan dari Tuan, saya student phd dah hampir 3taun under myphd scholarship , pada masa yang sama, saya buat part time lecturer sambilan dekat universiti berhampiran Julai lepas hingga Oktober. Sekarang universiti tempat saya buat part time tu offer untuk jadikan saya permanent lecturer utk gred D45.
Saya dalam dilema, samada ingin menghabiskan Phd saya yang tinggal lagi setahun InsyaAllah atau menerima offer tersebut. Minta pandangan dr Tuan.. Terima kasih..
Salam,
1) Ambil tawaran tersebut
2) Sambung seperti biasa PhD – jangan tukar mod atau apa tapi teruskan sahaja.
3) Selesai
KECUALI
ada syarat khas myphd yang tak bagi masuk kerja. Kalau macam itu, berunding dengan pihak MyPhD dan cakap semuanya kat depan. InsyaAllah, mereka manusia dan jika kita bercakap dan memohon dengan penuh ikhlas mereka mungkin akan benarkan.
salam Dr,
saya pelajar Master (research in astronomy) dan sedang menunggu untuk viva. saya akan menghadiri interview sebagai pensyarah fizik (utk foundation in science) di private college. private college tersebut ada require utk saya nyatakan expected salary. dengan kelulusan saya Bsc in Applied Science (Applied Physics) dan akan menghabiskan Msc, berapakah range of salary yang patut saya minta? saya ada pengalaman menjadi RA selama 4 tahun dan 2 tahun pengalaman menjadi tutor (under scheme fellowship).
saya juga berminat untuk belajar programming python. harap Dr dapat memberi info di mana boleh saya ikuti workshop untuk mempelajari python.
terima kasih
Salam,
1. Nasihat saya adalah sentiasa yakin dengan apa yang diminta. Gaji Pensyarah kelulusan master dengan pengalaman RA selamat 4 tahun dan 2 tahun tutuor tersebut mungkin berbaloi untuk kenaikan untuk RM300 ke Rm500 setiap tahun. Jadi mungkin boleh mencuba dengan RM5000 dahulu. gaji kelulusan master di IPTA adalah RM4000++. dan disebabkan anda ada pengalaman 4 tahun tersebut dan 2 tahun tutor. boleh mencuba untuk RM5k.
2. Belajar bahasa ini sebenarnya tidak sesuai dengan mengikuti bengkel tetapi bagus untuk sekadar memperkenalkan bahasa Python ini apa. Cara belajar programming sebenar adalah dengan bersendiri dan melalui laman2 online yang ada bahasa python. Taip di Google Python atau Learn Python.
Assalammualaikum, perkongsian ilmu dan pengisian yg sgt bagus dlm laman web tuan.Sgt teruja bila membaca setiap entri.
Insya Allah, saya akan menyambung pengajian di peringkat phd tahun hadapan.Melalui perkongsian ilmu ini, saya dpt byk info utk saya merancang perjalanan phd saya dgn lebih jelas dan teratur.Terima kasih,tahniah dan semoga Allah merahmati penulis blog ini.
salam..saya ingin mendapatkan pandangan tuan berkenaan peluang dan kadar permintaan bagi kerjaya pensyarah IPTA…
jika dilihat sejak akhir ini, semakin ramai individu telah membuat peralihan kerjaya ke bidangan pendidikan tinggi khususnya pensyarah memandangkan insentif dan status kerja yang tinggi. ada yang sanggup mengambil risiko untuk berenti kerja dan memfokuskan sepernuhnya kpd pengajian hingga tahap PHD.
adakah tuan melihat senario ini akan memberi kesan kepada perjawtan pensyarah tersebut disebabkan berlakunya penawaran pemegang phd samaada didalam dan luar negar dalam 5 tahun akan dtg.
Assalammualaikum,
Bagus saudara dah forecastkan something yang sememangnya akan berlaku.
Dalam temoh 5 ke 10 tahun akan datang, pengambilan adalah seperti berikut:
1) Pensyarah mesti mempunyai PhD
2) Mempunyai pengalaman industri lebih diutamakan (bermaksud ada PhD + pengalaman industri)
Ianya sama juga seperti menjadi Jurutera di mana di Amerika Syarikat, majoriti juruteranya pemegang PhD dan Master.
COmpetition akan lebih hebat 10 ke 20 tahun akan datang.
As-salam
Saya merupakan fresh graduate bidang biotechnology. Saya telah pun cuba memohon pelbagai pekerjaan yg ada kaitan dengan degree sy seperti lab officer, lab assistance dan sebagainya di SPA dan juga syarikat2 swasta tetapi sampai sekarang masih belum ada rezeki. Sy juga ada cuba memohon untuk jadi RA di institut penyelidikan tetapi semuanya memerlukan sy untuk daftar sebagai master student setelah tamat probation period. Adakah semua jawatan RA wajib daftar master? Apa yg sy risau ialah prospek kerjaya apabila sy ada master nnti. Apakah ada peluang kerjaya di bidang pendidikan selain pensyarah yg melihat kelulusan diperingkat master sahaja? Atau Phd itu tetap wajib? Sbb belajar lama2 sangat tanpa income/gaji tetap yg kukuh pastinya menjadi cabaran yg besar buat graduan yg tiada pengalaman kerja seperti saya ini (pengalaman bekerja part time sebagai promotor yg totally off bidang adalah). Sy berharap sangat tuan dpt beri pendapat. Terima kasih
Assalammualaikum,
Sebenar terdapat salah tanggapan untuk kerjaya pensyarah ini. Setakat ini masih terdapat IPTA dan juga IPTS yang mengambil seseorang dengan lulusan master tetapi bergantung kepada tahap dan juga bidang tersebut. Seperti kejuruteraan, majoriti IPTA hanya menyerap yang mempunyai PhD sahaja dan juga track record akademik yang baik. Jadi, saya rasa adalah tidak bagus jika belajar untuk mendapat kerja untuk peringkat master atau phd kerana kelak akan susah. Sebaiknya adalah menanam minat cintakan ilmu dan mahu ke peringkat pembelajaran yang tertinggi untuk mencapai tahap ilmu tertinggi iaitu PhD. Dari situ baru akan datang minat untuk masuk ke bidang pensyarah di mana boleh melakukan penyelidikan dan sebagainya.
Saya mencadangkan perkara berikut:
1. Susun apa yang anda ingin capai dalam kehidupan anda, lihat 20 tahun lagi apa anda akan jadi. Jika masih sebagai pensyarah, tanam minat untuk belajar tidak kisah susah macam mana sekalipun.
2. Sentiasa berfikiran positif mengharungi cabaran dan rintangan mendatang.
3. Berdoa dan berusaha agar mendapat pekerjaan yang baik. Teruskan mencuba agar mendapat apa yang dikehendaki.
Semoga berjaya
assalamualaikum,
saya pelajar semester akhir degree..
berhasrat sambung master by research paling awal selama 2 tahun..
adekah peluang saya untuk jadi seorang pensyarah ada? maklumlah sekarang kan nak phd..
Assalammualaikum,
Ingat, Allah Maha Mendengar. peluang sentiasa ada cuma sekarang Allah pastinya mahu anda berusaha selain berdoa kepadaNya.
Jadi, ingat, semasa sambung by research, gunakan peluang tonjolkan diri yang anda the best dan bagi supervisor anda anggap anda anak buah emas.
Setakat ini, masih ada lagi univ menawarkan pensyarah untuk kategori master. tetapi apa salahnya sambung ke PhD terus bukan?
Goodluck.
Assalamualaikum Dr,
Saya ingin meminta pandangan berkenaan diri saya. Saya bercita2 utk menjadi ahli akademik. Sekarang, saya berada dalam semester terakhir pengajian Master by coursework. Alhamdulillah, 2 sem berturut saya mendapat pointer 3.75. Untuk sem terakhir ini saya berharap mendapat pointer yang lebih cemerlang. Amin. Akan tetapi untuk sarjana muda, saya hanya memperoleh pngk 2.65. Namun, saya masih positif meneruskan cita2 saya walaupun timbul keraguan tentang kelayakan saya menjadi ahli akademik. Soalan saya..
1. ketika sarjana muda , bidang yang saya ambil adalah sains & pengurusan sumber haiwan
ketika master ini, saya mengambil bidang pengurusan ( integrated coastal zone management)
untuk phd nanti, saya ingin memilih pengurusan pelancongan sbg bidang kajian
Dr, Adakah bidang tersebut selari dengan kedua bidang pengajian saya sebelum ini?
2. saya amat takut untuk tak diterima sebagai ahli akademik, jadi apa persediaan yang saya harus lakukan untuk berdepan dengan cabaran ini?
3. untuk pengajian di luar negara, adakah pointer ketika sarjana muda diambil kira untuk mendapatkan biasiswa?
4. bagaimana dengan komunikasi yang perlu dimiliki ahli akademik, komunikasi yang bagaimana yang perlu dipelajari utk menjadi ahli akademik yang berkualiti?
Terima kasih Dr. Allah jua yang merahmati perkongsian yg dicurahkan.
Assalammualaikum,
1. Ianya masih dari major yang sama. saya sendiri masa sarjana muda bidang computer engineering, master dan phd pula bidang computer graphics and visualization with mathematics.
2. Communication skills dan juga skill social anda dengan orang lain – cara anda bergaul dan berbincang
3. Ini agak subjektif, sebenarnya ada kala orang yang interview anda tidak pandang pointer, tetapi ada yang memandangnya. Ikut nasib anda ketika itu.
4. Komunikasi dari segi menerangkan sesuatu itu dengan ringkas dan jelas serta berupaya mengaitkannya dengan analogi mudah. Serta berpotensi mempunyai suara yang agak bagus (untuk bersyarah) dan kuat juga. Tidak gagap dan terpancar kejelasan suara itu ketika bercakap tanpa ragu-ragu. yakin.
Assalamualaikum wbt ,
Dr, saya berumur 37thn dan berkelulusan spm …adakah terlewat utk saya bercita2 melanjutkan pelajaran dan memenuhi impian untuk menjadi lecturer ipta/ipts .
Jika tidak , bolehkah Dr tolong tunjukkan cara2nya ?
Tkasih
Assalammualaikum,
Tidak perlu dilihat sambung belajar ini dari segi usia. Sebaliknya lihat dalam 10 ke 20 tahun akan datang apa anda akan jadi.
Dari situ start planning and sort apa yang penting dan perlu dalam kehidupan.
Teruskan percaya dengan diri dan kemampuan diri.
Buatlah setiap yang bermanfaat itu bagaikan hidup 1000 tahun lagi tetapi bekerja kuat seolah-olah semuanya perlu disiapkan hari ini.
Assalamualaikum Dr,
Saya ingin bertanyakan pendapat Dr. Saya telah memperoleh ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektronik dan baru sahaja meletakkan jawatan sebagai Junior Routing Engineer kerana berhasrat untuk menyambung pelajaran. Saya sememangnya berminat untuk menjadi pensyarah dan berhasrat untuk menyambung Master dalam bidang pendidikan. Berdasarkan pemerhatian saya UIA menawarkan Bidang Pendidikan seperti Teaching of Islamic Education, Educational Management and Leadership, Counseling dan lain-lain. Di UTM pula ada menawarkan ada Bidang Pendidikan dalam bidang Physics. Pada asalnya saya berminat untuk menyambung Master di UIA, namun saya keliru adakah saya masih boleh menyejar cita-cita untuk menjadi pensyarah sekiranya menyambung di salah satu bidang yang ditawarkan di UIA? Atau adakah patut saya memohon di UTM sahaja? Saya masih buntu dan keliru? Semoga Dr. dapat membantu saya. Sekian, terima kasih.
Assalammualaikum,
Soal menjadi pensyarah tidak menjadi masalah dari universiti mana sekalipun (asalkan diiktiraf oleh KPT – IPTA sememangnya diiktiraf sebab dari KPT).
Teruskan cita-cita dan yang paling penting, belajar bukan untuk menjadi pensyarah tetapi kerana ilmu.
Tanamkan dalam diri cintakan ilmu dan insyaAllah semua yang lain akan datang bergolek. Buat sesuatu dengan rasa sebab dan niat dan sebenar.
Assalamualaikum Dr,
Saya ingin bertanya pendapat Dr. Saya telah memperoleh ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektronik dan berhasrat untuk menyambung Master dalam bidang pendidikan. Berdasarkan pemerhatian saya UIA menawarkan bidang pendidikan seperti Kaunseling, Islamic Education dan lain-lain. Di UTM pula ada menawarkan bidang pendidikan seperti fizik, matematik dan teknikal & vokasional. Saya berminat untuk menyambung pelajaran di UIA namun khuatir sekiranya ijazah dalam bidang kejuruteraan elektronik saya sia-sia. Semoga Dr tak keberatan untuk membantu saya.
Assalammualaikum,
Sebenarnya ijazah Bachelor level masih memainkan peranan penting tetapi jika master atau phd yang disambung bidang lain pun boleh asalkan ada justifikasi kukuh semasa sesi interview mengapa pelbagai disiplin.
Oleh itu, sentiasa yakin dengan pilihan yang dibuat kerana kesemua jalan ada sebab tersendiri.
Apabila kita yakin dan bertawakal dengan pilihan kita, InsyaAllah semuanya akan menjadi hebat dan jalan kehadapan terbentang luas.
Salam Dr,
Banyak info sy dapat dari blogpost serta ruangan komen blog Dr ni. Sy juga nak tanya pendapat doctor tentang situasi saya. Saya harap Dr dapat bantu sy. Saya adalah felo SLAB/SLAI sebuah universiti (let’s call it U**) dan alhamdulillah telah berjaya mendapat PhD dari luar negara dalam bidang psikologi. Semasa memohon SLAB/SLAI dulu saya belum berkahwin dan kini telah berkahwin. Suami saya berkerja jauh di lembah kelang, jauh dari negeri U** berada, dan tidak ada kemungkinan dia untuk pindah bersama saya. Saya terikat kontrak 7 tahun dengan U** kerana pengajian saya. Saya ingin mencari peluang di universiti-universiti di Lembah kelang untuk berada dekat dengan suami. Setakat ini saya belum melapor diri di U** lagi. Bolehkah saya tukar universiti, perlukah saya berterus-terang dengan dekan U** apabila melapor diri nanti bahwa saya tidak akan stay lama dan ingin pindah universiti kerana keadaan peribadi? Adakah saya perlu mendapatkan tawaran kerja di universiti-universiti lain di lembah klang dahulu sebelum memberitahu Dekan U**?
Adakah saya akan dikira terpaksa breach kontrak jika saya tidak berkhidmat dengan U*M dan ingin menukar universiti?
Saya takut yang dikerjar tak dapat, yang dikendong berciciran. Apa pendapat Dr.? Please share your advice Dr.
Assalammualaikum,
1. Dapatkan dahulu contact Dekan2 di universiti di KL. Dan datang untuk sesi interview dan sebagainya.
2. Anda boleh pecah contract tetapi perlu bayar. Jika tak silap ikut surat perjanjian kontrak yang anda tandatangan dahulu. Berapa kena bayar itu kena check. Dan biasanya universiti mahukan sekaligus. Dan dalam masa yang singkat. Sebab mereka mungkin sakit hati anda nak ke universiti lain dan bagi masa kadang2 sebulan dua sahaja untuk bayar RM100K atau RM200K. in that case, kena buat pinjaman loan bank lah. Sebab itu ingat, perancangan itu penting. Jalan untuk keluar adalah pecah contract.
3. Untuk anda bertukar univ tiada masalah. Asalkan anda univ lain terima anda. Dan universiti tempat anda bekerja release anda sebab badan berkanun boleh main tukar aje TAPI kena check service boleh bawak ke tidak. Maksudnya anda terpaksa harungi induksi dan lain serta pengiraan pencen dikira kosong sekiranya service anda terhadap universiti lama tidak dapat dibawa.
Pendapat saya?
– Bersabarlah dalam tempoh 7 tahun. Balik seminggu sekali atau dua minggu sekali.
– Agak2 nak tinggal 1,2 tahun, bolehlah kot anda bayar baki selebihnya untuk kontrak. Jika pecah kontrak awal, kena bayar banyak. jika dah tinggal 1,2 tahun, insyaAllah sikit aje kot.
bahkan pengalaman dan dapat naik pangkat kat univ lama. tapi kena bersabar 5,6 tahun lah.
Assalamualaikum Dr..
Alhamdulillah,saya lulus viva pada 2 Dis. 2014 bertempat di usm (sarjana sastera, komunikasi). Saya bekerja sebagai pegawai perhubungan awam selama 14 tahun di salah sebuah pelabuhan di utara m’sia. Setelah selesai pengajian di peringkat sarjana, saya rasa minat saya lebih ke arah pendidikan, saya berminat dan ingin berkongsi pengalaman kerja dan pengetahun saya di bidang pr dan komunikasi korporat dgn anak bangsa saya. Pada Jan 2015, umur saya genap 40 tahun sekiranya saya berhenti kerja, saya akan memperolehi gratuity drp syarikat. Persoalan saya di sini
– saya berminat untuk menyambung pengajian di peringkat phd dlm bidang komunikasi, adakah wajar saya mengambil fellowhip atau bekerja sebagai pensyarah di ipts atau ipta? membaca keterangan dr mengenai fellowship, adalah tidak berbaloi sbb hanya di bayar elaun dan bukan gaji tetap.
– saya ingin mencari penaja dlm skop komunikasi atau pr tetapi peluangnya agak tipis. Harap Dr. boleh memberi tip kpd saya untuk mencari penaja dlm skop pr dan komunikasi.
Assalammualaikum,
Bagus kerana ingin menceburi bidang akademia setelah mempunyai pelbagai pengalaman pekerjaan. Bagi saya tiada masalah tetapi jika boleh buat secara part time lagi bagus kerana setelah tamat PhD boleh terus masuk bidang pekerjaan sebagai pensyarah dengan pangkat DS51. Tetapi jika memasuki dengan keadan memiliki master tetapi ada pengalaman pun bagus juga.
Cuma bezanya sekarang ini adalah jika bersoalkan mengenai gaji, sudah tentu pensyarah lebih bagus dari fellowship. Bahkan fellowship biasanya ditawarkan untuk yang berumur bawah 35 tahun jika tidak silap saya (berbeza mengikut universiti). Oleh itu kena jelas bab ini. Maka cadangan saya adalah memasuki sebagai pensyarah dan kemudian mohon cuti belajar. Dan jika tidak dapat, sambung secara part time kerana ada kalanya untuk staf berumur mereka susah nak bagi cuti belajar sambung PhD (berbeza ikut universiti). Oleh sebab universiti badan berkanun, maka anda kena pastikan bab ini.
Penaja memang boleh dicari tetapi dari segi kriteria dikhuatiri tidak lepas apatah lagi jika menyebut faktor usia. Maka saranan saya guna sahaja wang gaji simpanan untuk menyambung atau mencari pensyarah atau Professor yang ada duit geran untuk sapot penyelidikan dan elaun bulanan untuk sambung belajar.
Nasihat saya, susun dengan teliti perjalanan hidup untuk bergelar akademia ini.
Saya sempat berborak dengan seorang Prof Madya di Universiti Malaysia Sabah. Perbincangan ini dibuat bagi membincangkan Kertas Cadangan untuk Thesis PHD. Dia bersetuju dengan Kertas Cadangan saya… dan beliau bersedia untuk menjadi supervisor saya kelas setelah mendapat tempat di UMS kelak.
Pertanyaan kepada tuan…
Dia (Prof Madya) ada katakan untuk memohon pensyarah di IPTA keutamaan akan diberikan kepada lulusan PHD daripada IPTA dan IPTA kurang berminat untuk mengambil Lulusan PHD IPTS… apa komen tuan?
Perkongsian kepada rakan-rakan
Sebelum buat PHD. Buatlah perancangan awal, buat kertas proposal awal dan dapatkan supervisor yang sesuai untuk mendapat tempat di Universiti. Apabila dah dapat tempat, sekurang-kurangnya ada supervisor dan ada kertas proposal kajian untuk dibentangkan kepada pihak universiti untuk dapat kelulusan Universiti untuk teruskan Kajian PHD…
Tq…
Salam,
Bagus, supervisor saya ketika PhD juga Prof Madya di Sabah. Sudah Timb. Dekan Akademik sekarang.
1) Benar, keutamaan kepada PhD holders. Jika sebagai contoh ada 10 candidates, dan fakulti memerlukan 5 orang staf sahaja. Jadi yang PhD holder akan diberi keutamaan. Tetapi interview dibuat juga kepada 10 orang tersebut kerana mana tahu ada yang ada master tetapi terlalu hebat dan sesuai diambil sebagai staf. Dan benar, IPTA kurang berminat mengambil lulusan IPTS DI DALAM NEGARA(di luar NEGARA tidak mengapa kerana MIT juga swasta)
2) Ini memang sangat tepat seperti yang anda tulis. saya quote semula
“Perkongsian kepada rakan-rakan
Sebelum buat PHD. Buatlah perancangan awal, buat kertas proposal awal dan dapatkan supervisor yang sesuai untuk mendapat tempat di Universiti. Apabila dah dapat tempat, sekurang-kurangnya ada supervisor dan ada kertas proposal kajian untuk dibentangkan kepada pihak universiti untuk dapat kelulusan Universiti untuk teruskan Kajian PHD…”
DUA ini memang UTAMA
– FIRST – Supervisor
– SECOND – Kertas kerja Proposal
Kena peka dua perkara utama ini.
Assalamualaikum Dr.
sy ingin bertanya.. sy mmpuyai ijazah sarjana muda sains(matematik) kelas pertama pd tahun 2010. Ketika itu sy dpt offer fast-track phD tetapi sy menolak twaran trsebut kerana kurang keyakinan ketika itu. Tamat dgree sy trus bkerja dan bru skrg sy berfikir utk kembali mlnjutkan plajran ke phd.
soalan sy bolehkah sy terus smbung phd tanpa master skrg kerana offer yg sy dpt tu adalah pd 4tahun lepas.?
Pls advice. Tq
Salam,
Baiklah, itu anda kena rujuk kembali pihak universiti kerana itu tawaran yang lepas. Sekarang management sudah bertukar dan bos sudah bertukar. Anda kena bertanyakan kembali.
Salam Sejahtera Dr,
Saya baru tamat Ijazah muda dalam pengurusan perniagaan di UUM serta sedang menunggu keputusan Practicum. CGPA saya adalah 3.67 tanpa keputusan practicum. Saya berhasrat sambung phd terus dan berkerja sbg sorang pensyarah kelak. Saya harap Dr dapat jawab soalan saya.
1. Patutkah saya skip master serta terus ke phd?
2. Patutkah saya mendapatkan seorang supervisor sebelum menentukan topic research saya?
3. Bolehkah student Phd tanpa Master menjadi seorang tutor ataupun lecturer partime?
4. Adakah Pemegang Muet Band 3 layak sambung PHD?
Salam,
1. Jika universiti tempat anda belajar itu benarkan dan ada tawaran maka tiada masalah.
2. Sudah tentu!. Cari supervisor yang mampu berkerja dan menguruskan pelajarnya dengan baik. Kerana ada juga sebahagian supervisor main biar sahaja pelajar nya. Tetapi yang penting adalah disiplin. Tidak berguna juga ada tajuk yang baik tetapi supervisor tiada yang berminat. Boleh jika menentukan topik terlebih dahulu tetapi nanti anda kena cari siapakah expert dalam topik tersebut dan yang kena difikirkan adalah adakah Professor tersebut berminat nak ambil anda untuk pelajar Master/PhD mereka?
3. Jawapannya untuk kebanyakan universiti adalah tidak boleh. Anda harus ada keluluskan master untuk part time pensyarah. Melainkan anda mengajar di Politeknik atau yang lebih rendah.
4. Itu anda kena lihat syarat kemasukkan di universiti. Setiap universiti berbeza-beza.
Assalamualaikum Dr,
Saya mempunyai beberapa soalan yang inginkan pendapat dr..
1. Saya baru sahaja graduate dlm bidang ijazah sarjana muda teknologi media a.k.a mass comm, majoring saya broadcasting… dan berhasrat untuk melanjutkan master dlm bidang Master of Science (Managerial Communication).. pada pendapat Dr, adakah saya lari daripada bidang asal?
2. Saya bercadang untuk mengambil master coursework kt UUM, semasa mengambil master bolehkah saya apply mnjadi tutor atau apa-apa kerja sampingan untuk mengambil pengalaman supaya senang untuk apply kerja selepas tamat belajar kelak?
3. Selepas tamat master saya berminat untuk menjadi pensyarah.. adakah master cousework ini susah untuk apply pensyarah jika dibandimgkan dengan research?
4. Semasa sedang mengambil master bolehkah saya apply pensyarah dimana-mana ipta/ipts? ataupun perlukah tnggu sehingga habis master bru apply?
5. Blh Dr recomended cara dan dimana blh saya apply pensyarah.. gaji dan pangkat tidak jadi masalah.. saya hanya memerlukan pengalaman…
Terima Kasih..
pss : saya peminat setia blog ini.. 😀
Salam,
1) Tahniah kerana baru graduated. Boleh sahaja asalkan anda boleh menyaingi mereka yang memang asal dari bidang tersebut. Katakan yang memohon adalah 80 orang dan 40 sahaja tempat kosong ditawarkan untuk master tersebut, maka akan dilihat mana yang lebih relevant. KECUALI anda boleh tunjuk yang dalam bukti atas kertas anda ni pemegang pointer 4 flat ke, ada banyak hasil2 kerja yang melibatkan bidang yang hendak dipohon sewaktu memohon master. Tapi, better mohon secara research baru best betul tak dan mencabar?
2) Boleh rasanya, itu kena tanya management UUM. Ada tak permohonan menjadi Tutor di UUM. Kena beranikan diri tanya sahaja Human Resource di UUM.
3) Itu agak benar. Master by research ada keupayaan untuk berceritakan mengenai penyelidikan yang dibuat serta (mungkin) ada pengalaman industri ataupun membentangkan kertas kerja. Boleh cuba fight time interview tetapi anda kena sediakan point2 penting yang anda walaupun master by coursework, anda ini hebat.
4) Biasanya sukar kot sebab byk IPTS memerlukan ada Master kecuali anda mohon part time di IPTS untuk program Diploma atau Sijil. Try Open University atau UNIKL
5) Baiklah
– Step 1 – Tamatkan Master by research (2 tahun)
– Step 2 – Mohon Fellow atau direct sambung PhD (luar atau dalam negara)
– Step 3 – Dapatkan PhD dan mohon (peluang lebih cerah)
– Step 4 – Selesai
sir,
saya ada terbaca berkaitan jawatan pensyarah sementara DS45. Apakah yang dimaksudkan dengan jawatan pensyarah sementara?. Adakah ia termasuk dalam syarat2 supaya pemegang jawatan melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD atau ianya jawatan secara kontrak?
Salam,
Baiklah,
Jawatan Sementara itu diwujudkan dengan harapan calon terbabit akan sambung belajar dalam tempoh terdekat dan seterusnya pulang dari PhD baru mengalas jawatan tetap tetapi belum disahkan jawatan DS51.
Ingat, kerajaan memerlukan 1 ke 2 tahun untuk anda disahkan jawatan.
Prosesnya begini
Umur (contoh) 25 – Dapat Pensyarah Sementara
Umur 26 – Sambung Belajar 4 tahun di UK dsbnya
Umur 30 – balik dari Sambung belajar (dpt PhD) dan diletakkan dalam jawatan tetap (tetap bukan kontrak ye)
Umur 31/32 – baru disahkan jawatan
Salam.
Saya baru mendapat ijazah sarjana saya dan sekarang sedang bekerja sebagai pensyarah dengan pengalaman 10 tahun tetapi menggunakan gred DG41 dan majikan sekarang adalah badan berkanun/separa kerajaan. Gaji saya ikut skim DG tiada kenaikan untuk lulusan master atau Phd, kerana saya telah dahulu berada dalam skim ini sebelum sambung pelajaran. Saya juga dalam proses menyambung pelajaran ke peringkat Phd pada tahun hadapan.
Saya ingin mohon pendapat, wajar x saya tukar kepada skim lain dengan memohon ke IPTA (jika saya ingin kekal dalam skim pencen) atau bertukar kepada IPTS kerana IPTA kebanyakannya menerima pensyarah dengan lulusan Phd?
Adakah perbezaan gaji pensyarah lulusan master/Phd di IPTS lebih tinggi dari IPTA ? Saya perlu membuat pengiraan kos tambahan jika bertukar dari kerajaan ke swasta kerana saya mempunyai komitmen pinjaman perumahan kerajaan dan simpanan yang perlu untuk menampung kos selepas tamat perkhidmatan/pencen.
TQ
Salam,
Tahniah kerana mendapat ijazah sarjana.
Pendapat saya – Tidak perlu tukar skim – sambung sahaja PhD dahulu dengan menggunakan kerja yang sama dan apabila hampir tamat kelak mohon mana2 jawatan Pensyarah di IPTA (mohon jawatan DS51 – Pensyarah Kanan)
dari segi gaji IPTS lebih sedikit (untuk yang high class mcm MSU dsbnya). Tetapi bila dah ada PhD – smp berganda sekali ganda berbanding di IPTA tetapi harus ingat mereka kena bayar KWSP dan tiada pencen. tetapi gaji bila dah Prof madya dan Prof lagi sangat lumayan berbanding IPTA.
Tetapi, percayalah, IPTA lebih bagus juga bagi yang ada PhD tetapi mesti aktif walaupun IPTS juga sama (penyelidikan dan penerbitan, etc)
Salam..Dr Razorjr,
Saya sekarang student degree communication engineering di ipta, tapi saya berminat untuk membuat master dalam bidang bahasa melayu kerana minat saya lebih tertumpu ke arah bidang sastera berbanding engineering memandangkan saya lebih banyak score A dlm subjek wajib universiti. saya baru menghabiskan viva part 1 dan disarankan oleh panel saya agar menyambung master dalam research saya mengenai kejuruteraan radar kerana katakanya bidang radar ini tidak ramai yang membuat kajiannya di malaysia. bidang mana patut saya pilih,saya bertambah runsing dengan permintaan pensyarah(panel) dengan minat saya dalam bidang sastera, jika saya menyambung master dalam bidang sastera,adakah keterlaluan untuk saya meninggalkan bidang engineering ini?semoga Dr Razorjr dapat menberi pencerahan kepada saya.
terima kasih.
Salam,
1) Pilih apa yang lubuk hati anda minat dan orang lain sebagai pencadang sahaja
2) Go for your dream.
assalamualaikum Dr,
sy trtrik dgn entri ni..sy merupakan pelajr lepsan Ijazah IPG dalam bidang TESL dan mempunyai CGPA dalam 3.70. sy ingn brtnyakan pndapt Dr berkenaan keadaan sy skrng ni:
sy ingin menyambung pelajaran dalam master dalm bidang y sma and at e sme time work as tutor/lecturer di IPT di Malysia. ttpi berdsarkan contract y telah dilkukn sebelum ini dgn pihak KPM, sy difhmkan bhwa sy hrus berkhdmat sbg guru sekolah rendah terlebih dhulu…Recently, i was informed by 1 of my friends bhwa pelajr spt kami ini sbnrnya boleh berkhidmt as lecturer, selebihnya we need to deal dengn pihak KPM sendiri…adakah terdapat program y menawarkan program y sy cari ini sekiranya sy boleh melakukannya atau do i really hve to be a primary school teacher, initially? apa pndngn Dr? sy bnr2 interested utk pursue my Study in Master (TESL) terus, simultaneously brkhdmt sbg tutor/lecturer di IPT berbnding menjadi seorng guru sekolah rendah…
Salam,
Tahniah dengan CGPA yang bagus.
Berkaitan dengan KPM – saya tidak pasti sangat. Tetapi saya sarankan pursue what your dream and breach the contract. Tetapi, kamu kena pastikan what happens kalau kamu breach contract. How much compensate that you need to pay or is there any other way around? confirm dengan KPM.
bersemangat – pergi lakukan secepat mungkin. jangan bertangguh. telefon terus minggu depan KPM minta penjelasan.
