Mencabut gigi bongsu

Assalammualaikum,

Setelah hampir dua hari rasa sakit di bahagian kepala, semalam saya terasa pula ada sesuatu tidak kena pada bahagian gigi paling belakang

Pada mulanya, rasa sakit itu mungkin normal dan akan beransur pulih, tetapi setelah diteliti, rupanya gigi tersebut telah pun berlubang seperti pecah

Maka terpaksalah berkunjung ke klinik gigi di Melaka Central.

Hasrat awal adalah untuk berkunjung pada hari khamis sahaja, tetapi disebabkan rasa sakit semakin menjadi, maka digagahkan juga pergi pada hari ini (22 Mei 2013).

Memandangkan klinik gigi ini sebuah klinik panel tempat saya bekerja, maka saya ada RM300 “elaun khas tahunan untuk gigi”. Maka pada pendapat saya, mungkin sekitar RM100 ke RM200 sahaja kot.

Tetapi setiba di sana, rupanya kosnya adalah RM350 dan ditambah xray RM35 maka menjadi RM385. Mujurlah tempat saya bekerja support RM300.

Maka disebabkan ada duit RM30 sahaja semasa itu dalam dompet, maka saya berunding dengan baik dan akan membayar lagi RM55 sewaktu mencabut jahitan minggu depan.

Pada mulanya saya mencadangkan untuk keluar sebentar dan bagi peluang saya cucuk duit dahulu, tetapi disebabkan minggu depan datang lagi, maka saya syorkan perkara yang di atas.

Pembedahan gigi tersebut makan masa hampir 1 jam setengah. Ubat bius banyak disuntik dan kesakitannya juga amat-amat menyakitkan.

Sehingga saya mengigil juga tangan dan kaki menahan sakit.

Namun setelah dicabut gigi bongsu tersebut, maka terasa aman dan damai dunia ini.

Bayangkan nikmat gigi ini. Seharusnya kita jaga setiap anggota badan kita agar sihat dan tidak mensia-siakan badan kita ini.

Jahitan akan dibuka selepas seminggu

Ubat yang diberi berupa antibotik dan ubat tahan sakit.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: