Runliga 2024

Alhamdulillah.

Team Kuatagh Runners berjaya mendapatkan kedudukan ke-5 keseluruhan Runliga 2024 kali ini.

Saingan sengit sebenarnya antara top 2 hingga top 5. Empat pasukan berebut sebab nak dptkan first place susah skit sebab johan bertahan lebih padu. Melainkan seluruh ahli bergembleng tenaga dapatkan sekurang-kurangnya 100km per ahli. If ade 300 org dah 30k. Tinggal lagi 100-200 orang buat lebih skit iaitu 500km etc ke.

Tapi apa2 pun yg penting kita buat kita dapat. If penat berehat. If sihat, buat.

Astro Termination

Alhamdulillah syukur kepada Allah

Al kisahnya selepas aku buat aduan MCMC. Petang semalam aku dapat panggilan dari Astro yang mereka akan tamatkan Astro tp kene bayar RM1000 sebab renew kontrak masa April aritu.

Aku terkejut jugak dengar tp pasrahlah kene bayar sebab janji nak tutup akaun.

Hari ni depa call lagi tadi dan rupanya sebab dari aduan MCMC. so aku explain aku buat aduan sebab lambat sgt respon dari Astro so aku buat aduan ke MCMC. dan aku ckp patutnya aku terima email kata dah terminate arini tp masih tak dpt.

So staff yang call aku arini pun explain dan sudi bagi exceptional case sebab aku dah lama guna Astro dan bayaran sentiasa bersih dan on time. Jadi, tak perlu bayar RM1k tu dan di wavekan.

Alhamdulillah. sekarang aku bebas dari Astro dan bergerak ke arah new way of streaming services.

Pandangan aku:

ASTRO ni syarikat dari segi apa dia tawarkan all in once streaming centre dah bagus semua ada Netflix etc. Tapi dia punya pakej tu kene berubah mcm skg org pakai style bayar bulanan or tahunan or boleh tamat bila2 masa. No more contract based dah. Buat pakej yg org leh tamat bila2 masa. Berubah kepada yg menyenangkan org In and Out.

Pastu buat style streaming aje. tak perlu dah android box tu. Yang ada smart tv terus aje smbg internet login ke Astro (contoh). If tv2 lama boleh beli on off decoder or sewa aje.

Pain and Thanos

Pain ni watak dalam naruto. Yg dikawal oleh Nagato.

If ade yg tak baca Naruto, anggap ada seorang villain nama Nagato atau Pain. Tp aku nak gelarkan dia sebagai Pain.

Pain dalam cerita Naruto ni asal dari tempat yg ditindas. Jiraiya selamatkan dia dan kawan2 dia dari kecik. Ajar martial arts untuk pertahankan diri. Sebab kat negara dia ni mmg teruk pemerintahan. Jiraiya ni datang sebagai tentera Konoha nak lawan pemerintahan negara yg Pain duduk ni. So kesian kat bebudak ni dia selamatkan dan ajarlah teknik2 mempertahankan diri.

Tapi Jiraiya and team kena balik ke Konoha sebab misi dah tamat walaupun masih ada peperangan, Pain and kawan2 ditinggalkan dan sampai satu ketika Pain berjaya kalahkan pemerintahan tersebut dan tubuhkan Akatsuki.

Pain pun berdendam dgn negara2 lain sebab tak tolong sangat dan biarkan negara dia terkontang kanting sampai dia sendiri kena usaha dan lawan bagi dia dapat conqueror negara dia.

So, dia pun nak musnahkan Konoha dan negara2 lain jugak sebenarnya untuk conqueror satu dunia.

Aku rasa Pain ni sama mcm Thanos. Thanos dalam cerita Avengers tu. Depa berdendam sejak dari kecik sebab negara/dunia kucar kacir. Jadi depa ada misi peribadi nak jadikan dunia ini “better”.

Tapi itulah, ada benda yg salah disini. Iaitu dendam tak menjadikan seseorang itu “better”. Dengan mengulangi benda yg sama iaitu memusnahkan dan mengucar-kacirkan negara lain last2 orang awam jadi mangsa.

Oleh itulah, sifat dendam ini bahaya. Jauhi jauh2 dan berfikir dgn baik. Orang kenkadang bukan taknak tolong, tp depa pun ada masalah sendiri di negara depa. Everyone got their own problem dan kekangan. Tp negara2 lain berusaha juga bantu mana yang boleh.