Assalam Tuan,
Syukur sy dah bergraduasi dari IPTA beberapa bulan yg lalu dgn pointer 2.91. Memandangkan sy ambil course yg sy tak berapa minat, so sy terpaksa akur dengan result yg tak memuaskan sy. Oleh itu sy decide utk sambung master dan telah dpt tawaran utk course yg sy minat bg intake Februari 2015 di IPTA.
Sy bercadang nk apply Mybrain. Tp apa yg sy tahu mybrain cuma cover kos pengajian sahaja. Kos penginapan dan sara hidup tak ditanggung. Memandangkan pointer sy yg tak berapa memuaskan, sukar utk sy apply mana2 biasiswa atau pinjaman pelajaran plus sy takde sebarang simpanan. Boleh ke tuan cadangkan apa2 cara supaya sy boleh survive sepanjang sy belajar master nanti? Sy sangat suka belajar dan berkongsi ilmu and very looking forward utk start semester. Tp sy taknak hal kewangan menjadi penghalang cita2 sy. Harap Tuan dapat berkongsi pendapat.
Terima kasih in advance. Tuan sgt membantu dalam web ini~
Salam,
Mybrain memang taja kos pengajian – saya sarankan jika tidak boleh lagi mana ambil pinjaman PTPTN. Gunakan sebaik mungkin. Jika tidak, sambung secara part time dengan bekerja mana2 company yang tidak teruk sangat kerjanya dan dekat dengan universiti tempat nak belajar.
Atau
Ambil master by research under any of potential supervisor. Sebab mereka ada geran untuk bagi duit untuk bayar yuran pengajian. Tapi master by research = mementingkan disiplin dan self dicipline yang tinggi.
anda kena bersiap sedia.
Salam Dr.
im 23 n just finished my degree in tesl at ipg n insyaAllah i will be posted to School soon.im really interested to be a lecturer one day.means pursue my study n develop my teaching career till becomes Dr/prof n so forth.but,I’m quite blur on how to achieve that dream.pls I need ur advise😂
1) jika Dr berada dlm situasi sy skrg n bcita-cita untuk jadi pensyarah b,inggris di ipta@upm/ump/etc, apakah yg Dr akan lakukan utk capai ambition tersebut?
thanks a Lot Dr. May Allah showers u with blessing
Salam,
1. Right now concentrate on giving a service to your posted school, grasp a feeling on how nice for being a teacher and understanding the environment.
2. Kemudian, bila dah settle dan tenang. baru start fikirkan nak sambung belajar maybe as part time or after 1 or 2 years menjadi guru.
3. And then, when the time has come for you to end your contract with your school, it is time to search for any university as your next career objective. Jadi, selepas 4 ke 5 tahun dengan dah ada master dan sebagainya, baru mulakan kerjaya sebagai pensyarah. Get the experiences first dekat sekolah.
4. InsyaAllah susun dengan tenang dan tak perlu tergopoh gapah.
Yang penting
1. Buat plan career untuk 10 ke 20 tahun akan datang. Susun dan patuhi susun atur career tersebut.
2. Goodluck!
Assalamualaikum Dr,
Saya ada sedikit kemusykilan. Saya akn mnyambung pgajian di peringkat master of art (Arabic Linguistics Studies) di UIA pd hjung bulan ni by coursework mode. Saya cadang utk menghabiskn master dlm msa setahun then nk smbung trus ke PhD dlm bidang yg sma dan di Universiti yg sma jugak. Saya ada pengalaman mngajar secara part time home tuition slama 2 tahun serta pernah 2kali mnjadi guru ganti di sekolah kerajaan. Saya brminat utk bekerja di brunei sbagai pensyarah bahasa arab di sana. Sy ad beberapa soalan:
1) Adkh boleh utk saya trus apply jawatan pensyarah kontrak di Brunei sejurus tamat PhD?
2) Adkh syarat utk mnjadi pensyarah kontrak di Brunei memerlukan pensyarah yg ada pengalaman mengajar di universiti?
3) Adakah pengalaman saya dlm bidang mengajar secara sambilan diambil kira?
Pandangan Dr sy dahului dgn t.kasih..
Salam,
Tahniah kerana ada minat dan nak sambung belajar.
1. Saya tak tahu di Brunei bagaimana tetapi rasanya mungkin boleh asalkan tidak ada sangkut kontrak dengan kerajaan atau pemberi dana untuk sambung master/PhD
2. Kena tengok jugak dengan universiti sana. Tetapi mungkin memerlukan pengalaman kerja tetapi tidak semestinya di universiti sahaja.
3. Semuanya boleh diambil kira asalkan kita persiapkan CV semasa interview itu dengan susun atur yang bagus.
Pandangan muktamad saya:
Selesaikan master dan PhD dulu. And then decided where to go next. Maybe semasa mengambil PhD boleh susun plan untuk 5 to 10 years ahead.
Assalamualaikum Dr,
Sy merupakan pelajar phd fast track dr uitm.dan kini menunggu sesi viva sy yg dijangka 3 bulan dr sekarang.sy berumur 26 tahun, dan terasa sgt muda dan masih cetek ilmu utk menjadi pensyarah.oleh itu sy berminat utk sambung postdoc diluar negara utk menambah ilmu dan juga membina tahap keyakinan sy utk berdepan dgn cabaran mendatang, selain mematangkan diri sy.boleh sy tahu mcm mana cara2 memohon postdoc diluar negara?adakah elaun atau biasiswa yg sy boleh mohon utk tujuan tersebut?
Atau haruskah sy memohon utk jawatan pensyarah di ipta tempatan stlh bergraduate phd tanpa memikirkan kemahuan sy utk buat postdoc?
Adakah perlu postdoc tersebut?
Jika sy mohon jwtan pnsyarah ipta apakah gred yg sesuai utk sy stlh tmt phd kelak?
Utk makluman sy ditaja biasiswa myphd utk pengajian phd sy.dan biasiswa jpa utk bachelor degree sy yg lalu.
Waalaikumsalam,
1. Bagus. Saya suka orang yang mengabiskan PhD semuda mungkin. Mereka ini bertenaga dan membawa generasi Y kehadapan.
2. Memohon PostDoc tiada masalah jika tiada sangkut dengan sebarang universiti kerana apa yang perlu adalah elaun sahaja dan duit untuk tampung kehidupan anda.
3. Saya tidak rasa universiti akan melepaskan anda untuk postdoc terus jika diterima masuk sebagai pensyarah kerana pastinya mereka nak anda berkhidmat dahulu.
4. DS51 (Pensyarah Kanan) tetapi bergantung kepada sesi interview. Mereka kadang2 bagi jawatan pensyarah Ds45 dalam masa setahun dan kemudian automatik upgrade ke DS51. Tapi kene lihat juga. Setiap univ IPTA lain caranya. tengok sapa bos.
5. Tiada masalah. itu biasiswa. Tiada ikatan kontrak yang ketat.
Pandangan saya – Anda mahu jadi pensyarah atau teruskan membuat research sahaja? Sahut cabaran saya untuk menjadi pensyarah di universiti disamping membuat penyelidikan dan sebagainya. Anda tidak mahukah memiliki geran penyelidikan dan penerbitan setelah menjadi pensyarah untuk anda bebas buat kajian anda dan beli semua barang untuk kajian anda. Semua yang anda hendak buat untuk penyelidikan. Lecturer is fun.
Salam,
Saya sedang menyambung pelajaran pada peringkat master. Penyelidikan saya hampir selesai, tetapi saya mahu gunakan degree saya untuk menjadi pensyarah level asasi di kolej swasta dan saya punyai pengalaman menjadi pembantu pensyarah secara sambilan sepanjang pengajian master. Saya belum graduate master lagi. Apakah tips yang perlu saya lakukan sepanjang interview nanti dan saya tengah pening sebab mereka minta nyatakan expected salary yang mana saya cuma ada degree dan pengalaman mengajar selama setahun. Perlu ke saya minta cover letter dari fakulti yang mengesahkan saya pernah berkhidmat sebagai pembantu pensyarah di IPTA.
Salam,
Baiklah, ini nasihat saya
1. Sementara menunggu VIVA anda (saya anggap anda sedang dalam proses menyiapkan thesis dan kemudian akan viva atau jika by mixmode saya anggap anda sedang nak tamat lah senang), saya sarankan anda buat satu CV lengkap dan isi sebarang form untuk mana2 jua kolej swasta. JANGAN DIFIKIRKAN DAHULU EXPECTED SALARY. yang penting dapatkan sesi interview.
2. Setelah dah dapat sesi interview, maka saya sarankan anda recommendkan gaji yang tinggi sedikit dari gaji yang anda pernah dapat dalam sebulan. Jika sebelum ini anda pernah dapat gaji RM2000 (jumlah dalam sebulan), maka cadangkan RM2500 atau Rm3000.
3. Cover letter ikut suka, lagi banyak bukti lagi bagus.
Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya. Adakah salah satu syarat utk jadi pensyarah, cgpa must be at least 3.0 masa degree walaupun pemohon sudah mempunyai master? Apa tindakan saya untuk ipta tidak melihat lg cgpa degree saya yg hanya 2.98? Adakah saya perlu further PhD dulu? Terima kasih tuan.
Salam,
baiklah, ini agak subjective. Saya seperti biasa menyarankan perkara berikut:
1) Apply sahaja dahulu dan jangan sesekali FIKIR dia nak aapa dan apa walaupun CGPA degree rendah atau tak mengikut syarat. Ingat, setiap universiti berbeza dan anda kena dapatkan dahulu sesi interview
2) Dah dapat sesi interview, maka anda persiapkan diri anda dengan
– CV yang lengkap
– skill bercakap yang bagus. Ini kerana mereka nak tengok anda mampu bercakap dan berkomunikasi serta bersosial. Anda akan mengajar orang-orang muda. Oleh itu mereka ini (pelajar uni) memerlukan anda cakap dengan yakin.
3) Sementera anda buat semua itu, cuba apply PhD juga. Mana tahu anda dapat jawatan pensyarah siap mereka tanggung belajar PhD lagi. Memang terbaik.
Goodluck ya!!
Assalamualaikum Dr,
Sy sudah tamat belajar dlm ijazah engineering elektronik majoring in telecommunication dan sekarg sy berminat untuk sambung master. Soalan sy, sekiranya sy smbung master dlm bidang yg berkaitan dgn optical fiber dosimetry, adakah sy mempunyai peluang untuk menjadi pensyarah? adakah byk peluang kerjaya dlm bidang optical fiber?
sekarang sy dlm dilema untuk memilih bidang sama ada dlm optical fiber ataupown biomedikal engineering…sy sgt berharap Dr boleh memberikan pendapt utk sy..
Terima kasih
Salam,
Tidak kisah bidang apa yang anda ambil, yang penting anda ambilnya kerana minat. Kerana setiap tahun ada pakar yang akan pencen dan ada yang akan masuk. Dan skill setiap pensyarah itu berlainan walaupun bidang sama. Cuma bezanya, pastikan anda mempunyai master atau phd yang mutu kualitinya memberangsangkan. Bayangkan anda bidang optic dengan hampir 5 ke 10 journals (high impact, Q1 – Q4, etc) setahun berbanding dengan pensyarah bidang sama tetapi sekadar 1 atau 2 sahaja jurnal setahun. Anda tentukan kualiti diri anda itu bagaimana. Set your powerful path of becoming the best optic expert in Malaysia seperti beberapa Professor optik dari Universiti Malaya.
Salam,
saya hendak bertanya pendapat tuan.
1- sy mempunyai degree in psychology, master in education. tetapi saya berhajat ingin menyambung phd di dlm psychology. jadi, sy fikir di sebabkan master saya berlainan, sy di lema samada ada saya harus buat 2nd master in psychology atau terus apply utk phd in psychology? utk makluman tuan, pointer degree saya di bawah 3.00.
2- saya kini bekerja sebagai Research assistant di salah sebuah IPTA, ketua jabatan menggalakkan saya menyambung phd (sponsored) tetapi harus mengambil bidang berlainan iaitu medical education. masalahnya, saya tidak berapa berminat dengan course tersebut because i have interest in doing psychology. dan terfikir utk smbg belajar secara self sponsored tanpa memberitahu jabatan. tetapi untuk kerjaya, saya tiada pillhan lain. pada pendapat tuan, apakah yg harus sy lakukan dan pilih?
terima kasih
Salam,
1) TIada masalah untuk bertukar bidang. Terus sahaja buat PhD tersebut cuma bezanya kena cari IPTA yang membenarkan syarat untuk PhD tersebut dari pelbagai bidang master/degree.
2) Soal pilihan itu mana2 pun bagus. Cuma nasihat saya, buat apa yang anda suka dan paling minat. Kelak nanti anda yang menyesal akibat tidak memilih dengan betul. Ikut rasa deria hati anda dan matlamat anda. No one can dtermine your own life decision. They can only suggest but you decide your own path. No matter hard the road is, you the one will take it. not them.
So, decide.
Salam sejahtera, Dr.
Saya ingin tahu sama ada pensyarah di IPTA turut merupakan kakitangan kerajaan yang layak menerima duit pencen (yang dikatakan separuh daripada amaun gaji terakhir sebelum pencen) selepas pencen? Ataupun pensyarah IPTA hanya consider kakitangan universiti itu sendiri seperti kakitangan swasta. Saya bertanya sedemikian kerana ada rakan saya memberitahu saya bahawa pensyarah IPTA tidak layak menerima duit pencen.
Sekian, terima kasih.
Salam,
IPTA adalah badan kerajaan dan ianya adalah hak milik kerajaan – dan lagi berfungsi lagi bebas dari kerajaan persekutuan. Pencen adalah sama seperti badan kerajaan lain – dan ditambah bonus dari IPTA lagi jika ada IPTA nak bagi sebab mereka bebas tetapi mereka juga kerajaan.
Assalamualaikum Dr,
Saya seorang guru keluaran ipg, berumur 27 tahun & sedang menyambung master di UK selama setahun dgn cuti belajar tanpa gaji di bawah MARA. Saya bercadang menyambung phd secara part time di tanah air kelak sambil mengajar di sekolah. Soalan saya,
a) Jika punya rezki menghabiskan phd kelak insyallah…adakah guru sekolah yg berkelulusan phd & mempunyai pengalaman mengajar 9-10 tahun punya peluang untuk menjadi pensyarah university ds51?
b) Adakah saya berada di landasan yg betul untuk menjadi pensyarah?
c)Dgn persaingan yg semakin kuat, andaian saya tahun 2020 nanti pengalaman adalah suatu bonus selain ada phd sbg syarat menjadi pensyarah?
d) Adakah secara logik akal layak terus diberi ds51 atau ds45 dulu sekiranya sy mohon setelah bergelar Dr dan punya 10thn pengalaman mengajar? Saya target uthm & unisza insyallah.
Terima kasih Dr 🙂
Salam,
1) Tiada masalah kerana sememangnya universiti memberi jawatan DS51 untuk yang berkelulusan PhD. Bahkan jika ada added value seperti pengalaman kerja dan sebagainya mungkin dipertimbangkan untuk naik 1 atau 2 atau beberapa gred gaji yang sesuai (tangga gaji) – namun bergantung kepada ketua IPTA terbabit.
2) Anda perlu memahami yang sambung PhD sambil mengajar adalah amat memerlukan disiplin dan masa yang dirancang tepat. Saya banyak mendengar dan juga melihat pelbagai kes PhD tidak selesai disebabkan bukan tidak talent tetapi ianya kesuntukan masa.
3) Landasan anda betul dan teruskan meminati bidang penyelidikan dan cabang ilmu ini.
4) Ya, ianya amat betul, bahkan mengutamakan sesiapa yg PhD + dari industri (kerajaan atau swasta)
5) Semua yang mempunyai Dr. adalah DS51 (terdapat beberapa kes sahaja yang masih DS45 disebabkan faktor yang sangat jarang iaitu mungkin berlaku berlaku penangguhan dan sebagainya)
Salam Dr,
Saya seorang guru di sebuah sekolah menengah, DG41 dan dah mengajar Fizik hampir 5 tahun. Saya dah pun menandatangani skim pencen. Saya mempunyai first degree BSc Physics and Astrophysics dari Univ of Birmingham, UK. Maknanya saya mmg bukan background education. Saya juga mempunyai master dari UTM skudai dalam bidang Fizik juga bahagian nanophysics. Saya telahpun dapat offer dari supervisor untuk melanjutkan pelajaran dalam PhD di UTM pada feb 2015. Saya bercadang untuk meletakkan jawatan sebagai guru kerana saya perlu fokus kepada PhD. Saya buat master part time research dan bagi saya sangat susah untuk membahagikan masa dengan kerjaya guru kerana kerja dan jawatan saya pegang disekolah terlalu banyak.
1) Jika saya apply cuti belajar tanpa gaji tanpa biasiswa saya masih lagi terikat dengan kerjaya ini dan ianya tidak melayakkan saya dapat MyBrainSc/MyBrain15. Jadi saya berhasrat untuk meletakkan jawatan dengan tujuan mendapatkan scholarship berkenaan untuk financial diri sendiri. Suami saya boleh menampung saya dan anak. saya juga tidak pernah membuat sebarang pinjaman kerajaan. Adalah hal ini akan menjejaskan permohonan saya untuk menjadi pensyarah di IPTA kelak kerana saya pernah bekerja sebagai guru dan meletakkan jawatan. Adakan saya diterima ke sektor awam semula (IPTA) setelah saya keluar dari sektor awam(guru). Saya mempunyai pengalaman mengajar yang sgt baik dan penggunaan bahasa Inggeris juga baik. adakah ini satu advantage untuk saya? Adakah pengalaman mengajar saya itu nanti akan di ambil kira apabila saya apply jawatan pensyarah setelah dapat PhD?
Terima kasih atas semua penjelasan Dr.. Semoga Allah jua yang dapat membalas budi baik Puan..
Salam,
1) Tiada masalah pun sebenarnya, nanti jika masuk ke sektor awam semula, universiti akan menyambung kembali perkhidmatan anda. Cuma anda perlu lalui induksi dan lain2 itu kembali. Dan jumlah tahun perkhidmatan yang lama diambil kira juga nanti oleh pihak universiti dan akan disambung semula. Tetapi mungkin mereka akan reduce 1 atau 2 tahun dari perkhidmatan anda atau mungkin tidak langsung. Ini soal berkaitan IPTA itu sendiri dalam membuat keputusan. IPTA adalah badan berkanun dan bukan mutlak kerajaan. Ianya bebas dalam beberapa bahagian.
2) Soal pengalaman itu sangat bagus. Teruskan usaha sambung PhD.
Selamat maju jaya.
Assalamualaikum,
, saya merupakan pelajar degree teknologi makanan. Bolehkah saya menyambung master dalam bidang pendidikan(kimia) dan saya berminat untuk menjadi pensyarah matrikulasi.
Persoalannya di sini adalah
1.) apakah syarat2 kelulusan untuk menjadi pensyarah matrikulasi.
2.) Saya dari kursus degree teknologi makanan, tapi menyambung master dalam bidang pendidikan(kimia) .Adakah ini satu tindakan yg betul. Ini kerana saya tidak menyambung master dalam bidang ketika degree(teknologi makanan).
3. IPTA manakah yg ada menawarkan master pendidikan kimia?
Hrap bantu saya, terima kasih.
Salam,
1) Syarat2 itu bergantung, untuk pensyarah matrikulasi saya tidak mahir selok beloknya kerana di IPTA berbeza dengan matrikulasi. Oleh itu, apa yang saya cadangkan adalah untuk menghubungi kolej matrikulasi berkaitan (boleh layari http://www.moe.gov.my/v/direktori-kolej-matrikulasi)
– Namun, secara generalnya adalah kelulusan yang baik adalah amat penting dalam permohonan sebagai pensyarah. Ada master mungkin lebih bagus.
2) TIada masalah selagi ada IPTA menerima sebarang kelulusan dari degree untuk kemasukan ke peringkat Master mereka. Soal tindakan yang betul itu adalah kena tanya diri anda adakah anda minat untuk menyambung dalam bidang tersebut atau sekadar populariti kursus tersebut atau sekadar untuk bekerja.
3) Rasanya banyak IPTA awam menawarkan kursus master tersebut. Mungkin boleh mencuba di UITM, UTM atau UPSI. Saya sarankan melihat satu persatu laman web IPTA bermula dari Utara ke Selatan Hingga Sabah Sarawak.
salam tuan…
saya ad baca penerangan tuan tentang mnjdi seorg pnsyarah…mnurut knytaan tuan…utk mnjdi seorg pensyarah perlu mempunyai PhD..sekarang ni sya ad degree dan sy bcdg utk smbung master…strus nya PhD..saya nk tny klu nk jd pnsyarah…bila sy smbung master nti bidang ap yg perlu sy ambil utk melayak kn sy mnjdi pensyarah atau ad ke bidang2 tertntu yg perlu spya layak mnjdi pnsyarah
Salam,
Semua bidang boleh diambil tetapi dari segi tahap pasaran itu dan keperluan itu bergantung. Nasihat saya, adalah pertama sekali adalah kena tanya diri anda apa yang anda minat. Kerana dikhuatiri jika anda tiada minat, susah untuk lepas di tahap interview kerana bayangkan dari 10 orang yang memegang PhD sekalipun, tetapi hanya 1 atau 2 sahaja diambil kerana tough competition. Jadi, perlengkapkan diri dengan segala yang ada dan dengan minat akan datang kejayaan dan tahap unik untuk diterima sebagai pensyarah.
tq ats penerangan tuan.. saya nak tanya satu lagi..misalnya sya nak ambil master..apa pilihan terbaik yg patut sy ambil..sma ada ambil coursework, research, atau coursework n research.
Salam,
COursework – Mudah, kena datang kelas, tapi kena score melebihi paras2 tertentu
Mix-Mode – separa mudah, kena datang beberapa kelas, kene buat research yang bertaraf lebih sedikit berbanding undergraduate tetapi tidak sehebat amster by reserach
BY research – paras tertinggi, tak perlu ada kelas, masa bebas,tetapi perlu buat research yang output kene ikut supervisor. Nak mohon kena pastikan supervisor ada duit geran, ya ada elaun lagi berbanding yang coursework dan mix-mode.
Pilihan2 kesemua diatas bagus. terpulang mana yang anda mampu.
Paling terbaik bermula dari By Research, Mix Mode dan COursework.
salam dr, maaf mengganggu.
saya ada beberapa soalan yang sudah lama ingin diajukan tetapi tidak jumpa pada orang yang sepatutnya saya tanya sehinggalah saya terjumpa blog ini. situasi saya begini:
*saya pelajar lepasan STPM jurusan sastera.(pengajian am,bahasa arab, syariah, usuluddin)
*saya berminat untuk menyambung bidang psikologi kanak-kanak sehingga PhD
*atas permintaan keluarga, saya perlu melanjutkan pelajaran ke UM tetapi UM tidak menawarkan bidang ini.
*saya ingin mengambil early childhood education di UM tapi senior dan rakan tidak menggalakkan kerana bidang ini open market dan susah untuk mendapat kerja.
soalan saya:
1.apa kelemahan bagi bidang open market ini?
2.saya akan meneruskan degree saya dalam bidang agama tetapi akan mengambil psychology course in master, adakah ini dibolehkan?
3.pada pendapat dr, adakah perlu saya mengambil bidang agama atau pendidikan awal kanak-kanak sewaktu degree ini? (tempat belajar tetap di UM)
tolong saya dr,terima kasih atas bantuan.
Salam,
1. Tiada timbul soal open market ataupun tidak kerana yang penting anda berusaha sedaya upaya menjadi orang yang terbaik untuk bidang tersebut. Misalnya dalam bidang kejuruteraan, sudah ramai Professor dalam bidang kejuruteraan tetapi mengapa masih ada yang menyambung sehingga ke peringkat PhD? Sebab generasi seterusnya lebih hebat dan mereka ada kualitinya tersendiri. Oleh itu, pilih sahaja bidang yang disukai kerana anda buat yang terbaik.
2. Ok, ini bergantung kepada pra syarat untuk sesuatu bidang tersebut. Anda perlu merujuk kembali fakulti terbabit ataupun menghubungi mana2 individu di fakulti tersebut untuk mendapat tahu pra syarat seterusnya. Pada pendapat saya, adalah wajar sekiranya anda teruskan degree anda ini dan mengambil jurusan master dalam psikologi kanak2.
Semoga berjaya
terima kasih banyak doktor. moga Allah berkati usaha dan hidup dr.
maaf menggangu,seperkara lagi saya nak tanya.
1.degree pendidikan awal kanak2 > master dan PhD dalam bidang yang sama.
@
2.degree bidang agama > master psikologi > PhD psikologi kanak2.
yang mana lebih bagus?
Salam,
Saya lebih suka multidicipline iaitu nombor 2. percayalah, ramai universiti mencari yang multidicipline berbanding single dicipline.
Salam,
Saya mempunyai degree civil engineering pointer bawah 3.0. Kemudian saya sambung master pendidikan teknik dan vokasioanal pointer atas. Saya ada dua masalah dan memerlukan nasihat tuan. Pertama, kebanyakan permohonan universiti swasta yang saya mohon tidak memberi jawapan. Sepatutnya master bidang ini mengajar di politeknik tetapi UTHM tidak lagi posting pelajar mengajar selepas konvo.Adakah saya salah bidang master?Kedua, patukah saya ambil phd pendidikan atau kejuruteraan? memandangkan komen yang saya baca di atas memerlukan pengalaman dalam bidang tersebut pula pada masa depan. Saya dalam dilema kerana pada usia 25 masih tidak pasti untuk memilih hala tuju saya.
Salam,
Tidak timbul soal salah bidang asalkan anda mengambil bidang yang anda minati. Cuma apa yang berlaku adalah universiti terbabit mungkin telah mempunyai calon yang mempunyai kelayakan lagi tinggi.
Saya nasihatkan adalah mencuba di universiti2 biasa yang lain ataupun di kolej komuniti dan politeknik. DIsamping itu, adalah cuba sambung PhD mengikut bidang yang anda minati. kajian selidik pasaran mengenai apa jurusan yang universiti perlukan juga perlu dibuat. Saya sarankan untuk melawat setiap IPTA atau IPTS dan melakukan kajian samada ada tidak pensyarah yang belum mempunyai kelayakan PhD.
Benar amat payah untuk menentukan hala tuju kehidupan, tetapi saya nasihatkan untuk bertenang dan kemudian susun apa yang anda hendak sebenarnya dalam hidup ini dan apa yang akan anda lakukan untuk susunan kehidupan tersebut.
Semoga berjaya.
Assalamu’alaikum Dr
Terima kasih sbb mewujudkan blog ini, Byk info yg sy dapat dari blog ini. Saya ingin meminta pendapat Dr.
1. Saya mempunyai diploma dalam bidang pengimejan perubatan, ijazah sarjana muda dlm bidang pengimejan perubatan dan ijazah sarjana sains sinaran. Sekiranya saya menjadi pensyarah muda bg bidang perubatan veterinar, adakah ianya mendatangkan kerumitan? Terdapat perkaitan yg sgt sedikit antara bidang yg sy ambil dgn bidang yg sy mohon utk menjadi pensyarah
2. Sekiranya seseorg itu ditawarkan menjadi pensyarah muda (kontrak) dan kemudiannya ditaja oleh ipta tersebut utk menyambung PhD, bilakah bermulanya tempoh perkhidmatan?
3. Yang mana lagi bgs? Sama ada
(i) seseorg itu menjadi pensyarah muda dan mengajar bkn bidang utamanya ketika di peringkat sebelum ini dan kemudiannya menyambung pengajian PhD dgn tajaan IPT (ada bonding dgn IPT), atau
(ii) seseorg itu menyambung pengajian PhD dlm bidang yg sama seperti peringkat pengajian sblm ini dgn tajaan agensi luar (spt MyBrain15) yg tidak ada bonding, mksdnya selepas PhD kena apply kerja pensyarah sendiri
Mohon Dr respon apabila free. Thanks in advance 🙂
Salam,
1. Soal bidang itu mungkin mendatangkan sedikit kerumitan, tetapi anda dinasihatkan untuk bersedia dari segi apa yang anda tahu. Ingat, jujur ketika interview kelak kerana nanti anda yang susah. Yang penting adalah bagaimana anda mengolah segala ilmu yang anda ada untuk bercerita kepada interviewer.
2.. Soal pensyarah muda ini lebih kepada status kontrak, dan perkidmatan anda dalam kerajaan dikira dari tarikh anda tetap. Oleh itu anda perlu sambung secepat mungkin peringkat PhD.
3. Dua-dua sama bagus. Saya lebih kepada sambung sendiri dan tiada bonding kerana saya lebih suka untuk bertukar-tukar universiti setiap 5 ke 10 tahun untuk mendapatkan pengalaman dan mempunyai ramai networking.
Nasihat saya:
Mana2 pilihan pun bagus. sebab jika menjadi pensyarah muda maka anda ada pekerjaan dan lebih secure berbanding pilihan no.2 yang anda tiada gaji tetapi bergantung kepada elaun dan perlu memohon sebagai pensyarah kelak. Zaman anda nanti ketika tamat PhD adalah semakin ramai mempunyai PhD dan persaingan sengit.
Aslmkum..
Sy sgt berminat utk menjadi pensyarah,
Sy ingin bertanya berkenaan skim fellowship..
1.adakah skim fellowship ini mempunyai bonded dgn universiti..
2.sekiranya ade bond dgn universiti,adakah ini bermaksud kita telah diserap ke universiti sebagai pensyarah tetap.
3.selepas tempoh bond tamat,perlukah kita mencari kerja lain atau kekal di bekerja di universiti tersebut.
4.selepas tamat tempoh bond,perlukah kita menyambung ke peringkat phd untuk kekal sebagai pensyarah..
Maaf sbb terlalu byk pertanyaan..
Terima kasih di atas pencerahan yg diberikan..😃
Salam,
1. Ianya tidak mempunyai bonded secara fixed tetapi lebih kepada memberi biasiswa untuk anda sambung belajar oleh universiti dan KPT. Anda boleh google apakah itu fellowship di Internet.
2. Soal Bond itu, adalah bergantung kerana setakat ini semua yang diambil universiti diserap sebagai pensyarah. Cuma bezanya perkhidmatan anda tidak dikira. TETAPI, universiti boleh sahaja tidak ambil anda mengikut prestasi anda.
3. Ini bergantung kepada prestasi anda. Biasanya akan diserap.
4. Fellowship biasanya setakat ini adalah untuk ke peringkat PhD. oleh itu saya lihat fellowship kebanyakkannya menumpukan kepada individu yang ada master dan diserap sebagai fellowship. Kemudian baru dihantar ke peringkat PhD.
Salam,
Sy seorang graduan ijazah sarjanamuda sains fizik. Sekarang sy dlam proses untk mnymbung pngajian ke pringkat master. Bidang kerja yg ingin sy ceburi adalah mnjadi seorang pensyarah fizik. Jika sekrang sy mnerima tawaran master pendidikan (fizik), adakah sy perlu menerima tawaran ini? Mohon pencerahan tuan
Salam,
Secara amnya, adalah baik memilih atau menerima kursus tersebut jika itu yang anda minati. Soal sambung master adalah berkisar untuk minat bidang tersebut. Pastikan anda yakin apabila memilih bidang tersebut sebab anda meminati bidang tersebut.
Slmt ptg,saya skrg degree dlm course Fizik di slh sbuah IPTA dan berminat utk menjadi pensyarah. Pensyarah perlu bljr hingga peringkat phD sdgkn guru hanya perlukan degree. Berbaloikah menjadi seorang pensyarah berbanding guru yg ad time based,OT dan krja yg lebih mudah kerana tdk perlu membuat research.Gaji pun tdk jauh bezanya.Next, sistem tutor dan fellowship, boleh tlg trgkn? Terima kasih.
Salam,
Bagus, bidang yang sangat relevan dan majoriti yang meminati fizik ini samada memasuki area penyelidikan optic, electromagnetics ataupun pure physics (setakat yang saya tahulah).
Baiklah, guru dan pensyarah ini alam berbeza walaupun professionnya mengajar. Beban pun berbeza. Jika pensyarah, saya akan cakap yang berumur 30 tahun dan mempunyai PhD mempunyai gaji RM6700++ dan guru yang akan mempunyai gaji sedemikian RM6700++ adalah pada umur 40 tahu (Time Based). Bezanya adalah 10 tahun.
jadi anda buat penilaian. Hendak pakai kereta hebat pada umur 30 tahun atau pada umur 40 tahun?
