Alhamdulillah syukur kepada Allah
Al kisahnya selepas aku buat aduan MCMC. Petang semalam aku dapat panggilan dari Astro yang mereka akan tamatkan Astro tp kene bayar RM1000 sebab renew kontrak masa April aritu.
Aku terkejut jugak dengar tp pasrahlah kene bayar sebab janji nak tutup akaun.
Hari ni depa call lagi tadi dan rupanya sebab dari aduan MCMC. so aku explain aku buat aduan sebab lambat sgt respon dari Astro so aku buat aduan ke MCMC. dan aku ckp patutnya aku terima email kata dah terminate arini tp masih tak dpt.
So staff yang call aku arini pun explain dan sudi bagi exceptional case sebab aku dah lama guna Astro dan bayaran sentiasa bersih dan on time. Jadi, tak perlu bayar RM1k tu dan di wavekan.
Alhamdulillah. sekarang aku bebas dari Astro dan bergerak ke arah new way of streaming services.
Pandangan aku:
ASTRO ni syarikat dari segi apa dia tawarkan all in once streaming centre dah bagus semua ada Netflix etc. Tapi dia punya pakej tu kene berubah mcm skg org pakai style bayar bulanan or tahunan or boleh tamat bila2 masa. No more contract based dah. Buat pakej yg org leh tamat bila2 masa. Berubah kepada yg menyenangkan org In and Out.
Pastu buat style streaming aje. tak perlu dah android box tu. Yang ada smart tv terus aje smbg internet login ke Astro (contoh). If tv2 lama boleh beli on off decoder or sewa aje.




Leave a Reply