Salam semua,

Pada suatu masa akan datang, generasi anak-anak dan cucu kita yang lahir pada tahun 2000 ke atas akan memerintah negara pada tahun sekitar 2050 ke 2070. Ketika itu, rata-rata yang melahirkan anak pada tahun 2000 sudah pun mungkin menjangkaui usia 70 ke 90 tahun ke atas dan hanya 30 ke 35% sahaja yang mungkin hidup (anggaran).

Oleh itu, jika pada masa sekarang kita dipimpin mengikut zaman kita, agak-agaknya apa yang akan berlaku pada ketika itu sekiranya kita tidak mendedahkannya dengan perkara yang mengikut landasan Islam.

Oleh itu, sekiranya dalam satu keluarga itu dihiasi dan keindahan dibesarkan dalam persekitaran yang sihat serta Islamik, InsyaAllah, anak dan cucu itu akan memiliki daya pengetahuan yang tinggi mengenai Islam dan mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dalam Islam walaupun bukan bergelar ustaz atau ustazah.

Tuntutan agama adalah sangat wajib kerana ianya merupakan satu perkara yang kita akan dapat balasannya di akhirat kelak. Samada syurga atau neraka, Allah S.W.T. akan tentukan yang sebaiknya dan selayaknya untuk kita.

Adakah dengan berbuat dosa kecil setiap hari akan membuatkan kita masuk syurga sekiranya mengamalkan “alah, dosa kecil aje ni”.

Contohnya seperti mengotorkan persekitaran.

Jika setiap dosa kecil itu diibaratkan seperti RM0.10 setiap dosa kecil. Jika 20 dosa kecil dalam sehari, maka sudah RM2.00. Dan jika setahun sudah RM700++.

Walaupun banyak cara untuk menghapuskan dosa kecil boleh digunakan seperti mengambil wuduk dan sebagainya tetapi adakah skala pahala kita akan naik? Oleh itu, tanamkan dalam hati yang kita hendak pahala sahaja dan tidak mahu sebarang dosa-dosa kecil.

Generasi akan datang dijangka lebih mencabar dengan sumber bumi yang semakin kurang, jumlah penduduk yang semakin ramai, pekerjaan yang semakin sedikit jika tiada syarikat-syarikat baru ditubuhkan dan sebagainya.

Ketika itu, pola penduduk Malaysia sendiri akan berlainan dan bayangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur sebagai contoh pada tahun 2050?

Tidak dapat difikirkan dengan akal apa yang akan berlaku pada 2050 ke atas kerana ketika itu pun usia saya sudah menjangkau 75 tahun (jika umur panjang).

Dengan masa yang terhad ini, marilah kita mendidik dan mematangkan anak2 kita dengan keadaan Islam yang sebaiknya serta latih mereka jadi pemimpin yang terbaik pada zaman mereka

About the Author razorjr

Research and Academician

One comment

  1. Zaman itu rasanya, semuanya mahal, harga rumah, kereta, teknologi, fitnah makin teruk, hanya didikan Islam sahaja yang boleh membentuk peribadi . Memang risau betul

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s