Itu soal gaji.
Soal buat kerja banyak juga berbeza. Pensyarah membuat penyelidikan, tetapi mereka diberi dana ratusan ribu. Anda boleh beli apa sahaja untuk kegunaan anda. Boleh melancong ke EUROPE, negara-negara Asia sekadar macam melawat negeri2 aje, setahun adalah dalam 5,6 kali untuk negara Asia dan EUROPE mungkin sekali atau dua kali.
Sistem Tutor – sistem ini semakin dilupuskan oleh IPTA, tetapi lebihbagus dari Fellowshup, berstatus kontrak dan diberi gaji tetap cuma ianya kontrak
Sistem Fellowship – semakin diperkenalkan TETAPI belum tentu diterima sebagai pensyarah apabila tamat belajar, diberi elaun sahaja dan bukan gaji tetap. Anda perlu belajar sehingga PhD baru diangkat masuk sebagai pensyarah.
Nasihat saya:
Guru adalah alam lain yang memerlukan anda menjaga kanak2 dan awal remaja, anda lebih berlegar kepada dalam negeri sahaja dan pangkat anda ada had maksimum untuk naik ke Pengetua/Guru Besar.
Pensyarah adalah alam di mana anda boleh menjadi pangkat lebih tinggi dari ketua anda. Misalnya anda boleh gaji RM15k pada usia 45 tahun dengan bertaraf Professor B atau A tetapi ketua anda (dekan) mungkin sekadar bergaji RM10k sebab Professor Madya dan jauh lebih muda.
Tetapi pensyarah memerlukan komitment dari segi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, konsultansi,dan lain2nya.
Buat keputusan apa yang anda minati, dan bukan sebab gaji.
Salam. Dr.
Kalau tidak keberatan, bolehkah saya dapatkan alamat emel/facebook Dr. kerana saya ingin bertanya beberapa soalan berkaitan ijazah sarjana muda.
saya seorang mahasiswi(semester 2) di salah satu ipta tempatan. Saya mempunyi masalah tentang minat saya saya terhadap ijazah saya skrg dan mendapatkan pendapat Dr. secara lebih lanjut.
Terima kasih.
Assalamualaikum dr., ada sedikit pertanyaan yang ingin saya tujukan, adakah dengan ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (elektrik & elektronik) saya layak untuk menjadi pensyarah di politeknik/kolej komuniti..? Walaupun program degree tersebut tiada kelulusan kejuruteraan..? Saya merupakan lulusan diploma kejuruteraan elektrikal di politeknik Saya mendapat tawaran program ijazah sarjana muda di UTM.. maklum balas cikgu amat saya harapkan..
Salam,
Jika saya lihat kembali soalan tersebut, secara ringkasnya adalah samada kelulusan tersebut diterima untuk masuk menjadi pensyarat di politeknik atau kolej komuniti.
Baiklah, soal menjadi pensyarah sekarang memang diakui semakin ketat tetapi itu berlaku di IPTA. Untuk politeknik dan kolej komuniti insyaAllah saya pasti masih lagi relevan. Cuma perlu diingatkan yang majoriti sekarang sudah mempunyai Master semasa mereka memasuki politeknik dan kolej komuniti.
Jadi, saya mencadangkan agar untuk ijazah yang sedang diambil (atau mungkin baru ambil), buat yang terbaik dan kemudian disusuli sambung belajar ke peringkat master. Cabaran sekarang adalah dalam tempoh 3 ke 4 tahun mengambil ijazah sarjana muda tersebut, akan ada banyak (ribuan mungkin) yang keluar setiap tahu ada Master.
Semoga Berjaya
Asslamualaikum,
seperkara lagi dr, adakah dengan ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan ini membataskan peluang saya untuk bekerja di luar sektor pendidikan..? Hal ini kerana, saya ada terbaca satu entry yang mengatakan sarjana muda pendidikan ini tidak boleh bekerja di sektor lain, selain daripada sektor pendidikan. Minta pendapat dan penjelasan dr.
Itu mitos yg mungkim dari khabar angin. Ada rakan2 saya dari bidang pendidikan tetapi master dan phdnya bidang berlainan. Bahkan ada yg bidang kejuruteraan tp bekerja sektor pendidikan dan sebaliknya.
Ianya bergantung kepada majikan, kadang2 mereka merasakan yang multidisiplin ini lebe bagus dan mamou berdaya saing dari single discipline
jika tidak mengganggu, bolehkah dr. beri sedikit pendapat/cadangan mengenai sektor lain yang boleh saya ceburi selain sektor pendidikan dengan jazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (elektrik & elektronik) ini..? saya khuatir sekiranya saya tidak punyai peluang menjadi guru kerana persaingan daripada universiti pendidikan yang lain.. jenis sektor apakah yang sesuai dengan program ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan ini selain sektor pendidikan..?
Penerangan yg sungguh jelas dan bermakna. Semoga Tuan dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah. Terima Kasih atas penjelasan tersebut Tuan. (:
maaf sekiranya mengganggu, boleh tak dr. memberi cadangan sektor yang manakah yang sesuai selain sektor pendidikan dengan program ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (elektrik & elektronik)sekiranya saya tidak berpeluang menjadi guru. Hal ini kerana saya khuatir dengan persaingan lepasan dari universiti pendidikan yang lain. Jadi dr, apakah sektor yang sesuai dengan saya melalui lulusan degree pendidikan ini selain menjadi guru..?
Salam,
Agak sukar juga soalan ini. Lebih menjurus kepada melihat statistik lepasan degree pendidikan ini di mana saya juga tiada akses kepada actual result. Tetapi berdasarkan pengamatan saya kepada yang lulusan degree pendidikan ini. Adalah saya syorkan
1) Menyambung master atau PhD dalam bidang yang sama (elektrik dan elektronik)
2) Multicipline courses – di ambil untuk added-value kepada ijazah anda. Ini kerana banyak lulusan universiti bidang pure engineering beralih juga kepada pendidikan menyebabkan guru-guru juga terdiri dari ijazah-ijazah bertaraf kejuruteraan dan sebagainya.
3) Mungkin menjadi consultant atau pun sebagai penyelidik di IPTA-IPTA.
Salam. Minta pendapat Tuan. Saya berada di sem 2 degree course fizik di ipta. Bercadang utk apply scholar mybrainsc yg tanggung degree sama ada local atau oversea (boleh pilih). Niat hati teringin utk bljr di UK. Oleh itu,saya apply beberapa uni di UK melalui UCAS dan menunggu offer letter. Persoalan saya, adakah lebih baik utk buat degree di UK (bermula balik dari semester 1) atau smbg shj degree di ipta (semester 2) hingga semester 8 dan brcdg utk buat master dan phd di UK. Dlm scholar mybrainsc utk oversea 50 org shj dipilih,local pula 100 org. Jikalau memilih UK sya trpksa gadaikn setahun dan gred umur 24 tetapi kalau local gred umur 23. Perlukah terburu-buru mengejar degree di UK atau bersabar dan fly smasa master atau phd. Pengalaman menimba ilmu di UK atau faktor gred muda lebih utama. Maaf panjang lebar, jika tidak menyusahkan mohon beri pndangan. Cita-cita ingin menjadi Profesor Fizik. Terima Kasih. (:
Salam,
Tahniah, jika mendapat offer. Faktor usia jangan difikirkan sangat. Fikirkan pengalaman dan juga ilmu yang dapat diperoleh di negara yang lebih baik dan ranking universiti tersebut juga lebih baik. Banyak rakan saya dari UK semuanya majoriti hebat2. dan InsyaAllah jika anda kekalkan semangat belajar dan anda ke sana untuk belajar yang terbaik. Lakukannya dan jangan lari dari matlamat perjuangan asal.
salam dr,
beberapa persoalan
1. andai saya melanjutkan pelajaran PhD dalam bidang psikologi kanak-kanak, adakah saya berpeluang untuk bekerja di hospital bersama padeatrik?
2. adakah boleh saya menyambung master atau PhD ke luar negara, andai degree di ambil dalam negara dan bagaimana laluannya?
terima kasih doktor.
Salam,
Ini saya tidak pasti. Saya tidak tahu sangat perihat dengan hospital. Tetapi dari segi conceptnya, anda adalah dari bidang yang kita gelarkan penyelidikan. Jika anda memasuki universiti yang ada hospital dan penyelidikan. Itu sangat baik.
Nak sambung luar negara mudah sahaja,
1) Cari universiti2 yang diminati – Luar negara
2) Cari sponsor – MARA atau ibubapa atau pinjaman wang PTPTN atau2 mana nak yang nak sponsor
atau
3) Cuba diserapkan sebagai skim fellowship universiti (mohon) dan sambung belajar di bawah dana universiti/kerajaan.
salam dr..
sy pensyarah tetap ipta (uitm) dm45 dan telah memulakan pengajian phd..sekarang disemester ke 2..sy smbung phd tanpa apa2 tajaan atau biasiswa dan masih bkerja. soalan sy dr, adakah perlu sy ambil cuti?cabaran mcm mana ya?sy brcadang utk ambil cuti bergaji penuh..dan masih brfikir bila waktu sesuai utk cuti…bidang sy kimia…
trima kasih dr.
Salam,
Saya merasakan jika saudara ok dan mampu untuk bekerja sambil sambung belajar maka teruskan sebegitu asalkan planning dari segi kewangan dan masa adalah bagus.
Tetapi jika mahu menumpukan sepenuhnya, rasanya adalah seeloknya dibuat keputusan seawal mungkin untuk memastikan tumpuan sepenuhnya diberikan terhadap penyelidikan PhD.
Kedua-dua pilihan bagus. Boleh bercuti sepenuhnya atau secara part time. Asalkan ikut kemampuan diri dari segi emosi dan mental.
terima kasih atas maklumbalas dr…
Assalamualaikum,
Saya lulusan perkaunan dari UIAM, dan sekarang berkhidmat sebagai pensyarah DS45 di IPTA. Saya mengajar subjek perniagaan. Adakah tangga gaji saya sepatutnya sama dengan graduan lulusan bukan perakaunan ? P1T1 or sepatutnya T9?
Setahu saya tangga gaji graduan perakaunan adalah berbeza.
Salam,
Bagus bidang tersebut. Untuk tangga gaji, saya tidak tahu untuk memberitahu bagaimana. Tetapi ianya bergantung kepada kehendak universiti terbabit dan keputusan di tangan Naib Canselor tersebut. Sebab itulah Universiti adalah badan berkanun dan setiap IPTA berbeza-beza cara mereka memberi jawatan. Bahkan dari generasi atau batch berbeza juga mungkin berlainan seperti senior tempat anda bekerja mungkin dulu tangga gajinya tinggi tetapi bila tiba zaman anda, sistemnya berbeza.
Itulah badan berkanun. Mereka “sendirian berhad”. Ianya amat subjektif. Kena tanya lebih lanjut siapa yang lebih mahir untuk selok belok hal ehwal sumber manusia di sana.
Salam Dr, saya ingin meminta penjelasan dari Dr, saya mempunyai diploma, degree dan master dalam bidang perniagaan, dan mempunyai 7 tahun pengalaman kerja dibidang marketing tetapi sekarang ni saya mengambil PhD specialization dalam Technology, Operation & logistic management, saya berhasrat untuk menjadi pensyarah apabila tamat pengajian. Saya ingin bertanya adakah saya berpeluang untuk jadi pensyarah sekiranya PhD dibidang yang berlainan…thank you in advance Dr
Salam,
Ianya sebenarnya tiada masalah, cuma yang penting semasa memohon pensyarah pastikan sudah selesai PhD itu. Maksudnya sijil hardcopy PhD telah dikeluarkan untuk memohon pensyarah. Ini kerana jika memohon semasa dalam proses PhD, kelak pihak pengurusan kurang mempertimbangkan kerana boleh jadi anda gagal dalam PhD. Jadi, selesaikan dahulu PHD tersebut untuk peluang yang lebih tinggi. Jika tidak, anda akan bersaing dengan orang yang specialization degree dan master dalam bidang technology, operation & logistic management. Di mana mereka ini sudah 7,8 tahun belajar berkaitan bidang yang anda baru sekadar 1,2 tahun walaupun pengalaman kerja membantu serba sedikit.
Ingat, dalam kerajaan atau bidang universiti buat masa ini, kelulusan lebih penting dari pengalaman. Pengalaman 7 tahun pun dikira sebagai sampingan sahaja dan tiada/sedikit kenaikan gaji berbanding yang fresh graduate/master yang lain.
Salam Dr,
Saya inginkan sedikit pandangan dan konsultasi dari dr. Saya telah pun bergraduasi pada November lepas dalam bidang sains bioperubatan dan alhamdulillah pointer saya agak memuaskan. Namun setelah berfikir panjang saya mengambil keputusan untuk menyambung master in health science di universiti yang sama dan telahpun bermula pada september lepas, sebelum saya bergraduasi lagi. Saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian saya kerana saya memikirkan kerjaya pada masa akan datang. Kebanyakan graduan dalam perspektif bidang ini diambil bekerja di dalam makmal contohnya seperti mlt, cardiac technician, private lab,insurance dan sales. Masalahnya pada diri saya ialah saya menginginkan kerjaya bukan sekadar pekerjaan so that i will enjoy doing that my whole life. Saya juga tidak berapa minat untuk kerja di makmal. So, lepas tamat degree, saya terus sambung pengajian dan disebabkan itu, saya memang tak de pengalaman bekerja langsung. And for another reason saya merasakan pekerjaan yang related dengan education background sesuai dengan saya sebab saya yakin i can do well with it. Plus, ia merupakan satu peluang untuk saya lebih belajar and improve my skill, lebih lebih lagi if menjadi a part of tenaga pengajar, because they gonna attend seminar, do research, conference yang all related with new things yang kita akan let others know, So we have that little contributions. Ya i want to do something that contribute to others.
So, currently, i am in my second semester, Disebabkan master saya adalah mix mode, so pengajian saya dijangka tamat pada feb 2016 (3 semester). Untuk makluman Dr, saya banyak dengar mengenai program fellowship. Tapi ada juga yang menyatakan dah tak de U yang provide skim macam ni. Saya ada juga keinginan untuk menyambung phD di luar negara tapi saya tak berapa clear hows the procedure.
And one more, apakah step terbaik yang boleh saya lakukan since saya masih lagi di peringkat master. Any thing that relevant for me to apply? and patut ke saya bekerja after tamat master atau terus je smbg pengajian di peringkat phd?
Terima kasih.
Salam,
1. Bagus kerana ada minat untuk menjadi pengajar dan telah dalam proses menyelesaikan program master.
2. Baiklah untuk sambung PhD luar negara sedang sahaja. Iaitu dapatkan tarikh opening semester mereka dan supervisor yang related dengan bidang. Apa yang susah adalah memilih supervisor kerana mereka orang luar negara dan kita tak tahu sebenarnya perangai mereka bagaimana. Contoh, anda akan tahu jenis-jenis orang di kejiranan anda, tetapi anda tidak tahu jenis orang di kejiranan orang lain. Yang paling penting dan sukar adalah mencari supervisor orang luar ini yang anda kena wish for the luck for the right person. Anda boleh ambil supervisor yang ternama tetapi tugasnya tough dan pastikan anda seorang yang tough dan suka cabaran juga.
3. Bila dah dapat supervisor (contact through email dan sebagainya), isi form mereka (secara online contohnya) dan tunggu offer letter. Bila dah dapat, bawa ke Pejabat MARA contohnya untuk dapatkan pinjaman pelajaran.
4. Tetapi jika anda diterima kerja sebagai Pensyarah melalui Master, maka senanglah sedikit sebab universiti akan support. Tetapi sekarang agak sukar kerana kompetitifnya terlalu tinggi. Oleh itu kena buat terbaik untuk master ini. Anda akan berlawan dengan yang master by research untuk memohon jawatan pensyarah.
5. Fellwoship masih ada. cuma kena hubungi universiti terlibat.
6. Buat masa sekarang, lakukan kajian teliti berkaitan apa anda hendak buat ketika PhD dan meletakkan target apa anda akan buat 10 ke 20 tahun akan datang. Pastikan anda ada target.
as salam DR
byk pengalaman sy dpt dr ulasan2 di atas. sy nk tnya DR beberapa perkara.
1. saya bru hbs master dlm bidang engineering di um, dan bercdg nk smbung bljar PHD, sy bekerja di petronas bru 3 tahun. msalah sy jika sy smbung PHD under tajaan atau geran boleh ke kita bt penanguhan bayaran rumah ke bnk. selama kita belajar. btl ke bt pHD part time sush?
Salam,
1. Bagus nak smbung PhD.
2. Soal penangguhan bayaran itu di luar ilmu saya. Mungkin kene hubungi pihak bank terus.
3. Susah itu bergantung. Sangat subjektif. Jika anda seseorang yang time management betul mungkin lebih senang. PhD is all about hard core discipline. Sangat2 pentingkan perkara tersebut. JIka anda boleh lakukan suatu perkara yang sama pada masa yang sama dan tepat maka saya yakin tidak sukar. Contoh – Setiap hari jam 5 petang akan berjoggin 3 kilometer. Without fail selama tiga tahun (walaupun busy mcm mana kena buat at the exact time). Jika mampu buat perkara sedemikian (contoh), maka saya yakin anda mampu menyusun masa untuk PhD.
dgn kerjaya yg sy ada skrg? adakah patut sy bt full time PHD? sbb mmg bnr kta DR tkt nt zamn akn dtg syarat university akn bertmbh ketat utk dptkn pengalaman. sy nk bt full time riso sbb sy dh ada komitmen sy rumah, keta. sy gah cri supervisor yg dpt bg elaun skit kepada sy.
Salam,
Itu satu perkara yang subjektif juga. mohon anda lakukan penelitian yang teliti terhadap perkara tersebut.
Ya, sudah semakin ketat kerana bilangan PhD holder semakin bertambah.
Elaun itu ada tetapi sekadar RM1800 sahaja atau RM2500 sesetengah universiti.
Melainkan masuk bidang pensyarah dan sambung under SLAB (iaitu tajaan kerajaan).
Selamat maju jaya.
Salam Dr,
Saya merupakan pejawat awam yang sedah berkhidmat sekarang 14 tahun dalam skim Kumpulan Sokongan 1. Namun demikian atas polisi dasar SPA yg kehendaki pointer CGPA 3.00 ke atas utk dipanggil peperiksaan dan seterusnya ditawarkan jawatan. Saya merasa ralat dengan perubahan tangan ajaib ini dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat Master bagi niat untuk menimba ilmu dan laluan kerjaya di masa akan datang.
Untuk makluman Dr. jua, skrg saya sedang menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Pengurusan Sumber Manusia di IPTA secara jarak jauh(kelas hujung minggu). Persoalannya dan mohon pandangan Dr seperti berikut:
1) Tajuk thesis yang sesuai dalam membantu transformasi dalam organisasi dan perkhidmatan awam secara keseluruhanya.
2.) Saya beriltizam tinggi untuk perancangan jangka masa panjang untuk menyambung pengajian peringkat PhD dalam Indusrtial Relation. Jika di Malaysia, IPTA mana yg menawarkan pengajian tersebut. Manakala jika di luar negara, negara manakah yg layak untuk menuntut ilmu dalam bidang tersebut.
3.) Padan pandangan saya, segelintir penjawatan awam yg menyambung pengajian peringkat PhD dgn Cuti Belajar Bergaji Penuh apabila lapor diri semula untuk bertugas tidak mempraktiskan ilmu tersebut berbanding pensyarah. Apa pandangan Dr berkenaan perkara ini pula?
4. Dalam umur saya sekarng ini dan InsyaALLAH umur 37 tahun akan tamat pengajian Master. Seterusnya umur 48 tahun InsyaALLAH akan tamat PhD pula. Layak tak dengan umur berkenaan untuk menjadi pensyarah IPTA dengan menggunakan pengalaman peribadi dan kerjaya serta akan bersara awal atau sambung perkhidmatan?
Sekian,
Salam,
Maafkan saya ambil masa terlalu lama untuk menjawab disebabkan kekangan masa dan beberapa hal fakulti lain
baiklah.
1)Untuk tajuk thesis ini merupakan sangat subjektif, bahkan ianya masih boleh diubah semasa sesi viva (dua tiga tahun akan datang). Tetapi cadangan saya adalah cari topik yang mampu diterapkan secara praktikal dan bukannya secara mental (fully mental). Maksud saya adalah seperti menerapkan gaya kerja seperti Jepun di mana semuanya (bos, kerani) ditempatkan di ruang kerja terbuka dan setiap pagi akan ada senaman dan gerak kerja berkumpulan at least 10 minit. Mungkin itu membantu.
2) Ini juga sangat subjektif, maka saya cadangkan untuk pergi ke arah Europe country. Mereka mempunyai hubungan industri dan universiti yang kuat berbanding di negara-negara Asia.
3) Itu sememangnya, semata-mata untuk bekerja mendapat gaji dan PhD mereka sekadar untuk cari makan. Pelajar master juga tiada dan mereka hanya meneruskan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Bilangan penerbitan juga kurang atau tiada langsung. Oleh sebab itu, suatu transformasi diperlukan yang jika mereka mahu mencapai kenaikan gaji, beberapa KPI perlu dicapai. banyak universiti tengah ke arah ini sekarang ini.
4) Ilmu tidak mengenal usia. Universiti juga tidak tertakhluk terhadap sebarang had usia (setakat ini). Saya cadangkan untuk merancang perjalanan kehidupan selama 20 ke 30 tahun akan datang. InsyaAllah akan menjadi seorang yang berjaya.
Assalamualaikum. Saya pelajar di sebuah universiti. Pointer saya hanya bawah 3.0 dan atas 2.6 sahaja pada semester 7. Dan saya tidak tahu pointer saya pada semester 8. Saya nak tanya, andai kata pointer saya tidak mencapai 3.0, adakah saya layak untuk melanjutkan pengajian saya pada peringkat master? Jika layak atau tidak layak, apakah universiti yang ada ruang untuk saya sambung pengajian saya di peringkat universiti?
Salam,
1. Ianya ikut universiti yang menawarkan program master tersebut.
2. Rasanya jika atas 2.5 kebanyakkan universiti biasa (Research Universiti mungkin agak sukar) sudah memadai.
Selamat berjaya!!
Assalam Dr,
Boleh tak Dr review Template Resume Pensyarah ?
Untuk maklumat lanjut boleh klik salah satu link dibawah:
http://www.kerjayapensyarah.com/
http://www.kerjayapensyarah.blogspot.com/
atau
http://www.ashadee.net/go/51332/mybestlist
Mohon respond Dr untuk jv masa akan datang… =)
Wasalam
Admin KerjayaPensyarah[dot]com
arawiproduction@gmail.com
Salam,
Ianya tiada masalah dan teruskan usaha anda.
Alhamdulillah
Terima kasih Dr…
Nanti saya emailkan detail untuk Dr review =)
Salam,
Mungkin tersalah faham. Saya tidak bermaksud untuk review sebarang resume dan sebagainya. Tetapi saya review website anda dan teruskan usaha anda. Saya tidak boleh terlibat dalam proses review sebarang resume dan sebagainya. harap maklum.
owh ye ke Dr,
Saya ingatkan dr nak bagi feedback template yang sy sediakan di website..
Kalau gitu … baiklah Dr…
Apapun terima kasih banyak2 Dr untuk support…
Jika ada rezeki, inshaAllah bertemu =)
wasalam.
Assalammualaikum w.b.t Dr. / Prof
Saya ingin bertanya dan ingin meminta pendapat Dr. Maaf jika soalan ini pernah ditanya dan harap Dr tidak keberatan untuk menjawabnya.
Untuk pengetahuan Dr, saya merupakan pelajar tahun 4 PhD di UPM dan merupakan tutor bertaraf sementara di salah sebuah IPTA selatan tanah air dan sudah berkhidmat hampir 7 tahun (sebelum master). Saya seronok dan selesa dengan persekitaran tempat kerja saya begitu juga dengan progress PhD saya wlupun agak slow tp berjalan dgn baik. Alhamdulillah saya dah ada scopus dan chapter in book, cuma ISI belum lagi (Doakan saya Dr… hehehe). Sebelum saya ajukan soalan saya, adalah lebih selesa saya terangkan sedikit sebanyak keadaan saya. Amat berat untuk saya membuat keputusan ini tapi, hal ini sedikit sebanyak merunsingkan saya. Saya tidak pernah menyalahkan takdir malah redha.
Suami saya berkerja di JPM dan buat masa ini tiada pejabat lain yg membolehkan beliau berpindah begitu juga saya. Dahulu Alhamdulillah jarak 300 KM bukan penghalang kerana saya mampu berdikari dan drive seorg diri ulang alik. Namun terkini ditakdirkan saya sakit sehingga tidak mampu untuk drive sendiri hatta 1 km pun (namun masih berdoa tanpa mengeluh). Semua bergantung harap pada suami. Tambahan saya tidak mempunyai saudara di bumi tempat saya bekerja. Oleh sebab ini, saya bercadang untuk berhenti dan mencari peluang yang ada di sekitar sini memandangkan skim kerja saya masih berstatus “sementara”. Saya juga maklum dengan denda yg dikenakan dan bercadang untuk membayarnya In Shaa Allah.
Soalan saya
1) Pernahkah terjadi kes pelajar tajaan bergaji penuh berhenti dan adakah kami akan disenarai hitamkan oleh JPA / KPM (dahulu master pun tajaan SLAB) jika saya ingin memohon kerja di IPTA lain?
2) Berbaloikah saya berpindah dari IPTA ke IPTS?
Terima kasih
Assalammualaikum w.b.t
Refer kepada jawapan saya sebelum ini.
Selamat berjaya dalam PhD 🙂
Assalammualaikum w.b.t Dr. / Prof
Saya ingin bertanya dan ingin meminta pendapat Dr. Maaf jika soalan ini pernah ditanya dan harap Dr tidak keberatan untuk menjawabnya.
Untuk pengetahuan Dr, saya merupakan pelajar tahun 4 PhD di UPM dan merupakan tutor bertaraf sementara di salah sebuah IPTA selatan tanah air dan sudah berkhidmat hampir 7 tahun (sebelum master). Saya seronok dan selesa dengan persekitaran tempat kerja saya begitu juga dengan progress PhD saya wlupun agak slow tp berjalan dgn baik. Alhamdulillah saya dah ada scopus dan chapter in book, cuma ISI belum lagi (Doakan saya Dr… hehehe). Sebelum saya ajukan soalan saya, adalah lebih selesa saya terangkan sedikit sebanyak keadaan saya. Amat berat untuk saya membuat keputusan ini tapi, hal ini sedikit sebanyak merunsingkan saya. Saya tidak pernah menyalahkan takdir malah redha.
Suami saya berkerja di JPM dan buat masa ini tiada pejabat lain yg membolehkan beliau berpindah begitu juga saya. Dahulu Alhamdulillah jarak 300 KM bukan penghalang kerana saya mampu berdikari dan drive seorg diri ulang alik. Namun terkini ditakdirkan saya sakit sehingga tidak mampu untuk drive sendiri hatta 1 km pun (namun masih berdoa tanpa mengeluh). Semua bergantung harap pada suami. Tambahan saya tidak mempunyai saudara di bumi tempat saya bekerja. Oleh sebab ini, saya bercadang untuk berhenti dan mencari peluang yang ada di sekitar sini memandangkan skim kerja saya masih berstatus “sementara”. Saya juga maklum dengan denda yg dikenakan dan bercadang untuk membayarnya In Shaa Allah.
Soalan saya
1) Pernahkah terjadi kes pelajar tajaan bergaji penuh berhenti dan adakah kami akan disenarai hitamkan oleh JPA / KPM (dahulu master pun tajaan SLAB) jika saya ingin memohon kerja di IPTA lain?
2) Berbaloikah saya berpindah dari IPTA ke IPTS?
Terima kasih
Assalammualaikum w.b.t
Salam Tuan.
Saya sangat berminat dengan karier sebagai seorang pensyarah dan saya ingin bertanya pendapat serta cadangan tuan tentang beberapa perkara.
Saya berusia 23 tahun dan dijangka bakal menghabiskan pengajian pada bulan 6. Saya berminat untuk menyambung pengajian saya pada peringkat Master dan sudah pun mendapat offer letter dari beberapa university dari UK dan kini sedang menunggu tawaran pascasiswazah dari MARA. Soalan saya:
1. Saya berminat untuk membuat fastrack program untuk PHD pada awalnya, namun saya tidak tahu bagaimana caranya. Universiti saya tidak menyediakan sebarang fastrack program, dan saya agak kabur berkenaan hal ini. Pointer terkini saya ialah 3.93 dan apakah laluan/ cara-cara yang perlu saya ambil untuk mendapatkan tempat untuk program fastrack ini? Diharap tuan dapat member sedikit pencerahan berkenaan perkara ini.
2. Saya merupakan pelajar semester akhir, dan adakah saya layak memohon program SLAB/SLAI yang ditawarkan oleh universiti awam sekarang sebelum saya bergraduasi pada bulan 6 ini?
3. Adakah mungkin untuk saya menyambung PHD setelah bergraduasi ataupun adakah lebih digalakkan untuk saya mendapatkan Master terlebih dahulu sebelum mendapatkan PHD? Ada tak mana-mana universiti awam yang menawarkan fastrack untuik bidang Applied Linguistic di Malaysia?
4. Memandangkan Mara masih belum lagi membuka system aplikasi online untuk pascasiswazah, saya terfikir untuk berusaha mendapatkan penajaan daripada organisasi lain. Pada pendapat tuan, adakah ada kebarangkalian untuk pihak university menawarkan fellowship/menaja pengajian saya sekiranya saya menghubungi pihak mereka dan menyertakan sekali offer letter (MA) dari universiti terbabit?
Respon dari tuan amatlah saya hargai. Terima Kasih.
Salam,
Tahniah dan progress anda amat positif dari intelektualnya.
1. Fast track ini sebenarnya ditawarkan oleh universiti yang membuatnya. Jika di UK, ada beberapa universiti dan di Malaysia juga ada. Anda boleh bertanyakan universiti tempat anda akan sambung belajar apa kriteria penting. Sebab terdapat beberapa kriteria penting yang harus dipenuhi. Soal apa kena buat itu kemudian, dapatkan kriteria. Semua research university di Malaysia ada fast track dan boleh apply direct ke PhD melalui supervisor yang anda akan buat PhD.
2. Belum boleh lagi, ianya selepas anda mendapat surat senat dan kemudian baru anda apply sebagai jawatan tutor di mana2 universiti. SLAB dan SLAI adalah untuk penjawat awam. Anda harus memasuki perkhidmatan awam contohnya sebagai tutor dahulu di universiti barulah boleh memohon. Cuma sekarang ini tak banyak yang menawarkan tutor. mereka memberi skim fellowship berupa allowance sahaja.
3. Soal bidang itu saya yakin anda boleh cari. Tetapi soal menyambung master dahulu baru PhD itu bergantung. Perlu diingatkan membuat kajian dan belajar secara dalam kelas berbeza. Ada rakan saya terus tidak dapat “catch-up” apabila membuat PhD kerana terkejut dengan environment PhD. Maka ketika itu sesuainya mengambil master terlebih dahulu. Buat kajian di internet apakah itu PhD atau master by research. Ianya melibatkan skill dan bukan lagi CGPA.
4. Boleh cuba. Kebarangkalian untuk dapat juga insyaAllah tinggi. Cuma yang perlu diingatkan adalah perlu berani dan bertanya. Saya hanya dapat membantu dari segi menunjukkan jalan.
Pendapat saya adalah mulakan dengan bertanyakan bahagian HR di universiti awam kemudian menghubungi bahagian pentadbiran fakulti contohnya Dekan fakulti untuk tujuan anda. Ini bagus. Tetapi kena berani sedikit untuk membuat appointment dengan Dekan fakulti supaya jalan anda luas dan terbentang.
Terima kasih diatas pandangan serta pendapat yang diberikan oleh tuan. Sangat bernas untuk dijadikan sebagai panduan untuk saya dan rakan-rakan yang lainnya. Terima kasih sekali lagi.
