Salam, aku ingin menceritakan untuk suatu diari pada masa depan apa yang berlaku pada 15 Jan, sehingga 17 Jan. Hari Day 3 dan seterusnya akan diupdate kemudian.
Day Before (15 Jan) Isnin
Ok. sebaik sahaja lepas berjogging pagi tu pada 15 Jan, kami masak ayam kurma sebelum decided nak pergi ke Hospital Pantai untuk check Zayn batuk berkahak dengan Dr. Hayati. Asalnya aku nak ke Poliklinik An-Nur mengambil surat refer sebab cadang nak check tonsil untuk maybe nak bedah tonsil. So lepas memasak semua tu setel terus bersiap ke Hospital Pantai sebab rase better aku jumpa terus Dr Shaharudin (pakar Ear, Nose and Throat) di Hospital Pantai dari amik surat refer.
So sampai di Hospital Pantai, aku pun bawak sefamili ke Dr Hayati dulu. Appointment dah buat awal2 walaupun tak perlu buat appointment menggunakan Apps 360 Health yang Hospital Pantai bekalkan. So sampai di Hospital Pantai area dalam jam 11 mcm tu. Terus ke Dr Hayati dulu. Check Zayn dan akhirnya perlu diadmit jugak wad. So minta Dr setkan esok aje sebab Zahra pun nak check in juga wad esok (Selasa) iaitu Day 01.
Aku pulak lepas tu setel terus ke Dr Shaharudin (https://www.pantai.com.my/doctors/shaharudin-bin-mohamad-hashim) pula untuk nak check Tonsil. Kena tunggu sikit sebab yang ada appointment masuk dulu. Bila tiba turn aku, Doktor check dan mendapati tonsil aku kecik aje. Tak perlu buang tapi polip aku dalam hidung agak besar. So kena makan ubat dulu dalam sebulan dan nak tengok kecut tak polip tu. If tak kecut akan buat CT Scan and prepare for buang polip (ianya dipanggil sebagai Nasal Polyp Removal) tu kot sambil betulkan hidung aku sebab memang senget. Ianya dipanggil sebagai Septoplasty
So aku dapat la dua jenis ubat yang dibawah untuk dimakan selama seminggu dan tiga minggu. Nanti 13 Feb check balik dengan Doktor selepas chinese new year cuti (selasa)
Kemudian kami balik dan bersiap packaging sebab esoknya nak “check in” hospital.
Aku pulak petangnya kena ke ofis menghadap presentation bebudak dari jam 2:00 petang sehingga jam 6:40 petang tu. Nasib setel beb.





DAY 01 (Selasa 16 Jan 2024)
So, paginya macam biasa ajak berjogging satu keluarga.
Aku pula ke ofis uruskan urusan ofis untuk setelkan apa yang patut and form apa yang patut. Menteri TPM datang pada hari ini tapi aku mmg tak dapat hadir ke majlis tu sebab perlu check in dua orang budak ni ke wad.
So, dalam jam 2 lebe bertolak dan sampai area jam 3 petang juga di Dr. Shaharudin klinik di Hospital Pantai. Selesai sign some forms and then tunggu di bahagian kaunter di bawah untuk admit masuk wad.
Alhamdulillah ditempat di aras 5 di Blok baru Hospital Pantai. Dua dua dalam satu wad senang nak cater. Cuma berlainan treatment la. Sorang for tonsil and sorang lagi for batuk berkahak.
So si Zahra kena berpuasa bermula jam 12 malam sehingga waktu pembedahan tak boleh minum dan makan. So yang bestnya Alhamdulillah kami sekeluarga dapat makan sorang satu. Tak pastilah add on ke tak dalam bil tapi biarlah yang penting makan dengan baik. Kami menggunakan medical card dari Great Eastern Takaful. Zahra dah subscribed dari 2012 dan Zayn dari 2017. Cuma Zahra ada Co-Takaful yang maximum pay deposit 10% or Rm500 max jika bilik RM150 ke bawah. Zayn pula tiada Co-Takaful dan jika upgrade bilik just bayar harga bilik aje. Zayn akan siap dapat allowance bilik lagi.
Kami sebenarnya dah prepare bawak dalam 6 set baju + 2 set lagi baju yang diletakkan di dalam kereta. So 6 set baju, bawak tuala empat set, bawak tilam yang orang exercise tu dua, bawak selimut 4 set. Tu banyak tu hahaha. Ada lagi makanan2 jajan dibawa.
Masa check in just bawak few bags. Masa malamnya pindahkan kereta dari tingkat atas yang tinggi ke tingkat bawah sikit dan dekat dengan lif. Dan nampak dari tingkap kereta tu so senang.
Sempat membeli di MyNews roti2 dan charger cable untuk iphone sebab aku terlupa bawa yang normal charging punya. Yang ada low power charging and lambat nak charge if guna. So beli baru.
Alhamdulillah aku sempat exercise strenght 15 minit mcm tu.





DAY 02 (Selasa 17 Jan 2024)
Hari kedua pula menyaksikan Zahra aku teman dia untuk ke wad pembedahan. Dia mmg takleh makan atau minum langsung. Memang kene kosong perut.
So aku teman sampai ke bilik bedah. Ada part aku tak boleh tangkap gambar. Ada part aku boleh tangkap gambar. Tapi aku berpeluang pakai baju hijau nak teman orang bedah tu.
Dalam 9 pagi lebih macam tu start dan habis 10 pagi lebih mcm tu. Dekat 50 minutes jugak pembedahan tu. Setel aje terus di bawah ke wad balik. Anak aku kata tak sakit tapi rasa tak selesa mcm sentiasa berkahak. Tu sebenarnya adalah kat bahagian tu akan membengkak.
Zayn pula doktor kata:
1) Dada berbunyi
2) Xray tak teruk pun dada
3) Rangka jenis peparu kembang
So esok akan ambil sample kahak menerusi sedut kahak. Sebab nak dapatkan hasil kahak dari Zayn agak sukar.
Malamnya sempat lagi ke Mynews beli ais krim dan roti2 lagi. Zahra memang kena makan makanan berais and sejuk.
So untuk Day 02 ini sahaja setakat ini. If ada apa tertinggal aku akan update lagi







