Semalam alkisahnya aku join event 3km larian fakulti aku ini anjuran persatuan pelajar. Dah lama daftar sejak sebelum raya lagi. Event just 3km tu baju dpt dah siap2 tulis finisher 3km.
3km ni ko. Taula dia kategori “fast run” jugak sebab lawan dgn bebudak univ ni yg muda2 mmg tough la.
So at the first 1km aku boleh catch up top 3 lagi. Masuk aje area berbukit km ke 2, budak lagi ringan maka aku dah jatuh no 4. Tp still tak jauh dgn depa. Aku maintain no 4 sehingga 2 km lebih sehingga dipintas 3 org lg yg jarak dekat jugak dgn aku. Jatuh no 7. Sebab selepas 2 km aku rase berat badan aku yg 3-4 kg terlebih dari sebelum ni menyebabkan aku slow kot. Kaki tak penat and elok aje. Tp daya tahan nak hold that pace tu tak mampu dan aku mmg perasan berat aku halang aku gi tekan lg.
Tapi yg bestnya 7 orang yg awal ni mmg tinggal jauh ler yg seterusnya. Lama nak tunggu yg ke 8 dan seterusnya tiba.
Maka tamatlah posisi aku di kedudukan ke 7 dari kalangan maybe hampir 100 org pelajar lelaki kot. Sekian melaporkan.