Saya lepasan matrikulasi …awalnya nak bercadang menyambung dlm negara ambik khusus kejuruteraan sivil….
Andai kata dpt sambung terus ke PhD dari Degree kalau dpt first class pointer…khusus apa yg sesuai?? Bolehkah sya jadi lecterer lepas tu.??
Salam,
Bagus anda berhasrat menjadi lecturer dengan usia yang muda sudah bercita-cita besar.
baiklah, saya cadangkan:
1) Pilih kursus yang diminati DAN bukan kursus yang popular. Anda minat maka anda pastikan anda pilih kursus tersebut. Ingat kata saya, MINAT.
2) BOleh sambung terus ke PhD jika cemerlang, ianya bergantung kepada bidang apa yang anda minat. Jawatan pensyarah boleh dimohon selepas tamat PhD. InsyaAllah.
assalam puan.saya ameera ,sekarang sya sedang melanjutkan pelajaran di UPSI di peringkt master dalm pendidikan awal kanak2.saya nk tanya mengenai peluang saya utk menjadi pensyarah atau cikgu masihkah ad pluang kerana sebelum ini semasa degree sya bukan dari bidang pendididkan.mohon pencerahan dari puan.
Salam Ameera,
TIada masalah, sebenarnya apa yang penting adalah permohonan menjadi pensyarah itu mempunyai degree bachelor/master bidang berkaitan. Bahkan anda mempunyai multidicipline yang sebenarnya banyak universiti lihat benda ni sebagai added value (multidicipline). Cuma yang membezakan adalah persaingan semasa sesi interview untuk menjadi pensyarah.Anda kena pastikan anda mempunyai communication skills yang mantap dan hebat mengalahkan calon yang lain. Itu ciri pensyarah.
Salam Tuan Doktor.
sy mmpunyai degree dlm perubatan. dan telah menjalani housemanship 3 tahun lebih dan skrg sudah quit.
jadi, sy housemanship sy tidak selesai. Soalan sy:
1. bolehkah sy memohon utk jadi pensyarah di ipta?
2. apakah kriteria yg diperlukan?
3. apakah prosedur utk memohon?
trm kasih tn, jika tdk keberatan boleh email kpd sy, jonkovich@gmail.com
Salam,
Maaf kerana reply disini disebabkan kekangan masa saya yg kepelbagaian perkara perlu diselesaikan.
1. Pensyarah seperti kita sedia maklum, memerlukan kelulusan Master atau PhD untuk memohon. Dan itu juga tertakhluk kepada persaingan semasa sesi interview atau short listed candidates.
2. Kriteria dan Prosedur setiap universiti berlainan. Untuk perkara ini, perlu berusaha sedikit untuk menelefon atau email (jika mahu cepat boleh terus telefon) bahagian HR mereka. Tetapi kebiasaanya, MAster atau PhD mesti dipunyai oleh individu terbabit terlebih dahulu.
Salam,
1.Peluang menjadi pensyarah bagi bidang jurutera bahan atau sains bahan banyak atau tidak di Malaysia?
2.Adakah gaji pensyarah bagi semua bidang sama?
Salam,
1)Soal banyak atau tidak itu sebenarnya bergantung kepada kekosongan. Banyak universiti menawarkan jawatan pensyarah ini dibuka sepanjang tahun tanpa tarikh luput. Bilangan pelajar semakin banyak maka bilangan pensyarah juga diperlukan dengan banyak.
2) Gaji pensyarah adalah sama sahaja dari segi DS45, DS51, DS54 dan JUSA ke atas. Cuma membezakan adalah elaun kritikal untuk bidang kejuruteraan.Tetapi untuk gaji pensyarah UITM mungkin berlainan sedikit berbanding IPTA yang lain. Tetapi hampir sama sahaja tarif gaji (mungkin sekadar puluh ringgit beza)
assalamualikum… 🙂
saya nak tanye skit..tngh clueless ni
tahun ni saye akn ambil SPM,insyaAllah
sye brcite-cite tuk jdi pensyarah bhgian matematik..
tp xtau laluan untuk bidang ni..
tlong bantu sye *-*
thank you
Salam,
Bagus bercita-cita menjadi pensyarah.
Langkah2:
1. Dapatkan straight A. Semuanya A. bukan matematik sahaja. Belajar dan Belajar.
2. Praktis skill bercakap dengan orang dewasa dan professional. Buat email professional, cuba bercakap gaya professional, masuk discussion orang2 besar, pergi ke seminar yang percuma yang melibatkan ilmu. Contohnya ceramah motivasi, professional talk dan sebagainya sementara menunggu SPM result keluar.
3. English – Important
4. Masuk matrikulasi dan score as much as possible
5. Kemudian boleh memasuki bidang matematik di universiti – pilih antara lima research university – UTM, UKM, USM, UM, dan UPM.
Goodluck
salam
saya skrg tgh mymbung ke peringkat master
semasa first degree sy belajar di IPTS dalam bidng pendidikan dan sekrg mnymbg master dalam kos yng sama d IPTA..
Adaka sy akan dapat memohon menjdi pensyarah selpas master n PHD (SOON) hbis sebb semasa degree sy beljar di IPTS.. itu yg sentiasa sy risaukan sebab sy sebenarnya ingin menjadi seorang guru tetapi agak sukar untuk mendapat tmpt tmuduga d SPP dan agak susah untuk posting. dari itu saya mengambil keptusan untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat master,
Salam,
1. Tamatkan master terlebih dahulu. Dan bagus juga menyambung ke PhD.
2. Sekiranya anda telah mempunyai PhD (dari IPTA lebih diminati), maka tidak perlu risau akan kerjaya kerana yang penting anda menghasilkan kualiti terbaik sepanjang anda mengambil PhD di universiti nanti. Permohonan seperti biasa, ianya yang penting mempunyai PhD DAN Communication skill yang memberangsangkan.
Salam sejahtera Dr,
Saya memperoleh Master dalam bidang Ekonomi. Sekarang sedang mencari kerja . Sebelum ini pernah bekerja di sektor swasta dan telah meletak jawatan untuk melanjutkan pelajaran. Saya berminat untuk melanjutkan pengajian sampai ke tahap Phd dan berharap untuk menjadi pensyarah kelak.
Namun saya sebenarnya agak “hesitant’ untuk melanjutkan Phd terus dalam bidang Ekonomi -Research adalah dalam bidang ekonomi alam sekitar.. Bachelor Degree saya adalah dalam biologi (pertanian/biotech) dan pekerjaan saya sebelum ini tidak berkaitan dalam bidang sains.
Saya rasa bahawa saya masih berminat untuk menceburi bidang sains.
Oleh itu, saya bercadang untuk mengikuti second master dalam bidang sains – coursework di UK sebelum membuat komitment untuk PHD.
1. Adakah lebih baik membuat coursework ataupun sambung Master research. Ataupun PHD terus dalam bidang multidiscipline ?.
2 Dua tahun yang lepas saya berjaya mendapat tempat di universiti di Australia (coursework) tetapi tidak berjaya mendapat funding. Maka saya sebenarnya agak keliru – bagaimana cara mendapat funding/ biasiswa di Malaysia. Sekiranya mendapat tempat di Universiti luar negara bolehkah saya memohon untuk memasuki program SLAB/SLAI?Ataupun lebih baik mencari tajaan luar?
Pandangan/Cadangan Dr. amat dihargai
TQ.
Salam,
Baiklah, saya rasakan anda sendiri MUNGKIN tidak tahu apa sebenarnya anda minat.
1. Dalam masa seminggu ini, tonton TV, internet, radio dan sebagainya untuk kenal pasti APA YANG DIMINATI dalam hidup ini. Jika anda seronok dan selalu bercerita bab kereta, adalah bagus mengambil bidang automatif dan jika meminati bidang pure science, maka pergi ke arah pure science.
2. Jika sudah tahu apa anda minat, lakukan apa yang perlu dilakukan. Tidak perlu buat second master kerana yang penting PhD tidak memerlukan master bidang berkaitan pun sebenarnya. BIdang berbeza pun tidak mengapa. Cuma anda mampu catch up atau tidak.
3. SLAB dan SLAI adalah untuk penjawat awam (http://www.moe.gov.my/v/skim-latihan-akademik) dan orang biasa tidak boleh mengambilnya KECUALI ANDA termasuk dalam yang disebut http://www.moe.gov.my/v/skim-latihan-akademik
4. Untuk luar bagusnya adalah MARA.
5. Pandangan saya, tidak perlu ke luar negara. Di Malaysia banyak pensyarah mempunyai geran penyelidikan dan terus sambung ke PhD. Tidak usah membuang masa mencari second master kerana universiti tidak tengok master sangat tetapi bachelor degree atau PHD. KECUALI jika anda Master By Research. Itu berbeza.
Salam Dr,
Saya seorang fresh graduate universiti tempatan. Baru shj tamat belajar dua bulan lepas dan sedang menganggur sekarang. Saya aiming untuk menjadi seorg pensyarah, Jadi saya telah mulakan langkah dengan memohon master in engineering di luar negara atas alasan untuk dapatkan perspektif yang lebih luas juga disebabkan course yg diminati tiada di malaysia. Somehow,agak susah untuk dapatkan funding pd masa skrg. Sy bergantung pada MARA tapi tahun ni pascasiswazah mara lambat dibuka dan ada kebarangkalian tidak ditawarkan tahun ini.Sy juga telah memohon loan lain tapi peluangnya nampak tipis.
Saya juga baru sedar tidak mudah mendapat pekerjaan pada masa ini. Most of the companies want the experienced one. Degree dalam engineering shj tidak mencukupi. Ada saranan supaya saya sambung sahaja master dalam business administration. Mungkin peluang mendapat pekerjaan lebih cerah. Oleh itu, saya ingin menanyakan pendapat Dr, sekiranya sy memilih untuk ambil MBA masihkah ada peluang untuk saya menjadi pensyarah dalam bidang engineering? Atau saya lebih baik tunggu dan ikut plan yg asal?
Pandangan dan pendapat Dr amat diperlukan.
Terima kasih
Salam,
Maaf kerana lambat reply. Untuk makluman, sebagusnya mengambil bidang yang digemari. Memang benar saingan semakin sengit bahkan industri memerlukan tenaga kerja yang mahir dan bukan sekadar pointer tinggi sahaja. Mereka akan menguji kemahiran yang ada untuk memastikan pekerja yang diperoleh adalah bermutu. Nasihat saya, adalah fikirkan semasak-masaknya dan ikut bidang yang diminati. Kelak ianya akan menyusahkan dan kena faham, tanya apa yang anda mahu dalam kehidupan ini dan apa rancangan anda 10 ke 20 tahun akan datang.
Salam Sejahtera Dr.
Saya kini seorang pelajar tahun 2 Biotechnology di UK dan sangat berminat untuk menjadi pensyarah di tanah air apabila saya graduate nanti. Di mana-mana universiti penyelidikan di Malaysia.
Soalan saya adalah, adakah possible jika saya sebelum graduate, memohon untuk attach ke mana-mana universiti tempatan contohnya USM dan mereka menaja pelajaran saya di peringkat Master/Phd di luar negara dan apabila pulang sudah secure kerja sebagai pensyarah dengan universiti tersebut? Ini mungkin jalan yang paling mudah kerana saya sudah dapat secure pekerjaan apabila pulang ke tanah air kelak.
Jika possible, bagaimanakah caranya untuk saya memohon?
Jika tidak, apakah alternatif cara untuk saya lakukan?
Terima kasih.
Salam,
Sebenarya permohonan itu ada tetapi biasanya akan ada sesi interview di tempat luar negara dan peluang itu harus sentiasa dipantau. Mungkin dengan menghubungi pihak universiti bertanyakan sesi interview luar negara bila akan dijalankan adalah lebih sesuai. Tetapi, biasanya majoriti UA (Universiti Awam) memerlukan yang sedang melanjutkan pelajaran peringkat Master atau PhD. Mereka tidak lagi memandang yang sedang belajar Degree melainkan sebahagian amat kecil universiti2 Malaysia.
Salam Sejahtera Dr.
Saya kini seorang pelajar tahun 2 Biotechnology di UK dan sangat berminat untuk menjadi pensyarah dalam bidang bioprocessing/biochemical engineering di tanah air apabila saya graduate nanti. Di mana-mana universiti penyelidikan di Malaysia.
Soalan saya adalah, adakah possible jika saya sebelum graduate, memohon untuk attach ke mana-mana universiti tempatan contohnya USM dan mereka menaja pelajaran saya di peringkat Master/Phd di luar negara dan apabila pulang sudah secure kerja sebagai pensyarah dengan universiti tersebut? Ini mungkin jalan yang paling mudah kerana saya sudah dapat secure pekerjaan apabila pulang ke tanah air kelak.
Jika possible, bagaimanakah caranya untuk saya memohon?
Jika tidak, apakah alternatif cara untuk saya lakukan?
Terima kasih.
salam . saya adalah lepasan diploma sains gunaan . dan ingin melanjutkan pelajaran dalam degree. saya ingin bertanya . jika saya memilih pure biology, saya masih tidak lagi beljar secara spesifik . adakah ini choice yang betul? saya keliru samada untk meletakkan pure biology atau food tech as my first choice.
Salam,
Ini agak subjektif. Pendapat saya adalah memilih bidang yang anda minat dan bukannya spesifik. Pastikan anda amat suka dan sentiasa peka dengan perkembangan bidang tersebut. Itu lebih baik.
ok, bagaimana nak tahu apa anda suka? Membaca samada melalui buku, menonton televisyen atau melayari internet. Banyakkan kaji berkaitan diri anda yang apa sebenarnya anda suka dan minat dalam bidang ilmu ini. Jika benar mahu meneruskan pengajian bidang yang diminati, teruskan. Tetapi jika di dalam hati mahu menceburi bidang perniagaan, mulakan perniagaan anda sekarang.
Oleh itu, siasat apa diri anda sebenar dan apa anda mahu.
kebykan universiti nak lecturer yg master dn phd by research dn tak iktiraf by coursework lg seb semua kejar universiti penyelidikan. Utk apply prof madya mesti buat paper yg berindex, ada buku , student yg dah bergraduate dgn kita dn juga geran penyelidikan . Sokongan dekan
Benar.
Jadi nasihat saya kepada yang luar sana, jadikan diri anda terbaik dan sambung hingga peringkat tertinggi iaitu PhD.
Assalamualaikum Dr.
Saya pelajar tahun akhir dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran di salah sebuah IPTA di Malaysia. Saya amat berminat untuk menjadi seorang pensyarah. Namun begitu, result Ijazah saya tidaklah begitu baik, saya hanya mendapat PNGK 2.98. Tetapi saya amat berminat untuk menyambung Master dalam bidang yang berkaitan. Adakah boleh saya menyambung master atau PhD ke luar negara, andai degree di ambil dalam negara dan bagaimana laluannya? Dan saya juga berhasrat untuk memohon biasiswa daripada mybrain15. Boleh Dr berikan sedikit pendapat mengenai persoalan saya ini? Terima Kasih.
Salam,
Amat sukar dengan pointer sebegitu tetapi tidak salah mencuba hantar borang. MyBrain15 boleh diambil setelah anda menyambung pelajaran sekurang-kurangnya 1 semester. Persoalan laluan itu adalah mudah, tetapi mengharunginya itu adalah tanda tanya. Master ditawarkan setiap tahun oleh semua universiti. Apa yang perlu dibuat, layari laman web universiti terbabit dan carikan pautan untuk Pasca Siswazah. Isikan form (majoriti dah online) dan tunggu jawapannya.
Assalamualaikum Dr
Saya berada di tahun akhir PhD di UK dengan biasiswa MARA. Saya bercadang untuk menjadi pensyarah IPTA sekembalinya saya ke Malaysia. Namun saya juga bercadang untuk menyambung Postdoc di luar negara seperti USA, Jepun dan Arab Saudi bagi menambah pengalaman di dalam bidang saya ini. Saya bercadang untuk pulang ke Malaysia selepas 10 tahun. Jadi saya ingin bertanya jika saya pulang ke Malaysia dan menjadi pensyarah adakah saya akan dapat menjadi pensyarah gred 51? Atau ke gred yang lain kerana ada pengalaman sebagai post doctoral. Adakah saya perlu memohon jawatan Prof Madya seperti mana iklan jawatan IPTA? Adakah dengan pengalaman postdoc dan menerbitkan journal membolehkan saya memohon jawatan tersebut? Pada waktu tersebut saya akan berumur 40 tahun dan jika saya menjadi pensyarah sehingga bersara umur 60 tahun, adakah saya layak menerima pencen penuh walaupun hanya 20 tahun dalam perkhidmatan? Maaf jika pertanyaan saya agak panjang kerana saya perlu untuk merancang masa depan saya. Terima kasih
Salam,
Tahniah kerana di tahun akhir.
Okeh, saya bercakap segi kebiasaan. 99% kebiasaannya tidak diberi Prof Madya kerana anda kekurangan banyak point. Iaitu point menghasilkan student sebagai supervisor dan point mengajar subjek yang mungkin kurang serta point menjadi pemimpin dalam pentadbiran. Biasanya walau sebanyak mana pengalaman, semua akan masuk dengan DS51 iaitu kanan (dengan PHD).Kemudian anda perlu ada geran penyelidikan sendiri, ada student sendiri dan seterusnya baru boleh memohon Prof. Madya.
Soal pencen itu sukar dilihat kerana polisi berubah2. Setakat ini adalah sekitar 25 ke 30 tahun.
Assalamualaikum tuan,
Saya nerupakan pelajar lepasan SPM dan saya ada sedikit kemusykilan ingin dikemukan
1.saya berminat dalam bidang veterinar dan zoologi..adakah saya boleh mengambil double degree suatu hari nanti jika bidang bidang ini ditawarkan di universiti yg berlainan..
2.baru-baru ini,saya menerima tawaran dari matrikulasi..soalan saya adalah boleh buat double degree jika menyambung matrikulasi kerana untuk membuat double degree memerlukan kelayakan diploma
Salam,
Rasanya baik jangan buat double degree, membuang masa dan seeloknya degree dan master untuk bidang tersebut dibolehkan. Misalnya Degree Bachelor dalam Veterinar dan Master dalam Zoologi. Ianya bagus.
Sebenarnya, anda bagus ambil diploma bidang lain dan degree bidang lain. Atau ambil matrikulasi, kemudian degree bidang veterinar dan master dalam zoologi.
Mana-mana laluan juga boleh. tetapi kaji dengan mendalam. Apa yang paling-paling-paling anda minat antara kedua-dua tersebut. Maka itu yang didahulukan.
salam dr.
apabila kita sudah mempunyai phd..adakah dijamin yang kita akan menjadi pensyarah?
Salam,
maaf kerana lambat reply disebabkan kesibukan dengan pelbagai [erkara.
1. Dijamin PhD adalah meluaskan peluang untuk menjadi pensyarah. Ianya tidak bermaksud akan pasti jadi pensyarah. Untuk menjadi pensyarah, panel selalunya melihat tahap komunikasi kita dalam berhujah.
2. Oleh itu, mendapat PhD meluaskan peluang tetapi skill berkomunikasi mestilah agak baik.
Assalam. Saya berumur 19 tahun dan merupakan pelajar STPM pada tahun ini. saya sngat minat untk menjadi pensyarah sejak di bangku sekolah lagi . apakah bidang yang perlu saya ambil untuk sambung degree nanti dan seterusnya sambung ke peringkat PhD ? saya betul-betul berminat untuk menjadi pensyarah . saya sedang keliru tentang hala tuju saya . saya bercadang sambung degree ambil course linguistic . masih boleh ke smbung ke peringkat PhD dan seterusnya untuk menjadi pensyarah ? harap Dr dpat membantu saya dan memberi info yang berguna
Salam,
1. Tiada masalah untuk bercita-cita menjadi pensyarah. Apa yang perlu adalah semangat yang tinggi untuk cuba berusaha menjadi terbaik dalam bidang tersebut. Pilih apa yang diminati kerana dikhuatiri mendatangkan masalah kelak dari segi berhujah dengan baik.
2. Menjadi pensyarah kini menjadi sukar kerana majoriti memerlukan PhD holders + pengalaman industri. Oleh itu, menjadi yang terbaik dalam bidang adalah amat berguna.
Assalamualaikum. .
Sy dip.holder pend.awal kanak2.. OUM.Sy ambil course tsbut krna sy mempunyai anak autism.Semasa mjlnkn praktikal d sekolah pra krjaan sy melihat diri sy adalh org yg berminat dan berkebolehan menjadi pendidik. Timbl Minat untuk menjadi pensyarah krna sy tahu peluang menjadi guru dlm KPM tidak ada.Soaln sy :
1.OUM ada flexible entry utk plajar yg memenuhi syarat-syarat .Apakah master atau PhD didikan Oum d terima pakai utk menjadi pensyarah ?
Terima kasih
Salam,
1. Saya tidak tahu sama ada univ yang dimasukkan untuk menjadi pensyarah itu adalah Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US). Untuk memasuki profession sebagai pensyarah di universiti awam. Majoritinya yang saya tahu adalah mereka akan pastikan samada master atau PhD itu diiktiraf oleh MQA atau badan2 berkewajipan. Tetapi itu bergantung kepada universiti terbabit.
2. Saya cadangkan ambil master atau phd di universiti awam kerana ianya lebih sesuai dan meluaskan peluang menjadi pensyarah.
Kesimpulan – pengambilan pensyarah adalah subjektif dan tertakluk kepada universiti terbabit. Mereka boleh mengambil sesiapa sahaja kerana ianya subjektif dan tidak tertakluk kepada peraturan JPA semata-mata. Kerana Universiti Awam adalah badan berkanun.
salam..saya nk tnya..sya skrg dah nk abiz degree kos quantity surveying. untuk jd pnsyarah, sya perlu smbung master in education ataupn master kos saya sndiri? trima kasih atas jawapan.
Salam,
Untuk menjadi pensyarah adalah bukan perlu mengambil master in education. Pensyarah ini unik berbanding guru yang perlu mengambil something related to education. Tetapi anda hanya perlu ambil kos yang diminati.
Salam Dr.sy pelajar tahun akhir di universiti malaysia..sy mengambil kimia industri sbg course pengajian saya..persoalanya sekarng, sy berminat untuk mengambil master dalam bidang kimia tetapi pointer saya sangat rendah disebabkan sy sering mengalami masalah kesihatan.pointer sy skrng 2.45..bagaimanakah sy meneruskan pengajian ke peringkat master?adakah perlu bekerja dahulu?family backgroud sy pula keluarga miskin.saya merupakan anak pertama dlm keluarga sy..tq Dr atas feedback
Salam,
Ini sangat sukar untuk memberi jawapannya. Tetapi ini saranan saya:
1. Mulakan dengan bekerja terlebih dahulu JIKA permohonan anda mengambil master di universiti2 ditolak.
2. Setelah bekerja 3,4 tahun, mulakan cara mengambil master secara jarak jauh. Kosnya mahal sedikit tetapi berbaloi. Kelas hujung minggu atau selepas office hour. Pilih Univ berdekatan rumah anda.
3. InsyaAllah, dengan susunan kehidupan yang betul, anda boleh mengambil master cuma memerlukan pengalaman kerja sebagai ganti pointer yang rendah.
Assalam Dr
Sekarang saya berkerja di Industri selama 5 tahun selepas saya mendapatkan degree. Saya bercita-cita untuk menjadi pensyarah dan ingin menyambung PHD full time as fast track dimana saya mendapat 1st class degree.
1) Masalah yang di hadapi oleh saya ialah dari kewangan kerana saya sudah pun bekeluarga dan mempunyai tanggungan Isteri,Anak,Ibu,Rumah,Kereta dan lain-lain. ??? Dr ada apa2 cadangan untuk menampung pengajian dan kotmitment yang sedia ada. Apa yang saya ketahui, Mybrain menawarkan biasiswa MyPhd sebanyak rm2300 untuk elaun peribadi. Ini sedikit sebanyak mengganggu perbelanjaan kewangan rumahtangga saya ketika membuat PHD . Saya bercadang untuk menjadi tutor atau RA. Ia bertujuan untuk meningkatkan pengalaman saya sebagai pensyarah disamping menambah perbelanjaan saya. Minta pandangan Dr berkenaan dengan hal ini.
2) Sekiranya saya ingin menjadi pensyarah IPTA selepas mendapat PHD, apakah gred yang akan ditawarkan? Adakah ia selari dengan pengalaman kerja saya di industri selama 5 tahun. ???
Salam,
Anda seperti rakan saya yang sudah 5 tahun dalam industri dan sekarang bekerja sebagai pensyarah di tempat saya bekerja dengan kelulusan master. Harus diingatkan juga, beliau mempunyai master maka sebab itu diterima + mempunyai IR (professional Engineer). Gaji yang diberikan juga adalah menokok lima tangga dari gaji awal pensyarah disebabkan tahap pengalaman dan ada IR tersebut. Dia mengambil master dahulu selama dua tahun di Korea sebelum bekerja selama 5 tahun.
Maka saranan saya:
1. Tiada masalah menyambung PhD (saya kewangan saya terpaksa bagi saudara fikirkan sendiri kerana yang penting ada dana), kerana yang penting anda minat.
2. Jika takut kehilangan pendapatan serta-merta, ambil master secara part-time. Berbeza dengan rakan saya, yang ambil master dahulu dan kemudiannya baru bekerja.
3. Setelah tamat master part time, mohon sebagai pensyarah mana2 univ awam. Saya tak pasti jika masih ada yang menawarkan tetapi UTeM, UTHM, UMP atau UNIMAP adalah peluang cerah kerana mereka univ teknikal. Tetapi saya tidak pasti samada ianya semakin sukar atau tidak. Mungkin anda orang yang layak sebab jika ada Master + pengalaman kerja maka lebih diutamakan. Tetapi still tidak boleh melawan PhD holder tanpa pengalaman industri.
ranking
1. PhD with Industry experiences
2. PhD Only
3. Master Only (By Research)
4. Master with Industry Expriences
5. Master MixMode/Thaught Course only
Assalamualaikum tuan,
Saya dlm dilema skarang, sy ada degree tp degree sy hnya 2.97, apply untuk kerja mmg ssah skrang sbb rata-rata majikan mahu pekerja yg sudah ada pengalaman. Adakah saya layak untuk sambung master sebab minat utk jd pensyarah tp result degree menghalang cita-cita saya. Sya masih tidak tahu hala tuju sy skrang. Apakah laluan yg ssuai utk sy ambil slepas ini jika sy nk smbung belajar.
Salam,
1. Terdapat 20 Universiti Awam (UA) di Malaysia ini. Anda harus tahu yang terdapat sebahagiannya memerlukan pointer sekadar 2.75 ke atas untuk sambung master. Oleh itu, lakukan kajian terhadap universiti2 ini.
2. Untuk peringkat awal ini, saya sarankan anda tanam minat untuk belajar dan bukan sekadar berminat untuk menjadi pensyarah. Mesti dalam hati dan minda dipenuhi kata-kata yang sangat ingin belajar dan mempelajari ilmu-ilmu yang diminati.
3. Cuba anda fikirkan apa anda akan jadi 15 ke 30 tahun akan datang. Jika dapat berfikir apa yang anda terjadi pada masa hadapan, insyaAllah anda akan nampak arah tuju kehidupan anda.
As-Salam Dr.,
Saya berada di tahun akhir dan akan menamatkan pengajian Master tak lama lagi, insyallah..
Umur saya sudah 40 tahun..
Pengalaman saya boleh dikatakan agak luas yang diperolehi daripada pekerjaan semasa.
Boleh dikatakan hampir 15 tahun. Alhamdulillah… Cuma belum buat certification.. pekara biasa isu kos..
Soalan
=======
1) Adakah boleh saya bertukar pekerjaan semasa ke Pensyarah (DH45).. Untuk makluman, saya bercadang utk bertukar kerjaya kepada bidang education ini kerana sudah berada di dalam bidang teknikal dan ingin mencurahkan ilmu dan pengalaman yang saya perolehi kepada anak bangsa…
2) Adakah betul saya memohon jawatan DS45 ke universiti yang baru..?
3) Bagaimana pula Kolej Universiti.. Adakah ia merupakan sebuah IPTA ?
4) Jika umur yang sudah 40 tahun ini, Adakah boleh saya meneruskan pengajian ke PHD?
5) Jika umur yang sudah 40 tahun ini, saya ingin merasakan suasana pengajian di luar negara, bagaimana untuk melanjutkan ke luar negara?
Sekian, terima kasih.
Salam,
1. Boleh. Bahkan, anda boleh memohon untuk gaji setara dengan industri dan jika universiti tidak beri pun, mereka akan offer tangga gaji yang setara atau hampir kepada gaji di industri.
2. Sebaiknya mohon di universiti2 muda seperti UTeM, UTHM, UNIMAP, dan UMP.
3. Ianya sebuah IPTA. Perlu diingatkan kerajaan telah mengasingkan IPTA dan UA. Universiti Awam adalah 20 universiti (UKM, UPM, etc) dan IPTA adalah (Kolej2 teknikal atau awam)
4 dan 5. Sudah tentu dan boleh juga ke luar negara. Tiada masalah. Dapatkan tempat di univ sebagai pensyarah dan kemudian boleh memohon sambung belajar.
Assalam,
Saya telah tamat master dan bercadang untuk menyambung PHD. Buat masa kini, saya bekerja disektor swasta. Minat saya lebih untuk membuka sebuah syarikat(perniagaan sendiri) dan dalam masa yang sama suka juga menyampaikan ilmu(mengajar). Pertanyaan saya, sekiranya saya ingin teruskan impian saya untuk membuka sebuah perniagaan dan bukan menjadi pensyarah, berbaloikah saya melanjutkan ke peringkat PHD. Maaf soalan luar daripada tajuk perbincangan.:-)
Didahului dengan ucapan terima kasih atas kesudian tuan berkongsi ilmu.
Salam,
1. PhD bukanlah khas untuk pensyarah tetapi untuk semua. PhD boleh diambil oleh petani, pesawah, pekerja awam, pekerja swasta, penganggur, dan sebagainya. Ianya adalah satu sijil yang diberikan kerana minat belajar. Oleh itu, teruskan apa yang ingin dibuat iaitu mempunyai bisness dan mengambil PhD.
Salam Sejahtera Dr,
saya mahasiswa tahun-3 dalam bidang perakaunan. saya bercita-cita untuk menjadi pensyarah dan ada beberapa persoalan:
1. gaji pensyarah (with phD) sekarang adalah?
2. adakah perbezaan gaji pensyarah yang belajar phD di luar dan di dlm negara?
3. biasanya gaji pensyarah akan naik berapa setiap tahun?
4. biasanya berapa lama dan bagaimana utk menjadi prof. madya dan professor ? gaji akan meningkat banyak juga ke?
5. saya sering dengar pensyarah bercerita bahawa menjadi pensyarah tidak akan jadi kaya, tapi saya melihat pensyarah saya memiliki kereta mewah pula?
dengan ini, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih atas feedback yang akan diberikan oleh Dr.. terima kasih.
Selamat Petang,
1. Gaji Pensyarah untuk IPTA boleh melihat di sini -> https://sistem.jpa.gov.my/ppspp/index.php/gaji-spp/item/1150-perubahan-penetapan-gaji-permulaan-berikutan-penambahbaikan-skim-perkhidmatan-tahun-2013-dan-penambahbaikan-jadual-gaji-minimum-maksimum-di-bawah-sistem-saraan-malaysia.html
– Cari di bahagian LANTIKAN KE GRED DS51
– RM 5637.00 (Gaji Pokok)
– Elaun RM 1600
So total dalam RM7237.00
2. Tiada beza. Ianya sama sahaja di universiti saya mengajar. Bahkan di UTM juga tiada beza. Setakat yang saya dengar, semuanya sama.
3. Setiap tahun Gaji pensyarah akan naik sekitar hampir RM300 setahun (Fakta sila rujuk docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp362013.pdf)
dalam rujukan, cari SSM305DS51000 DS51 290.00
4. Prof. Madya? ada syarat2 tertentu seperti mempunyai master/phd student yang bergraduate dan sebagainya. Setiap univ berbeza. Tetapi roughly – 5 tahun jadi Prof. Madya. Lagi 5 tahun jadi Professor.
5. Kaya?
Siapa yang kerja 10 tahun sebagai Lecturer – akan ada gaji Rm10 ke RM11k bagi pensyarah kanan
Prof. Madya antara RM11 – RM12k
Prof pula boleh cecah RM20k.
Pendek kata, umur 40++ masing2 dah lima angka. nak beli BMW boleh aje. bayar bulanan pun Rm2k ke RM3k aje sebulan.
Assalamualaikum Dr. Dulu, saya mengambil Ijazah Pengurusan Teknologi (Pembinaan) dan mendapat Cgpa 3.29. Saya mendapat Cgpa 3.29 kerana saya memang tak minat ijazah yang saya ambil kerana semasa di peringkat STPM, bidang STPM ialah sains sosial (sastera), bukan separuh teknikal seperti ijazah yang saya ambil. Saya tak pernah memohon ijazah pengurusan pembinaan. Sekarang, saya mengambil Master Pengurusan Alam Sekitar. Soalan saya:
1.Betulkah calon Master dan PhD wajib dapat cgpa 3.50 dan ke atas di peringkat degree, baru dipanggil temuduga pensyarah?sebab saya tanya ramai orang, mereka kata cgpa bawah 3.50, susah dipanggil interview.
2.Dulu masa degree, saya belajar subjek pengurusan alam sekitar dan teknologi alam sekitar (subjek elektif) masa di tahun 4. Di peringkat master, saya fokus kepada sains sosial pengurusan alam sekitar kerana target nak jadi pensyarah dalam bidang sains sosial alam sekitar. Adakah saya masih mempunyai peluang menjadi pensyarah kerana ijazah fokus kepada pengurusan pembinaan, tapi master fokus kepada pengurusan alam sekitar?
3.Saya merupakan calon master yang menulis tesis dalam bm, tetapi jurnal dalam bi. Di fakulti saya, majoriti menulis dalam Bahasa Inggeris. Ada yang menyatakan menulis tesis dalam bm, susah dipanggil interview pensyarah kerana Bi lebih berkualiti berbanding bm. betulkah pendapat tersebut? terima kasih.
Salam,
1. Jika ianya universiti hebat (RU), maybe perlukan sebegitu, tetapi jika anda memohon univ yang kurang sedikit, atas 3 sudah memadai. Ianya terlalu subjektif. amat payah juga menentukannya.
2. Soal menjadi pensyarah adalah bergantung kepada tahap anda berkomunikasi kelak. Anda mesti mahir menerangkan apa yang anda mahir.
3. Ok, ini juga subjektif. sukar juga nak tentukan. Supervisor saya seorang Professor, thesis dalam BM. Siap sekarang dah timbalan dekan akademik. Jadi, ingat, bukan tulis itu yang penting. Tetapi apa dalam thesis itu penting.
Assalamualaikum wrm
Saya ingin memohon pandangan dari pihak Dr. Saya merupakan Pustakawan Kanan di IPTA/UA dgn jawatan tetap. Saya telah mendapat PhD tahun lepas. Saya telah memohon jawatan Pensyarah Kanan di UM dan saya telah berjaya ditawar jawatan tersebut baru2 ini. Tetapi saya dlm dilema kerana, pengajian saya mendapat tajaan KPT dan saya bergaji penuh. Saya bonded with university untuk 6 tahun. Tapi saya baru berkhidmat 1 tahun 9 bulan. Jika saya breach the contract saya perlu membayar balik pd universiti. Jadi saya fikir betulkah tindakan saya utk meletak jawatan sekarang dan menerima jwtn baru (kontrak 1 tahun) . Tq
Salam,
1. Bagus dan tahniah. UA (nama baru) ni kadang2 orang tak biasa tetapi mujur ada orang tahu.
2. Baiklah, soal breach contract ni ada dua keadaan
– UM bayar kepada univ tersebut dan anda terus bond dengan UM pula (anda kena discuss dengan orang atasan UM – kena turun naik jugak ni)
– Anda bayar ajela bulan2 kepada universiti sebelum ni
Pesanan saya?:
1) Tanya hati anda, mana yang lebih dekat dengan famili dan seronok dengan famili apabila dibuat keputusan tersebut.
Salam Dr. Saya ingin bertanya. Di malaysia untuk naik pangkat bagi pensyarah adakah bergantung pada jumlah paper atau impact factor. saya merupakan tutor di sebuah UA dan sedang menulis tesis. Sepanjang phd saya, saya cuma ada 2 penerbitan sahaja. Akan tetapi paper2 ini mempunyai impact factor yg agak tinggi (9.4 & 14). So saya rasa agak demotivated bila tengok rakan2 lain ada banyak penerbitan walau ada yg just scopus index dan setiap orang bagai lebih mengutamakan kuantiti penerbitan.
Salam,
1. Ini permainan yang agak sukar diramal. Kuantiti boleh mengatasi kualiti jika terlalu banyak. Oleh itu amat sukar diramal. Adalah lebih bagus bersederhana atau memperbanyakkan ISI berbanding yang tiada ISI.
Nasihat Saya?
1. Teruskan buat apa yang anda hendak lakukan. Jika anda mahu terbitkan 3 jurnal setahun, teruskan. Soal naik pangkat memang diakui, kuantiti boleh mengalahkan kualiti. Tetapi bergantung byk mana kuantiti tersebut.
Assalamualaikum Dr…
Salam Ramadhan..
Disini saya ingin membuat sedikit pertanyaan. Maaf mengganggu Dr.. Dr, saya mempunyai Diploma Sains Geomatik di UiTM dan Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik juga di UiTM..Saya kini dalam proses utk menyambung master..Insyallah saya ingin menyambung dalam bidang Land Administration & Development iaitu more to Land Laws in Malaysia di UTM ..Tapi, saya agak confuse Dr dan minta pandangan Dr.. Jika saya ingin menjadi pensyarah, Insyallah di IPTA , adakah saya patut membuat research ataupun coursework yaa Dr? Sebab saya baru pertama kali ingin mendalami bidang Land Admin ini Dr.. Saya amat meminati bidang Land laws ini Dr disebabkan saya dapati kekurangan pensyarah yang mempunyai latar belakang law utk mengajar subjek ini bagi pelajar Sains Ukur & Geomatik.. Mohon pendapat serta pandangan dari Dr… Terima kasih byk Dr.. Assalam..
Salam,
Bagus penelitian anda. Dari segi Master, memang by research adalah jauh lebih baik dari by course. By research meningkatkan daya pemikiran, skill dan juga keupayaan anda untuk melakukan kajian berbanding coursework. Cuma apa yang tak bagus adalah masa. Ianya memakan masa.
Nasihat saya – Teruskan apa yang ingin anda lakukan iaitu menyambung master samada by coursework atau by research. InsyaAllah, masa depan gemilang akan menanti bagi orang yang ikhlas dan ada cita-cita.
assalammualaikum tuan..
saya nak mtk pandangan sikit..sy dah ada master in plantation management end of 2013…sekarang sy bekerja sbg pensyarah sambilan sepenuh masa…sy nak mtk pandangan tuan…apa sepatutnya sy buat sekarang ni,sbb sy x nak la jadi pensyarah sambilan ni sampai bila2..kalau boleh nak jugak dpt tetap secepat mungkin…pada pandangan tuan apa y perlu sy buat sekarang ni?adakah terus menunggu atau mohon IPT lain atau sy perlu sambung PhD dulu?tq in advance…
Salam,
Berikut merupakan nasihat saya:
1. Start search for fellowship punya skim. all Universiti Awam (20). Dengan skim ini, anda dapat menyambung PhD dan kemudian bekerja dalam universiti terbabit.
2. Sambil search for that, apply for PhD. Jangan buang masa. lakukan kajian dari sekarang course mana yang minat dan sebagainya.
Salam Dr. Sye bru tamatkan degree in civil eng. Sye dapat tawaran full time master in civil di utm. Sekarang yang saya jadi keliru perlu ke sye sambung master terus? Sbb impian sye dr zaman sekolah lagi memang sye nak jadi lecturer. Lecturer kolej2 biasa pun xpe sebab tu memang minat sye. Jadi sekarang sye confused sama ada nak pilih
1. Kerja dulu sambung master kemudian
2. Terima tawaran sambung master & kejar cita2 untuk jadi tenaga pengajar.
*utk pengetahuan Dr. sye tidak berhasrat untuk buat part time study memandangkan sye bukan multitasking person. Hope Dr. dapat membantu. Terima kasih..
Salam,
Bagus, anda jenis yang ada misi walaupun tidak dapat fokus for multitasking.
Nasihat saya:
1. Anda mungkin boleh jadi pensyarah untuk diploma level sebab anda ada degree sahaja peringkat Bachelor. Nanti anda boleh sambung master dengan mengambil study leave. Kemudian mengajar balik dan seterusnya study leave balik for PhD.
2. Jika anda ada sumber kewangan kukuh (keluarga ok dan mampu tanggung). Sambung master, kemudian PhD, dan kemudian baru jadi Pensyarah.
Itulah pilihan yang bagus pada setakat ini. Percayalah, antara dua ni, anda tidak akan menyesal.
Terima kasih atas respon Dr. Masalah sye x dapat sambung master adalah kewangan. Sye adalah lepasan diploma & seterusnya master di u yg sama. Jumlah ptptn sye sgt tinggi jd sye bimbang utk menyambung master sbb jumlah pinjaman sye sgt tinggi.
Sye ade cari kerja kosong untuk pensyarah lepasan degree tetapi malangnya tiada. Kebanyakkannya memerlukan working experience jika dr lepasan degree.
Jadi sye ingin meminta pendapat Dr. ape yg perlu sye lakukan. Terima kasih.
Salam,
Maaf kerana terlalu lewat reply disebabkan kesibukkan saya sebulan dua ini.
1. Mungkin langkah sebaiknnya adalah untuk cuba apply skim fellowship di mana2 universiti di seluruh Malaysia. Tolong jangan terhad kepada universiti di dalam lingkungan kawasan selesa. Maksud saya di kawasan kampung sendiri. Cuba apply di mana jua peluang yang terbuka tidak kira negeri. Sama juga seperti pensyarah lepasan degree.
2. Cara kedua adalah, mencari mana2 pekerjaan yang biasa dan boleh menampung pembelajaran. Buatlah malamnya kerja, siangnya belajar. Memang perit tetapi itulah kehidupan.
InsyaAllah, saya doakan anda berjaya.
Salam hari raya & salam syawal to you.
masyaAllah. I must admit,you are the one of the most sincere & committed person who replied to each query posted here. Some are repetitive but you answered them with clear answers,well done!!
Now i myself am going to ask you a slightly similar question like some of them here and in relation to the query posted by Hayati Jamil on 23.6.2014 (if you have time to scroll up,i would appreciate it very much).
I’m just wondering,syarat utk sambung ke phd di UM is 3.8??? From what i read in the UM’s website, there are several criteria that must be fulfilled. But tak tahu pulak ada yg hanya 3.8 tu. Can you please clarify? Because i am in the midst of applying for phd study in UM. My bachelor degree cgpa is 3.07 and my masters degree cgpa is 3.27 (coursework). So with my education profile thus far, can i apply for phd study? Whats up with the 3.8 requirement? This can be demotivating because i want to be a part time lecturer/tutor… pls advice. Thank you.
Salam,
Maaf kerana kelewatan yang agak lama untuk membalas.
1. Untuk berada di UM (which is ada rakan2 saya yang apply sana juga sukar untuk tembus menjadi pensyarah tetapi berjaya juga), memang memerlukan tahap pendidikan dan pengalaman yang tinggi untuk sambung di sana.
2. Nasihat saya, cuba apply juga. Jika tidak dapat, saya cadangkan sambunglah di universiti lain yang juga sama. PhD di mana2 negeri yang ada IPTA sama sahaja. Tidak berbeza dari segi gaji. Cuma pengalaman berbeza.
Assalam Dr, bgaimana caranya untuk memohon utk pensyarah bg diploma level?
Salam,
Ini agak general.
yang penting kamu melawat Politeknik2 punya laman web. untuk universiti sudah ditahap PhD level.
Salam Dr, saya amat berminat dengan kerjaya sbg seorang pnsyarah, tak kisah sbg pensyarah diploma, poli or ipta, or asasi krna minat sy dlm profession ini dan saya bru mnamatkan pengajian sarjana dgn pointer kelas pertama dan akan menyambung master di upm bulan 9 ni, perjalann sy msih lg jauh, dlm msa yg sma sy mndpat twaran kerja sbg chemist, saya ada terbca komen Dr sebelum ini yg mngtakan msa hadapan nnt mmerlukan pnglman industri dan phd, dan persaingan smakin sengit, perlukanh sy ,mncari pngalaman berkerja dahulu?
mohon nasihat dan pndgn Dr kpda sy. Terima kasih
Salam,
Itu adalah pada masa hadapan. Anda ada dua pilihan
1. sambung master, tamatkan master, kerja industri 2,3 tahun, dan sambung PhD part time atau full time selepas tu
2. Sambung master, sambung phd, selesai semua baru mohon sebagai pensyarah dan jika tidak dapat masuk industri 2,3 tahun dan kemudian reapply balik ke univ.
Assalamualaikum Dr.
Terima kasih atas maklumat dan perkongsian dari Dr.
Saya merupakan graduan master dalam bidang statistik gunaan. Ijazah sarjana muda saya adalah dalam bidang matematik industri. Saya amat berminat untuk menjadi seorang pensyarah. walaubagaimanapun, pointer saya diperingkat degree hanyalah 2.75 manakala diperingkat master adalah 3.22. Bolehkah Dr. berikan pendapat, apa langkah yang perlu saya ambil untuk melayakkan diri memohon sebagai pensyarah? Berdasarkan pemerhatian saya, agak tipis untuk saya memohon mana-mana fellowship programme kerana masalah pointer degree tersebut. adakah mana-mana ipta atau ipts yang masih menerima kelayakan seperti saya.
Terima kasih atas masa Dr.
Salam,
Ok, ini sukar.
Apa kata anda cuba sambung dalam bidang PhD. insyaAllah selepas tamat 3,4 tahun akan ada univ mengambil anda. Setakat ni PhD amat laku macam goreng pisang panas. But no waste time. apply now and concentrate on finishing your PhD.
Assalamualaikum..sye ingin bertanyer. Sye sedang belajar usuluddin sarjana muda di mesir.apakah sye perlu untuk melanjutkn pelajaran hingga ke PhD @ master bgi mengatur langkah menjadi pensyarah?
Salam,
soalan ini bergantung kepada bidang anda di univ2 awam. Biasanya anda perlukan sehingga PhD kerana itu yang diperlukan di UA (Universiti awam) tidak kira bidang.
Cadangan saya – teruskan sehingga PhD. samada dalam atau luar negara.
assalam Dr,
saya ingin bertanya apakah requirement untuk menjadi pengajar/pensyarah di pusat asasi/foundation dan bagaimanakah cara untuk memohon.
Salam,
Saya rasa ini terlalu umum tetapi saya cadangkan anda boleh pergi ke laman web univ2 atau kolej matrikulasi/politeknik yang membuka jawatan untuk Pensyarah/Pengajar.
Semuanya sudah online dan anda perlu sediakan banyak scanned document.
Salam DR,
Sy tertarik dengan blog DR. Mohon pendapat DR . Sy merupakan pelajar PhD yang sedang menunggu viva. Biasanya proses menunggu viva begitu lama sekitar 6 bulan . Sy dalam dilema patutkah sy apply jawatan pensyarah kerana terdapat kekosongan di fakulti saya ini atau tunggu sehingga sy viva. Ada kawan saya cakap kne tunggu surat senat baru boleh apply 😦 . betuL ke mcm tu DR ?
Teruskan apply. tak perlu tunggu.
salam…saua lec part time full time (PTFT) UITM…saya nak sambung phd part time ukm…berbaloi ke buat phd part time….ulang alik dari kelantan ke ukm semester pertama utk kelas ..sem ke2 x de kelas….skrg tengh kumpul duit utk yuran rm18++ /persemester ….
Salam,
Saya ulang alik melaka ke sabah tiada hal dan seterusnya dapat PhD. Jadi tiada masalah. yang penting anda ada disiplin tinggi. Soal berbaloi terletak kepada disiplin.
Cadangan saya – Praktiskan untuk bangun jam 4 pagi hingga subuh (jangan tidur selepas subuh) dan terus ke pejabat. selama hari Selasa hingga Khamis.
bangun 4 pagi solat tahajud dulu dan start buat something related to research. mulakan dengan mencari sbanyak mungkin paper2 berkaitan.
salam dr.
saya ada soalan saya sedang buat phd skg..persoalannya
saya xada ijazah pertama sy terus ambil master oum melalaui kelayakan sijil stpm
adakah saya layak menjadi pensyarah sekiranya saya cuma ada master dan phd sahaja.
jazakallah khair.
Jawapan.
Dukacitanya, untuk IPTA dan sebarang instituisi awam anda tidak dapat masuk langsung kerana syarat asas ada First Degree mestilah dimiliki terlebih dahulu.
Untuk swasta saya tiada jawapan kukuh. Hanya terhad kepada kerajaan sahaja.
Assalam Dr,
sekarang saya menyambung master secara penyelidikan di sebuah IPTA yg berlainan semasa degree, di IPTA saya dahulu (semasa undergrad) bidang research saya ceburi sekarang ini, berada di bwah fakulti sains teknologi, tetapi, di kebanyakan IPTA lain (termasuk IPTA yang saya sedang smbung master skrg) bidang research ini di bwah fakulti kejuruteraan tapi masih lg master sains , saya berminat menyambung research dalam bidang ini sehingga ke peringkat phd, saya ingin menjadi pensyarah dalam bidang kimia/kimia industri, sejujurnya saya konfius, sekiranya kelak saya ingin memohon jawatan pensyarah kimia/kimia industri di bwah fakulti sains, tetapi di universiti berkenaan research saya di berada berada di bawah fakulti kejuruteraan? untuk pengetahuan Dr, background saya kimia industri
Salam,
Ianya tiada masalah, asalkan Dekan fakulti terbabit mahukan anda. Key point sekarang adalah bukan kelulusan anda, tetapi key point untuk memasuki fakulti terbabit adalah adakah dekan fakulti tersebut mahukan anda berada di fakultinya. Ada sahaja bidang matematik tetapi di fakulti kejuruteraan dan pelbagai lagi dari pelbagai bidang walaupun fakulti tersebut bidang teras utamanya adalah lain dari pensyarah tersebut.
Salam Dr.
Saya dapat tawaran untuk melanjutkan master di sabah. Saya amat berminat untuk menjadi lecturer untuk kerjaya akan datang. Tp saya sedikit runsing sama ada untuk melanjutkan di sana atau di semenanjung. Pendapat dr, adakah ok untuk sambung di sabah memandangkan kos hidp agaj tinggi
Terima kasih dr
Salam,
Ya sara hidup di Sabah agak sedikit tinggi melainkan anda duduk di asrama mereka sediakan (jika di UMS). Cadangan saya adalah jika tiada pilihan lain, teruskan sambung master di sana atau jika ada peluang atau memohon di universiti di semenanjung, teruskan memasuki universiti di semenanjung.
Salam tuan…
Saya skrg bkerja sbg kakitangan awam gred N27… dulu mula2 ambil Diploma Business Studies UITM…dpt kerja dgn sijil tersebut. Kini sambung blajar scara PJJ di UUM dlm Bachelor in Public Management….dan tinggal semester akhir dah. Perancangan nk sambung master dan masih tercari2 dalam memilih universiti.
Saya telah disyorkan seorang rakan utk sambung di Anglia Ruskin University UK melalui kolej FTMS KL…mksudnya program koloborasi/kerjasama. Pengajian 1 tahun tnpa written exam hnya projek paper saje. Dari segi pengiktirafan ada MQA dan JPA.
Soalan saya…
1. Bagi kakitangan sokong/pelaksana…jika ada master nnti, peluang untuk mohon pensyarah bgaimana? saya skrg dh berumur 36 thn.
2. Pengiktirafan MQA dan JPA bagi course terbabit…adakah sudah cukup untuk mendapatkan tempat di universiti bagi sesuatu jwtn pensyarah?
3. Bagi kakitangan awm gred sokong/pelaksana agk sukar utk mendapatkan apa2 bantuan pinjaman / cuti blaja bergaji penuh. Ini kerana skim byk diberi peluang kpd kumpulan P&P. Adakah cara lain yg memungkinkan saya mendapat tajaan dan bantuan?
4. Pemilihan universiti mana yg lebih tepat dlm / luar (melalui kolej bersekutu)? Jika offer adalah drpd kolej swasta spti FTMS KL….boleh diterima nnti jika memohon jwtn pensyarah? PErancangan saya jka dpt master dr U tersebut, nk coba minta fellowship ke PhD d universiti tempatan.
5. Mohon tuan beri guide mana yg terbaik agar saya dpt sedikit gambaran…memandangkan saya skrg dh masuk usia 40 thn dan masihkah ada peluang untuk jd pengajar di universiti…
TErima kasih kerna sudi beri feedback.
Salam tuan…
Saya skrg bkerja sbg kakitangan awam gred N27… dulu mula2 ambil Diploma Business Studies UITM…dpt kerja dgn sijil tersebut. Kini sambung blajar scara PJJ di UUM dlm Bachelor in Public Management….dan tinggal semester akhir dah. Perancangan nk sambung master dan masih tercari2 dalam memilih universiti.
Saya telah disyorkan seorang rakan utk sambung di Anglia Ruskin University UK melalui kolej FTMS KL…mksudnya program koloborasi/kerjasama. Pengajian 1 tahun tnpa written exam hnya projek paper saje. Dari segi pengiktirafan ada MQA dan JPA.
Soalan saya…
1. Bagi kakitangan sokong/pelaksana…jika ada master nnti, peluang untuk mohon pensyarah bgaimana? saya skrg dh berumur 36 thn.
2. Pengiktirafan MQA dan JPA bagi course terbabit…adakah sudah cukup untuk mendapatkan tempat di universiti bagi sesuatu jwtn pensyarah?
3. Bagi kakitangan awm gred sokong/pelaksana agk sukar utk mendapatkan apa2 bantuan pinjaman / cuti blaja bergaji penuh. Ini kerana skim byk diberi peluang kpd kumpulan P&P. Adakah cara lain yg memungkinkan saya mendapat tajaan dan bantuan?
4. Pemilihan universiti mana yg lebih tepat dlm / luar (melalui kolej bersekutu)? Jika offer adalah drpd kolej swasta spti FTMS KL….boleh diterima nnti jika memohon jwtn pensyarah? PErancangan saya jka dpt master dr U tersebut, nk coba minta fellowship ke PhD d universiti tempatan.
5. Mohon tuan beri guide mana yg terbaik agar saya dpt sedikit gambaran…memandangkan saya skrg dh masuk usia 40 thn dan masihkah ada peluang untuk jd pengajar di universiti…
TErima kasih kerna sudi beri feedback.
Salam,
Jawapan
1. Bagi kakitangan sokong/pelaksana…jika ada master nnti, peluang untuk mohon pensyarah bgaimana? saya skrg dh berumur 36 thn.
– peluang itu mungkin ada disebabkan ada pengalaman bekerja jika dibandingkan mereka yang tiada pengalaman. Namun, budi bicara akhir terletak di universiti terbabit samada memanggil anda atau tidak. Universiti ada hak nak panggil individu yang umur 40 tahun ke, 50 tahun ke kerana mereka badan berkanun dan tidak terlibat penuh dengan peraturan JPA atau guideline JPA.
2. Pengiktirafan MQA dan JPA bagi course terbabit…adakah sudah cukup untuk mendapatkan tempat di universiti bagi sesuatu jwtn pensyarah?
– Ini tiada masalah
3. Bagi kakitangan awm gred sokong/pelaksana agk sukar utk mendapatkan apa2 bantuan pinjaman / cuti blaja bergaji penuh. Ini kerana skim byk diberi peluang kpd kumpulan P&P. Adakah cara lain yg memungkinkan saya mendapat tajaan dan bantuan?
– Jika tidak silap saya, boleh dapatkan maklumat di sini – http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1435:kemudahan-penajaan-dan-latihan-bagi-penjawat-awam&catid=55. Bahkan rasanya golongan pelaksana juga diberi kemudahan tetapi mungkin terhad.
4. Pemilihan universiti mana yg lebih tepat dlm / luar (melalui kolej bersekutu)? Jika offer adalah drpd kolej swasta spti FTMS KL….boleh diterima nnti jika memohon jwtn pensyarah? PErancangan saya jka dpt master dr U tersebut, nk coba minta fellowship ke PhD d universiti tempatan.
– Biasanya agak sukar dipertimbangkan jika memiliki master kolej swasta kemudian cuba menyambung PhD di universiti awam. Nasihat saya cuba memohon mengambil master di universiti awam tempatan. Mohon sahaja semasa dibuka application.
5. Mohon tuan beri guide mana yg terbaik agar saya dpt sedikit gambaran…memandangkan saya skrg dh masuk usia 40 thn dan masihkah ada peluang untuk jd pengajar. Yang penting, kene tetapkan azam dalam hati yang anda cekal untuk berubah ke arah lebih baik. Jangan toleh kebelakang. Teruskan setkan apa anda akan jadi 20 ke 30 tahun akan datang walaupun kelak anda akan berusia 60 ke 70 tahun. Tetapi masih lama lagi hidup ini.
40 sudah tuakah?
Saya rasa 50 masih muda
60 masih bersemangat
70 tahun itu baru memasuki alam emas
Jadi, masih ada 30 tahun lebih lagi buat anda. Amalkan gaya hidup sihat, banyakkan beribadah, dan teruskan bersemangat. and anda akan berjaya.
Salam,
Banyak juga input yg saya dpt dr ruangan komen ni. Cuma ada beberapa persoalan:
1) saya sedang tunggu surat tawaran phd, jadi agaknya bila masa yg sesuai utk fellow ship? Saya ada baca Dr. ada sebut awal sem dan juga ada di hujung sem. Pada masa sama saya cuba juga dptkan conditional letter dr uni luar negara utk sokong dokumen saya. Mcm mana utk kes saya?
2) saya dpt info dr KJ tpt saya nak mohon yg fellowship tidak lagi terikat dgn uni. Bila habis phd perlu re-apply dan hanya tertakluk pd area yg diperlukan. Jadi berbaloi atau tidak utk saya buat phd luar negara? Kemgkinan besar buat phd dlm negara lebih less hassle. Itu yg saya nampakla.
Salam,
1. Ini amat bergantung kepada keadaan semasa. Kena lihat setiap universiti tersebut bila tawaran untuk fellowship tersebut akan dibuka. Untuk soal conditional letter itu juga bagus untuk dibuat.
2. Yes, fellowship tidak terikat dan tidak menjamin 100% anda dapat bekerja di univ berkenaan. Soal di dalam atau luar negara adalah bergantung kepada sebab apa anda nak sambung. Jika boleh sambung diluar agar dapat tengok negara orang dan different environment, maka luar negara lebih sesuai. Tetapi jika anda suka dengan membuatnya di Malaysia, boleh teruskan. Dua-duanya ok dan bagus.
Assalamualaikum Dr. .disini sy ingin minta pendapat Dr yang dah lama berkecimpung dlm bidang akademik ini..sy berada dlm dilema..sy seorg pensyarah politeknik a*** n pangkat dh41…dan sy telah mendapat tawaran hlp untuk ke peringkt phd pada thun dpn, 2016..n selepas habis phd nnti sy akan ada kontrak dgn politeknik a***..dlm masa yg sama sy mendapat tawaran bekerja sebagai pensyarah u ds 45..buntu mana yg harus dipilih..kalo sy pilih pensyarah u, adakah peluang nk smbung phd akan que terlalu lama..minta pendapat Dr.
Salam,
1) Ini adalah soal pilihan. Di mana ianya adalah bagus untuk kedua-duanya.
2) Yang penting adalah anda tanya hati anda sebab saya yakin anda lebih perlu percayakan diri anda dari diri saya dan orang lain.
3) Sambung jika itu yang bagus. Dan ingat, tiada pilihan yang salah.
4) Rezeki dan masa depan itu Allah tentukan.
Yakin.
Assalam tuan,
Saya baru sahaja lepas viva Master on Consumer Science di UPM, pass with minor correction pada bulan November 2015. Sedang membuat correction dan menunggu surat senat setelah hardbound ( Bercadang untuk memohon pensyarah di Politeknik/Kolej). Sementara ini saya menjadi RA di bawah supervisor saya (Suervisor ada bertanya taknak sambung master ke? Esoknya, dia tanya dah try mintak kerja jadi pensyarah ke?. ***Berusia 26 tahun (2015) dan telah berkahwin, memilki seorang cahaya mata, 5 bulan (Dec.2015).
Daripada cerita pendek di atas, saya bingung memikirkannya. Boleh tuan jawab soalan-soalan saya atau beri pandangan terbaik kepada saya?
Soalan saya:-
1) Apa yang perlu saya lakukan, adakah untuk terus menyambung kepada PhD atau memohon pekerjaan di jobsmalaysia sebagai pensyarah DS41 (untuk bantu ekonomi keluarga yang baru didirikan)? Kalau mohon pekerjaan sebagai pensyarah dengan Master, boleh sambung PhD semasa bekerja ke?
2) Sekiranya saya ingin meneruskan PhD, apa cabang biasiswa yang boleh sya mohon (seperti Mybrain). Biasa elaun berapa ya?
3) Apa kelebihan mohon fellowship di ipta dipilih? Ada syarat ke mohon nya?
4) Apa bezanya mohon mybrain/biasiswa2 yang lain dengan mohon fellowship tersebut? Ada beza ke dari segi peluang pekerjaan, status pekerjaan akan datang (tetap/kontrak), tempoh masa biasiswa yang diberikan, dll.
5) Jika saya sambung PhD, dalam masa sama saya mohon pensyarah di politeknik. Boleh ke? Kalau dapat tawaran tu, macam mana dengan biasiswa saya nanti?
6) Untuk menjadi pensyarah (tidak kisah dengan master/phd), saya rasa bidang saya tidak banyak di ipta/ipts. Bagaimana dengan peluang saya selepas ini? Tidakkah seperti tidak berbaloi dengan apa yang usahakan untuk menjadi PENSYARAH kerjaya yang saya idamkan sejak kecil lagi selain GURU?
SETAKAT INI SAHAJA PERTANYAAN SAYA. TERIMA KASIH.
Assalam tuan,
Saya baru sahaja lepas viva Master on Consumer Science di UPM, pass with minor correction pada bulan November 2015. Sedang membuat correction dan menunggu surat senat setelah hardbound ( Bercadang untuk memohon pensyarah di Politeknik/Kolej). Sementara ini saya menjadi RA di bawah supervisor saya (Suervisor ada bertanya taknak sambung master ke? Esoknya, dia tanya dah try mintak kerja jadi pensyarah ke?. ***Berusia 26 tahun (2015) dan telah berkahwin, memilki seorang cahaya mata, 5 bulan (Dec.2015).
Daripada cerita pendek di atas, saya bingung memikirkannya. Boleh tuan jawab soalan-soalan saya atau beri pandangan terbaik kepada saya?
Soalan saya:-
1) Apa yang perlu saya lakukan, adakah untuk terus menyambung kepada PhD atau memohon pekerjaan di jobsmalaysia sebagai pensyarah DS41 (untuk bantu ekonomi keluarga yang baru didirikan)? Kalau mohon pekerjaan sebagai pensyarah dengan Master, boleh sambung PhD semasa bekerja ke?
2) Sekiranya saya ingin meneruskan PhD, apa cabang biasiswa yang boleh sya mohon (seperti Mybrain). Biasa elaun berapa ya?
3) Apa kelebihan mohon fellowship di ipta dipilih? Ada syarat ke mohon nya?
4) Apa bezanya mohon mybrain/biasiswa2 yang lain dengan mohon fellowship tersebut? Ada beza ke dari segi peluang pekerjaan, status pekerjaan akan datang (tetap/kontrak), tempoh masa biasiswa yang diberikan, dll.
5) Jika saya sambung PhD, dalam masa sama saya mohon pensyarah di politeknik. Boleh ke? Kalau dapat tawaran tu, macam mana dengan biasiswa saya nanti?
6) Untuk menjadi pensyarah (tidak kisah dengan master/phd), saya rasa bidang saya tidak banyak di ipta/ipts. Bagaimana dengan peluang saya selepas ini? Tidakkah seperti tidak berbaloi dengan apa yang usahakan untuk menjadi PENSYARAH kerjaya yang saya idamkan sejak kecil lagi selain GURU?
SETAKAT INI SAHAJA PERTANYAAN SAYA. TERIMA KASIH TUAN..
Salam
1) Kedua-duanya boleh iaitu sambung terus ataupun menjadi pensyarah dahulu. Cuma saya sarankan anda mohon terlebih dahulu menjadi pensyarah. Soal pemyambungkan PhD itu biasanya mengikut jabatan anda tempat bekerja.
2) Biasiswa sekarang ini bergantung, cuba bezanya anda perlu tahu, cabaran semakin mencabar di mana banyak brilliant student lagi out there yang akan memohon biasiswa dan sebagainya. Kena fight and proof you are the best. Elaun itu difahamkan sekitar RM1500 ke atas sehingga Rm2000 (jika tidak silap saya).
3) Fellowship adalah bergantung kepada universiti terbabit. Ingat fellowship tidak menjamin 100% anda diterima sebagai atau diserap sebagai pensyarah di universiti.
4) Ini sangat berbeza. Ianya ibarat siapa yang memberi duit maka ianya boleh buat sebarang peraturan. Pastikan anda tengok syarat2nya betul2. Biasiswa terbaik adalah dari kerajaan sendiri iaitu Kerajaan Persekutuan.
5) Ini kena lihat syarat biasiswa, sebab ianya bergantung kepada peraturan dan syarat2 yang ada.
6) Bidang ini saya akui kurang popular di Malaysia. Namun anda perlu positif dan cari universiti yang ada bidang ini.
Saranan saya – Susun perancangan hidup anda 5-10-15 tahun akan datang. Sentiasa positif kejar apa yang anda rancang. Sediakan plan A,B, dan C untuk hidup anda. Tuntut ilmu itu atas faktor ilmu dan insyaAllah rezeki itu akan datang dengan baik.
Assalam Dr. Saya baru sahaja habis Master. Sedang menunggu surat daripada senat. Perancangan saya adalah, tunggu surat senat. Mohon kerja pensyarah dari mana2 ipts. Then baru sambung Phd. Boleh Dr tolong terangkan kelebihan dan kelemahan saya bekerja sebelum ambil phd? Saya memang berminat untuk menjadi pensyarah. Tak sanggup nak terus kn phd buat masa nie, tidak pernah bekerja. So, nak gain skill bekerja dan berhasrat bantu suami. Thanks Dr.
Salam,
Pendapat saya jika begitu baik memohon pensyarah seperti yang dihasratkan. Jika tidak lepas untuk memohon IPTS, boleh memohon Politeknik (Kerajaan). Yg penting anda kena buat keputusan dengan cepat dan PASTIkan ada perancangan 5-10 tahun akan datang.
Cuba jadikan diri anda seorang perancang yang baik dan percayaklah hidup anda dan kerjaya anda lebih tersusun.
Salam Dr, saya ingin bertanyakan pendapat.
Sekarang ini saya sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Master by Research di salah sebuah IPTA. Saya berminat untuk menjadi pensyarah suatu hari nanti. Soalan saya adakah baik untuk saya terus menyambung phd setelah tamat belajar atau mendapatkan pengalaman kerja di industri terlebih dahulu. Memandangkan saya tiada pengalaman kerja selain daripada Research Assistance di universiti. Selain itu, saya juga ingin mengetahui apakah added value yang perlu ada pada saya bagi menarik minat universiti untuk mengambil saya sebagai tenaga pengajar.
Terima kasih.
Salam,
1. Persaingan untuk menjadi pensyarah akan menjadi semakin sukar kerana kelak di masa hadapan memerlukan seseorang yang ada Phd dan pengalaman industri menjelang tahun 2020.
2. Saya rasakan anda perlu teruskan usaha anda meneruskan plan yang anda telah buat ini.
Tips
1. Boleh berkomunikasi dengan baik English/Malay
2. Kemahiran bersosial anda tinggi (Ini amat digalakkan)
3. Skill anda bagus (Contohnya mahir dalam research atau pengajaran dalam kelas)
Salam Dr.
Saya memperoleh ijazah semasa berumur 23 tahun (2010) dan terus berkhidmat dalam sektor awam sehingga sekarang (2016). Ketika ini saya sedang melanjutkan pelajaran dalam Master (coursework) dan dijangka tamat pada 2017.
cita-cita saya adalah untuk menjadi pensyarah namun kerana kekangan hidup memaksa saya bekerja dahulu. Soalan saya, berpeluangkah saya menyambung di peringkat PhD dengan kelulusan master by coursework saya sekarang dan adakah saya mempunyai peluang menjadi seorang pensyarah di masa hadapan?
Berikut merupakan maklumat pendidikan dan pekerjaan saya:
ijazah : Sarjana Muda Sains (Genetik dan biologi molekul) cgpa: 3.14 Universiti Malaya
Sarjana : Sarjana Informatik (Universiti Sains Malaysia) – sedang menuntut, tamat 2017
Pekerjaan: Pegawai Sains gred 41 (Kementerian Kesihatan Malaysia (2010 hingga sekarang)
Terima Kasih atas perhatian Dr.
Salam,
1. Sambung PhD tiada masalah asalkan anda ada Master (tetapi pastikan melepasi tahap tertentu seperti pointer yang baik dsbnya).
2. Keduanya pastikan anda ada duit untuk menampung sambung PhD part time (jika part time) kerana yuran adalah agak sederhana (sekitar RM2000+-)
3. Setelah anda dapat pastikan yang No.1 dan No.2 barulah anda kena fikir adakah bidang anda ini amat dituntut dalam kebanyakan universiti (sebagai pensyarah). Dan lakukan kajian di universiti2 samada bidang anda ini amat kritikal (memerlukan pensyarah dan expert).
Cuma bezanya semakin meningkat tahun semakin tinggi qualification untuk pensyarah (bermula 2020 adalah PhD itu diwajibkan sebelum memohon Pensyarah) untuk semua Universiti Awam.
Hello Dr. Sy student master by research di salah sbuah ipta. Skarang sy masih dlm proses pembetulan tesis. Sepanjang sy belajar master sy blum ada penerbitan artikel. Sy risau adakah ini akan memberi masalah kpd sy suatu hari nanti bila sy memohon pekerjaan? Sbb syarat utk menjadi pensyarah mesti ada penerbitan. Sy jugak berhasrat utk sambung phd selepas habis master nanti.
Salam,
1. Ini agak sukar untuk saya nak jawab tetapi saya nak tegaskan yang anda perlu ada semangat menulis walaupun ke penerbitan jurnal tanpa index.
2. Cadangan saya adalah dengan menulis rumusan terhadap paper2 yang anda baca. Rumusan pendek sudah memadai iaitu
a> Apa kajian yang dijalankan paper tersebut
b> Apa kaedah yang dipakai paper tersebut
c> Apa kelebihan dan kekurangan kaedah tersebut dari kaca mata anda.
Sebenarnya anda perlu menghadirkan diri ke seminar atau bengkel penulisan jurnal untuk menguatkan azam menulis.
Assalamualaikum w.b.t
Saya ingin bertny kepada Dr memandangkan saya bercdg utk menyambung pengajian Phd.soalan saya :
1) Ada beza ke kalau kita sambung di UA dgn US utk Phd program?
Assalammualaikum,
Maaf atas kelewatan yang amat sangat menjawab persoalan.
Berbeza itu adalah dari segi tempat, pengalaman dan juga peluang mendapat tunjuk ajar dari orang yang lagi banyak expert berbanding di UA.
Di UA, kebanyakkan pensyarah tidak semuanya benar-benar penyelidik atau pensyarah unggul. Sebahagian dari mereka sekadar untuk bekerja dan bukannya minat. Jadi agak sukar disitu berbanding di negara luar iaitu US atau UK atau mana2 di luar dari ASIA.
Tetapi apa2 pun, ianya bergantung kepada minat dan juga sejauh mana kita hendak mendalami ilmu kita demi masyarakat dan diri kita sendiri.
Ingat, nak sambung pastikan untuk diri sendiri.
salam,
saya bakal menghabiskan master. Saya berhasrat ingin melanjutkan phd ke jepun. Tapi saya tak tahu bagaimana caranya?
Terima kasih.
Salam,
Banyak cara yang boleh dibuat. Antaranya memohon bantuan MARA (kena mohon awal bila dibuka applicationnya), atau membuat pinjaman bank terus.
Ataupun memasuki universiti awam dan seterusnya queue up for sambung belajar.
Saya sarankan agar meletakkan minat menyambung PhD terlebih dahulu berbanding memilih tempat. Jika ada masalah kewangan, maka disarankan buat PhD di universiti tempatan dan kelak mungkin ada peluang pergi ke negara tersebut bila ada peluang untuk membentang kertas kertas dan sebagainya.
Salam Dr,
Saya baru sahaja selesai menghadiri temuduga pensyarah universiti DS51 di salah satu UA. Saya ingin bertanya selalunya berapa lama tempoh masa diambil untuk mengetahui keputusan temuduga pensyarah ds51? terima kasih
Salam,
Saya tak pasti anda telah diterima masuk ke tidak (disebabkan saya lewat menjawab soalan ini). Namun jawapan saya semoga berjaya saya doakan dan jika sudah masuk tahniah. Secara amnya, universiti tetapkan bila akan dapat jawapan. Boleh jadi 2,3 hari dah dapat jawapan, ada berbulan, dan ada sehingga 2 tahun lamanya.
Salam Dr
Sy merupakan lepasan master in coursework di uitm shah alam dan sy dah konvo pd 2014. Result sy utk master cuma 3.38 tp alhamdulillah.
Dh byk resume sy hntar utk jadi pensyarah tp mungkin belum rezeki. Dan tahun ni sy brcadang utk smbung phd di UMT. Tp sy agak takut sbnarnya memandangkan master sy dulu by coursework. Sem last je ad thesis. So,sy nk minta pendapat Dr, apa persediaan yg plg penting memandangkan phd ni by research.
Dan apa-apa saja nasihat,tips,masalah yg perlu sy hadapi memandangkan coursework and research adalah dua benda yg sgt berbeza.
Dan speaking sy pn agak xfluent sebenarnya..saya sgt minat untuk mengajar,utk jadi pensyarah..dan semiga Dr blh bagi pandangan..
Terima kasih.
Salam
Salam,
1) Sambung sahaja dahulu dan jangan banyak fikir (iaitu register dahulu for PhD).
2) Belajar secara beperingkat semasa diterima masuk program PhD. Mulakan dengan membaca. ya PhD ini adalah awalnya membaca a lot. Banyakkan membaca berkaitan bidang anda ceburi.
3) Seterusnya bila dah banyak membaca, mulakan tengok dan kagumi hasil2 kerja penyelidik di bidang anda. Mulakan fikir sesuatu pembaharuan yang boleh dilakukan agar seiring dengan penyelidik2 yang ada baca buku atau kertas kerja mereka.
4) Seterusnya, mulakan sesi berdebat atau berdiscuss dengan mereka melalui email, atau dengan supervisor. Present dengan supervisor atau berborak dengannya.
5) InsyaAllah secara tidak sedar, anda akan jadi hebat. InsyaAllah
Salam cik.. sye ein dari kolej universiti islam melaka.. skrang sye smester 6 dan berbaki 2 sem lagi untk mnamatkan pgjian dalam ijzh srjna muda pgrusn hospitaliti.. sye ada soalan yg hndak diutarakan dsni..
1) untk mnymbung mster ke ipta, ipts, cgpa sye stkt ini trkumpul adlh 3.25.. adkh ia dikira slamat bg sye untk mnymbung master sdgkn pglmn bkje adlh pnting skrg ? sye sringkali bkje smbilan ktika cuti sem atw skolah dlu..
2) ipts ipta manakah yg mnydiakan opsyen bhse mlyu sbgai mdium pgjaran dan pmbljrn srte mghsilkn krya tesis? bolehkah sye mmilih tjuk baru untk mnymbung pgjian d pringkat mster? hal ini krne, ktika ini sye mnghdapi ksukaran untk mnyiapkn tesis mngenai baba dan nyonya dsbbkn kkurangan bhan ilmiah dan rjukan smasa
3) bg kaedah research atw coursework, opsyen manakah yg cik cdgkn untk sye ambil? hal ini krne sye mnghdapi ksukaran untk skor pde bhgian final exm sllunye krana lbih struggle.. namun ditakuti jika sye mmilih full research, mmglah tiada exam brtulis atau ke klas, nmun apabila kita mnhadiri conference, talk, dan sbgainya, sye pula sprti msuk angin kluar asap.. ape yg dterangkn krg faham, krg jelas dan rsau tdak dpt mnyiapkn research yg dkhndaki
4) jika tnpa muet band 3, dpatkah sye dtrme mmsuki mne-2 ipt untk mnymbung master mlalui prmohonan kmasukan? ataupun bleh mngambil muet ktika sdg dlm mode pgjian master.. atau prlu mmastikan muet band 3 sblum mnymbung pgjian
5) perlukah mnyambung pgjian d pringkat master pde era kini? hal ini krne tangga gaji pndapatan llusan ijzh adalah dlam julat yg kurang sdikit jika prlu brsaing dgn siswa siswi lain di era pkerjaan.. jika dbandingkan mmpunyai klulusan master dan phd, gaji adlh tggi mngkut psaran smasa..
Salam,
1) Saya rasa kebanyakkan universiti terima anda punya cgpa tersebut.
2) Anda boleh ke UKM. Universiti lain saya tak pasti, mungkin UM atau UPM boleh juga tapi saya tiada maklumat untuk UM dan UPM
3) Ini boleh dipraktis. Semua orang yang mengambil master tidak kira by course atau research akan belajar processnya. Nasihat saya adalah terus yakin dengan kemampuan diri. Yakin akan berjaya walaupun gugup. Maksud saya buat sedaya mungkin tanpa rasa MALAS.
4) Rasanya anda wajib ada Band-3 ke atas. Tidak pasti untuk universiti swasta.
5) Ini sukar dijawab, anda perlu tahu yang lain syarikat lain tangga gajinya.
Nasihat saya:
– Jangan terlalu berfikiran negatif
– Jadikan semuanya positif.
Contoh:
Matlamat adalah sambung Master dan Kemudian PhD dan akan usaha kearahnya.
Jadi, jangan difikirkan susah ke, atau gugup ke, atau tak boleh skor ke dsbnya. Buang semua pemikiran tersebut.
asslamualaikum, saya sedang lanjutkan pelajaran dalam diploma vokasional malaysia . saya ingin menyambung kerjaya saya nanti sebagai seorang pensyarah di ipta , sekurangnya ILP , bagaimanakah dan dimanakah saya patut melajutkan pelajaran saya seterusnya ? apa yang perlu saya buat ?
Salam,
Agak sukar menjelaskan perkara ini kerana terlalu umum.
Nasihat saya adalah:
1) Teruskan menyambung sehingga ke PhD (disebabkan kebanyakan universiti memerlukan pensyarah mereka ada PhD)
2) Sekiranya ILP, tengok requirement dan sambung pelajaran sehingga ke arah itu
3) Pilih universiti yang ada bidang yang anda minat untuk sambung belajar. Atau dekat dengan rumah supaya tiada masalah kediaman dan pengangkutan.
Salam Dr
saya memohon pandangan dri Dr. mengenai situasi saya sekarang
kelulusan saya:
ijazah sarjana muda pengurusan (major pemasaran)
master dalam pendidikan pengurusan perniagaan
saya merupakan partime tutor di salah sebuah ipts selama 8tahun termasuk thun ni..saya mengajar untuk pelajar diploma,dgree dan master
baru2 ini saya ada memohon pensyarah partime di salah satu ipta dan diterima untuk menjadi pensyarah partime di ipta tersebut bermula semester september ini
saya memang meminati kerjaya sbg pnsyarah tpi blum ada rezeki sbg pnsyarah tetap..
dan memang bercita2 melanjutkan peljaran sehinga PHD umur saya skrg 39 thun
adakah nasihat dri Dr untuk saya dapat diserapkan dalam pensyarah tetap?
adaka sya dpt peluang jika ingin melanjutkan phd melalui ipta tersebut jika saya hnya pensyarah separuh masa?
terima kasih Dr.
Salam,
Umur ini tidak kisah, yang penting adalah teruskan niat menyambung pelajaran tatkala peluang itu ada. Pensyarah tetap insyaAllah bergantung kepada Dekan fakulti terbabit mengusulkan anda (contohnya setelah 3,4 tahun berkhidmat) untuk diserapkan ke tetap. Ianya semua mengikut budi bicara dan seterusnya process. Jika anda mampu tunjukkan yang terbaik untuk universiti tersebut dan Dekan atau barisan tertinggi rasa nak anda diserapkan ke tetap, maka mereka akan serapkan.
Namun, harus diingatkan agar cuba memohon untuk jawatan tetap jika ada peluang.
Assalam Dr.
Saya sangat keliru untuk sambung master. Saya sangat berminat dalam research work.
Tapi saya nak bertukar kepada environmental engineering. Tetapi saya tiada basic engineering.
Untuk pengetahuan Dr. saya graduan daripada kimia gunaan. Apa pendapat Dr. adakah saya patut ambil
coursework dalam environmental engineering atau teruskan dengan research… saya berharap Dr. dapat balas
mesej ni.. semoga Dr. dipermudahkan dalam apa jua urusan…
Salam,
Rasanya tiada masalah, environmental engineering bukan bermaksud ianya totally engineering. Ianya sebahagian sahaja dan sebahagian lain melibatkan environmental stuff.
Nasihat saya adalah memilih jalan yang anda suka dan seronok. By research sangat menyeronokkan disebabkan tiada kekangan masa dan anda minat dalam research tersebut. By coursework pula menjimatkan masa tetapi anda tidaklah sepakar By Research.
Nasihat saya?
1) Ambil apa yang hati anda inginkan sangat. Hati anda mahu mudah, maka ambil yang mudah. Hati anda suka sangat research, amik research
Assalamualaikum wbt Dr,
Saya telah menamatkan PhD di salah sebuah universiti di UK. Sebelum ini saya merupakan tutor dan pemegang biasiswa SLAB di IPTA di Malaysia. Namun saya tidak pulang melapor diri setelah tamat kontrak biasiswa (ketika itu sedang menulis thesis) disebabkan suami saya baru sahaja menyambung PhD bawah tajaan MARA dan saya takut saya tidak dapat kembali bersama suami sekiranya saya pulang lapor diri. Saya telah memohon cuti mengikut pasangan namun disebabkan jawatan saya sebagai tutor adalah sementara, pihak universiti berkata tiada skim tersebut. Setelah menjalani beberapa proses perbincangan akhirnya pihak universiti mencadangkan utk menamatkan kontrak sebagai tutor dan saya perlu membayar sejumlah amount secara ansuran kepada IPTA tersebut. Buat masa ini saya bekerja sebagai postdoc di universiti di uk sambil menunggu suami saya tamat phd akhir tahun ini
Soalan saya:
1. Sekiranya saya ingin pulang ke Malaysia, adakah saya masih boleh memohon untuk berkhidmat sebagai pensyarah di mana-mana IPTA di Malaysia?
2. Sekiranya boleh dan saya diterima menjadi pensyarah IPTA di Malaysia bagaimana pula dengan biasiswa SLAB tajaan KPT dahulu? Bolehkah saya memohon kepada pihak KPT untuk melepaskan saya daripada perlu membayar tuntutan gantirugi memandangkan saya juga bekerja sebagai staf akademik IPTA.
3. Sekiranya saya tidak boleh berkhidmat di mana-mana IPTA di Malaysia, apakah nasihat dan saranan Dr?
Sekian, terima kasih.
Salam,
1) Ini diluar kemampuan saya menjawab. Kecuali pinjaman/biasiswa anda itu bukan berkadaran kepada universiti sebaliknya kepada KPT (iaitu KPT yang memberi pinjam) maka mungkin hadapi masalah memohon disebabkan mereka akan semak status pinjaman anda.
2) Ini juga tidak pasti. Saya tiada maklumat mengenai bab ini
3) Banyak lagi universiti swasta di negara ini.
Assalamualaikum En. Asyrani. Saya ada pertanyaan sikit mengenai tangga gaji phD grad. Pertanyaan saya ini agak general, namun perasaan ingin tahu sangat menebal memandangkan saya x ada experience/kawan2 dalam bidang education ini.
saya telah bekerja dalam industri (crane and heavy industry) selama 5 tahun dan Insyallah akan habiskan phD saya pada tahun ini. (phD topic dan job scope sama-Crack proparation for welded structure). Jika saya mahu bekerja sebagai Lecturer di IPTA dengan pegalaman dalam industri selama 5 tahun, adakah tangga gaji saya sama seperti lecturer biasa, Ataupun ada sdikit perbezaan gaji. Jika ada, adakah perbezaan itu banyak atau sedikit (roughly-berdasarkan pengalaman En).
Terima kasih.
Salam,
Ya ianya akan ada perbezaan TETAPI ianya bergantung kepada budi bicara universiti (dengan erti kata kuasa Naib Canselor). So, buktikan semasa interview anda punya pengalaman dan lain2 itu sangat berbaloi dan mungkin mereka menaikkan tangga gaji tersebut. Ada yang bekerja lima tahun dapat kenaikan 5 tahun juga berbanding yang lain dan ada yang lima tahun bekerja tetapi diberi kenaikan 1,2 tahun sahaja.
Nasihat saya jika dapat interview pensyarah, do the best. The best of the best.
Assalam Dr, saya bekerja di sebuah syarikat korporat di Malaysia. Sya berumur 38 tahun dan mempunyai pengalaman bekerja selama 15 tahun, sekarang sedang melanjutkan PhD di IPTA secara Part time melalui Mybrain15. Saya berminat utk menjadi pensyarah.
1. Apakah had umur seorang pensyarah IPTA? Adakah saya sudah terlewat?
2. Apakah criteria yg perlu ada sebagai seorang pensyarah?
Sekian, terima kasih.
Salam,
Tiada masalah. Cuma setiap universiti itu lain caranya dari segi lantikan pensyarah samada nak bagi tetap atau kontrak sahaja (kes yang berumur lebih 35 tahun). Selalunya yang bawah 35 di ambil sebagai tetap. Tetapi apa2 pun cuba sahaja memohon dan jangan difikirkan perkara ini lagi. Bila ada application pensyarah dibuka, terus memohon.
Kriteria untuk disebut agak general. Tetapi yang penting adalah COMMUNICATION DAN SOCIAL SKILLS. Itulah yang paling penting pensyarah perlu ada selain banyak membaca, boleh mengolah sesuatu perkara, boleh explain sesuatu dengan penuh keilmuan dan sebagainya.
Good evening, Dr. My name is Sim Kah Ching. For your kindly information, I am primary school teacher right now and have 7 years of teaching experience. In fact, I have finished my master in science education and will be graduated by this October 2016. At the same time, I have finished my bachelor degree in industrial biology, therefore I still have the enthusiasm to further master by doing research at UPM Bintulu and plan to take it by this September, then further my PhD in biology field. Meanwhile, I also plan to further PhD in education as well at UNIMAS at February 2017 as well. Hence, my question is can i take double PhD at different time, then can I apply for lecturer post in the future time since I am really interested to be lecturer in IPTA and doing my publication and researches….Dr., thank you very much for your precious opinions and suggestions. I will be waiting for Dr.’s reply.
Dear Sim Kah Ching,
Sorry for the late reply, Actually there is no rules if you want to take a double or triple PhD. As it depends on the capabilities of yourself to handle. My advise is to take only a single PhD by combining Biology and education field. Just take only one PhD, and later when you already earned that PhD you can take more students under your supervision to continuing your research.
Assalammualaikum Dr.
Saya ingin bertanya, saya berminat untuk menjadi pensyarah, tetapi saya agak risau dengan latar belakang pendidikan saya. Di peringkat SPM saya belajar di sekolah agama rakyat, jadi SPM saya adalah daripada aliran Agama dan bahasa arab, kemudian saya menyambung pengajian di peringkat Diploma dalam Business Studies di UiTM, Ijazah sarjana muda saya pula adalah Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam UUM yang diambil secara PJJ selama 5 Tahun. Manakala di peringkat Master saya mengambil Ijazah Sarjana Kaunseling secara separuh masa selama 7 semester di UUM. Umur saya sekarang 34 tahun. saya bercadang ingin menyambung PHD di dalam bidang kaunseling ataupun psikologi.
Persoalan saya sekarang:
1. adakah saya akan di terima menjadi pensyarah disebabkan pengajian saya yang pelbagai bidang?
2. jika saya tidak mengambil SLAB/SLAI adakah saya layak untuk apply jawatan pensyarah bila saya ambil PHD secara persendirian?
3. Jika saya mengambil PHD dalam bidang lain (tak sama seperti Master Kaunseling) adakah saya layak untuk apply menjadi pensyarah mengikut bidang PHD saya?
Salam,
1. Nasihat saya adalah mencuba terlebih dahulu menghantar application untuk menjadi pensyarah. Tetapi pengambilan seseorang pensyarah adalah berpandukan apa yang paling latest dia buat. Contohnya dalam susunan kepakaran di atas, fakulti berkaitan kaunseling adalah yang diutamakan TETAPI universiti tersebut mungkin melihat juga first degree yang diambil dalam penentuan tempat di universiti.
2. Tiada masalah bab ini kerana tiada kaitan. Ianya sebuah biasiswa dan satu lagi adalah permohonan sebagai pensyarah. Dua perkara berbeza.
3. Ianya bergantung apa yang paling latest yang ada pada diri. Namun semasa sesi interview (jika dipanggil), boleh terangkan yang anda sebenarnya ada sedang mengambil Phd dalam sekian sekian. Ianya membantu universiti atau instituisi tersebut membuat keputusan kelak.
Salam tuan,
Saya adalah lepasan degree sains kimia dengan cgpa 2.97 dari IPTA. Saya amat berminat untuk mengajar (sama ada menjadi guru atau pensyarah).
Saya tahu untuk menjadi pensyarah atau tutor di kolej/ universiti, saya perlu menyambung master dan phd. Dan saya sangat berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang master in education. Malangnya disebabkan cgpa saya, semua permohonan biasiswa saya adalah tidak layak.
Soalan saya: Patutkah saya mengambil semula degree ( dalam bidang pendidikan) dan usaha untuk dapatkan cgpa yang lebih tinggi atau terus apply master secara sambilan (kerana saya sedang bekerja) dengan memohon mybrain?
Apakah kebaikan dan keburukan membuat double degree?
Terima kasih tuan.
Salam,
Rasanya adalah lebih baik bersusah payah sedikit berbanding menunggu mybrain. Teruskan sambung secara berkerja. Cuma anda kena ikat perut sedikit tetapi setiap satu itu memerlukan pengorbanan.
Assalamualaikum tuan, saya nak minta pendapat. Saya dapat conditional offer letter dari universiti luar negara. beserta biasiswa, tetapi tidak terikat untuk mana2 jawatan pensyarah apabila tamat pengajian. dengan ekonomi Malaysia yg merosot saya tidak berani untuk ambik risiko sambung phd risau apabila tamat pengajian terpaksa mengaggur. Adakah saya terus cari kerja menggunakan master atau boleh teruskan phd dan cuba mencari jawatan kosong selepas itu?.Terima kasih
Salam,
Ini agak getir juga kerana lulusan universiti luar negara juga sebenarnya kena pastikan universiti tersebut diiktirat oleh kerajaan Malaysia. Semak melalui https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php?pg=2.
My advise: Pastikan anda sambung master atau PhD adalah disebabkan minat dalam cabang ilmu. Kerana kelak anda kena tahu sebagai PhD holder juga kena bersaing untuk mendapatkan tempat sebagai pensyarah. Ianya semakin susah kemasukkan ke universiti sebagai pensyarah mulai tahun 2016 ke atas WALAUPUN ada mempunyai PhD. Sebab apa minat kerana nanti anda mampu bercakap mengenai bidang anda secara lancar dan teperinci apabila ditanya. Professor yang interview tahu anda ini bagus atau tidak berpandukan hal tersebut. Sebab itu pensyarah ini elemen penting kena ada = communication skill
Salam sejahtera tuan,
Pertama sekali, terima kasih saya ucapkan atas pencerahan yg dikongsi yg bermanfaat bagi mereka yg ingin meneruskan kerja sebagai pensyarah, terutamanya. Saya terjumpa laman web tuan melalui Google, dan saya tergerak hati untuk bertanya lebih sekiranya diizinkan.
Saya kini sedang dalam menghabiskan pengajian Master saya di sebuah IPTA. Saya ingin meneruskan pengajian lepas ni dalam PhD pula jika ada kudrat lagi. Saya sangat tertarik untuk menjadikan pensyarah ini sebagai kerjaya sebenarnya. Boleh saya tanya, apakah kriteria yg biasa dicari oleh IPTA untuk diterima masuk? Melalui kajian saya dan pertanyaan kepada orang di sekeliling termasuk pensyarah, untuk diterima masuk dalam IPTA dan IPTS sangat berbeza. IPTA dianggap sebagai lebih susah untuk diterima masuk. Boleh saya tanya tuan bagaimana sesebuah IPTA mengklasifikasikan sama ada calon tersebut layak atau tidak untuk menjadi tenaga pengajar mereka?
Terima kasih saya ucapkan.
Salam sejahtera,
Mudah sahaja untuk menklasifikasikannya:
1) Pastikan anda mempunyai highest degree = contohnya PhD (tinggikan chance dgn PhD berbanding Master)
2) Pastikan anda mempunyai communication skill yang sangat baik.
3) Pastikan kehebatan anda semasa PhD diterjemahkan dengan menghadiri banyak persidangan, banyak jurnal yang ditulis atau memenangi banyak award untuk pertandingan.
dan sebenarnya mereka juga nak pastikan mencari yang usia bawah 35 tahun. Tiada masalah jika lebih dari usia tersebut tetapi chancenya berkurangan sedikit berbanding yang muda. Ini yang paling susah jika umur sudah terlebih.
Apa2 pun semoga berjaya.
Assalamualaikum En. Asyrani. Saya ada pertanyaan sikit mengenai tangga gaji phD grad.
Saya dalah pegawai Sains C48 di KKM dan telah bekerja selama 15 tahun.. Saya pun telah mendapat PhD dalam bidang transfusi darah pada 2014..Gaji saya sekarang adlah RM6500 (termasuk elaun). Saya merupakan SME (subject matter expert) dalam bidang Immunohematologi..dan merupakan tempat rujukan…
Sekiranya saya berminat untuk menjadi pensyarah di IPTA..adakah gaki saya sama atau lebih kurang …
Dan umur saya tahun ni adalah 40 thn adakah pihak UA menerima permohonan saya
Mohon memberi pencerahan dan cadangan ..perlukan saya teruskan kerja di KKM atau di UA..
Terima kasih.
Salam,
Walaupun sudah hampir dua bulan saya tak membalasnya, harap keputusan yang dibuat adalah baik. Soal gaji adalah saya rasa akan lebih tinggi. Cuma usia itu memainkan peranan penting dan saya rasa chancenya adalah tidak setinggi yang muda. Cuma kelebihan itu adalah jika mampu berlawan dari segi bilangan kertas kerja yang dihasilkan dan juga tahap communication skill yang sangat baik sebab dah biasa jadi pensyarah.
kekurangan adalah anda kena compete with other guys yang lebih muda dan mempunyai PhD juga.
Berpindah itu bagus. Teruskan niat untuk ke UA. Apply sahaja kerana apply itu percuma kecuali kena bayar duit beli sampul dan setem.
Assalamualaikum wbt Dr,
Saya amat tertarik dengan tulisan Dr. Saya ada sedikit persoalan, saya lepasan Ijazah sarjana muda Syariah (Fiqh dan Usul) dari Jordan. Tetapi saya dapat tawaran untuk sambung master dalam bidang sosiologi di UK. Saya minat jugalah bidang tu. Cumanya :
1. Saya sedikit keliru adakah bidang sosiologi ini mempunyai masa depan yang cerah dan diperlukan di Malaysia sekiranya saya meneruskan bidang ini sehingga ke phD.
2. Jika tidak, bidang apakah yang sesuai untuk saya sambung dengan bachelor saya ? Dan bidang apakah pula yang sesuai untuk master saya sekiranya saya mahu tukar bidang ?
3. Adakah apabila saya sambung master dan phD dalam bidang sosiologi, dan menjadi pensyarah, adakah saya juga diberi peluang untuk mengajar bagi bidang agama ?
Salam,
Maaf lewat membalas. Bab bidang ini mempunyai masa depan cerah pun ada peluang juga sebab ramai perkara di Malaysia ini memerlukan kajian berkaitan social impact dan sebagainya. Jadi untuk soal ilmu boleh teruskan ke Phd tetapi bab pasaran di Malaysia ini agak kabur. Kecuali jika anda memasuki alam bidang pensyarah samada universiti swasta atau kerajaan.
My advice: rasanya ini soal menentukan bidang terbaik. Saya nasihatkan anda ikuti apa yang terbuku dalam hati. Tuntut ilmu disebabkan ilmu tersebut anda minat dan sayangi ilmu tersebut. InsyaAllah rezeki kelak akan ditentukan pada masa yang mendatang. Soal pekerjaan ini satu perkara yang kadang-kadang seperti rezeki yang dikurniakan Allah. Anda teruskan berbuat kebaikan (iaitu menuntut ilmu) dan insyaAllah rezeki pekerjaan akan ada satu hari nanti. Cuma tingkatkan usaha, doa dan teruskan berjaya dalam bidang.
Assalamualaikum saudara,
Saya merupakan seorang kakitangan eksekutif sebuah syarikat GLC yang terlibat di dalam bidang perladangan. Saya sudah pun mendapatkan MBA dan sekarang sedang menyambung pengajian di peringkat PhD dalam bidang finance. Berusia 36 tahun dan berada di semester ke-3 pengajian PhD secara sambilan.
Sejak akhir-akhir ini saya keliru disebabkan saya rasa ada pilihan buat saya sama ada untuk meneruskan pengajian PhD atau menamatkan pengajian PhD dan mendapatkan Master di bidang perladangan selari dengan pengalaman saya sekarang ini. Tambahan pula bila saya congakkan tangga gaji yang lebih berbaloi sekiranya saya mengambil Master yang selari dengan pengalaman kerja.
1. Apakah nasihat saudara berkenaan permasalahan ini?
2. Masihkah ada peluang untuk saya menjadi pensyarah di dalam bidang yang tiada kaitan dengan pengalaman kerja saya setelah menamatkan pengajian PhD?
Terima kasih.
Salam,
1. Tiada masalah dalam bidang anda ini yang diambil kerana yang penting anda kelak dapat bercakap dengan mahir dalam bidang tersebut. Dalam kehidupan anda, pastikan tentukan apa yang anda suka dan kerap bercakap mengenainya maka itu bidang anda. Kadang2 kita mungkin mahir bab perladangan tetapi sebenarnya bab yang kita mahir adalah dari segi menguruskan financial perladangan tersebut (contoh). Saya sarankan sangat anda sambung bidang yang sangat diminati dan mampu bercakap dan bekerja dalam bidang tersebut dengan baik.
2. Peluang itu sentiasa ada cuma perlu bersaing dengan yang lebih muda. kerana banyak PhD holder yang muda sekarang ini maka itu yang competitive. Bezanya jika anda mampu bercakap dan menerangkan dengan baik apa yang anda expert dan hebat.
Assalamualaikum, saya sekarang sedang melanjutkan PhD di Korea Selatan. setakat ini hanya ada 4 ke 5 student Malaysia yang belajar di sini, kerana Universiti ini masih baru ditubuhkan, dan hanya ada pelajar2 di peringkat Master dan PhD sahaja di universiti ini. Program yang diikuti mirip program PhD industri di Malaysia, belajar di universiti tetapi aktiviti penyelidikan di Research Institute di bawah korean goverment. soalan saya adakah lulusan daripada universiti seperti ini boleh memohon pensyarah sambilan di universiti dalam negara?
Salam,
Boleh tiada masalah cuma pastikan semak disini status universiti – https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php?pg=2
dan kemudian masa memohon pensyarah just apply mana2 universiti di Malaysia. Application untuk menjadi pensyarah percuma sahaja dan diisi online. Isi sahaja semua universiti swasta atau awam.
assalam…saya nak tanya,apa yang perlu saya buat untuk mendapatkan pangkat phd?adakah stpm atau matrikulasi dan sbgnya wajib saya ambil sebelum meneruskan pengajian ke peringkat degree,master degree,dan seterusnya, phd?
Salam,
Ada banyak laluan berbeza.
untuk mendapatkan PhD, anda kena ada samada Bachelor Degree + Master atau pun Bachelor Degree (First Class type) sahaja. Maka dengan konklusi bahawa anda WAJIB ada Bachelor Degree. Jadi apa keperluan untuk Bachelor Degree adalah samada Matrikulasi atau STPM atau setaraf dengannya.
Assalammualaikum Tuan,
Izinkan saya bertanya soalan yg tiada kaitan dengan kerjaya sebagai pensyarah.Diharap tuan dapat membantu saya.
Saya tidak lagi bekerja( bersara dari sykt swasta ) – umur 55 tahun, tetapi sangat meminati subjek Matematik.Saya masih mampu menyelesaikan Soalan Matematik / Matematik Tambahan SPM dan juga Matematik STPM.
Saya bercadang untuk mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains ( Matematik ) PJJ-USM yg mengambil masa 5 tahun.
Saya berpendapat ini peluang terbaik kerana sebagai warga emas ( 50 tahun ke atas ) kelayakan masuk hanya SPM serta pengalaman kerja melebihi 10 tahun
Soalan
1. Perlukah lulus kesemua subjek bagi setiap semester sebelum dibenarkan sambung ke semester berikutnya memandangkan mungkin ada beberapa subjek lain yg boleh memberi masalah kelak
2 Perlu lulus MUET sekurang kurangnya Band 3, sebelum tamat pengajaian tersebut- subjek ini sukar ke ? …anak anak jiran saya ramai yg dapat Band 2 , yg mana ini cukup syarat bagi pelajar yg mengambil kursus sastera
Penjelasan tuan amat sya hargai dan saya ucapkan terima kasih
Salam Tuan,
Tahniah atas minat nak belajar.
1. Biasanya untuk PJJ anda mesti lulus beberapa subjek utama. Namun bergantung kepada skim tersebut. Pastikan anda ada buku handbook ataupun bertanyakan lebih lanjut dengan Dekan atau Timbalan Dekan pusat tersebut.
2. Bab MUET rasanya bergantung. sekiranya dah ambil 2,3 kali semasa pengajian dan resultnya masih sama mereka MUNGKIN bagi peluang graduated juga. Tapi saya nasihatkan ikut syarat ditetapkan. Dan juga sedaya upaya tingkatkan usaha dapatkan band tertinggi.
Semoga bermanfaat.
Terima Kasih Tuan di atas jawapan yang diberi.Semoga kehidupan Tuan sekeluarga dirahmati Allah.
Salam dr.
Saya sekarang di semester akhir master dan merancang untuk menyambung phd selesai tamat master. Saya benar benar berminat untuk menjadi pensyarah dari dahulu lagi tetapi somehow saya meneruskan kerjaya saya di syarikat swasta dan skrg sudah hampir 9 tahun saya dalam industri. Persoalan yang masih saya bingungkan seperti dibawah
1) saya keliru beza diantara dba and phd. Yang mana satu saya harus ambil untuk menjadi pensyarah
2) jika saya menyambung phd (sepenuh masa), ape pilihan yang saya ada untuk membiayai pelajaran saya memandangkan saya mungkin memilih untuk berhenti keje untuk memberikan fokus pada pelajaran. Sbb skrg saya rasa terbeban apabila belajar sambil berkerja di peringkat master ini. Tanpa pembiayaan rasa macam kurang mampu sbb ada banyak komitmen lain. Jadi skrg saya sangat buntu how to chase my dream.
3) jika saya tamat phd nnt saya anggarkan umur saya akan mencecah 37 or 38 tahun. Jadi adakah pihak university akan membuka ruang untuk kami dalam lingkungan usia tersebut. Secara rasionallnya. Kami yang berusia dalam lingkungan ini yang baru ingin memohon jawatan pensyarah tentu saja ada pengalam kerja lebih dari 7 tahun. Adakan ini akan diambil kira dalam pengambilan?
4) adakah perbezaan diantara tangga gaji untuk pensyarah ipta dan ipts ?
Dengan persoalan persoalab di atas, saya harap dr akan dapat memberi nasihat on how should i proceed with this sbb saya btol btol perlukan bantuan dan nasihat pakar ?
Salam,
1. Ianya setaraf sahaja.
2. Saya nasihatkan anda susun kembali kehidupan anda sebab sebenarnya tiada masalah untuk sambung sambil bekerja. Pastikan ada disiplin masa maka pasti anda akan berjaya. Tapi kena pandai susun dan jadualkan kehidupan harian. Kurangkan sebarang aktiviti membuang masa dan tumpu kepada yang penting sahaja.
3. Tiada masalah juga sebab anda bersaing dengan orang yang mungkin tiada pengalaman TETAPI mereka mempunyai elemen MUDA. Maka cabaran anda adalah berkomunikasi dengan gaya baik, tunjukkan kepada mereka pengalaman anda untuk meninggikan peluangkan menjadi pensyarah. Kelebihan anda ada mungkin gaya komunikasi dan juga pengalaman kerja yang membantu.
Assalam Tuan,
Saya ada pertanyaan, saya bekerja 10 tahun dalam industri perladangan dan akan menyambung mba, bolehkah saya menjadi pensyarah jika sy menyambung phd dlm mn2 bidang?
Salam,
Anda mesti pastikan anda sebenarnya expert in perladangan atau business. Kerana mungkin kita hebat dalam bidang perladangan tetapi sebenarnya hebat dalam pengurusan business perladangan. Jadi, tentukan bidang tujahan utama dna kemudian anda sambung bidang tersebut. Anda boleh add on bidang kedua dalam penyelidikan PhD anda. Contohnya menyambung bidang perladangan tetapi menumpukan bidang pengurusan business perladangan yang merupakan sub kepada bidang tujahan utama.
Assalamualaikum, Tuan Asyrani. Saya ada pertanyaan sikit mengenai haluan untuk jadi pensyarah ipta/ipts. Saya merupakan lepasan ijazah senibina (architecture) di UITM. Saya sudah bekerja selama 2 tahun dalam bidang senibina (architecture) dengan syarikat swasta.
Saya nak tanya untuk menjadi pensyarah tetap, adakah kite PERLU sambung master dalam education untuk jadi pensyarah. Dan masih boleh kah saya jadi pensyarah dengan mengambil master yang tiada jurusan pendidikan?
Saya tiada langsung pengalaman menjadi pensyarah. Saya juga bercita untuk menjadi pensyarah dalam jurusan senibina (architecture). Jadi apa yang perlu saya lakukan selepas itu.
Saya juga nak tanya pendapat tuan tentang kos sarjana muda Pendidikan Teknikal dan Vokasional di UTHM. Adakah kos tersebut boleh memberi jaminan kerja lepas saya habis master? Untuk pengetahuan tuan saya akan sambung master ke UTHM dalam kos sarjana muda Pendidikan Teknikal dan Vokasional tersebut.
Minta jasa baik tuan untuk membantu saya.
TERIMA KASIH TUAN ASYRANI.
Salam,
1. Anda semestinya mempunyai master untuk menjadi pensyarah di univeristi awam. Kecuali jika anda ingin menjadi pensyarah politeknik atau kolej komuniti sahaja. Tetapi ingat menjadi pensyarah tidak sama seperti menjadi cikgu. Tidak perlu ada degree dalam education. Ambil yang dalam bidang anda sendiri. Pensyarah ini bukan tugas utamanya mengajar sahaja tetapi pelbagai lagi tugasnya seperti menjalankan penyelidikan, penerbitan, konsultansi dan lain-lain lagi.
2. Nasihat saya sambung master dan kemudian PhD dalam bidang anda minati.
3. Sebenarnya tiada jaminan kerja ditawarkan. Anda kena pastikan anda berjaya dan mendapat CGPA tertinggi yang boleh. Tajamkan skill anda dan insyaAllah semasa sesi interview anda dapat terangkan dengan jelas apa contribution anda.
Assalamualaikum En. Asyrani. Saya ada pertanyaan sikit mengenai haluan untuk menjadi pensyarah. Pertanyaan saya ini agak general, kerana saya tak ada pengalaman dalam bidang education ini. Saya telah bekerja dalam industri senibina selama 2 tahun.
Baru2 ni saya dapat tawaran untuk sambung master in technical and vocational (education) di UTHM. Bukan kos senibina. Kira sudah lari bidang yang asal. Jadi saya nak tanya kalau nak jadi pensyarah mesti kena ambil kos education juga ke atau boleh je jadi pensyarah guna master dalam senibina?
dan apa pula pendapat En. Asyrani tentang kos Master in Technical and Vocational (Education) di UTHM.?
Minta jasa baik En. Asyrani untuk beri pendapat tentang ini. Terima kasih En. Asyrani.
Tambahan.
Tidak kisah apa jua master yang akan diambil tetapi tidak semestinya Master in Education. Pensyarah berbeza dengan guru yang memerlukan Diploma Pendidikan.
Assalamualaikum.
Terima kasih tuan kerana memberikan begitu banyak informasi untuk kami semua. Semoga Allah membalas budi baik tuan.
Untuk pengetahuan tuan, saya baru tamat belajar untuk tahap diploma baru-baru ini, Diploma Farmasi. Sebenarnya, saya sedikit terkilan sebab memilih diploma dan bukannya asasi sedangkan result SPM saya baik. Sekarang saya terpaksa memilih ijazah selain farmasi kerana gagal mencapai kualifikasi untuk BPharm.
Sejujurnya saya sangat berminat untuk menjadi seorang pensyarah. Apakah nasihat tuan supaya saya boleh mencapai cita-cita saya? Bolehkah tuan cadangkan ijazah yang sepatutnya saya pilih bagi menggantikan BPharm?
Jika tidak keberatan, bolehkah tuan membalas pertanyaan saya melalui emel azzween_razi@yahoo.com. ? Segala jawapan dari pihak tuan saya dahulukan dengan jutaan terima kasih.
Salam,
Agak terlalu umum soalan ini, namun saya menasihati Ciksharazi untuk memilih kursus yang diminati dan bukannya kursus yang berdasarkan populariti. Pensyarah itu adalah kerjaya yang mementingkan minat dan juga kesungguhan melakukan penyelidikan terhadap perkara yang kita minat dan akan terus tumpukan bidang tersebut sepanjang hayat sebagai main research area.
Assalamualaikum
Alhamdulilah kerana saya temui entri ini.
1- Saya baru saja habis belajar master coursework dari USM dan sedang menunggu konvo. Tempohari saya mendapat 2nd interview di UMK akan tetapi di batalkan dengan mengejut kerana saya masih belum punyai surat senat.
>Jadi, boleh saya tanya, surat senat ini amat pentingkah dalam memohon jawatan sebagai pensyarah tetapi saya masih belum konvo lagi? Dan bila ia akan dikeluarkan?
2- selepas lakukan kajian, saya dapati berkerja dahulu dengan jawatan akademik akan memudahkan kita mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PHD akan tetapi, pada masa sekarang, semacam sukar untuk mendapat jawatan pensyarah kerana rata-ratanya mahukan PHD.
>Jadi, apakah alternatif untuk memohon jawatan ini dan seterusnya meneruskan pengajian ke peringkat PhD?
3- Saya tertarik dengan research yang di lakukan oleh tuan terutamanya di dalam kajian mengenai Virtual reality. Saya telah membuat kajian mengenai hubungan spatial ability, gender dan virtual reality semasa diperingkat Master.
> Jadi, bolehkan tuan senaraikan pada saya universiti atau pusat yang menumpukan kajian mengenai virtual/augmented reality, multimedia technology dan kaitannya dengan kognitif kerana saya mahu lanjutkan pegajian ke peringkat PhD (luar atau dalam negara)
Sekian
terima kasih
1. Saya rasa anda sudah pun dapat surat senat – dan ianya memang penting – just tunggu sehingga dikeluarkan
2. Ianya amat sukar sekarang – anda ada PhD pun belum tentu diberi peluang menjadi pensyarah. Just anda kena sambung PhD dahulu dan jadi seorang yang terbaik mungkin untuk bidang anda.
3. Banyak universiti yang mempunyai staf atau supervisor kepakaran bidang saya ini selain universiti atau tempat saya sendiri. Jika di dalam negara UMS, UTM, UNIMAS, UKM, UTeM, UTHM, dan lain2 lagi.
Di luar negara adalah seperti di France, Jepun, USA, dan Ireland. UK pun ada juga.
Salam dan selamat sejahtera tuan…..saya adalah pelajar tahun akhir ijazah kejuruteraan mekanikal di UNITEN,Bangi….minat saya nak pensyarah timbul pada tahun kedua saya belajar….tetapi saya ada beberapa persoalan yang bermain kat minda saya….
1)Pointer saya tersangatlah rendah dalam 2.5 sahaja…bolehkah saya dapat tawaran sambung master selepas saya tamat belajar dalam kos yang sama berserta biasiswa/fellowship dan sebagainya kerana target saya mahu jadi pensyarah berserta Phd sebelum umur saya 28…sekarang umur saya 22 tahun….
2)Adakah research proposal tu penting untuk memohon master dan biasiwa…maksud saya kalau research proposal menjadi faktor utama kita boleh dapat tawaran master….
3)Tuan ada apa2 tips untuk saya apply master secara terus selepas habis degree…sbb saya kalau boleh tak nak bekerja…takut dah berkerja..mood nak belajar akan hilang……
terima kasih
Salam,
1. Ini amat sukar. Entry requirement untuk master semakin susah kecuali anda memohon master di swasta (tetapi ianya agak sukar juga). Cuba naikkan pointer setinggi boleh. Bahkan universiti awam tidak mengambil calon yang pointer degreenya bawah 3.00 ke bawah untuk bachelor degree WALAUPUN anda tamatkan PhD dengan baiknya. Universiti awam tetap melihat Bachelor Degree anda walaupun anda mempunyai PhD. Peluang sangat sangat tipis. Maaf saya terpaksa jujur beritahu benda ini.
2. Tidak penting sangat. Yang penting adalah cukup syarat untuk sambung master sahaja.
3. Naikkan pointer setinggi boleh, dan apply master untuk bidang yang diminati.
Assalamualaikum Encik Asyrani. Saya bercadang untuk melanjutkan pendidikan Master tetapi ada beberapa perkara yang saya perlu penjelasan.
1) Saya merupakan lulusan IPTA Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam Perniagaan Antarabangsa. Apabila saya ingin mengambil Master nanti, bolehkah saya mengambil bidang lain iaitu Pentadbiran Awam kerana saya sangat berminat dengan kursus ini
2) Adakah saya perlu mengikuti full time atau part time course? Saya sudah berkeluarga, mempunyai seorang anak
3) Saya masih tidak pasti adakah saya perlu mengambil Master by Coursework / Research / Mix Mode. Saya sangat meminati penyelidikan, gemar membaca, gemar mengarang, gemar membuat analisa dan kesimpulan dan bercadang untuk mengambil Master by Research namun saya mendengar dari kawan-kawan yang membuat research bahawa 3.1) amat susah untuk membuat Master by Research sekiranya tiada pengalaman membuat research. 3.2) Selain daripada itu, saya tidak tahu tajuk research untuk dikemukakan kepada supervisor
4) Sekiranya ingin mengambil Master by Coursework, adakah kita perlu menghadiri kelas di universiti tempat kita mengambil Master tersebut? Contohnya saya tinggal di Sabah dan mendapat tawaran melanjutkan pendidikan Master di Universiti Utara Malaysia. Adakah saya perlu ke UUM setiapkali menghadiri kelas?
Minta jasa baik En. Asyrani untuk beri pendapat tentang ini. Terima kasih En. Asyrani.
Salam,
1. Yang penting anda lihat requirement untuk mengambil Master tersebut. Jika lepas maka anda layak.
2. Tiada masalah bab ini – sebab yang penting adalah TIME AND MONEY management.
3. Tiada susah dan senang dalam bab ini – Hanya Disiplin, Minat dan Time Management sahaja yang susah. Adakah anda berdisiplin, Adakah anda minat dan adakah anda boleh uruskan masa dengan betul? Ilmu boleh dipelajari. Tetapi Disiplin, Minat dan Time management kene pandai handle dulu.
4. Master By course adalah seperti Bachelor Degree. Anda kena hadir kelas, dan wujud dalam kelas tersebut.
Assalamualaikum
Saya ingin memohon pendapat Tuan. Saya kini sedang writing thesis PhD. Saya belajar PhD bidang Omics di UK under SLAB. Semasa saya hampir tamat tahun ke-3, saya masih ada lab work yg perlu dilaksanakan tapi permohonan extension kali pertama ditolak oleh KPT dan IPTA. Jadi suami terpaksa bekerja keras sepenuh masa untuk menampung kehidupan di sini bagi membolehkan saya menamatkan eksperimen di lab dan menganalisi data. Keadaan sangat sukar kerana kami ada 2 anak kecil. Saya dah guna semua duit di Malaysia untuk bayaran child care. Saya telah membuat rayuan kepasa IPTA pun tak dilayan. Saya betul-betul terkilan dgn KPT dan IPTA kerana tidak menghulurkan bantuan walaupun sedikit. Saya tidak diberi sebarang gaji atau emolumen daripada IPTA. Perkara ini membuatkan saya tawar hati untuk pulang berkhidmat di Malaysia, tambah2 lagi dengan keadaan di Malaysia sekarang (harga barang naik, kes culik budak meningkat, etc). Memang saya akui sukar untuk mendapat kerja di UK kerana persaingan sangat tinggi dan saya perlukan kerja yg boleh sponsor visa. Namun antara perkara yg saya suka sepanjang di Uk ni ialah saya ada masa bersama family dan bagi saya ini adalah priority. Jika di Malaysia saya dan suami akan PJJ dan saya akan menjaga anak2. Options yg saya ada sekarang ialah:
1) Cari kerja profesional di UK (dan terpaksa bayar penalti SLAB).
2) Pulang ke Malaysia tetapi menukar ke University lain. Saya merasakan University yg menjadi majikan saya sekarang tidak memberi peluang untuk saya sumbangkan ilmu, kepakaran dan idea yg saya ada kerana bidang PhD saya tiada di university berkenaan (kalau nak buat pun susah nak lalui birokrasi). Kalau boleh saya ingin tukar ke research university. Tapi saya tak tahu prosedur dan macamana nak apply.
Harap Tuan dapat berikan pendapat atau pengalaman yg boleh dikongsi utk membantu saya buat keputusan.
Terima kasih
Salam,
Saya mungkin tidak dapat sentuh perihal peribadi tetapi saya mencadangkan anda “do what you must do”. Perihal bertukar universiti lain adalah pertama sekali menghubungi universiti terbabit untuk permohonan jawatan pensyarah. ianya sama seperti memohon jawatan pensyarah di universiti terbabit. JIka mereka bersetuju nak mengambil anda baru anda fikirkan langkah seterusnya.
Pendapat saya – just do what you must do.
Assalamualaikum Dr.
Saya ingin bertanya pendapat Dr. Utk pengetahuan Dr, saya sedang melanjutkan master penyelidikan di salah sebuah ipta dalam semester kedua dalam bidang sains fizik. Saya ada sedikit masalah memandangkan sv saya tidak mempunyai geran dan research saya memerlukan kos yg sangat tinggi. Dan perlatan lab utk kajian saya tidak ada di tempat saya dan memrlukan saya buat di uni lain. Saya ada berbincang dengan sv tetapi sehingga kini masih tidak mempunyai apa2 solution seolah2 itu bukan masalah sedangkan itu adalah masalah besar bg saya kerna sudah sem 2 tetapi masih tidak mulakan lab work. Akhirnya pada bulan 9 lepas saya telah memohon kerja part time sebagai guru ganti sementara sv saya pulang ke kg halaman selama 1 bulan. Dan sekarang dapat tawaran menjadi guru tetap di sek swasta dan guru tusyen.
Persoalan saya, saya agak berat untuk menyambung dengan sv sekarang dan berhasrat utk mohon ke uni lain atau tukar sv. Dan saya juga terfikir utk membuat secara part time memandangkan kos hidup yg tinggi sekarang. Apakah pendapat Dr? Dan satu lagi kualiti master by research dan coursework mana yg lebih kualiti?
Terima kasih Dr. Saya mengharapkan pandangan dari Dr memandangkan saya buntu dengan status saya sebagai pelajar tapi saya tidak ada progress apa2. Saya dah bazir 2 sem. Dan kawan2 saya ramai sudah ada result utk kajian mereka.
Salam,
Cadangan saya.
1. Cari pusat dan universiti yang ada fasiliti dan kemudahan serta supervisor yang ada geran dan networking untuk master atau PhD anda.
2. Samada full time atau part time – tak kisah – asalkan seperti saya sebutkan seperti di No.1 di atas
3. Soalan nak tukar universiti/supervisor itu adalah terserah pada anda tetapi yang penting seperti No.1 di atas.
Salam Dr. Manakah yg lebih kualiti master by research atau coursework? Apa pendapst Dr sekiranya menyambung master secara part time?
Master by research lebih baik tetapi ianya memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi. Part time atau Full time tiada beza kerana apa yang penting anda tahu menguruskan masa dan berdisiplin serta berkomitmen tinggi.
assalamualaikum en.asyrani.. saya ingin bertanya.. saya masih mempunyai satu sem lagi untuk menghabiskan degree saya.. tetapi saya seringkali diberikan komen2 yang negatif oleh rakan2 kerana ada yang menyatakan jika cgpa bawah drpd 3 atau 2.70 tidak boleh sambung master.. saya amat berminat untuk menyambung master in educational and leadership.. tetapi saya daripada degree in sc.biology.. adakah requirement yang diperlukan adalah tinggi untuk saya meneruskan master kelak? semoga mendapat pencerahan.. terimakasih
Salam,
Ianya benar bagi sesetengah universiti awam. Anda kena lihat requirement bagi mengambil master pada universiti2 yang berkaitan.
Salam Dr,
Bagaimana caranya untuk memohon jawatan pensyarah secara direct, walau tiada iklan jawatan kosong dibuka untuk universiti yang ingin kita pohon.
Adakah boleh melalui dekan? Registar? Dengan menghantar email atau resume secara terus?
Salam,
Ini boleh juga tetapi sebenarnya pihak Dekan tersebut mungkin tidak akan layan MELAINKAN anda memang kenal face to face dengan dekan tersebut.
Pihak dekan mungkin menjawab atau menyuruh kita mengisi borang yang berkaitan tetapi akhirnya prosesnya sama.
Assalamualaikum Dr.,
Sy ingin bertanya, sy merupakan pelajar lepasan Degree dan belum ada rezeki utk bekerja..oleh itu, adakah sekiranya jika sy menyambung master dan PhD, sy confirm akan mendapat pekerjaan sebagai seorang Pensyarah?
Saya mungkin cuba menjawab secara positifnya iaitu peluang sentiasa ada cuma pastikan jadi seorang pelajar Master dan PhD yang disegani atau paling baik berbanding orang lain. Maksud saya adalah mungkin dikenali ramai researcher lain (banyak buat kertas kerja dan jurnal) atau banyak pertandingan research dan sebagainya.
Tingkatkan komunikasi diri dan sosial sebagai seorang researcher. InsyaAllah peluang itu ada.
Asalamualaikum Dr,
Saya sekarang telah bekerja di dalam industri & mempunyai master (secara part time). Saya berminat untuk sambung belajar ke peringkat PhD tetapi dalam masa yang sama saya perlu melaksanakan tangungjawab sebagai pekerja, ibu, isteri & akan datang sebagai pelajar PhD. Saya bercadang untuk sambung phD secara part time.
1)Tetapi bolehkan saya sambung phD secara part time? Kerana dari maklumat yang saya perolehi pelajar phD perlu pergi ke conference & membuat pembentangan jurnal. Sekiranya saya bekerja adalah sukar untuk saya pergi ke conference.
2)Pada pendapat Dr adakah saya akan mempunyai masa yang cukup untuk membuat penyelidikan PhD hanya pada sabtu & ahad?
2)Adakah Dr ada mengenali sesiapa yang menyambung pHD secara part time? adakah mereka berjaya menyempurnakn phD mereka?
1) Dari segi tugas am atau kebiasaan pelajar PhD adalah membentangkan kertas kerja dan menerbitkan jurnal itu perkara normal. Lazimnya kadang2 supervisor yang pergi on behalf atau pelajar hanya sekali atau dua kali sepanjang pengajian. Syarat nak lulus phd bukannya berapa byk kali membentangkan kertas kerja tetapi berapa banyak penerbitan yang ada.
Melainkan anda nak jadi pensyarah selepas itu maka kena praktis skill nak bentang di conference
2) Masa itu subjektif. Saya percaya semua orang mampu asalkan BERDISIPLIN dalam menguruskan tugas dan masa. Buat jadual harian, mingguan, dan bulanan serta tahunan. WAJIB BERDISIPLIN untuk patuhi jadual anda itu sendiri.
3) Banyak sahaja dan ada yang berjaya pun tetapi ada yang tidak berjaya. Syaratnya macam No.2 Jawapan saya di atas. Mereka yang berdisiplin insyaAllah berjaya.
Oh ya, saya juga dahulu menyambung secara part time PhD dalam keadaan berkeluarga dan ada anak. Part time tetapi hanya mengambil 3 tahun sahaja saya siapkan disebabkan mengamalkan disiplin tinggi mematuhi jadual yang dibuat diri sendiri.
Ingat, bertekad dalam hati, berdisiplin, rajin dan doa banyak2. InsyaAllah berjaya. Tiada isitilah SIBUK dalam dunia. Hanya alasan.
Terima kasih Dr. Saya doakan Dr murah rezeki dan dipermudahkan urusan. Boleh saya bertanya lagi jika saya tinggal di Melaka tetapi ingin menyambung phD di UUM Kedah adakah akan mempunyai masalah berjumpa supervisor?
Semuanya tidak menjadi masalah asalkan dari segi disiplin boleh maintain dan bekerja dari jauh secara istiqamah
Salam Tuan.
Saya merupakan pelajar Master (coursework) yang merancang untuk sambung phd.
Saya ada beberapa soalan yang mugkin lari dari tajuk entry tuan ni
1) Sesetangah University memerlukan kita untuk menyediakan proposal research terlebih dahulu. Bolekah saya menggunakan proposal final year project semasa di degree?
2) sebelum menghantar emel kepada bakal bakal SV, adakah kita perlu membuat pendaftaran ke Universiti itu terlebih dahulu?
Harap dapat membantu saya.
Terima kasih
Salam,
Maaf lambat membalas.
1. Rasanya jika berkaitan dengan projek yang akan dibuat masa PhD kelak tiada masalah sebab sebagai syarat sahaja dahulu.
2. Tidak perlu. Jumpa dan dapatkan pengesahan supervisor mana terlebih dahulu. Kemudian baru mendaftar.
Assalamualaikum Dr,
Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan master saya pada tahun lepas dibawah tajaan sebuah IPTA dan mula bekerja sebagai pensyarah sementara DM45 di IPTA tersebut. Saya mendapat surat untuk ditemuduga di peringkat fakulti. Persoalan saya:
1. Apakah persediaan yang perlu saya lakukan?
2. Boleh saya tahu soalan-soalan yang sering ditanya oleh panel temuduga?
Terima kasih Dr.
Salam,
Agak subjektif soalan ini tetapi yang paling penting.
1) Tunjukkan gaya komunikasi yang bagus
2) Kelancaran ketuturan dan hujah2 menjawab
3) boleh menerangkan Portfolio diri dgn baik jika ditanya
4) Apa sumbangan yg boleh diberikan kepada instituisi terbabit sekiranya kita diambil bekerja
Assamualaikum Dr.
Sekarang saya adalah student semester akhir Master (by coursework) dan juga bekerja sebagai UPTA (UiTM Postgraduate Teaching Assistant) sehingga June 2017 ini (kontrak 4 bulan sahaja). Soalan saya:
1. Saya masih dalam dilemma/keliru sama ada nak sambung terus ke PHD atau cari kerja dulu selepas habis master ni. Boleh Dr bagi pendapat?
2. Saya bercita-cita menjadi seorang pensyarah di masa hadapan. Adakah phd itu amat diperlukan di masa hadapan?
3. Jika saya sambung phd full time dan habis on time jjka saya nak apply kerja as pensyarah, adakah peluang pekerjaan lagi meluas di IPTA/IPTS walaupun tiada pengalaman mengajar?
4. Macam mana nak apply Skim Fellowship tu ye Dr?
Thank you.
Salam,
1) Terpulang. Kedua dua baik dan ikut apa yg hati dan keinginan paling tinggi yang hendak dibuat pada masa tamat master nanti.
2) Ya, dan amat competitive. Majoriti berkehendakkan PhD kecuali bidang2 bukan kritikal seperti accounting, management dsbnya.
3. Ini subjektif. Tetapi peluang org yg ada PhD lebih tinggi dari yang tiada. Tetapi yg ada pengalaman dan ada PhD juga lebih tinggi.
4. Ianya terbuka sepanjang tahun dan setiap universiti ada. Give it a call to any university management (HR department). InsyaAllah mereka akan membantu.
Salam..saya ada sedikit pertanyaan
Saya sekarang dalam proses menunggu viva master (genetik) dan sendikit risau dengan kerjaya pada masa hadapan … jalan yang saya nampak hanyalah menjadi pensyarah..tapi apakah jalan yang terbaik untuk saya selepas habis master ini?
1. Adakah berusaha mencari universiti yang menawarkan fellowship phd supaya saya terus bond dan terjamin untuk menjadi pensyarah?
2. Mencari peluang mengajar di politeknik @ kolej..pada masa sama menyambung phd atau menunggu 1 @ 2 tahun dulu untuk mendapat pengalaman mengajar?
3. Menyambung PHD terus selepas habis master? tetapi kekangan kewangan menghalang saya dan ada komitmen keluarga.
Mohon percerahan..terima kasih.
Salam..saya ada sedikit pertanyaan
Saya sekarang dalam proses menunggu viva master (genetik) dan sendikit risau dengan kerjaya pada masa hadapan … jalan yang saya nampak hanyalah menjadi pensyarah..tapi apakah jalan yang terbaik untuk saya selepas habis master ini?
1. Adakah berusaha mencari universiti yang menawarkan fellowship phd supaya saya terus bond dan terjamin untuk menjadi pensyarah?
2. Mencari peluang mengajar di politeknik @ kolej..pada masa sama menyambung phd atau menunggu 1 @ 2 tahun dulu untuk mendapat pengalaman mengajar?
3. Menyambung PHD terus selepas habis master? tetapi kekangan kewangan menghalang saya dan ada komitmen keluarga.
Mohon percerahan..terima kasih.
Salam
1) Fellowship tidak menjamin 100% akan diserap masuk sebagai pensyarah. Namun satu langkah yang positif sekiranya menerima skim fellowship universiti terbabit.
2) Boleh juga dan kedua dua pilihan amat bagus
3) Boleh berehat dahulu dan sambung kemudian apabila kewangan telah stabil.
Nasihat extreme dari saya:
– Mohon PhD di bawah skim fellowship dari mana2 univ awam berdekatan. Usah tangguh dan jadikan seorang pelajar PhD yang bagus di mata supervisor. Giatkan diri dgn aktiviti universiti disamping mengimbangi aktiviti dgn keluarga. InsyaAllah jika niat belajar itu sangat kukuh, bantuan kewangan akan tiba dgn secara tidak disangka
Assalamualaikum.adakah masih ada universiti yang menawarkan tutor? adakah saya boleh fokus ke bidang lain selain genetik?saya takut apa yang saya belajar selama ini sia2 sbb bidang genetik sekarang belum meluas lagi. Terima kasih.
Tidak wujud lagi jawatan tutor rasanya sejak 2014 di universiti awam seingat saya. Kecuali fellowship.
Berkaitan bidang, ambil sahaja bidang yang diminati tanpa memikirkan samada belum meluas atau tidak. Perkembangan teknologi semakin cepat dan berkembang. Mungkin dalam 1,2 tahun lagi bidang tersebut popular atau di masa hadapan anda antara pioneer dalam bidang tersebut. Sebagai contoh saya mengambil bidang computer graphics and games dari 2008 tatkala masa itu masih belum mendapat tempat lagi di kalangan masyarakat. Namun sekarang semakin diterima dan antara pioneer dalam bidang games.
Assalamualaikum.Saya sekarang sudah ada ijazah kejuruteraaan kimia.saya ade plan nk sambung master tetapi dlam bidang chemistry memandangkan saya minat chemistry dari SPM lg. Adekah pilihan saya wajar atau saya perlu sambung master dalam bidang kejuruteraan yang sama?
Saya berpandangan agar menyambung dalam bidang yang diminati berbanding memilih bidang yang bukan atas dasar minat.
Salam, nak tanya :
Kalau Degree IT
Master IT
and PhD bidang lain…contoh pertanian…boleh kah apply jadi Lecturer?
Soal bidang ianya tidak kisah pun. Cuma yang menjadi pertanyaan ada ke tidak universiti yang mengambil calon yang sebegitu.
salam, dr, saya ada pertanyaan.Saya telah menamatkan degree dan master di universiti awam yang sama dan berniat untuk menyambung phd di universiti yang sama juga. Namun saya keliru sama ada mahu terus di universiti yang sama atu menyambung pdh di uni yang lain. Apakah pendapat dr?
Teruskan sahaja di universiti yang sama. Dah tahu asam garam universiti yang sama jadi baik amik univ sama. Ada rakan saya degree sehingga PhD universiti tempatan awam yang sama. Hebat pulak tu dah Professor Madya dah umur baru tak 40 lagi.
Salam Dr,
Firstly, the way your replied to all questions posted to you really inspired me which makes me to write something here.
Untuk pengetahuan Dr saya dalam perancangan untuk sambung phd and looking for sholarship. I’m aware to pursue phd it very very important to have stable financial support, good supervisor supported with research grant. Well, financial becomes the biggest challenge for me and i think most of people faces the same.
But at the same time, i felt a bit down bila orang sekeliling asyik kata, belajar tinggi-tinggi tak dapat jgk “kerja bagus”. Now im working in manufacturing company with basic salary RM2500 with my msc qualification; boleh dikatakan rendah untuk msc holder. tp saya yakin, apa yg kita dapat tu adalah yg terbaik untuk kita, ini janji Allah. i pray hard to get the scholarship so that i can purse my dream, getting a phd and improve what ever i need to improve.
Saya doakan Dr akan terus cemerlang berkhidmat sbg pensyarah dan berbakti kepada nusa dan bangsa.
Regards,
Ratna
Goodluck. Yang penting seperti majoriti orang berjaya said:
“Always pursue your dream and never care about others that spoke negatively of you”
We own our own life. Hanya kita yang tentukan perjalanan sehingga 40-50 tahun akan datang. Ignore others. Move forward and aim high.
Slm dr.
Kalau saya bekerja tetapi ingin memohon mode: full time utk PhD.
Ada masalah ke nanti ? dari segi process PhD tu nanti? sebab saya bekerja 5kali seminggu (9-6)
Sebab myBrain utk (2016) sekarang hanya offer utk full time (2017? tak pasti)
https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/index_myphd2016.php
Terima Kasih
Salam,
1. Part nak mohon full atau separa, part ada masalah ke tidak itu, park bekerja itu dan segala melibatkan penjadualan menyiapkan PhD sangat2 bergantung kepada:
Disiplin kamu terhadap nak buat phD tu (letih ke tak buat dan bangun awal pagi)
Berapa kerap kamu jumpa supervisor kamu.
Part ni mmg ianya sangat abstrak. Kamu kena kenali sapa supervisor kamu. Dan how strong you guys berjumpa, merancang dan sebagainya. Part ni mmg ianya terlalu abstrak dan subjektif.
2. Mybrain ini mohon sahaja jika dibuka. Ikut syarat2nya. Dan ini kene bincang juga dgn supervisor.
Pendek kata part PhD ni memang kene jumpa supervisor all out. Supervisor ada mcm2 ragam.
Assalamualaikum Dr.
Saya merupakan calon PhD di sebuah IPTA dan sedang menunggu panggilan untuk viva. Saya ingin bertanya dua soalan.
1. Bolehkah dan bagaimanakah caranya untuk memohon jawatan pensyarah di IPTA sekarang sedangkan saya belum mempunyai PhD?
2. Bagaimanakah peluang untuk saya mendapat tempat sebagai pensyarah dalam sesuatu bidang jika ijazah pertama saya berbeza dengan bidang dalam master dan phd? Bidang ijazah pertama saya dalam sastera dan bidang master serta phd saya dalam pengurusan.
Salam.
1) Setiap universiti awam menawarkan jawatan pensyarah sepanjang tahun. Namun harus cuba spend time melawat website2 mereka dan mohon melalui sistem online mereka. Ianya amat melecehkan tetapi disebabkan PhD belum dapat maka anda hanya boleh letakkan setakat Master sahaja melainkan anda mampu mendapatkan AT LEAST SURAT SENAT yang mengesahkan anda graduat PhD maka anda boleh letak anda ada PhD.
2. Ini tiada masalah. Mohon sahaja fakulti yg anda ingin tidak kisah berkaitan dgn Degree Bachelor anda ATAU Master ATAU PhD. Percayalah. Mohon mengikut mana2 pun tidak kisah. Saranan saya ikut yg paling tinggi (PhD)
Assalammualaikum..
sya mengalami kekeliruan untuk menyambung phd atau DBA (Doctor Business Admin). Sya kurang paham apakah perbezaan antara keduanya. Currently sya merupakan pensyarah kewangan di sebuah kolej swasta. Sya sebernanya berhasrat ingin menyambung DBA tetapi sya kurg pasti adalah peluang pekerjaan antara phd holder dan DBA itu sama iaitu menjadi pensyarah. Dan apakah yg membezakannya? adakah DBA holder tidak mendapat tempat sebagai pensyarah?
Ianya setaraf. UNIVERSITI AWAM memandangnya setaraf walaupun pendekatannya berbeza.
http://norzaidi.blogspot.my/2010/08/phd-vs-dba.html?m=1
Baca blog tu.
Usah peduli siapa yang kata ianya tak setaraf.
Dua dua layak mendapat gelaran Dr.
SALAM,
SAYA SEKARANG DALAM PROSES MENYIAPKAN PHD TESIS. ADAKAH WAJIB MENDAPAT POINTER 3 KE ATAS UNTUK MENDAPAT JAWATAN PENSYARAH IPTA? WALAUPUN DAH ADA MASTER DAN PHD SERTA PENGALAMAN SUDAH 7 TAHUN MENJADI PENSYARAH KOLEH SWASTA DAN PENYARAH PART TIME DI IPTA.
Saya difahamkan. Majoriti begitu.Pointer semasa degree mestilah atas 3.00 KECUALI pihak HR universiti melihat pengalaman dan ada PhD untuk calon terbabit.
Yang merisaukan adalah semasa proses permohonan dikhuatiri akan reject (technical reject).
Saya cadangkan untuk memohon sahaja dan sertakan surat cover untuk memberitahu pengalaman dan phd yang ada.
P/s – memang benar bab pointer mesti 3 ke atas kerana rakan saya sendiri tak dapat mohon sebagai pensyarah di universiti saya bekerja kerana masalah pointer semasa degree. Namun saya harapkan Cik/Puan mencubanya dahulu (mohon sahaja)
Assalamualaikum wbt.
Dr,
Firstly I would like to thank you because you are willing to read this and I hope you and your family in the pink of health.
Saya ada satu persoalan. Saya kini sedang menghabiskan phd saya dan bercadang untuk membuat postdoctoral. Saya berumur 25 tahun, masih tiada pengalaman mengajar tetapi saya berhasrat ingin membuat postdoctoral di luar negara. Persoalannya, adakah saya perlu berkerja terlebih dahulu untuk mendapatkan pengalaman? Atau saya boleh terus membuat postdoctoral?
Salam,
Ianya langsung tiada masalah kerana universiti2 di luar tidak meletakkan syarat sedemikian pun iaitu ada pengalaman bekerja.
Boleh teruskan niat anda dan selamat meneruskan pencarian ilmu anda.
Terima kasih banyak Dr atas penjelasan yang diberikan. Satu lagi Dr. Adakah dengan membuat postdoctoral akan menjadikan seseorang itu mempunyai kelebihan apabila dia memohon untuk menjadi pensyarah kelak?
Sudah tentu kerana ada PhD + Pernah buat postdoc = Ramai Univ nak sebab selalu yg jenis postdoc ni membantu buat research and penulisan.
Cuma yg bezanya apabila masuk univ kelak PASTIKAN jgn dipergunakan oleh orang lain sebab ramai pensyarah yang research tak buat sangat nak amik kepentingan dari pensyarah baru
Saya bgtau ni sebab real life staff dekat pensyarah universiti awam banyak “dibuli” tambah2 bila ada PhD dan baru masuk. Cara buli dia adalah anggap mcm geng tapi suh yg baru ni buat macam2 dan add nama dia tanpa dia berusaha keras.
Tp better abaikan dulu pesan saya ni selagi belum masuk univ as pensyarah. Fokus on postdoc dulu. Pensyarah2 Universiti ada politiknya tersendiri tp better jgn difikirkan lagi.
Btw goodluck !!!! If possible amik aje jadi pensyarah di tempat belajar tu walaupun postdoc di luar negara. Ada rakan saya malas kerja di Malaysia dan apply kerja di UK as pensyarah but must be very brilliant and good
Baik Dr. Terima kasih banyak atas nasihat dan sokongan. Saya sangatlah hargainya. Saya mohon jasa baik Dr turut mendoakan urusan saya. I really appriate all those replies, indeed. InsyaAllah saya akan teruskan hasrat saya itu. Terima kasih banyak, Dr.
*appreciate
Assalamualaikum
saya nak tanya, benarkah utk apply pensyarah, result degree mesti 3 pointer ke atas dan result master mesti 3.5 keatas?
saya sedang menyambung phd, dan berhasrat utk apply menjadi pensyarah. tapi result masa degree bawah 3 dan master pula hanya 3.3. Adakah benar khabar tersebut?
saya cuma memikirkan, adakah berbaloi saya sedang menghabiskan pengajian phd saya sekarang. Mohon penjelasan dari Dr.
Terima Kasih
Salam, saya berpendapat agar apply sahaja sementara menunggu menyelesaikan PhD. Apply di universiti2 swasta sama dan juga di Politeknik2. Jangan limitkan di universiti sahaja. Universiti kriteria semakin tinggi tetapi masih ada ruang untuk yg hanya mempunyai master (bukan bidang kritikal). Tetapi untuk bidang2 kritikal seperti engineering dsbnya, PhD merupakan syarat sebahagiannya untuk menjadi pensyarah.
Berbalik kepada pointer, rasanya agak sukar juga dgn pointer sebegitu. Tapi tidak salah mencuba memohonnya.
Salam sejahtera Dr,
saya ingin bertanya beberapa soalan berkaitan dengan kerjaya seorang pensyarah di IPTA.
1. Sekarang adakah masih ada lagi skim pensyarah Muda sekiranya kita ingin menyambung PHD?
2. Selain daripada itu, pointer cgpa semasa saya degree dulu hanya 3.32 dan adakah ianya cukup sebagai syarat untuk menjadi pensyarah atau kena 3.5 ke atas?
terima kasih Dr.
Saya tidak pasti bab skim pensyarah muda tersebut kerana lama tidak mendengarnya lagi.
Untuk soalan nombor dua pointer tu dah lepas syarat asas bagi kebanyakan universiti.
Namun saya menyarankan untuk sambung Master dan PhD kerana semakin ketat kemasukan ke universiti (menjadi pensyarah). Rata2 yang memasuki universiti awam di Malaysia mempunyai kelulusan PhD. Tapi untuk yg memegang master boleh mencuba di Universiti swasta dan politeknik2 juga.
Terima kasih Dr. Sekarang saya tengah menyambung master dan jika diinzinkan oleh Tuhan, saya akan habis tahun ini. Plan next year nak continue terus ke phd. Kalau masih ada skim pensyarah muda saya ingin mencuba nasib untuk memohon. Terima kasih banyak2 Dr atas nasihat dan pesanan yang sangat berguna. Semoga Dr diberikan kesihatan, kesejahteraan, panjang umur dan sentiasa murah rezeki.
Assalamualaikum
Saya ingin meminta pendapat drpd dr.
Saya adalah seorang graduan timur tengah, dalam bidang bahasa arab, berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam master in arabic language education.. akan tetapi, saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang pendidikan . Adakah diterima jika saya apply master tersebut sedangkan hanya mempunyai bachelor in arabic language and literature??? Dan cita2 saya adalah untuk menjadi seorang pensyarah… adakah saya perlu terus menyambung dlm master pendidikan ataupun tiada masalah jika saya mengambil master dlm arabic language sahaja? Harap dr boleh berkongsi pendapat.. Terima kasih. Dan juga, saya tiada banyak pengalaman dalam membuat tesis.. jika saya memilih mode coursework untuk master, adakah susah untuk terus menyambung phd?
Salam,
Tidak perlu risau langsung soal tiada pengalaman atau tidak.
Soal tak pernah buat thesis atau tidak.
Soal nak sambung samada secara coursework atau penyelidikan juga.
Semua soalan itu jangan ditanya terlebih dahulu dan tidak perlu pun.
.
.
Yang perlu ditanya dan dibuat adalah
1. Berminat atau tidak nak sambung master.
Jika berminat dan memang bercita cita mahu menjadi pensyarah maka mulakan dengan memohon master di mana2 universiti yang diminati dan dekat.
Itu soalan yang perlu dijawab terlebih dahulu.
Jangan penuhkan minda dengan kerisauan dan pelbagai lagi macam2 pemikiran.
Kehidupan ini amat luas. Allah ada dalam membantu kita. Tiada salah dan benar dalam membuat keputusan. Yang penting minat itu dahulu dan InsyaAllah semuanya akan tersusun. Yakin dengan diri.
Oleh itu saranan saya:
Mohon dan daftar master. Pilih bidang diminati dan tunggu jawapannya. Buat rayuan jika tidak dapat bidang itu. Bersungguh2 memohon. Yakin dengan Allah. Dan usaha dengan disertakan doa dan tawakal bila sudah dapat tempat. Buang sifat risau dalam diri kerana kehidupan ini mesti sentiasa berusaha mencari jalan ke arah positif.
Baiklah.. terima kasih banyak dr. atas pesanan yang diberikan. Semoga saya dqpat berusaha dengan lebih keras dan berfikir dengan lebih positif. Insya Allah.
Assalamualaikum Prof, saya nak tanya sikit saja. Adakah felow SLAB dikira sebagai staf? Kami ada slip gaji juga. Sebab setahu saya SLAB di bawah kuasa Seksyen Pelantikan sama seperti staf2 akademik yg lain. Cuma kelebihan felow SLAB sekarang ni diberi cuti belajar bergaji & tidak perlu bertugas lagi sehingga tamat Ph.D. Mohon pencerahan itu sahaja. Terima kasih prof.
Setakat ni setahu saya ianya bukan dikira staf tetapi pelajar atau “bakal staf”. Dan ianya tidak dikira “dalam perkhidmatan” lagi (not yet). Better refer bahagian perkhidmatan organisasi anda untuk lebih lanjut apa kelebihannya dan apa kekurangannya. Part ni saya data tak banyak.
Assalamualaikum Prof/Dr,
Saya ada satu kemusykilan yang memerlukan pandangan pihak Dr. Saya baru sahaja menamatkan pengajian diperingkat master. Sekarang saya bakal menyambung PhD dalam bidang yang saya minat dan di IPTA yang saya inginkan.
Cumanya, saya tidak pernah mendapat pengalaman kerja, hanya pernah locum sementara di sebuah hospital swasta sebelum saya melanjutkan master dulu. Saya bimbang ketiadaan pengalaman kerja akan menyulitkan peluang saya berkhidmat di mana mana IPTA kelak selepas tamat PhD.
Disebabkan itu, saya berusaha membanyakkan penerbitan artikel saya. Tapi, kebanyakan penerbitan saya adalah paper review, dan hanya 1-2 original paper kajian. Adakah nilai paper review lebih rendah berbanding paper kajian original ?dan Adakah IPTA memilih bakal pensyarah mereka berdasarkan bilangan penerbitan?
Jawapan pihak Dr amatlah saya hargai.
Terima kasih
Salam,
Ianya bergantung kepada budi bicara universiti terbabit. Dan sesi semasa interview tersebut. Paling penting dapatkan sesi interview dahulu. Semasa sesi interview itulah masa dan peluang untuk anda menjadi seorang yang mampu bercakap dengan lancar dan baik serta berhemah kerana itu kriteria penting. Bab penulisan dan lain sudah difilterkan semasa permohonan menjadi pensyarah tersebut.
Step yang penting adalah mohon sahaja dahulu untuk dapatkan sesi interview.
Dan buat mana yang anda mampu sepanjang anda sambung PhD serta sebaik mungkin. Hidup ini satu pertandingan dan usaha as much as possible.
Assalamualaikum dr..Saya ingin bertanya adakah phd dalam bidang education ..pasaran pekerjaan sebagai tenaga pengajar lebih luas. Saya dahulu degree biologi dan master genetik. Sekadar ingin tahu. Terima kasih.
Salam. Saya tak pasti berkenaan pasaran bidang education. Tapi untuk makluman setakat ni sesiapa yg ada PhD masih berpeluang luas untuk menjadi pensyarah. Mungkin untuk 5 tahun akan datang masih valid sebelum universiti menaikkan syarat kepada PhD + pengalaman kerja
Assalamualaikum dr. saya baru tingkatan 3 saya suka matematik ,and one day nak jadi lecture . mungkin dr boleh suggest untuk saya ambil kursus yang boleh saya ambil . tapi saya lemah sikit dalam sains.
Salam,
Ini sudah bagus. Tak semestinya ambil bidang sains kerana bidang lain juga amat berkembang luas. Contohnya bidang pure matematik, sains sosial juga dan psikologi juga memerlukan pensyarah.
Bidang matematik amat competitive tetapi amat menarik kerana banyak rakan saya bidang matematik termasuk saya.
Boleh melawat jabatan matematik di UPM dan UITM atau USM dan lain2 lagi.
Namun harus check juga website2 universiti yang menawarkan kursus2 yang saya sebutkan di atas.
Saya sarankan buat visit ke univ2 bersama2 rakan atau sendirian melawat bersama keluarga jumpa Ketua Jabatan/Dekan untuk bertanyakan kursus2 ini.
Sebab sekarang dah banyak sekolah buat lawatan ke univ2.
Assalamualaikum Prof/Dr.
Saya Akmal, graduan Sarjana kejuruteraan awam (struktur) UTM, saya berpengalaman setahun sebagai jurutera rekabentuk awam dan struktur dan masih berkhidmat hingga kini dalam sebuah syarikat swasta. Saya merancang untuk mengubah profesion sebagai pensyarah kerana minat yang mendalam dalam bidang pengajaran sejak kecil. Saya sedar kebanyakkan universiti hanya mengambil PhD holder sebagai pensyarah. Soalan saya medium apakah yang bole saya gunakan untuk saya memohon jawatan pensyarah di universiti seperti uitm? Terima kasih
Salam,
Rasanya UITM banyak peluang menjadi pensyarah. Cuma kekosongan itu adalah mengikut tempat. Dan kena banyak visit website2 UITM negeri masing2. Mereka jarang iklankan melalui media arus perdana.
Kebanyakkan sekadar tempekkan di website mereka dan disebarkan melalui rakan2 pensyarah uitm sahaja.
So my advice: check regularly their website
Sementara itu, tidak ada salahnya menyambung PhD 👍🏻
Assalamualaikum Dr. Saya memerlukan nasihat Dr. tentang hala tuju saya.
Saya merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Fizik dengan CGPA hanya 2.85. Saya tidak sedar bahawa saya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan,
Minat dalam bidang pendidikan ini bermula apabila saya mula berkhidmat sebagai guru ganti di sekolah menengah pada 2017. Sudah hampir setahun saya bekerja sebagai guru ganti. Dengan gaji yang agak kecil namun saya memilih untuk terus-menerus mendidik kerana cinta saya akan bidang ini.
Saya sedar sekiranya saya menyambung pengajian ke peringkat Sarjana, maka peluang saya lebih cerah, tetapi saya belum mampu disebabkan keadaan kewangan yang tidak mengizinkan.
Soalan saya adalah seperti berikut:
1. Dengan hanya Ijazah saya, layakkah untuk menjadi seorang pendidik?
2. Saya juga diifahamkan bahawa pemegang ijazah layak memohon jawatan pensyarah di Politeknik. Adakah saya layak untuk memohon?
Terima kasih kerana membaca dan memberi maklum balas. Semoga Allah memberkati Dr.
Salam,
Saya menyarankan agar cita cita sebagai pendidik diteruskan dan cuba berusaha menambah ilmu melalui sambung master dan seterusnya PhD. Wang boleh dikumpulkan dengan usaha bersungguh.
Semua orang layak menjadi pendidik dengan syarat meminati kerjaya pendidik dan berminat mendidik.
Untuk pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti, banyak peluang terbuka sebenarnya tetapi selalunya jawatan kosong dibuka sepanjang tahun. Tetapi yang menjadi “masalahnya” adalah bila ada keperluan baru akan dipanggil interview. So mungkin kena tunggu sebulan, enam bulan atau bertahun…. itu yang menyukarkan.
Namun boleh juga mencuba di kolej swasta juga.
Nasihat saya – keep on visiting website2 universiti dan kolej untuk sebarang update mengenai jawatan pensyarah. Spend 30 minit setiap minggu semak website2 ini.
Salam Tuan,
I’d to ask a few questions if that’s ok :), I’m a final year student in one of Malaysia’s research universities. I’m greatly captivated of having a career as lecturer, right now I’m finishing my bachelor degree in B.Sc.Comp, I’ve recognized some fields of my affinities (and I’d say I’m quite good at it) and have published a scientific article into Elsevier, and I’ve co – authored some of my senior (master students) papers. My question is ,(1) do you think that I’m ready to take on PhD’s challenges? I heard that some most lecturers and PhD students hate the gut of young student (I’m 22 now). This worries me more than it should, though excelling in my academic I’ve self – confidence problem where I hardly even socialize with others than my close circle of friends and lecturers. If I got A in my industrial training (which is achievable) I’ll be graduating with 3.923 CGPA. I’ve been working so that I may be excused of master degree, and struck forward to doctorate level. In addition, I really want my mom to see me become lecturer and see that one of her problematic children actually can achieve something. I was born in a really moderately poor family, where everyday my dad has to think of what food can be served onto our table. By continuing PhD I’ll be putting some burden on my family (thus I’ve been working hard to get high CGPA so that I may apply for any scholarships). Another question of mine is,(1) with that CGPA do you think that I’m eligible enough to apply for scholarship for my PhD studies? and (3) Do you recommend program that fast – track student to PhD without masters degree?. Lastly (4) Without master will I fail to grasp the epitome of PhD’s challenges ? have you seen students failing?
I’m sorry to prolong the question, recently my mother was struck by stroke, and all I can think about is to use my bachelor degree to work and serve my family :(, which is ok, but I really wanted to become a lecturer and not only get that (Dr.) title, but also to see my mother’s smile when I graduate before dia meninggal.
Salam,
To simplify this, it is not about you are ready or not to take PhD challenge, or about your personal stories about your family. Or you socialise problem. As to register for PhD non of it are considered as the entry requirements.
It is about you, what happened or will happens are the choices and the SACRIFICES that you have to make.
Catch your dream and take what ever road you want to take. It is not about making priorities as other peoples always said about it. As in my opinion, things will get better soon or later. As long as you can put some win-win situation.
Something like goes for PhD (with allowance from research grant or part time PhD while working) and at the same time taking care of your personal responsibilities.
Yes you can do it as long as you think you can do it.
Just like a marathon, keep pushing towards towards the finish line and dont mind about your speed. You can walk and run combined. As long as you already planned your pace and calculated it before the cut off time (marathon has their cut off time but dont worry as many newbies done it without problem).
So just go with your plan and carefully plan ahead.
Salam
I am already 51 yrs old with A Phd from UITM. Currently I am working at a private TV station. I am making around 15k a month but I feel like this line is no longer for me. Thinking of taking up teaching. Do you think I would be able make as much teaching? Does my experience in the private sector count?
ZAk
Dear ZAK,
Absolutely great!!! Only the step required now is to apply lecturer position at the respective department/university based on your expertise/qualifications.
Assalam,
Saya ingin bertanya jika ingin memohon untuk jawatan pensyarah kanan tetapi hanya mempunyai master. Phd masih di peringkat awal dan dijangka habis 2021. Tetapi saya mempunyai kelebihan seperti certification Ts dan Ir. Umur juga juga sudah menjangkau 50 tahun dan pengalaman dalam industri selama 27 tahun. Adakah saya layak memohon untuk DS51? dan tangga gaji bermula dari bawah atau di antara DS51 punya range?
Terima Kasih
Salam, maaf atas kelewatan membalasnya. boleh juga mencuba memohon kerana perihal jawatan ini bergantung kepada universiti terbabit. Mereka berhak mengambil sesiapa sahaja yang difikirkan layak dan melepasi syarat minimum. Sukar untuk dipertimbangkan jika tidak melepasi tahap minimum syarat yg ditetapkan kerana mereka ketiadaan/kekurangan masa menapis permohonan. So yang betul2 atas line minimum baru akan dilihat permohonannya Kecuali jika sesetengah kes khas (banyak masa, permohonan sikit etc yg memungkinkan mereka lihat semua permohonan)
assalamualaikum..saya nak tanye pensyarah universiti mane je yg dpt pencen dan hadiah persaraan brape?
Wasalam, pensyarah universiti yg dpt pencen adalah sama seperti pesara kerajaan yang lain http://www.jpapencen.gov.my/skim_faedah_persaraan.html dan berkaitan hadiah persaraan juga sama seperti pencen kerajaan.
Salam Dr,
I have a few questions to ask Dr.
Can I get your email address?
Thank you
Dr, mintak maaf saya baru jumpa and baca website ni. kalau dr baca comment saya ni mohon reply ye. it will meant a lot to me. Soalan saya agak tidak masuk akal. Tapi saya masih berfikir panjang tentang hala tuju saya. saya student bachelor of chemical engineering bakal graduate tidak lama lagi. saya punya bahasa english tidaklah hebat lagi2 bila saya perlu explain atau bercakap dalam conversation biasa. saya boleh faham sebab saya banyak membaca dan tengok movie. cuma bila saya sendiri yang perlu speaking, lidah saya jadi kelu. saya terfikir untuk sambung belajar dalam bidang master di uk selama satu tahun sebelum saya ingin melangkah ke dunia pekerjaan. saya ingin bekerja di company refinery seperti shell, exxon mobil dan petronas. tapi skill bertutur dalam bahasa english sangat penting. pada masa yang sama saya boleh kembangkan ilmu saya dalam chemical engineering. Tapi saya tak sure worth ke tak untuk pergi sebab saya nak kerja bukan jadi pensyarah. patut atau tidak saya gunakan satu or dua tahun sambung belajar luar negara lepas graduate. mohon pandangan dr ye
Salam, saya simpulkan yg kamu:
1) Nak dptkan keje yg terbaik
2) mahu improve english sikit dgn smbg master (sb masa master ada peluang improve english melalui presentation, writing report etc)
Jadi, saya berpendapat itu amat baik. Smbg master ini meninggikan peluang kamu untuk ade added value. Tp PASTIKAN kamu benar2 manfaatkan masa yg kamu gunakan untuk sambung master tu perbaiki all communication and writing skills. Sebab itu yg majikan paling penting SELAIN daripada skill pekerjaan berkaitan bidang kamu.